Thursday, June 27, 2013

Ke mana arah tuju pembelajaran kita?

Assalamualaikum wbt.. Kaifa hal para pembaca sekalian..?

Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah Allahukbar..setangah tahun ye saya x update.. ALLAH.. Alasannya, sibuk.. Allah..
Semasa final exam hari tu, saya pernah terfikir persoalan ini.. dan inilah yang termampu saya tulis mengenainya.. Pendapat anda bagaimana?

(credit)


Sistem pendidikan bangsa Melayu pada zaman dahulu, yang paling penting adalah berasaskan sistem madrasah atau pondok. Sukar untuk orang Melayu mendapat pendidikan Inggeris melainkan Melayu Elit atau yg berkelayakan. Tetapi tujuannya hanyalah untuk memenuhi keperluan pentadbiran British pada waktu tersebut. Kira belajar utk menjadi pak turut British.

Tapi kini zaman berubah, keadaan jadi terbalik. Ramai mendapat pendidikan yg kebanyakannya digubal berdasarkan Barat. Itu sudah menjadi keperluan. Ia bukan sesuatu yang buruk. Ia sesuatu yg baik. Baik untuk memajukan negara dan meraih penghormatan dr negara-negara lain. Dan kita belajar utk kepuasan sendiri. Bukan utk menjadi kuli org lain. Malangnya, pendidikan secara madrasah dan pond0k ini semakin terpinggir. Malah dipandang k0lot oleh sesetengah pihak. oleh gol. Melayu Islam sendiri.

Bermakna kita kini pun sudah terbalik.Kita lupa asal-usul pendidikan kita. Mengutamakan ilmu agama drpd ilmu dunia. Itu juga yg dilakukan oleh ulama zaman silam utk gemilang dn terbilangkan tamadun Islam. Kuasai Quran dan sunnah kemudian brulah kepada ilmu fizik, matematik dan kimia. Siapa yg tak kenal dgn formula algebra dan te0ri how light travel drpd ibn al-Haitham. Tp kita mendahulukan yg harus daripada yg wajib. Ilmu agama adalah fardhu ain. Wajib. Tidaklah sehingga mjd alim-ulama. Kalau jadi, alhamdulillah. utk org awam spt kita, cukup utk kita mengenali siapa Tuhan ita dan mengetahui segala suruhan dan laranganNya. 

Kita belum terlambat. Sistem madrasah kini semakin moden. Byk madrasah yg dibuka utk memenuhi keperluan ramai. Byk pengajian kitab-kitab muktabar pd hujung minggu mengikut keselesaan pelajarnya oleh masyayikh yg berkelulusan. Jadi ia bukan alasan lg utk tidak menuntut ilmu agama. Walaupun kita pelajar sepenuh masa dimana-mana universiti.

Belajar bukan sekadar utk pengiktirafan. Belajar adalah untuk kita tunduk, dan mengenali kita hanyalah seorang hamba. Bukan utk menjadi seorang yg takabbur dn ujub bila menjadi seorang professional. Bila kita jadi seperti itu ingatlah ilmu yg kita dpt selama ini, tidak bermanfaat sama sekali. Kerana kita semakin jahil ttg Tuhan. Kerana segala ilmu itu dtgnya dr Dia. Bahkan sewenang-wenangnya menjadi free thinker dn atheist. dan itu antara kesan pendidikan zaman skarg. 

Belajarlah ilmu komputer, fizik, kimia, sejarah, bahasa.. apa pun, manfaatkan di jalan Islam. Memang kat akhirat Allah tak tanya soklan Matematik ke chain reaction @ sebagainya. Tp Allah akan tanya, kemana ilmu yg kita dapat dimanfaatkan.Itu antara 4 soklan yg akan ditanya didalam kubur.

Kita belum terlambt. Pilihan ditgn kita. Akhirat dihati, dunia di tangan. Wallahu'alam..