Subhanallah wabihamdihi..salam’ailaik ya ikhwah wa akhwat..
Wah..entry kali ini berkisar mengenai cinta.. takpalah, untuk kali ini biar kita berfikir jauh sikit daripada biasa..sesekali kita perlu menjadi dewasa walaupun orang kata sekali pandang kita macam budak yang tak habis sekolah lagi..(*_~) Oh, cinta..
Wajahnya muram,mukanya sugul. Dia seorang wanita yang cantik sebenarnya. Cantik kerana terserlah cahaya keimanan. Tapi kali ini, cahaya itu seolah sudah sirna. Sirna kerana tidak keruan dengan masalah yang dihadapi. Seolah dunia ini tidak mampu lagi diterokai. Cukuplah jika direnung matanya. Sembab dan merah-merah. Tanda tidak cukup tidur dan banyak menangis.Gerak kerja dakwah semakin lama semakin lesu dek kerana tuan badan yang semakin layu.Komitmen tidak dapat lagi diberi 100 peratus. Hilang arah..hilang tujuan..Oh, tuhan..kasihan..ukhti! Apalah yang dihadapi sebenarnya??
Oh, kerana cinta rupanya..kerana mahu menikah, tetapi impian belum termakbul. Serasa jalan menuju pernikahan itu terlalu penuh dengan duri dan api. Sakit dan pedih. Teringat pula ana, pada artikel yg pernah dinukilkan oleh Hilal Asyraf., “Muslimah lemah kerana memikirkan Baitul Muslim?”. Lebih kurang begitula tajuknya. Ada benarnya ada tak benarnya..Pertama kali ana baca, ana tak berapa setuju dengan tajuknya, tapi kini ana terpaksa mengakui hakikat itu benar-benar berlaku depan mata.
Ya Allah, maaf kalau ana katakan, kadang-kadang ana berfikiran skeptical sedikit mengenai cinta. Ok,ok, kita sempitkan sedkit skop cinta itu, cinta seorang wanita kepada lelaki ajnabi ataupun sebaliknya. Cinta yang kelihatan manis pada luarannya, tetapi sebenarnya 1001 kepahitan didalamnya jika kita tidak tahu bagaimana cara untuk bercinta berlandaskan syarak. OH,lupa nak bagi tahu, ana belum bernikah,jadi mungkin ana tak layak untuk mengatakan hal ini? Tidak2. Menjadi tanggungjawab ana untuk berkongsi sedikit mengenai hal ini. Kerana jujurnya, Kadang-kadang ‘sakit’ apabila ana lihat muda-mudi kini yang mencalit najis pada kesucian cinta. Lagi satu, yang penting, cinta itu MENGUATKAN bukan MELEMAHKAN!
Bagaimana cinta boleh menguatkan bukan melemahkan?
Cuba kita lihat zaman ibu bapa kita yang bernikah kerana pilihan ibu bapa mereka. Bagaimana boleh kekal sehingga sekarang? Jawapannya kerana mereka sebelum itu tidak terdedah dengan anasir-anasir yang boleh melemahkan Iman. Mereka mungkin tidak terdedah dengan filem-filem porno tidak terdedah dengan drama-drama yang memomokkan percintaan antara muda-mudi, berdua-duaan, berpeleseran, seperti apa yg berlaku sekarang ini ,padahal semua itu palsu belaka!
Sedarlah wahai muda-mudiku,
Cinta itu bukan melemahkan kamu daripada aktiviti seharian kamu, sampai makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur mengigau si dia. Cinta itu juga bukan menyebabkan kamu lalai daripada menunaikan hak-hak kamu kepada kepada orang sekeliling,lebih malang lagi hak kepada Allah juga dilalaikan. Cuba Tanya orang yang berdating di shopping mall, dari pagi sampai malam, bila dia tunaikan solat? Jawapan mereka, “Eh, mana sempat nak solat, nnti tiket wayang habis.” “Uih, mana boleh, ni masa untuk si dia,kena manfaatkan sebaiknya”.Celakalah kita jika bersifat demikian.(Maaf kasar sikit, tetapi inilah hakikat zaman sekarang). Kadang-kadang ada golongan bercinta ini yang cuba mengongkong pasangan, sehingga mampu memecahkan hubungan keluarga pasangan-golongan ini lebih teruk lagi.
