Sunday, February 27, 2011

d.u.i.t tentang jodoh..

Bismillahirahmanirrahim..



bila usia sudah bertukar angka dr 1.. ke 2.. di pangkal umur..
hati-hati semakin resah.. soal pasangan mula mjadi perhatian..
hati-hati mula memberontak untuk disayangi dan menyayangi..sabarlah!!
masanya belum tiba lg..yakinlah, Allah telah menentukn jodoh terbaik buat kita!

            



Alhamdulillah, baru-baru ini ana menyambut ulangtahun yang ke-20. Tiada sambutan yang istimewa. Tetapi Alhamdulillah, hati ini cukup berbunga-bunga, kerana apa??  Biarlah Allah sahaja yang tahu.Yang pasti kerana nikmat hidup yang telah Dia berikan. Macam tak percaya pun ada 1/3 hidup telah ana jalani-jika dikira daripada umur baginda  63 tahun. dua dekad sudah. Kebetulan pula, ada seorang sahabat bertanya mengenai jodoh, tergaru-garu juga kepala ana,memikirkan persoalan dia.  Ana bukanlah orang yang expert berkenaan hal ini.  Tetapi insya allah ana cuba menjawab mengikut landas-landas syari’at. Tidaklah diri ini cuba memfaqih-faqihkan diri  dalam hal yang tidak ana ketahui. Andai tersalah minta dibetulkan. Ikuti perbualan ana dengan si dia (sahabat UTM) biarlah ana namakan dia Ika...

ANA: owh..Ika memang betul-betul nak jadi engineer ke?

IKA :kita berjuang sehingga ke titisan terakhir..kalau ditentukan menjadi seorang engineer  terima seadanya..huhu..entahlah,,, @_@

ANA:  Allah lebih tahu masa depan kita.. segala-galanyanya telah ada dalam qada' dan qadarnya..

IKA: tapi kan macam mana dgn ayat lau nak jodoh kita kene berusaha??

ANA: owh..itu? pernah tanya k.adib psl ni..?dia expert sket bab ni..takpalah..cmni..org islam mggunakan konsep d.u.i.t..dalam seluruh genap kehidupn kita..
d utk doa..
u untuk ultimate..
i untuk ikhtiar..
t utk tawakal..
begitu juga dgn jodoh..
maknanya, dari sekarang kita dh kena berdoa..istikharah utk mendapatkn jodoh yg baik..nak dapat jodoh yg baik, kita kena jd baik dlu..sbb pasangan adalah cerminan bagi diri kita..lepas agak-agak diri dah bersedia dan ckup "baik' (Solehahkan diri) ..baru kita mulakan ultimate ikhtiar..

IKA: caranya??????????

ANA: tapi mestilah melalui jalan yang Allah redhai..contohnya..menggunakan baitulmuslim..
tahukan pasal baitulmuslim? maknanya kita gunakan orang ketiga untuk carikan jodoh kita..
tapi orang ketiga tu ada pula syarat-syaratnya..
dia haruslah orang yang jujur dan tak fasiq..
contohnya, kita gunakan ustaz..
kalau nak lebih afdal minta parents carikan..tapi pastikan parents kita pun adalah orang yang faham dan amal  dengan hukum-hukum islam. sebenarnya banyak cara lagi..Allah Maha Bijaksana..ada banyak cara lagi dia boleh temukan kita dengan jodoh kita..kita harus yakin..itula, lastly..
T-Tawakal..
lepas kita dh brikhtiyar..disinilah ujian kita..sama ada mmpu bersabar atau tak..ramai yang beraqidahkan usaha dan ikhtiyar,dia lupa nak serahkn kat Allah segala usaha dia..itula boleh terjadinya frust..sampai bunuh diri, dsb..

IKA: now, ika yakin...first,perbetulkan diri kita dulu dan segalanya dah di tentukan..tak perlu fikir sangat pasal benda nieyh..ia nya dah tertulis sejak azali lagi..tenkiu yunk..

ANA:Tambahan sikit lagi, masa ana form 3,ana pernah terbaca kitab imam ghazali psl pkahwinan..kalau kita nak anak-anak yang soleh dan solehah, kita perlu perbaiki diri kita 20 tahun sebelum nikah..jadi, maknanya kita perlu baiki diri since dari kecik..jadi start dari tu, ana dah mulakan misi membaiki diri..sejak dari sekolah, ana dah berdoa ditemukan dengan jodoh yang baik.

