Showing posts with label seputar malaysia... Show all posts
Showing posts with label seputar malaysia... Show all posts

Saturday, November 30, 2013

Habib Umar : Ulama tradisional berjiwa kontemporari

Ayuh mengenali Habib Umar,
jalur keturunan Rasulullah di zaman fitnah ini..

Habib Umar dilahirkan di Tarim, Hadramaut salah satu kota di Yaman yang menjadi sangat terkenal dengan ramainya alim ulama yang dihasilkan selama berabad-abad lamanya, pada 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963 M. Nasab beliau bertemu keturunan Rasulullah melalui Hussain bin Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib.

Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.
Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan beliau juga menghafal banyak teks dan matan dalam ilmu Fiqh, Hadith, Bahasa Arab dan berbagai-bagai lagi cabang ilmu lain.

Setelah ayahnya syahid ditangkap komunis, beliau meneruskan legasi perjuangan yang ditinggalkan ayahnya dengan mula membuka kelas-kelas bagi golongan muda mahupun orang-orang tua di masjid-masjid setempat dimana ditawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.

Tiada satu pun yang tertinggal dalam usahanya untuk memperkenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w dalam hati manusia seluruhnya. Kelas-kelas dan majlis didirikan, pengajaran dimulakan dan masyarakat dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkan dirinya sentiasa kekurangan tidur dan istirehat.

Namun usaha beliau mula menunjukkan hasil yang besar apabila manusia tersentuh dengan ajaran yang disampaikan beliau, terutamanya para pemuda yang sebelum itu terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan sia-sia, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka akhirnya sedar bahawa hidup ini memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentiti baru mereka sebagai Muslim, mengenakan serban dan selendang (rida') sebagai cara pakaian umat Islam dan mula menumpukan perhatian mereka demi meraih sifat-sifat luhur dan pekerti mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Mengenali dan mencintai para ulama adalah satu manifestasi kecintaan kepada Rasulullah kerana merekalah pewaris golongan anbiya'. Wallahu'alam..

Jangan lepaskan peluang, save the date! Subhanallah!


program terdekat

senarai program habib umar di Malaysia

Sumber dipetik daripada: darul murtadza

Wednesday, January 26, 2011

its rude u know!


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, Jan 25: MCA president Chua Soi Lek (right)appears to be on a warpath, defending his criticism of Muslim women who chose not to shake hands with the opposite sex for religious reasons.
In an angry reaction to questions from reporters, Chua insisted that the norm practised by many Muslim women to avoid skin contact with the opposite sex during handshake was contrary to "basic culture and manners to shake hands".
“I have been in the public life for many years. It's part of the basic culture and manners to shake hands," said Chua, who also scolded a reporter from online portal Malaysiakini, which first broke news of Chua's attack on PAS candidate Normala Sudirman.
Chua had poked fun over Normala's preference not to shake hands with the opposite sex, and compared it to a similar practice by PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"She will not come here (a Chinese temple), she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this.
“She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic values, go ahead and vote for PAS," he said.
This was followed by deputy Domestic Trade Cooperative and Consumer Affair minister Tan Lian Hoe of Gerakan lashing out at Normala and saying her practise was proof of PAS's goal to establish "an extremist Islamic state".
“This is the most basic thing... Not only men, but when she shakes hands with women, she also needs to wear glove," alleged Tan in the presence of her minister Ismail Sabri.
"This is not friendly. It's as if she thinks our hands are dirty... I hope the Chinese voters are careful (with Islamic state). We are very worried about the Islamic state. They want to implement an extremist Islamic state," she added.
Chua's comments drew strong reactions from Muslims from both sides of the divide, with many recalling his sex video which exposed his adulterous affair in a hotel room in 2008. Even UMNO deputy president Muhyiddin Yassin chided him for raising religious issues in MCA's bid to convince Chinese voters that PAS would trample on non-Muslim rights.
Chua however dismissed Muhyiddin's reminder.
"There is no need for the DPM or the media to communicate this to us," an irate Chua was quoted byMalaysiakini as saying.
'What's so great?'
Despite the storm, Chua stood his ground, saying there was nothing great about knowing the Islamic religious values.
"So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the religious values when I'm not practising that religion?”
"I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands," he went on, as quoted by Malaysiakini.