Tetapi cinta yang erti kata sebenarnya menguatkan lagi hubungan kamu dengan orang sekeliling, gerak kerja kita bertambah mantap, bahkan kerana cinta juga hubungan kita dengan pencipta semakin dekat. Inilah sepatutnya cinta yang menjadi buruan kita.
Jika anda kini sudah terlanjur bercinta, tanyalah diri sendiri, dimanakah situasi anda kini berada, di situasi melemahkan atau menguatkan? Jika situasi melemahkan, pesan ana, lupakanlah cinta anda itu. Cinta anda itu adlah cinta palsu. Cinta fatamorgana semata-mata. Nampak manis dan bahagia, tetapi itu hanyalah kulit,hakikat sebenarnya anda sedang menempah derita! Ibarat habis madu sepah dibuang! Bahkan hakikatnya, anda sedang menghampiri dosa syirik dimana dosa yang tak akan Allah ampunkan. Bertaubatlah!
Pesan ana, jika cinta kita pada si dia menjauhkan kita daripada pencipta itu sendiri, lupakanlah si dia, perbaikilah diri kita. Jangan kata
“aku tak boleh! Aku hanya cintakan dia seorang sahaja, kalau diberi sepuluh lelaki/wanita lain, aku tetap nak dia!”
Berhenti daripada menyeksa dirimu sendiri. Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu. Empat perkara yang Allah telah tentukan sejak azali ialah bila matimu, jodohmu, rezekimu, bahagia @ derita. Jadi mengapa harus engkau pertikaikan ketentuan Tuhan? Mana tahu diluar sana, Allah sudah sediakan sediakan seseorang yang 1000 kali lebih baik daripada dia.Jadi sekali gagal sama ada kita ditolak @ kita menolak si dia bukan bermakna peluang kita bercinta terus tertutup. Tetapi sebenarnya Allah mahu memberi cinta yang lebih baik daripada itu, cinta yang halal untuk kau sentuh, cinta yang lebih kekal shingga mampu bercinta sampai ke syurga! Itulah cinta terhebat! Tetapi cinta itu lebih hebat jika, cinta kita bersama si dia mampu membawa kita menuju cinta ILAHI!
Apa tujuan bercinta??
Sekadar berfoya-foya??
‘Aik, ko ni lembap la, itu kan trend zaman sekarang..”
“ko tengok tu, budak tudung labuh dengan budak surau lagi, pun boleh amik gambar berdua, siap letak kat laptop lagi, itukan cinta islamik, diorg boleh, kenapa kita tak boleh?”
Astaghfirullah..na’uzubillah..Ya Allah, selamatkanlah kami dari fitnah akhir zaman.
Ingatkah kita pada sabda nabi, jika kita memilih pasangan berdasarkan empat perkara iaitu antara keturunan, kecantikan, harta dan agama dan yang terbaik adalah memilih yang berAGAMA.kerana itu tujuan sebenarnya kita bercinta.
Yang beragama itu pula bukan sahaja dilihat pada sudut luaran,pakaian dia, selalu ke surau, suara merdu apabila membaca al-quran, sehingga boleh luruh jantung kita melihat kebaikan si dia. Ya, itu semua baik tapi itu bukan kayu pengukur. Kita bisa aja tertipu dengan ke’soleh’annya. Tetapi kayu pengukurnya adakah dia cukup solat lima waktu, adakah ilmu nya benar-benar memanfaatkan dia,adakah dia memuliakan tetamu….akhlaknya begini, begitu..yang pastinya yang baik-baik. Itulah untuk berbicara bab pernikahan bukan semudah yang disangka. Dalam hal mencari calon pun sudah perlu sangat teliti, bukan boleh main ‘rembat’ sahaja.