IKA: 20 thn sebelum nikah...kene start dari sekarang

ANA: sebenarnya bukan sekarang..sepatutnya dari dulu..tapi tak terlambat lagi..takde istilah terlambat bab-bab kawin nih..tapi, jujur la..since, prinsip  tak nak dekati lelaki (ajnabi) dipegang..kadang2 rasa jadi invisible pun ada..macam orang langsung tak nak kenal kita..

IKA: betul-betul..dulu Ika  pun guna prinsip tak mahu dekat dengan lelaki dan tak mahu cakap  dengan lelaki tapi dalam kos ika sistem ni memang tak boleh di gunakan..nanti kita nak berkomunikasi dengan orang susah..dalam group mesti ada lelaki dan kita kena berurusan dengan diorang.. langsung orang  tak kenal kita dan susah nak kembangkan potensi diri kita..

ANA: hehe~ ISLAM TAK  JUMUD DEAR..kita harus bergaul dengan mereka apabila ada urusan yang dituntut..islam ada ajar macam mana nak bermuamalah dgn lelaki..nanti lain kali kita bincang bab tu..

IKA: Ika dah buat conclusion berdasarkan apa yag telah diceritakan tadi...NO COUPLE..

ANA: no couple doesnt mean no ikhtiyar..no couple BEFORE married..

IKA: ha,, dh pening dah..

ANA: haha..sabaq2..cuba ika bagitau balik..apa prinsip orang islam tadi?

IKA: d.u.i.t
dua'
ultimate
ikhtiar
tawakkal
kalau bab ikhtiar ni guna baitul muslim,orang ketiga..kan..???




ANA: pandai pun..good girl..hehe..ok..tu kira ada 3 stage..
1)doa..
2) ultimate ikhtiyar..
3)tawakal..
sekarang kita masuk stage 2..yang zaman sekolah tu, kira zaman stage 1..fahamkan..?

IKA: banyak nyer stage..... @_@..faham-faham..teruskan..

ANA: kalau zaman sekolah kita selalu bdoa-doa..bila umur dah menginjak 20..kita mula rase terdesak nak cari jodoh..jadi..inilah kita kena gunakan ultimate ikhtiyar..tapi kita belum lagi perlu msuk ke gear 5..tapi pada yang sama jangan lupa istikharah..
itula, dah masuk stage 2, kne masuk stage 3 plak..tawakal..yang ni susah sikit..kalau tak sabar..dah lama pilih jalan kapel..tapi na'uzubillah..Allah tak redha dengan jalan tu..
 harap ika dapat tangkap apa yang ana nak smpikan..
dear nak masuk stage berape?
1?
2?
3?

IKA: masih satu lagi. dear rancang nak kahwin umur 28.lama kan??

ANA: hmm..tak jugakkk..

IKA: tu yang takut jadi andartu..tu ika rancang nak cari sekarang..but better focus pada study.

ANA: owh..tidak2..kita merancang, Allah pun merancg..Tapi rancangan siapa lebih hebat??

IKA: Allah menentukannya....^^

ANA: betul-betul..mne tahu..tiba-tiba ika kahwin dulu dari orang kan?haha..merasa la nasi minyak ika..

IKA: takde-takde nak merasa nasi minyak yunk dulu..hehehhe

ANA:takpe..takpe..bg adil..kita makan nasi minyak sama2..tapi satu la..nak pesan..jangan guna jalan kapel..kita doa sama2..

IKA: Insya Allah, doakan ika ea...tak mudah jatuh..dan goyah dengan benda-benda macam ni..

ANA: sentiasa dalam doa..insya allah..



Dalam hal mencari jodoh, kita seringkali tersilap. Untuk mencari pasangan hidup, sering juga kita menjadikan rupa paras sebagai indicator yang penting. Bukankah ia akan luput dari seseorang??  Ana tertarik dengan kata-kata hikmat seorang sahabat

“Lelaki itu bertuah jika dia adalah cinta pertama seorang wanita. Wanita itu bertuah jika dia menjadi cinta terakhir sang lelaki.”

“Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati apabila diuji mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa takut kepada ilahi.”

