Monday, November 29, 2010

Definasi cinta..

Definisi CINTA Dalam Al Qur’an

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.

Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.

Adapun Wudda dalam QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.

Dalam fil gharibil Qur’an dijelaskan bahwa hubb sebuah cinta yang meluap-luap, bergejolak. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan terraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya. Allah yang akan mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. Oleh karena itu terraihnya cinta—wudda pada satu pasangan itu karena kualitas keimanan ruhani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah wudda yang Allah berikan pada pasangan tersebut.

Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai di hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya, cinta yang atas nama Allah, mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk Allah.

duhai adik-adikku..


Bismillahirahmanirrahim..
               
             Syukur ke hadrat Allah, diri ini masih mampu bernafas, segala pujian hanyalah milik Dia. Dialah pemilik nyawa ini. Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad S.A.W itu pesuruhNya. Sungguh, tulisan ini menyandarkan rasa rindu yang membuak-buak padaNya. Tapi diri ini hanyalah insan yang terlalu kerdil disisiNya. Tulisan ini juga sebenarnya merupakan luahan rasa kecewa.Sangat-sangat. Kecewa melihat betapa hamba-hambaNya mudah benar melupakan Dia yang telah memberikan nikmat. Sungguh, Allah itu Maha Kaya, takkan terusik dengan kesombongan hamba-hambaNya. Bahkan hamba yang sombong itulah yang merugikan dirinya sendiri.  Dicampak pula ke dalam neraka. Bahkan Allah yang Maha Penyayang pun tidak mahu melihat kearahnya lagi di akhirat kelak. Sedarlah wahai insan, dirimu itu hina! Bahkan kita juga dicipta dari pati yang hina! Siapa engkau untuk melawan Tuhan!  Na’uzubillah. Ya Allah..ampunkanlah hamba-hambaMu yang hina ini. Mungkin mereka tidak tahu Ya Allah.. Astaghfirullah..

Duhai Adik-adikku..
Apa khabar kamu? Imanmu?
Bagaimana begini sekali hatimu..
Sudah tertutupkah hatimu pada kebenaran?
Tiada ruangkah lagi untukku meniup
Segarnya butir cinta kalimahNya…?
Rusuh hati ku melihat kamu..
Izinkanku datang, sediakan ruang di hatimu..
Fitrah manusia pasti terselit suka pada kebaikan..
Aku yakin itu jua ada pada dirimu..
Adik-adikku sayang..
Jauh sekali kami mahu menghukum..
Apatah lagi menghina..
Kami hanya mampu menyeru,
Kembalilah padaNya!
Satukan kembali dirimu dengan al-Quran..
Sucikanlah diri dari nista kejahilan..
Tanggalkan jahiliah semampumu..
Berlarilah sekuat dayamu,
Sahutlah seruanNya,
Dia memanggilmu..
Dia memandangmu dengan rasa penuh kasih..
Pergilah..wahai adik-adikku sayang..
dengan jiwa nan bersih..

Kisahnya bermula begini, hari itu hari yang baik. Pagi itu kami ada MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa). Kemudian diakhiri dengan sesi riadhah. Bersama-sama teman seusrah kadang-kadang dapat melepaskan tekanan yang menghurung dalam diri terutama bila dekat-dekat final exam. Semua kelihatan ceria. Selesai semua aktiviti,  ana diajak pergi ke satu program ni, program ini sangat menarik perhatian ana.Disebabkan tajuk ini semacam menarik,- berkaitan pergaulan dan zina. Ana pun tanpa berfikir panjang pun bersetuju untuk menyertai sahabat-sahabat yang lain. Lagipun hari tu memang kosong daripada sebarang aktiviti. Tapi sebelum pergi tu, tiba-tiba ana rasa gelisah, ragu-ragu. Macam-macam la. Dan di saat akhir ana ambil keputusan ana tidak mahu pergi. Puas ana termenung. Betul ke tidak keputusan tu. Macam ada sesuatu yang menyekat ana. 5 minit terakhir sebelum berangkat tiba-tiba ada satu semangat menyuruh ana pergi.
“Tak rugi kita mencuba sesuatu yang baru. Lagipun inilah masa kita nak kenal tempat orang, Lagi satu kemungkinan untuk menganalisis kawasan yang boleh diselitkan dengan dakwah”. Begitu fikiran ana.
                 