Suka untuk ana mengulang ayat beberapa penulis prolific mengenai cinta yang sebenarnya.. “ UNTUK BERCINTA, DIA BUKANLAH TARGET KITA, TETAPI DIA HANYALAH WASILAH MENUJU CINTA ILAHI”. Maksudnya begini, kadang-kadang kita seolah-olah yakin sipolan itu memang diciptakan untuk kita . Jadi,kita pun berjuang bermati-matian untuk mendapatkan si polan. Padahal sebenarnya dengan si polan itula neraka dunia kita bakal bermula. Faham maksud ana? Tetapi apabila cinta Ilahi yang kita kejar, yang kita perjuangkan, kita tak kisah siapa bakal pasangan kita, selagi mana dia di atas jalan yg sama dengan kita, sefikrah dengan kita, hati kita akan tenang, syurga dunia bakal kita perolehi, kerana apabila kita mengejar manusia dia akan lari, tetapi apabila kita mengejar Tuhan, bahkan Allah berlari mendekati kita (Hadis Nabi).Bukankah kita mahu bercinta sampai ke syurga??
Tetapi kadang-kadang ada juga yang mengatakan “Aku cintakan dia kerana Allah. Tetapi kenapa susah betul aku nak bersatu dengan dia?” Apabila sampai tahap ini, check semula diri kita. Target(tujuan) kita mungkin sudah betul. Tetapi mungkin jalan yang kita pilih adalah salah. Mungkin kita selalu mengingatkan dia mengenai perkara kebaikan, contohnya setiap solat 5 waktu kita selalu ingatkan si dia lewat telefon.Tetapi tanpa sedar kita terjebak dengan zina hati. Apabila sampai tahap ini berjaga-jagalah. Niat tak menghalalkan cara. Ketawalah syaitan sesungguh hati kerana kita terpedaya dengan tipu daya mereka. Na’uzubillah..
Akhir kalam, menyulam salam..
Akhir sekali, suka untuk ana mengingatkan para wanita sekalian khususnya pada akhwat, Nikah @ bercinta bukan semudah disangka dan tidak sesusah yang difikirkan. (Insya Allah). Cuma kita haruslah bersyukur kepada Allah kerana menerima tarbiyah ini. Tarbiyah ini sangat mahal harganya berbanding bertan-tan emas sekalipun. Sanggupkah kita menukarkan tarbiyah yang mahal ini dengan cinta lelaki yang murah? Pilihlah mereka yang bersama di jalanmu. Sanggupkah kita meleburkan tarbiyah hanya kerana cinta manusia?? Tepuk dada, tanyalah iman. Andai tiada jalan lain, tawarkanlah dirimu kepada lelaki-lelaki yang beriman.jika sukar menemukan lelaki-lelaki yang baik demi menyelamatkan sekeping hati. Jangan pedulikan apa masyarakat pandangmu.Jauhi futur sahabat-sahabatku.
Kita mahukan kebahagiaan dunia dan akhirat. Tiada siapa mahukan penderitaan. Mungkin ada dlm kalangan akhwat yg berfikir, “takpa, insya Allah aku mampu bimbing dia dengan segala hasil apa yang sudah aku pelajari dalam usrah”. Jangan berfikir begitu. Dan sunnatullahnya bukan begitu. Bukankah di dalam al-quran ada disebut “ARRIJAL QAWWAMU ‘ALANNISA’”-“ lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.
Dan untuk ikhwah pula, pilihlah wanita solehah menjadi sayap kirimu. Janganlah kecantikan luaran yang menarik hatimu. Jangan terlalu memilih.Kelak hatimu bisa merana. Sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
Akhir kalam, majulah ikhwah dan akhwat untuk baitul muslim! Baitul muslim untuk menegakkan harakah islamiyyah! Untuk itu bercintalah sampai kita ke syurga! Jangan sampai kita menolak perkahwinan itu sendiri.
p/s: ni nasihat untuk diri ana sendiri dan akhwat2 atau mereka yang sedang mempunyai masalah dlm membina baitul muslim(rumahtangga). Moga Allah sentiasa pelihara kita dlam kebaikan.AMEEN YA RABB..
No comments:
Post a Comment