Sunday, May 11, 2014

Gagal dan gagal lagi..

Assalamualaikum wbt sahabat..

Moga Allah redha keatasmu dan kamu redha Allah sebagai tuhanmu.
Bertaqwalah kepada Allah nescaya Dia akan beri kamu jalan keluar dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Sahabat, saya mendoakan kamu bahagia, dengan setiap nikmat yang Dia berikan kepadamu.
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Pernah saya berkata kepada seorang sahabat ni,
"Perempuan.. selagi mana bergelar perempuan dia tak lari dari bercerita tentang apa yang dilalui. Perasaannya, aktivitinya, blablabla.."

Yang mahu saya ceritakan dan pasti kita ketahui hidup ini ibarat roda,
kadang diatas, kadang dibawah..Tawa dan tangis silih berganti..Hidup ini rencahnya ujian dan kesenangan.

Bergelar seorang graduan, saya ingatkan hidup ini akan lebih mudah, punya degree - syarat kerja bergaji besar. Hah, fatamorgana semata.Yang menjanjikan rezeki itu bukan degree, tapi Allah.

Saya ditipu ketika bekerja di Bangsar, kecewa dan setiap kali melangkah ke Kuala Lumpur pasti hati saya menyanyi kecil lagu M. Nasir,

sesat di Kuala Lumpur,
dosa dan pahala bercampur,
tapi kita perlu hidup.. tapi kita perlu hidup..

Setiap kali saya melihat kelip lampu malam Kuala Lumpur, saya terbayang bagaimana orang kota raya menghidupkan malamnya dan bagaimana mereka mencari nafkah untuk terus survive di kota besar itu . Saya beristighfar, saya takut saya termasuk dalam golongan mereka yang lalai dek duniawi yang dijanjikan Kuala Lumpur, padahal ramai lagi orang baik-baik kat KL.Tapi ibarat mencari intan dicelahan kaca.

Hidup. direject dan terus direject dalam mencari kerja..
________________________________________________________

Iya, gagal dalam perhubungan memang menyakitkan..
Bertemu atas usaha orang tengah..
Mencari kesefahaman, dan membina impian bersama..
Tapi akhirnya..Allah lebih mengetahui..

Menangis dan terus menangis..
terasa tarbiyah saat ini terbang.. terbang ke laut..
saat melihat rakan sekuliah sudah bergaji tetap..
saat melihat rakan sekolah mencumbui anak sendiri..
hati terasa cemburu dengan mereka..Allahu..
Sabarlah hati..

Tapi tatkala saat cemburu itu hadir,
teguran demi teguran dari Allah Maha Penyayang..
tatkala itula murabbiyah suruh pergi program itu dan ini..
refleksi diri.. seakan terpantul cerminan bila melihat akhwat2,
yang tegar di jalan dakwah dan ceria..di usia muda dipergunakan sebaik-baiknya..
Alangkah malunya diri.. Mereka masih di usia belasan tahun..
usia saya makin bertambah dan bertambah adakah saya sudah pergunakannya sebaiknya?
dan alangkah, saya belum bersedia untuk itu..
Banyak yang perlu saya perbaiki..

Pada satu malam, saya mencari kekuatan..
Saya terjumpa ayat ini..

"...dan daripada keturunan orang yang Kami telah berikan petunjuk dan kami pilih. Yang apabila dibacakan ayat-ayat al-Rahman kepada mereka, maka mereka bersujud dan menangis" (19:58)

Memang terasa nak terjun gaung. Mereka menangis apabila bertemu ayat-ayat Allah. Sedang saya?
Allahu Allah..
_____________________________________________________

Worldly life is designed to break your heart. Hereafter is the eternal life.. the greatest happiness ever..
Allahurabbi..

Yakjuj dan makjuj?

Bismillahirrahmanirrahim..


Selepas saya bergraduasi tahun lepas, masa saya kebanyakannya dihabiskan dengan menjadi guru.
Tidak kiralah cikgu rasmi atau tidak rasmi. Pada mulanya memang saya tidak gemar menjadi guru, sebab dalam cita-cita memang tiada langsung istilah 'guru'. Saya tahu kerja guru ini mulia, tapi entah saya ambil masa untuk menyesuaikan diri.


Tetapi lama-kelamaan makin jatuh cinta dengan bidang ini. Keletah budak ketika menerima ilmu membuat hati saya terhibur.


Satu hari tu, cerita tentang Yakjuj dan Makjuj kat para pelajar..
Saat Zulqarnain membina tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj terus buat kerosakan kat muka bumi ni..
hingga pada satu masa tembok itu akan runtuh..
iaitu pada akhir zaman.

Para pelajarku tu terdiam. Salah seorang bebudak tu bagitahu, "Takutnya kami cikgu..!"
Kemudian bertanya, "Yakjuj dan Makjuj tu manusia ke binatang?"
"Bila tembok itu akan runtuh? selepas Nabi Isa turun atau belum?"


Pada saat itu, cikgunya terdiam. Jujurnya cikgunya pun tak tahu.
Itu tanda cikgu perlu belajar lagi tentang makhluk ni. =p



Jom pakat pi ramai2.. kita belajar tentang salah satu tanda besar Kiamat.