Sebagai konklusi untuk post ini, cukuplah ana katakan, yakinlah dengan Allah. Janji Dia adalah benar. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya. Jika awal-awal lagi perkenalan kita dengan si dia telah kotori dengan maksiat, bagaimana pula kita akan membina sebuah astana idaman yang penuh dengan mawaddah??  Bagaimana pula dari sebuah hubungan itu mampu melahirkan generasi yang takut akan tuhan jika masa ‘pembuatannya’ pun tiada sekelumit pun perasaan itu pada kedua ibu bapanya? Ingatlah sesungguhnya perkahwinan itu adalah ‘mitsaqan ghaliza’-sebuah perjanjian yang berat, yang Allah sebutkan 3 kali dalam al-quran yang mana 2 lagi digunakan untuk perjanjian tauhid.Takutlah pada Allah, serahkan pada Dia jodoh kita,dalam pada yang sama kita berusaha tetapi haruslah berada dalam landasan syarak. Moga kita semua dikurniakan jodoh yg terbaik disisiNya.Ameen.. Wallahu’alam..

tabahlah wahai hati..

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..Subhanallah wabihamdihi.. Allahumma salli’ala saidina Muhammad.
            
            Seperti hari-hari biasa pada hujung minggu, ana akan buka facebook untuk update apa-apa berita tidak kiralah dari sahabat handai, keluarga @ lain-lain. Selalunya facebook menjadi medium pengantaraan untuk meyampaikan berita terkini. Memanfaatkan teknologi terkini dengan cara yang betul. Walaupun ia sering sahaja disalahgunakan. Bergantung kepada bagaimana cara kita menggunakannya. Andai terasa muraqabatullah (pengawasan Allah) dalam setiap perbuatan kita beruntunglah, jika tidak, muhasabah lah semula diri kita.

Sejak akhir-akhir ini, rancak sungguh sahabat-sahabat ana post sesuatu di facebook, semenjak group untuk kelas kami di tingkatan lima ditubuhkan. Pejam celik-pejam celik sudah 3 tahun masa berlalu, begitu pantas. Kini masing-masing sedang sibuk menghadapi dunia sendiri, sudah semestinya, sibuk di alam kampus.  Majoritinya berada di UIA. University idaman ana satu ketika dahulu. Namun hasrat tidak kesampaian. Insya Allah hati ini redha, kerana ana tahu Dia lebih tahu apa yg tersirat. Ana tumpang gembira untuk sahabat-sahabat ana. Ada juga yang dalam persediaan untuk menyambung pelajaran di U.K dan yang lain-lain semua sudah merata-rata di bumi Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Namun, tiada pun antara kami yang melupakan kenangan indah yang kami lalui bersama. Bagaimana kami ‘mengenakan’ salah seorang daripada kami semasa hari jadinya, bagaimana kami sentiasa musyawwarah jika sesuatu pekerjaan itu tidak mendapat persetujuan ramai, betapa tidak matangnya kami apabila ada perselisihan faham, sampai ada yang merajuk-rajuk.
 Alangkah indahnya satu ketika dahulu! Hidup sentiasa nasihat-menasihati dan ingat-mengingati. Maklumlah sekolah berasrama nun jauh di utara,jauh berbatu-batu dari rumah, menyebabkan kami saling bergantung antara satu-sama lain. Lebih-lebih lagi, kelas kami yang paling sedikit jumlah pelajarnya, hanya beberapa belas orang berbanding kelas lain yang hampir 30 orang jumlah pelajarnya. Disinilah tarbiyah untuk diri ana bermula. Mencintai yang lain hanya kerana Allah.  Dan tidak disangka, kemesraan yang terjalin itu kekal sehingga ke hari ini.   Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah. Sungguh diri ini sangat menyayangi mereka.

Sedang sibuk ana membaca post sahabat-sahabat, tiba-tiba ada pop-out box muncul. Seorang sahabat dari ‘mereka’.Biarlah ana namakan dia Aya a.k.a bukan nama sebenar. Oh, rindunya hati tatkala itu. Bermula dari bertanya khabar sehinggalah kepada kisah dia. Dia sedang berduka-cita rupanya! Ana termangu mendengar kisahnya, bersimpati dan cuba berempati-‘Put yourself in their shoes’.  Kadang-kadang terasa juga seperti mahu mengalir air mata, nasib baiklah ana di hadapan laptop, jika ana berada di hadapan dia, pasti dia lagi sedih. Dia yang sedih kita pula yang lebih-lebih. Aya sedang rawan dengan kehilangan orang yang sangat dia cintai-arwah atuknya. Menurut Aya, semasa arwah atuknya nazak, ibu bapa dia ada mengkhabarkan berita itu, tetapi ibu bapanya tidak membenarkan dia balik kerana dia bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Tetapi hati  dia memberontak-rontak ingin pulang, tetapi Aya terpaksa memendam perasaannya. Sehinggalah satu waktu berita kematian arwah atuknya yang menyinggah telinga. Hancurnya hati hanya Allah yang tahu. Setiap hari semenjak perkhabaran itu, Aya akan menangis dan terus menangis.

