Sunday, December 30, 2012

Cemburunya saya dengan kamu, wahai Nailah..!

Sweet story of Sahabiah, Moga kita diberi kekuatan utk mencontohi beliau..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nama gadis mulia ini ialah Nailah Bte Farafishah Al Kalbiyah. Umurnya hanya 18 tahun ketika menikahi Saidina Ustman yang pada ketika itu berusia 81 tahun. Kisahnya bermula seperti ini, pada suatu hari, Saidina Utsman bertanya kpd Nailah,

“Apakah engkau tidak keberatan menikahi seorang lelaki yang telah tua bangka ? ” tanya Saidina Ustman

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata

“Saya termasuk wanita yang lebih suka memilih suami yg lebih tua “

“Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku ? “Nailah kembali tersenyum sambil berkata”Waktu mudamu telah dihabiskan bersama-sama Rasullah saw dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya “

Waktu berlalu. hari berganti hari dan masa berganti masa, hasil perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan dua orang puteri, Maryam dan Anbasah bte Utsman. Dari saat pernikahan itu, Nailah tetap setia bersama suami tercinta.

Hingga pada suatu ketika, saat Saidina Ustman mahu dibunuh pemberontak, Nailah tetap setia disamping suaminya itu dan mempertahankannya dengan tubuhnya sendiri. Dia rela merebahkan tubuhnya untuk melindungi suaminya itu.

Subhanallah..Sehingga diceritakan jari jemarinya yang tulus itu terputus dek terkena libasan pedang pemberontak.Ketika akhirnya Saidina Ustman wafat dalam kemuliaan, Mu’awiyah menghantar utusan utk meminang Nailah. tetapi apa jawabannya ?

“Tidak mungkin ada seorang manusia yang mampu mengantikan kedudukan Ustman dalam hatiku “

Bahkan Nailah sanggup merotokkan gigi hadapannya, kerana khuatir kerana kecantikan senyumannya bisa menarik perhatian Muawiyah, khalifah Bani Umayyah ketika itu (bayangkan kalau Presiden melamar kita, hehe) ..

Nailah hanya ingin satu, dia hanya ingin setia kepada suaminya, Saidina Uthman..walaupun dia merupakan wanita jelitawan, dan Saidina Uthman terlalu bbeza usia.. cinta mereka suci..benar2 mencintai kerana Allah ta'ala..

Kisah Nailah sanggup merontokkan gigi hadapannya, sampai kpd pengetahuan Muawiyah, sedarlah Muawiyah bahawa kesetiaan Na'ilah terhadap Saidina Uthman terlalu utuh.. Kekallah Nai'lah sebagai bekas isteri Saidina Uthman sehingga akhir hayatnya.. sambil menanggung rindu yg sarat kpd mantan suaminya yg tercinta..

Allahurabbi.. Subhanallah..

Akhir-akhir ini banyak mentelaah kisah sahabiah dan sedang mengkaji perspektif pendidikan kanak-kanak.. subhanallah.. kisah mereka sangat memberi motivasi untuk menjadi insan yg lebih baik..

In Sha Allah, its a good step for entering new year to follow 'their-whom their heart is lighted with God's love' footstep.. Wallahu'alam <3