           Jujurnya, kami (kawan-kawan seusrah) kebanyakannya masih baru di Sarawak ini. Banyak tempat kami belum sampai. Kebetulan program ini pula diadakan jauh sedikit dari kampus. Jadi, kami semua teruja untuk pergi.  Sesampainya kami di tempat kejadian, alangkah terkejutnya kami! Bukan sebab kerana suasananya, tetapi kami diminta menjadi fasi untuk program tu. Dahlah datang pun tak bersedia apa-apa. Aduhai kasihan urusetianya kalau kami ini ‘ter’buat apa-apa yang tak patut. Cuma masa pertama kali sampai tu, otak ana sibuk bekerja. Mata memerhati sekeliling. Hati tak putus-putus istighfar. Subhanallah, rupa-rupanya itu program untuk remaja sekolah menengah. Tapi, Allahu.. minta maaf sangat-sangat.. Hati ini meronta. Sedih. Beginikah remaja seusia adik-adikku? Beginikah rupanya remaja islam? Dalam dewan itu sebenarnya semua pelajar muslim. Lelaki dan perempuan. Ada yang berbaju sekolah, tapi rambutnya berwarna-warni, ada yang bertudung, tapi alahai Nampak ‘ekornya’ di belakang tudung. Ada yang manis berbaju kurung, tapi aduhai jarangnya mengalahkan kain langsir. Serupa tidak berbaju. Agak-agak kalau ditanya, ini kain langsir ke kain baju, si pemakai pun x dapat membezakan.

Masa tu hati ini menangis. Belum adakah seruan untuk mereka? Hati ini dihunjam rasa bersalah. Kemana kamu wahai para da’i? Kemana aku tatkala adik-adik ini memerlukan pertolongan? Dimana orang-orang yang mengaku Allah itu tuhannya, tetapi membiarkan saudaranya dalam kegelapan? Bukalah mata besar-besar wahai orang yang mengaku dirinya telah sempurna iman didada. Kelak diakhirat adik-adik ini mampu menarik kamu tatkala kaki tak sabar melangkah ke syurga.

Tapi Allah mahu menduga, masa itu kami diletakkan dicelah-celah adik-adik itu. Masa tu ana berdoa, supaya x diletakkan diantara adik-adik yang rambutnya lepas menggerbang,dll bukan sebab mereka tidak memenuhi ‘kriteria’ tapi hati ini takut, diri membawa fitnah kepada Islam andai diri tak mampu bersabar. Allahu, tapi siapalah diri ini, Dia telah menetapkan ana diletakkan di celah-celah adik ini.  Berdebar-debar. Tercongak-congak petua yang diajar murabbiah tatkala diri masih merangkak dengan tarbiah. Pertama sekali, senyum. Menunjukkan kemesraan. Kedua, beri salam. Itulah sunah Rasulullah yang mengeratkan ukhuwah kaum muslimin. Ketiga, ta’aruf. Alhamdulillah. Segala-galanya berjalan lancar. Selesai berkenal-kenalan, tahulah diri ini jangan sekali-kali membandingkan pelajar Sarawak dengan semenanjung! Bukan kerana nak dikata pelajar semenanjung ini baik, tidak! Ada juga yang nakal-nakal. Tapi pelajar di Sarawak mereka dibesarkan dengan suasana yang tidak islami. Majoriti pula bersekolah di sekolah kristian. Jujur, beberapa kali bersiar-siar di kawasan Kuching, payah benar melihat sekolah agama.Kebanyakan sekolah yang dijumpai pula bermula dengan “St a.k.a Saint”. Bukan tiada tapi jumlahnya terlalu sedikit,masjid pula boleh dikira dengan jari. Betul-betul tak boleh disamakan dengan tanah tumpah kelahiran sendiri. Bagi ana, inilah cabaran yangharus dilalui oleh para da’i. Bak kata seorang akhwat ini ‘kalau disemenanjung, dah ramai orang buat kerja ini (dakwah). Sampaikan kita pun tak tahu nak buat apa lagi. Tapi kalau disini (Sarawak) kerjanya terlalu banyak sebab tak ramai nak buat kerja ni. Bergantung pada kita nak buat atau tak. Itu saja.’ 

Kadang rasa tidak puas hati dipendam jauh dalam hati. Dimana pemerintah muslim? Tak takutkah mereka melihat kejahilan sedang berleluasa di kawasan sendiri? Kelak akan ditanya Allah tanggungjawab mereka. Bahkan dalam satu hadis sendiri ada menyebutkan, Setiap individu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin akan ditanya dan dipertangungjawabkan dengan orang dibawah pimpinannya. Tapi tanggungjawab pemimpin berkali-kali ganda besar. Ana bungkam dalam diam. Tapi telinga tak lupa menadah segala ilmu yang disampaikan penceramah. Kisah cinta. Menarik. Antara 2 pihak. Pastinya dari lelaki dan wanita.  Alahai, kenapa disempitkan makna cinta. Sabar-sabar. Mata melihat sekeliling. Terkejut pastinya! Galak betul adik-adik ini memberi reaksi. Masing-masing sibuk memberi pandangan ciri-ciri pasangan idaman. Mula-mula tergelak-gelak juga mendengar pandangan mereka. Kalau yang perempuan nak yang handsomela, majority jawab nak yang bertanggungjawab. Alahai dimana mereka meletakkan iman? Mungkin mereka belum nampak, makna sebenar apabila punyai pasangan. (macamlah ana ada pengalaman ~). Akhir sekali, barulah ada yang menjerit serasa-rasa nak terkeluar anak tekak, “nak yang beriman!” Lelaki pula malu-malu memberikan pandangan. Terbalik agaknya dunia sekarang. Dunia hampir kiamat. Perempuan lebih outspoken dari lelaki. Terlucut sudahkah rasa malu para wanita? Tahu apa jawapan penceramah?

34. kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. (4:34)
Ini jawapan untuk ciri-ciri lelaki. Bagaimana dengan ciri-ciri wanita?
“Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita solehah”Hadis nabi. Tepat dan padat.

Sesi program itu bertambah menarik. Kemudian program itu diberhentikan seketika untuk memberi ruang untuk para peserta untuk bersolat zohor. Tahu apa yang berlaku? Adik-adik perempuan semua turun ke surau. Tapi tiada seorang pun yang memegang sejadah untuk solat bersama kami! Semua terkebil-kebil melihat kami solat. Seolah-olah ada pertunjukan wayang lagaknya. Ada juga yang mengajak adik-adik ini bersolat sekali. Reaksi yang diterima, sengihan memanjang. Tapi duduk tercatuk mcm tu jugak. Panasnya hati. Sabar-sabar.  Da’wah bil akhlaq.

Slot seterusnya disambung. Sekumpulan pelajar perempuan (berbaju sekolah, dan kelihatan liar menarik kerusi di hadapan). Ana toleh adik-adik disebelah. Mata mereka mencerlung tajam kearah kumpulan tadi. Bila mereka bertembung dengan mata ana, segera ditundukkan pandangan. I sense something between them. Kali ini lebih menarik. Tajuk dan aksi panas! Tajuk yang dibentangkan adalah kesan dari perhubungan haram. Kali ini dilihat dari sudut kesihatan. Ditunjukkan juga secara jelas proses abortion (penguguran bayi). Kejam! Sungguh x berperikemanusiaan. Janin itu dipotong hidup-hidup! Kejam ibu bapanya! Kejam lagi doctor yang memotong janin tu! Itu berlaku jika usia kandungan masih dalam perut. Yang masih sempat digugurkan. Yang dah termengandung 9 bulan tu bagaimana? Buang bayilah jawabnya.. Sadis gambar-gambar yang dipertotonkan. Bayi dibuang dalam semak, dalam baldi, yang dimakan semut. Ya Allah.. x ubah seperti zaman jahiliah dulu-dulu. Jika dulu dilakukan pada anak perempuan sahaja, tapi sekarang tak kisah anak lelaki ke perempuan, habis semua dibuang a.k.a dibunuh! Jahiliah zaman moden lebih dahsyat lagi! Na’uzubillah..jauhilah kami dari kecelakaan ini ya Allah..

Tengah khusyuk kami melihat dan mendengar penerangan doctor tu, tiba-tiba kumpulan pelajar permpuan tadi menjerit-jerit. Kononnya geli-gelaman dengan gambar yang ditayangkan. Sampaikan penceramah sendiri terpaksa beri kata dua! Sama ada dia menarik diri ,biar adik-adik itu yang bercakap atau  dia meneruskan ceramahnya. Tak disangka, Setiap patah perkataan penceramah dijawab tanpa beralas! kurang ajar..! kali ini marah dan iman bertingkah-tingkah. Hati betul-betul panas. Sepanjang hidup, ini la baru pertama kali bertemu orang yang betul-betul tak pandai menghormati orang yang menyampaikan ilmu. Bagaimana agaknya cikgu-cikgunya? Pasti banyak kali makan hati dengan tingkah pelajar-pelajar ini. Akal bukannya pendek lagi. Umur mereka kebanyakannnya 17 tahun. Kawan yang handle program ini, yang pada mulanya kelihatan sabar, dah beberapa kali dia terpaksa bagi amaran pada adik-adik ini. Tapi keadaan masih tak terkawal. Sampailah, ketua program sendiri terpaksa campur tangan.Aksi betul-betul panas. Iman tercabar. Bukan ana seorang je. Rata-rata yang berada disitu.  Pelajar lelaki mula memandang serong terhadap kumpulan pelajar perempuan itu. Dunia benar-benar terbalik. Bukan pelajar lelaki yang memberontak tapi pelajar perempuan! Keadaan reda apabila program itu hampir kepada penghujung. Tatkala ini ketua program memberi peluang kepada sesiapa yang mahu berucap. Di kesempatan inilah ramai yang menyampaikan rasa tidak puas hati kepada kumpulan pelajar berkenaan. Ana perasan mata mereka mencerlung tajam kepada orang yang berucap. Mungkin bagi mereka ini semua kritikan yang menghina. Padahal yang disampaikan adalah nasihat-nasihat agar mereka membuka mata hati. Program ini berakhir jua. Tapi benar-benar memberi ana dan sahabat-sahabat lain ibrah. Pengajaran yang sangat berguna. Moga Allah lorongkan hati mereka kearah kebaikan satu hari nanti. Moga akan ada seseorang yang akan membantu mereka keluar dari kegelapan itu. Amin..