Hatinya luluh dengan sikap ibu bapanya yang tidak membenarkan dia menatap wajah atuk tersayang buat kali terakhir. Setiap kali jiwanya bersedih dia akan cuba buat-buat sibuk dengan mengisi masanya sebagai tanggungjawab sebagai seorang pelajar,tetapi apabila menjelang sahaja malam, waktu dirinya bersimpuh diatas sejadah, pasti air matanya mengalir laju, terbayang wajah atuk, terbayang kenangan bersama allahyarham, setiap bait kata-katanya. Semuanya bermain laju di dalam minda, sehingga satu masa, Aya terasa dia tidak sanggup lagi menghadapi dunia, dia lemah menghadapi kehilangan orang tersayang. Sehingga dia berasa tidak berdaya. Disebabkan inilah dia meluahkan segalanya kepada ana di hujung minggu itu, dia tidak tahan lagi menanggung semuanya seorang diri, berkali-kali dia meminta maaf kerana menganggu mood ana pada hujung minggu.

Oh, sahabatku, andai sahaja dirimu tahu, mahu sahaja diri ini terbang kesana, biar diri ini mampu meminjamkan bahu untuk dirimu menangis. Luahkan segalanya selepas engkau mohon kepada Allah. Ana termangu mendengar ceritanya, terharu, sedih dan pelbagai lagi. Tabahlah wahai hati sahabatku. Allah sedang mengujimu. Tanda Dia sangat menyayangimu. Dia bertanya pada diri ini

“Pernah awak rasa apa yang saya rasa? Pahitnya berhadapan dengan kehilangan orang tersayang??”

Jawapanku, “Pernah.”

Kemudian Aya bertanya lagi “Apa yang awak buat?”

Ana terdiam. Otak ligat berfikir, bila??  Segala kotak memori cuba ana selongkari satu-persatu. Oh, tuhan.. memori pahit itu. Ketika itu ana di tingkatan empat,berita kematian arwah nenek yang dikhabari ayah. Masa itu bulan ramadhan, ya, ana ingat lagi semua itu. Mendengar sahaja berita itu, tidak henti-henti air mata mengalir.Masa berbuka pun, sisa air mata sukar dinyah. Teringat wajah arwah nenek, kenangan bersama dia-ana mandikan arwah, kemudian tiba-tiba sahaja dia menangis, menangis kerana betapa tidak upayanya diri dia menguruskan diri sendiri. Ada satu ketika lagi, ana duduk termenung ditepi pangkin di rumah nenek, tiba-tiba dia menegur “Eh, muka engkau sebijik macam muka aku dulu-dulu”. Ana terkejut.  Dia mengamati ana sejak tadi rupanya. Sepupu-sepupu ana pun mengakui hal tersebut.Kenangan bersama dia,oh tuhan.Seusai habis SPM, ana diuji lagi, dengan berita kematian adik angkat ana kerana leukemia, beberapa hari sebelum itu, keluarga kami diuji dengan kematian arwah abang ipar, selang beberapa hari kemudian ibu ana pula dimasukkan dalam hospital, kerana berlaku tumpah darah yang sangat banyak. Ibu nyawa-nyawa ikan ketika itu. Ya, Allah.. kenapa ana harus ingat semua memori pahit itu?? secara fizikalnya,ia kerana persoalan sahabat ana, disebabkan dia ana terpaksa mengingati peristiwa yang ana cuba kuburkan jauh dalam lubuk hati. Tetapi hakikatnya, Allah mahu ana sedar kembali, betapa banyak nikmat yang telah dia beri semenjak itu.
Hari ini ana dalam zon selesa, sejarah lama ana cuba tutup serapat-rapatnya. Ibu pula semakin hari semakin pulih,beberapa tahun sudah berlalu.SYUKUR kepada Allah. Tetapi, Ana terlupa betapa sewaktu ana diuji betapa rapuhnya diri ini. Hari-hari yang dilalui terasa hambar, seolah tidak ada maknanya lagi,

