Sweet story of Sahabiah, Moga kita diberi kekuatan utk
mencontohi beliau..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nama gadis mulia ini ialah Nailah Bte Farafishah Al
Kalbiyah. Umurnya hanya 18 tahun ketika menikahi Saidina Ustman yang pada
ketika itu berusia 81 tahun. Kisahnya bermula seperti ini, pada suatu hari,
Saidina Utsman bertanya kpd Nailah,
“Apakah engkau tidak keberatan menikahi seorang lelaki yang
telah tua bangka ? ” tanya Saidina Ustman
Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata
“Saya termasuk wanita yang lebih suka memilih suami yg lebih
tua “
“Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku ? “Nailah kembali
tersenyum sambil berkata”Waktu mudamu telah dihabiskan bersama-sama Rasullah
saw dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya “
Waktu berlalu. hari berganti hari dan masa berganti masa,
hasil perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan dua orang puteri, Maryam
dan Anbasah bte Utsman. Dari saat pernikahan itu, Nailah tetap setia bersama
suami tercinta.
Hingga pada suatu ketika, saat Saidina Ustman mahu dibunuh
pemberontak, Nailah tetap setia disamping suaminya itu dan mempertahankannya
dengan tubuhnya sendiri. Dia rela merebahkan tubuhnya untuk melindungi suaminya
itu.
Subhanallah..Sehingga diceritakan jari jemarinya yang tulus
itu terputus dek terkena libasan pedang pemberontak.Ketika akhirnya Saidina
Ustman wafat dalam kemuliaan, Mu’awiyah menghantar utusan utk meminang Nailah.
tetapi apa jawabannya ?
“Tidak mungkin ada seorang manusia yang mampu mengantikan
kedudukan Ustman dalam hatiku “
Bahkan Nailah sanggup merotokkan gigi hadapannya, kerana
khuatir kerana kecantikan senyumannya bisa menarik perhatian Muawiyah, khalifah
Bani Umayyah ketika itu (bayangkan kalau Presiden melamar kita, hehe) ..
Nailah hanya ingin satu, dia hanya ingin setia kepada
suaminya, Saidina Uthman..walaupun dia merupakan wanita jelitawan, dan Saidina
Uthman terlalu bbeza usia.. cinta mereka suci..benar2 mencintai kerana Allah
ta'ala..
Kisah Nailah sanggup merontokkan gigi hadapannya, sampai kpd
pengetahuan Muawiyah, sedarlah Muawiyah bahawa kesetiaan Na'ilah terhadap
Saidina Uthman terlalu utuh.. Kekallah Nai'lah sebagai bekas isteri Saidina
Uthman sehingga akhir hayatnya.. sambil menanggung rindu yg sarat kpd mantan
suaminya yg tercinta..
Allahurabbi.. Subhanallah..
Akhir-akhir ini banyak mentelaah kisah sahabiah dan sedang
mengkaji perspektif pendidikan kanak-kanak.. subhanallah.. kisah mereka sangat
memberi motivasi untuk menjadi insan yg lebih baik..
In Sha Allah, its a good step for entering new year to
follow 'their-whom their heart is lighted with God's love' footstep..
Wallahu'alam <3
No comments:
Post a Comment