Salam sejahtera keatas para pembaca sekalian.. Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan yang Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas Rasulullah S.A.W. Maaf atas kelewatan ana berkongsi dengan dengan anda semua. Almaklumlah cuti university hampir 2 bulan di rumah kadang-kadang membekukan neuron-neuron daripada mengaktifkan cas-casnya. Sempena hari bapa ini ana teringin sekali berkongsi mengenai hal bapa. Seorang perwira dalam kehidupan anak-anaknya. (Seharusnya begitu). Sebagai luahan hati mana-mana anak yang mencintai ayah kerana Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“SELAMAT HARI BAPA..!”
“ KAMI SAYANGKAN AYAH!”
“SYUKRAN JAZILAN, YA ABI!”
“THANK YOU, DADDY!”
Barangkali itu ‘lafaz yang tersimpan’ didalam dada kita, anak-anak yg mengerti betapa pentingnya kehadiran seorang ayah dalam hidup kita. Ayah, Apak, Abi, Papa, Walid, Daddy.. apapun panggilan kita ia tetap merujuk kepada seorang, iaitu sang nakhoda keluarga. Ya, sudah skeptikal dengan stigma masyarakat, peranan si ibu lebih penting berbanding bapa. Ana akui hakikat itu, memandangkan sudah termaktub dalam hadis begitu, tetapi peranan sang bapa juga tidak boleh dipandang enteng.Oh ayah..kau inspirasi kami dalam menongkah kehidupan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
seorang ayah 'derhaka' terhadap anak-anaknya? |
Hai ayah! Kau ketua keluarga, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka!
Kadang-kadang, ada sang anak yang begitu menginginkan perhatian ayahnya, dia bersusah-payah membuat kad ucapan “selamat hari bapa” dengan segala hasil usaha tangannya sendiri dengan harapan paling kurang pun, ayahnya dapat ‘melihat’ kasihnya yang begitu dalam pada dirinya. Tetapi apabila hadiah itu dihulurkan, ayahnya tanpa melihat sekilas terus mencampakkan hadiah di hujung sudut sambil tangannya memegang handphone, sibuk dengan urusan mencari rezeki. Jika tidak pun, dua tiga hari selepas itu, hadiahnya sudah berada di tong sampah. Alangkah hancurnya hati si anak!
Hai ayah!
Kami berterima kasih padamu kerana membesarkan kami dengan hasil titik peluhmu. Tetapi kadang-kadang kami berharap luangkan waktumu yang berharga itu bersama kami walaupun sedetik. Sesekali kmi berharap dapat berkongsi segala suka-duka kami denganmu. Berharap tangisan kami bisa diredakan dengan kata-kata hikmahmu. Berharap keresahan kami bisa terlurut dengn pelukan kasihmu. Kasihan ibu, kadang-kadang dialah berhempas –pulas membesarkan sang anak dengan kudratnya walaupun kamu ada disisi kami. Hakikatnya ayah, ayah semakin jauh daripada hidup kami. Fizikal ayah sahaja bersama kami, hakikatnya, cinta dan kasih kami semakin luput dari ayah. Dampingilah kami, tanyakanlah khabar kami, tegurlah kami dengan sifat lembut tetapi tegas seperti Rasulullah menegur Fatimah kerana mengecilkan hati suaminya, Saidina Ali. Sekurang-kurangnya ayah tahu perkembangan kami daripada tidak tahu langsung.
Duhai ayah!
Kami merayu padamu ayah! Besarkanlah kami dengan sumber-sumber yang halal. Jauhilah membesarkan kami dari sumber yang haram. Kelak kami membesar menjadi orang yang tidak berguna ayah! Hidup kami bakal hancur dengan kejahilan ayah. Sesusah mana pun ayah, jauhilah rasuah dan riba’. Jauhilah daripada menzalimi orang lain.Sampai mati kita hidup kutukan orang. Kami tidak mahu itu. Kami redha andai kita hidup dalam kesederhanaan tetapi kita bersyukur dengan segala nikmat Allah daripada kaya tetapi hidup kita tidak pernah tenang. Andai apabila besar nanti kami menjadi ulama’ pun, ianya sia-sia ayah. Kerana kelak diakhirat, tatkala kami tidak sabar melangkah kaki ke syurga, tiba-tiba sahaja Allah mencampakkan kami ke neraka. Kami pasti terkejut ayah, kenapa Allah mencampakkan kami ke dalam neraka. Ayah tahu kenapa? Ianya hanya kerana ayah memberi kami makan dengan duit haram! Janji Allah, setiap daging yg tumbuh dari wang haram akan dibakarnya dalam api neraka. Kami pasti menangis kerana kesilapan ayah, kami terpaksa menanggungnya!
