Thursday, October 28, 2010

dugaan programming..~_~

              Kelas terasa hening. Semuanya kelihatan berdebar-debar. "Allah..apa ujian yang bakal Kau datangkan?" ana tenung muka mereka satu-persatu. Ana  kira kalau ditoreh pasti tidak berdarah. "Allah..mana lecturer ni? Cepat lah habis kelas ni, cepatlah habis keluh-kesah di hati" Sekali terdengar bunyi pintu lab  komputer dibuka seseorang. Semua memandang ke pintu. "Alhamdulillah..sampai pun.." Kawan ana yg disebelah, seperti cacing kepanasan, sekejap duduk, sekejap minum air..serasa tak tertahan menanggung debaran, dipeluk kawan yg berada di sebelah lagi. Allah..begini hebatnya penangan subject Programming.Hari ini kami akan bentangkan project programming yang telah diamanahkan sebulan yang lalu. Kumpulan ana diamanahkan untuk mencipta satu game yang memerlukan user meneka satu nombor yg tepat yg diberikan oleh komputer. Ada yg dapat task how to create a program that can calculate students' gpa. Ana tersenyum. Semua memandang tepat ke arah lecturer yg baru melangkah masuk. Raut wajahnya kelihatan tenang,tanpa segarit senyuman terus duduk di kerusi hadapan. Kami tahu pelbagai soalan akan diasak kepada kami ketika pembentangan akan dijalankan.
        
          Tibalah giliran kumpulan ana untuk membentangkan segala jenis coding yg digunakan. Sudah dekat seminggu setiap malam kami mengadakan discussion. Hampir terasa lelah, 4 subject perlu kami bentangkan minggu ni.Kala ini, terserlah sikap sebenar setiap ahli kelas. Apabila tertekan, semuanya boleh terjadi. Memandangkan semua assignment yg diberikan adalah kerja berkumpulan, komitmen yg tinggi perlu dicurahkan. Pengurusan masa sangat memainkan peranan. Mana yang tumpas dengan ujian ini, mudah sahaja menjadi bahan perbualan dalam kelas. Kadang menjadi bahan gunjingan. Terserlah segala keaiban. Nau'zubillah..

        Dengan lafaz bismillah, kami melangkah ke hadapan, biar kami pelajar tahun 1, menunjukkan kepakaran kami dengan hanya setitik ilmu programming yang diajar selama 9 minggu.Dup, Dap, Dup dap..debaran semakin melaju. "Ok, I want u to execute the program.." Pensyarah dr Pakistan itu memulakan serangan pertama. Kawan ana dari Sabah hanya mengikut arahan.Kemudian dengan tenang dia memulakan penerangan bermula dengan header of the file.Sampai pada coding pertengahan, tiba-tiba, penerangannya dipintas " excuse me, why the game has only 3 chances? Show me the coding and where do u follow the time in the game?" Fuh, nasib baik soalan ini kami dah duga semalam.semalam perbincangan kami habis hampir pukul 1 pagi, memikirkan pelbagai kemungkinan soalan yang akan dikemukakan. Sebagai langkah pertahanan. Segala-galanya berjalan lancar, berjalan seperti yang dirancang walaupun pada permulaannya ada sedikit ketegangan antara kami ahli kumpulan.

            Kelas itu sudah berakhir. Tapi hati ini perlu muhasabah. Ia x kan berakhir setakat ini, masih ada 2 setengah tahun lg utk berdepan dengan subject komputer.Allahu.. ana perasan, dlm pembentangan tadi kaum cina mendominasi kelas. Allahu..kurgnya org islam, pakar dlm subject ni. Allahu..kami akn menggunakan subject ini utk mencipta kepintaran buatan.Lemahnya kami, tunjukkah sesuatu yang kami tidak tahu.. Allah, ALLAH.. yang Maha Bijaksana. Sekarang ana sedang menghabiskan novel 1511(Kombat) tulisan Faisal Tehrani. Segalanya berkaitan teknologi, brhadapan dgn serangan barat melalui kepintaran teknologi. Ana dah baca novel ini masa di tingkatan dua dahulu. Masa itu terfikir, mampukah org Islam mencipta senjata sehebat itu? Tapi tidak disangka, Allah memberikan ana kos yang berkaitan dengan teknologi itu apabila melangkah ke universiti.. SUBHANALLAH..seolah-olah itu petanda Dia mahu ana merealisasikannya..Allah, teknologi.. Akhir Zaman.. Fitnah DAJJAL..Berikan kami Orang ISLAM kekuatan, dlm bidang2 ini.. Ya Qawiyy..