tetapi Allah Maha penyayang tika itulah ditiup kekuatan,
ketika itulah diri ini merangkak mencari cahaya.
 Tika itulah quran sentiasa menjadi peneman setiap malam.
Penyembuh jiwa yang kelukaan.
 Ketika itulah sejadah menjadi teman setia.
Ketika itu jualah, air mata sentiasa menjadi murah ketika berhadapan denganNya.
Ketika itulah terasa diri ini lemah berhadapan dengan taqdirnya.
Tergoncang seketika dengan rukun iman yang keenam
-Percaya kepada qada’ dan qadar.
Ketika itulah hati sentiasa merayu agar dikuatkan hati menempuh hidup ini.
Ketika itulah meminta jangan sekali-kali Dia terlepas pandang pada hamba yg hina ini.
Pelbagai lagi doa sentiasa berzikir dibibir.
            
          Setelah mendung berlalu, kadang-kadang kita insan yang sentiasa alpa, dengan nikmat yang telah dikurniakan. Sebagaimana firman Allah.

“Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?” (al-rahman:42).

             Ana seolah terlupa dengan ujian yang pernah Dia beri. Astaghfirullah. Terima kasih sahabat kerana mengingatkan. Jika diberi pilihan antara ujian dalam kesenangan atau ujian dalam kesusahan @ keperitan, ana pilih yang kedua. Kerana jika senang kita mudah sangat lalai dalam mengingatiNya, tetapi apabila kita kesusahan, kita tahu hanya kepada Allah kita mengadu, dan hanya Dia yang mampu mengurangkan kesakitan kita.Apapun,susah @ senang itu dariNya. Kita sebagai hamba harus redha dengan taqdirnya. Tetapi itulah, alangkah indahnya hidup bertuhankan Allah, tak pernah berkeluh kesah, andai kesenangan yang datang, diucap hamdalah, andai kesusahan yang datang, bertambah lagi kekuatan hubungan kita denganNya.
                
            Oh sahabatku, jika dirimu bertanya kepada ku bagaimana aku mengurangkan kesakitan kehilangan orang yang tersayang, ana hanya mampu menjawab, dekatkanlah dirimu dengan al-quran.Insya-allah hatimu akan sembuh dengan ayat-ayat cintaNya. Bukankah Allah berfirman

“ Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira pada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Innalillah hi wainna lillahi raji’un (sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNyalah kami kembali)” (al-baqarah:155-156).

Ingatlah orang-orang yang tersayang itu hanyalah pinjaman. Termasuklah ibu bapa kita. Jasad kita juga hanyalah pinjaman untuk meraih pahala sebanyak mungkin di muka bumi ini sebelum dijemput kembali. Kerana itu, kita disarankan supaya menyintai sesuatu itu dengan bersederhana.
Dan sungguh sahabatku, kamu sangat beruntung kerana diuji oleh Allah. Betapa Dia sangat mencintaimu. Rasulullah bersabda, Allah S.W.T telah berkata :

Ketika Allah suka kepada seorang hamba. Dia mengujinya. Jika dia sabar, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya”. Moga musibah yang menimpamu, menjadi modal untukmu terus menyintaiNya lebih lagi.
Selain itu, sahabatku..marilah kita sama-sama bertaubat sebanyak-banyaknya. Kadang-kadang  apabila musibah jatuh pada diri kita,tanpa sedar terpacul daripada mulut kita, “kenapa mesti aku?”, “Apa dosa aku?”, kenapa, kenapa dan kenapa???
Allah azzawajalla berfirman: “Bertubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan” (AN-nur:31)

Kita tidak sempurna wahai sahabatku, sering sahaja melakukan kesalahan. Tetapi kita tidak harus berputus asa dari rahmatnya. Marilah kita menjadikan solat taubat itu sebahagian rutin hidup kita. Moga dengan itu, hidup kita lebih tenang. Dan moga-moga amalan yang kita lakukan bisa mengantarkan orang yang kita sayangi ke pintu syurga, Ameen ya Rabb..