Meanwhile, condemnations continue to pour in over Chua's comments, with Selangor speaker Teng Chang Khim saying Chua's ignorance reflected the failure of racial integration as claimed by Barisan Nasional.
“CSL says it's not fair for non-Muslim to understand Islamic values. No wonder BN's national integration policy has failed.
"CSL now blames the media for the hand shake issue. He never blames his narrow-mindedness and sheer ignorance,” added Teng on Twitter.
Perak mufti Harussani Zakaria has also broken his silence, and demanded Chua to issue an apology.
“He has to know... he must respect religious practices of others, but if he doesn’t know, that is ignorance. If he knows, but pretend not to, that is insulting Islam," said Harussani, but quickly added he was not supporting the PAS candidate.
***********************************************************************************************************************************

Sepintas lalu..
bismillahi wa bihamdihi.. Segala puji-pujian hanya bagi Allah..
pertama-tama kali sewaktu ana baca berita ini ana agak terkejut jugak la. for me it is such a rude statements. How can a leader said such a thing. Semua orang bereaksi dalam pilihan raya di Tenang, Johor. Tapi yang jelas, air yang tenang kini bertukar menjadi keruh dengan kenyataan Chua Soi Lek ini. 
Jelas dan terang ia mampu menggugah keamanan negara yg kita cintai ini.Perkara ini harus diambil berat oleh semua yang bergelar muslim. Kerana ia melibatkan syariat. Perkara yang jelas dan terang termaktub dalam al-quran dan al-hadis. Sumber primer kita dalam mendepani kehidupan. Kita juga diajar untuk menutup aurat dan bermuamalah. Sebagaimana disebut dalam surah al-ahzab ayat 59
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri isteri orang mukmin untuk melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka" Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah maha Pengampun, Maha Penyayang."
Ini adalah identiti kita (muslimah)..Jika berpakaian pun kita sudah ada ketetapan, agar terpelihara jiwa kita dan rijal (lelaki) yg melihat, inikan pula komunikasi sampai bab bersentuhan ke kulit. Bahkan ada di dalam hadis juga menyatakan bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita (yang bukan muhrim) itu lebih celaka dari menyentuh besi panas. kenapa harus dipertikai apa yg dilakukan oleh cikgu Mala,dan Dr Wan Azizah hanya memakai sarung tangan ketika bersalaman/ tidak bersalaman dengan lelaki ajnabi..? (kenyataan ini tidak menyokong mana-mana ahli politik hanya menegakkan Islam yg benar). Ya, mungkin Dr.Chua tidak tahu. But yet, as stated above, "Chua's ignorance reflected the failure of racial integration".-Kejahilan Chua ini melambangkan kegagalan integrasi antara kaum.
Wahai orang2 yang mengaku dirinya muslim,. Jangan ambil sikap tunggu dan lihat. Agama kita seolah mudah dipersendakan. Kelak diakhirat akan ditanya Allah, apa yg telah kita perbuat, Apa jawapanmu utk berdepan dgn Dia kelak jika kita langsung tiada usaha memenangkan agamaNya. 
Ana sangat-sangat setuju dgn kenyataan ni.."Perak mufti Harussani Zakaria has also broken his silence, and demanded Chua to issue an apology." Ya, kami (orang muslim) menuntut Chua Soi Lek meminta maaf kepada seluruh orang islam secara terbuka. Ini hak kami. 
Bukankah Malaysia mengamalkan kebebasan beragama? Jika Chua Soi Lek sudah berani melebihi batas ini, pasti akan ada yg lebih 'berani' dari 'keberanian' Dr. Chua Soi Lek. Jadi apa guna ia termaktub dalam perlembagaan jika ia mudah diambil ringan? Fikir-fikirkan..
Ingin mengetahui kisah lebih lanjut mengenai Dr. Chua Soi Lek, klik sini

Thursday, January 20, 2011

Jangan salah sangka..


Anwar: Saya tak ajak pun PM debat

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

" Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Datuk Dr Siddiq Fadzil. 

Anwar berkata menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya. 

Katanya beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya. 

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

--Bernama

Sekadar pintasan lalu..

Kat sini ana nak komen sikit..Baru-baru ini ana ada tbaca jugak kat byk blog2 yg komen psl nih.. Ramai yg x puas hati..sama ada pd Najib ataupun Anwar sendiri.. mereka seolah-olah naik minyak, tak sabar2 melihat perdebatan ini berlaku. Ya, ana pun setuju, jika perdebatan ini berlangsung, tapi biarlah dalam keadaan harmoni. Jangan jadi batu api ataupun api dalam sekam. Kita sendiri pernah melihat perdebatan sebelum ini diantara Dato' Anwar Ibrahim dengan Dato' Shabery Chik sekitar tahun 2008. Rakyat Malaysia sendiri boleh nilai antara baik yang buruk. 

      Perdebatan ini terang dan jelas adlah mengenai ekonomi. Bukan untuk menyerang peribadi mana-mana ahli politik. Jika itu berlaku, hilanglah profesionalisme tokoh2 tersebut. Hilanglah kepercayaan rakyat Malaysia. Ana percaya, peristiwa seboleh-bolehnya mahu dielak oleh tokoh politik yg terlibat.

     Jadi, pesanan ana utk semua tmasuklah para blogger sekalian.
Jangan salah sangka. Jangan terlalu awal menaruh prasangka. Jangan melaga-laga. Nanti orang lain yg baca blog anda akan mudah salah faham. Tak fasal-fasal kita pula mendapat dosa kering. 

wallahu'alam..