Tuesday, October 26, 2010

ulasan novel pilihan hati..1515..


Tajuk:  1515
Nama Penulis: Faisal Tehrani
Terbitan: Utusan Sastera
Tahun terbitan: 2003                                                             tarikh ulasan: 30 September 2010

              

Segala puji bagi Allah kerana keizinanNya, aku mampu menghabiskan bacaan novel ini dalam masa 2 hari walaupun assignment berlambak menunggu untuk dihabiskan.Sebenarnya ini kali kedua aku mengulangnya. Kali pertama aku membacanya 2 tahun lepas. Sungguh novel ini sungguh –hebat-xtau nak gambarkan dengan kata-kata. Tatkala membaca novel ini, tercipta pelbagai gambaran jelas setiap insiden yang berlaku kerana jalan penceritaan diterangkan dengan agak teliti. Yang paling aku kagumi ialah bagaimana penulis mampu menggambarkan seorang hamba yang taat kepada Allah dikurnai dengan pelbagai kelebihan. Maha Hebat Allah. Subhanallah.Lebih-lebih lagi hamba wali Allah itu hanyalah seorang remaja perempuan yang baru sahaja menginjak 15 tahun yang bernama Nyemah Mulya.  Cuma novel ini memerlukan pemerhatian dan konsentrasi yang tinggi kerana ia bermain dengan latar masa yang kadang-kadang boleh bingung jadinya. Sekejap kehadapan dan sekejap ke masa silam. Cara penyampaian nya agak sarkastik dan sinikal. Satu pernyataan yang sungguh berani-aku kira.