Wahai Ayah!
adakah kita tergolong dlm anak-anak yg didik mengikut acuan islam? |
Kami juga merayu padamu. Didiklah kami dengan ilmu agama secukupnya. Supaya apabila kami besar nanti kami tahu jalan mana yang harus kami ikuti, iaitu jalan ‘ihdinas sirathal mustaqim’. Jalan yang lurus yang dijanjikan tuhan, supaya kami bisa mereguk kebahagiaan abadi. Tidak sukakah ayah melihat kami bahagia? Jika benar ayah suka, kenapa ayah hanya mendiamkan diri apabila kami meninggalkan solat, kami berpacaran, dan pelbagai lagi. Tahukah ayah, sikap ayah menyebabkan kami berasa bebas untuk membuat apa sahaja. Sehinggakan sampai pada satu masa, Tiada orang yang dapat mengawal kami lagi. Hatta ayah sekalipun. Pada masa itu, ayah janganlah menyesal kerana begitulah hasil didikan ayah 10-20 tahun lampau. Tetapi kadang-kadang ayah, Allah Maha Penyayang, Dia kenalkan kami dengan addinnya melalui orang lain. Apabila kami mengetahui hakikat sebenar betapa jauhnya keluarga kita daripada islam, kami malu ayah. Kita tak pernah solat berjemaah subuh, sampaikan do’a qunut pun kami tersalah baca pada waktu zohor! Andaikan di akhirat nanti jika Allah bertanya akan kejahilan kami sehingga kami menidakkan kebenaran, pastilah kami menuding jari kearah ayah kerana ayah tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan Allah untuk kami.
Duhai ayah..
Kami tahu betapa tingginya egomu. Setinggi gunung everest. Tetapi gunung everest pun mampu ditawan inikan pula ego ayah. Seorang manusia biasa, masih seorang hamba kepada Tuhan. Pasti dapat ditawan dan diturunkan. Kami mohon padamu, tunjukkanlah kami peribadi dan teladan yang baik. Agar bisa kami contohi dan ikuti. Janganlah kerana ego ayah, ayah mengetepikan hak kami. Hak kami untuk mendapat kasih-sayang seorang bapa. Jauhilah perbuatan ayah daripada menyakiti ibu kami sama ada daripada fizikal atau mental. Jauhilah daripada mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami. Setiap kali ayah berbuat demikian, hati kami terguris, hati kami terluka. Ayah menyebabkan hati kami lama-lama menjadi busuk kerana menanam benih kebencian pada ayah. Jangan lakukan itu ayah! Dan..tanpa sedar..kami meniru, kami mencetak ‘wajah’ ayah. Kami menjadi pendendam, perusuh dan bermacam lagi. Jangan terkejut jika satu hari kami menjadi penjenayah buruan. Kebanyakan penjenayah yang ada, mempunyai sejarah dengan masalah psikotraumatic dalam keluarga mereka, ayah. Ayah, doakan itu tidak terjadi pada kami. Jadilah seperti Rasulullah, merendahkan egonya, bukan kerana hina tetapi demi kemuliaan. Sehinggakan Zaid bin Haritsah pun tidak mahu kembali kepada bapa kandungnya kerana kasih nya kepada Rasulullah begitu tebal. Kerana dia tahu Rasulullah sentiasa menyenangkan hatinya, sentiasa menunjukkan teladan yang baik malah kata-katanya sentiasa memikat hati, bukan buruk akhlaknya apatah lagi kata-kata yang sentiasa yang mnyakitkan hati.
Hanya ketaqwaan menjadi kayu ukur, bukan ego dan sewaktu dengannya. |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini mungkin sebahagian dari luahan hati anak-anak yang tersimpan dia dalam dada. Bukan untuk mencari kesalahan apatah lagi keburukan. Tetapi hanyalah luahan yang perlu diberi perhatian oleh para ayah yang mengaku dirinya seorang muslim apatah lagi mengaku Allah sebagai tuhannya. Kerana jika benar mengaku Allah sebagai tuhannya, setiap helaan nafas hanyalah untuk Allah pasti setiap nafkah dan tanggungjawabnya dilaksanakan sebaik mungkin. Mungkin tidak sesempurna yang disangka tetapi biarlah sentiasa dalam usaha untuk membawa keluarganya kearah baiti jannati.
Untuk anak-anak yang masih mempunyai ayah, luahkanlah ‘lafaz yang tersimpan’ di dadamu itu sebelum ayahmu yang hanya pinjaman itu diambil semula oleh ‘tuan’nya. Kelak supaya tiada perasaan sesal yang menghambat diri. Luahkan lah. Walaupun ayahmu tidak se’ideal’ ayah orang lain, mungkin dengan lafaz itu, ia bisa mengubah ayah ke arah keredhaanNya. Untuk para ayah atau bakal-bakal ayah, jadikanlah kalimah ‘ Lailahailallah’ sebagai paksi dalam melayarkan bahteramu. Supaya isteri atau isteri-isteri bisa taat tanpa perlu menyertai kelab isteri taat dan anak-anakmu tidak menyimpan jeritan batin diatas malah menjadi asset dan pelaburan kamu tatkala di alam barzakh nanti. Wallahu’alam..
p/s; ingin mengetahui cara-cara bagaimana mengisi waktu untuk bersama keluarga tersayang klik ini, Quality Time With Dad: Tips for Muslim fathers.