Terima kasih sahabat kerana mengingatkan diri ini.Ingatlah dirimu tidak keseorangan, innallah ma’assobirin (Allah beserte orang-orang yang sabar). Moga kisahmu menjadi pengajaran (ibrah)  pada diri ini malahan kepada pembaca blog ini. Insya Allah..La tahzan ya ukhti..ikatan kita sejak di tingkatan lima tidak akan putus, kerana hati kita telah bersatu untuk menegakkan kalimahNya. Moga-moga Allah menerima persahabatan kita sebagai satu ibadah. Ameen, Ameen ya Rabb..

Sunday, February 20, 2011

Khas utkmu, ya indonesi..

Puji-pujian hanya untuk Allah  penguasa semesta alam..
Bersaksilah aku mengaku bahawa tida tuhan melainkan Allah,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhnya, kecintaanNya..
Aku bersyukur kepada Allah.. masih meghirup nafas ini..

Aku kagum masa aku pergi ceramah semalam..
Sempena Maulidur Rasul..kelahiran kekasihNYA..
Penyampainya dari Indonesia,dari bumi Jakarta,
Namanya DR. H. Aswin Rose b. Yusuf..
Seorang cendekiawan brtaraf ulama aku kira,
Mungkin juga setaraf dengan DR. Sidek Baba, Dato’ Sidek Fadzil,
Dr. Hassan Basri dan pelbagai lagi cendekiawan Malaysia..
Wah, aku terlongo semalam, tuturnya lembut sekali,
Setiap patah bicaranya terselit ayatul quran..
Seolah-olah ianya hanya dihujung jari..
Usianya sudah langkau, tapi fikirannya aduhh..
Mengalahkan kami anak muda, cerdas sekali..
Aku jatuh cinta pada orang Indonesia..ilmu mereka..Subhanallah..
Ini bukan kali pertama aku menjumpai persis itu..
Ini Kali kedua..kali pertama sewaktu aku menemankan ibuku pergi ke Padang,
Dalam rangka ibuku menyelesaikan tesis magisternya..
Wah..pertama kali menjejakkan kaki kesana aku udah jatuh cinta..
Berkenalan pula dengan cendekiawan disana seperti keluarga Pak Saifullah..
Waduhh..orangya lemah-lembut tapi kadang-kadang kata-kata mereka tegas sekali..
Tapi sayangnya disana kulihat, pembudayaan ilmu itu tinggi sekali,
Lebih-lebih lagi ilmu islam, tetapi pengamalannya masih kurang,
Rakyatnya juga masih ramai di takuk lama...
Mereka saudaraku..walaupun dipisahkan oleh factor geografi..
Oh..aku sayang pada kamu wahai org Indonesia..
Kerana kita serumpun..lebih-lebih lagi kita berpegang pada satu akidah yg sama..

Saturday, February 19, 2011

jadilah seperti daun!

Jadilah seperti daun..!

Angin Semilir berpuput lembut
Lambai daun diusik angin
Jiwaku merenung jauh
Bahagiaku jika menjadi daun
Hidup tatkala pohon masih bertunas
Memberi tika permulaan
Manfaat sehingga ke akhirnya..
Amanah tuhan tidak pernah diingkari..
Setia mentaati tanpa pernah mengeluh..
Warnanya senada tapi pelbagai..
Menceriakan buana yang semakin kelam..
Cukup menenangkan  hati yang kegalauan..
Bukti sejati bagi yang mencari cinta tuhan..
Tuhan tidak akan menjadikan ia sia-sia..
Ajaibnya ciptaan tuhan!
Tanpanya, takkan hidupku di muka bumi ini..
Tanpanya juga takkan hidup makhluk tuhan yg lain..
Semuanya bermula atas nama cinta tuhan..
Sang Pencinta yang maha Membentuk Rupa..
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..
Jadilah kita seperti daun..
Memberi tatkala dicipta tuhan..
Bercambah kan benih kebaikan
Jadilah seperti daun,
Setia menjalankan perintah dan taat
Kepada pemilik diri..
Jadilah umpama daun
Dilihat kecil, manfaatnya besar sekali
Hati yg kotor bersih kembali
Jadilah bak daun..
Meluruhkan diri
Pabila sudah sampai ke waktunya
bukan terkorban kerana yg lain..
tapi berkorban demi yg lain..
kerana dia tahu
tujuan dia diciptakan..
kerana dia tahu
dia hanyalah pinjaman..
dari tuhan yg Tak Pernah Berakhir..