Sinopsis novel

            Novel ini sebenarnya merupakan novel sejarah. Menceritakan bagaimana seorang hamba Allah,yang hidup pada zaman kejatuhan Melayu Melaka tidak dapat menerima hakikat bahawa kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Feringgi(Portugis). Lalu beliau berusaha untuk mengubah sejarah dengan menghubungi sejarawan di masa hadapan iaitu Adi Fimiyun. Adi Fimiyun ini pula walaupun seorang sejarawan tetapi dia menghidapi masalah Amnesia (kadang-kadang pelupa, masalah memori). Pada fahaman aku, cerita ini terbahagi kepada dua iaitu,jika Melaka jatuh ke tangan Portugis dan Nyemah Mulya dibawa ke Portugal sebagai hamba kepada Raja Manuel dibawa oleh wizurai tua iaitu Alfonso de Albuquerque ataupun versi Kota Melaka dapat dipertahankan ,malah Nyemah Mulya sendiri dapat mengumpul semua bala tentera daripada pelbagai ceruk negeri bagi menakluk Portugal atas keizinan Sultan Mahmud. Ini lah bahagian yang paling aku sukai. Yalah, tak pernah terfikir di benak aku, org Melayu yang pada pemerhatian aku ni merupakan bangsa yang lemah,dan terlalu ‘layu’ ini mampu untuk menakluk sebuah Negara yang bangsanya badannya lebih sasa dan perkasa. Lainlah kalau serangan itu diterajui oleh hamba Allah yang asalnya dari bangsa Arab atau orang2 dari zaman Turki Uthmaniyyah. Sejarah telah banyak kali membuktikan hal ini. Maaf, pandangan aku agak skeptical walaupun aku sendiri berdarah Melayu. Tapi bagaimana penulis merubah pandangan aku, dengan plot penceritaan yang luar dari kotak akal aku ini. Ini yang menyebabkan aku tertarik dan isinya pula tidak terlalu meleret. Tapi dari Allah jualah yang membuka hati aku ni. Dan penulis sebagai perantaranya. Alhamdulillah.
            Selain cerita mengenai watak utamanya, Nyemah Mulya, cerita ini juga berfokus kepada Adi Fimiyun. Sejarah hidup Adi juga berubah jika Sejarah yang pernah tercatat mengenai Nyemah Mulya berubah. Jujurnya, aku tidak berapa suka dengan perwatakan Fimiyun yang ditonjolkan walaupun aku sangat mengagumi sejarawan dan aku pernah bercita-cita untuk menjadi salah seorang daripadanya.Aku kagumi dia kerana dia anak Melayu yang mampu meneruskan langkah dalam menuntut ilmu ke peringkat yang tertinggi. Malah mendapat pengiktirafan pula daripada institusi pendidikan di Barat. Bukan mudah seorang yang beragama Islam di iktiraf oleh orang kafir yang kadang-kadang jelas membenci anutan kita. Yang aku kurang gemarnya,dia mengabaikan keluarganya,dan hidup dalam lingkungan dirinya sahaja dan sejarah. Hidup pula ditengah masyarakat yang ingkar kepada tuhan. Masalah yang dihadapi pula bagi aku remeh sebagai seorang muslim apatah lagi seorang mukmin-masalah percintaan-bernikah dengan seseorang yang tidak dicintai kerana menjaga hubungan perniagaan. Cinta hanya kerana harta dan rupa. Allah bukan sebagai paksi hidup. Kesannya,keluarga Fimmiyun tidak harmoni. Moga dijauhkan daripada kita semua. Lagi satu perkara yang membuatkan aku kurang berkenan ialah dia terlampau sibuk dengan kajiannya,keluarga diabaikan. Aku kesian pada isterinya, Maude. (Hehe..macamlah aku ada dalam plot cerita novel ni- tapi itulah aku, klu baca novel seolah-olah aku sebahagian daripadanya!)..Tapi cerita ini tidak berakhir dengan sadis,akhirnya Fimiyyun beralah, menerima takdir tuhan, redha dengan jodohnya..kalau tidak dia termasuk dalam golongan lelaki yang tolol dan kejam dalam sejarah (itu apa yang ditulis oleh penulis dalam novel) dan paling penting dalam buku novel ini ialah Adi Fimiyyun seolah-olah dapat membetulkan kembali sejarah iaitu pada tahun1515 Melaka Berjaya menakluk Portugal bukan tahun1511, Portugal Berjaya menakluk Melaka. Tapi sadis, walaupun Melaka Berjaya menakluk Portugal dibawah pimpinan Nyemah Mulya, tetapi beliau tetap dibunuh oleh Sultan Ahmad kerana cemburu. Alahai kenapa kejamnya sultan pada waktu itu (aku sangat benci dengan sejarah yang mcm ni sejak dari aku belajar sejarah form 2, dan tak sangka pula adik-adikku mewarisinya apabila mereka belajar apa yang aku belajar)..

IBRAH (PENGAJARAN) NOVEL
            Lagi sekali aku mengucapkan segala pujian kepada Allah,Maha Hebat dia kerana mengurniakan bakat yang besar kepada penulis ini. Melaluinya, aku belajar merasai,menjiwai pelbagai perasaan. Malah ilmu aku bertambah setiap kali aku menelaah novelnya. Aku pula makin gila dengan sejarah. Novel 1515 ini mengajar aku untuk menghargai apa yang aku ada sekarang,sentiasa menimba ilmu supaya kita tidak mudah dijajah. Sejarah bukan untuk sekadar diingat nama tokoh dan fakta sahaja, yang penting semangatnya, dan pengajaran yang terkandung dalam setiap kejadian. Allah takkan biarkan sesuatu itu terjadi dengan sia-sia,jika terjadi pasti ada kelalaian kita atau kelemahan kita sehingga murka Allah diturunkan,untuk membersihkan kembali kotoran dosa manusia. Inilah yang patut kita lakukan, kaji kembali sejarah, ambil iktibar supaya kita tidak mengulang kesilapan yang sama. Ingatlah Allah Maha Penyayang ke atas hamba-hambanya. Jika kita tidak menegakkan kalimahnya pasti kita akan digantikan dengan bangsa yang lain. Itu yang jelas termaktub dalam al-quran. Dan inilah yang telah berlaku pada tahun1511, sejarah kajatuhan Kesultanan Melayu Melaka yang sebenar. Dan jujurnya, aku takut memikirkan bagaimana jika Malaysia yang aman ini tiba-tiba diserang seperti Melaka? Adakah kita (pemuda-pemuda) benar-benar sanggup menyahut seruan jihad? Nau’zubillah..Sentiasalah mengintropeksi(muhasabah) diri…

