Jadilah seperti daun..!
Angin Semilir berpuput lembut
Lambai daun diusik angin
Jiwaku merenung jauh
Bahagiaku jika menjadi daun
Hidup tatkala pohon masih bertunas
Memberi tika permulaan
Manfaat sehingga ke akhirnya..
Amanah tuhan tidak pernah diingkari..
Setia mentaati tanpa pernah mengeluh..
Warnanya senada tapi pelbagai..
Menceriakan buana yang semakin kelam..
Cukup menenangkan hati yang kegalauan..
Bukti sejati bagi yang mencari cinta tuhan..
Tuhan tidak akan menjadikan ia sia-sia..
Ajaibnya ciptaan tuhan!
Tanpanya, takkan hidupku di muka bumi ini..
Tanpanya juga takkan hidup makhluk tuhan yg lain..
Semuanya bermula atas nama cinta tuhan..
Sang Pencinta yang maha Membentuk Rupa..
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..
Jadilah kita seperti daun..
Memberi tatkala dicipta tuhan..
Bercambah kan benih kebaikan
Jadilah seperti daun,
Setia menjalankan perintah dan taat
Kepada pemilik diri..
Jadilah umpama daun
Dilihat kecil, manfaatnya besar sekali
Hati yg kotor bersih kembali
Jadilah bak daun..
Meluruhkan diri
Pabila sudah sampai ke waktunya
bukan terkorban kerana yg lain..
tapi berkorban demi yg lain..
kerana dia tahu
tujuan dia diciptakan..
kerana dia tahu
dia hanyalah pinjaman..
dari tuhan yg Tak Pernah Berakhir..
No comments:
Post a Comment