Thursday, October 21, 2010

pendatang baru dunia blogger..

Salam "alaik..dn salam 1 Malaysia..
          Pertama2 sekali ana nak mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah S.W.T, akhirnya Dia benar2 memperkenankan hajat ana untuk memiliki blog sendiri..harap-harap blog ini menjadi medan untuk kita sama2 berkongsi ilmu, mendengar pendapat,bukan sekadar luahan rasa.Ya, tidak dinafikan kita hanyalah hamba Allah yang dikurnia pelbagai rasa gembira, terharu, marah, sedih dan pelbagai lagi. x salah kita berkongsi segalanya, tapi biarlah bersederhana dan tahu batasan.Kerana manusia xkan pernah berhenti diburu oleh ujian.Itu jualah rencah yang mewarnai kehidupan kita seharian.Tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah S.A.W.
           Dalam mendepani hidup ini, pelbagai rencam kehidupan kita saksikan. Berapa banyak manusia yang mempunyai krisis dlmn diri, apabila tidak 'melihat' tuhan mendepani masalah.mula merasakan diri terhimpit dan kesunyian. Hidup seolah2 tiada gunanya lagi. Lupakah kita, Bila ada suka pasti ada duka. Apabila datangnya bahagia pasti ada derita.Itu pasti. Bergantung kepada individu bagaimana mahu memandangnya dari sudut apa, tp disinilah tujuan ana menulis, bagaimana kita melihat sudut pandangan hidup kita.
                Itula jua moto blog ini "INDAHNYA HIDUP BERTUHANKAN ALLAH". Alhamdulillah, kita dilahirkan dalam kalimah syahadah, kunci kepada syurga dia akhirat kelak.Allah adalah tuhan yang esa, tempat kita bergantung, tempat kita mengadu masalah. Jadi biarlah hanya kepada Dia kita meminta.Lama-kelamaan insya allah akan hadir rasa momen yg terlalu indah dlm hidup apabila kita bertuhankan Allah, bukan hawa nafsu atau selainNya.Org yg menjadikan hawa nafsu atau makhluk lainnya sbg tuhan xkan rasa perasaan ini. Satu ketenangan yang luar biasa.Jdi, xkan tidak timbul perasaan cemburu utk merasai kenikmatan yg digambarkan?
              Jadi,Marilah jdi follower utk blog ini utk sma2 berfikir, sebab ana ni jenis banyak persoalan berbanding jawapan.Suka benar hati ini jika ramai yg berkongsi pendapat tentang satu topik yg diutarakan.Diri ini hanyalah insan yang sering terlupa dan alpa. Bukan pula dari golongan cerdik pandai, tapi bukan pula dari golongan hina-dina sampai perlu meminta. Ana hanya dahagakan setitis ilmu dari lautan Tuhan yang Maha Luas.Bukan pula golongan 'agama' yang serba tahu utk membimbing, ana ini hanyalah seorang hamba kepada Allah, yg memohon agar terpimpin langkahnya, agar tidk tempang manusiawinya. Moga dengan pimpinan itu Dia sudi memberi secebis hidayah kepada kita semua.

Selamat berkenalan utk semua! utk yg sudah mengenali ana, marilah kita bersahabat kembali berpaksikan keimanan kepada Allah. Moga dengan tali persahabatan kerana keimanan itu kelak kita saling menolong di akhirat kelak..amin

~nahnu ansaru ilallah~