Tuesday, October 4, 2011

Dua kisah pengugah jiwa

Assalamualaikum w.b.t.. Selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W. Rahmatan Lil 'Alamin. Rahmat bagi seluruh alam. Salam motivasi, salam ceria, salam kebahagiaan. Senyumlah wahai saudaraku, maka dunia akan turut tersenyum bersamamu. (^-^).

Sudah empat bulan rasanya ana bercuti dari menulis blog. Cuti universiti = cuti menulis blog. Gitu pulak ye. Astaghfirullah.Cuti yang lalu terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang sibuk. Sebenarnya ana nak clarify balik tujuan ana menulis blog. Ana bukannya suka menulis sesuatu yang terlalu fakta. Ana bukan seorang yang selalu atau berat sebelah hanya menggunakan otak kiri. Ana lebih suka untuk menulis sesuatu menggunakan jalan cerita yang didasarkan pada pengalaman dan pembacaan. Jadi, jangan mengharapkan ana dapat memberi sesuatu yang rigid dan fakta semata-mata. Lagi pula kita adalah manusia, punya hati , akal (kognitif) dan perasaan, yang membezakan kita dengan binatang, jadi jangan dinafikan hak kita untuk memberinya makanannya melalui suapan perasaan. Ala, ana mudahkan, pernah baca ' Chicken Soup for Mother Soul'?. Mesti pernah baca kan? Apa, tak pernah baca? Erm, cuba cari kat kedai buku, insya Allah ada. Tuntasnya, ana lebih suka menggunakan konsep begitu, menggunakan cerita untuk menyampaikan pengajaran. Faham kan? Baiklah sebagai pembuka tirai semester baru ni, ana nak berkongsi dua kisah nyata lagi benar yang diharapkan dapat memotivasikan kita semua. Hayatilah dengan senyuman.

Kisah satu- Tak Selamanya Gagal

Jira (bukan nama sebenar) mempunyai perwatakan yang polos. Bercermin mata menandakan dia seorang pelajar yang sangat rajin belajar. Dipendekkan cerita, dia diterima masuk ke sebuah universiti malah ke bidang yang langsung dia tidak dapat jangkakan. Ke bidang Sains Komputer atau nama bahasa internationale nya 'Information Technology'. Sakit kepala Jira memikirkan bidang yang baginya terlalu baru malah asing baginya. Tapi tak terlalu asingla. Di dalam kelasnya, hanya 10 peratus pelajarnya adalah Bumiputera termasuklah dirinya, manakala yang lainnya adalah Chinese. Fakulti Jira sering dilabel sebagai Fakulti susah lulus kerana beberapa subjeknya yang 'hardcore'. Selama satu semester Jira bertungkus-lumus untuk memahamkan subjek yang dipelajarinya. Pada masa yang sama, dia tidak lupa untuk menghadiri usrah dan halaqah walaupun ada ketikanya dia ketinggalan kerana terpaksa mengikuti lab-lab komputer. Beberapa purnama pun berlalu. Setelah selesai peperiksaan akhir, keputusan peperiksaan pun diumumkan. Alangkah dukacitanya Jira apabila dia diumumkan GB (Gagal Berhenti). Ini bermakna pointernya di bawah 2.00. Jira pasrah. Bukan dia sahaja yang mendapat GB tetapi beberapa rakan lainnya juga. Jira termenung.



Puas difikir apa jalan lain yang harus dilalui.Lalu dia bertemu dengan sahabat-sahabatnya, diceritakan masalah yang dihadapi kepada sahabat-sahabatnya yang tercinta. Ramai daripada sahabat-sahabatnya menasihatkan supaya Jira menukar bidang yang lebih sesuai untuk dirinya. Jira terdiam. Diamnya adalah fikir. Apabila masuk semester baru, ramai sahabat-sahabatnya terkejut kerana Jira mengambil keputusan untuk terus setia bersama bidangnya itu. Dia terpaksa mengulang semula semester pertama.  1001 kepayahan yang dirasai Jira kerana jalan yang dipilihnya itu. PTPTN nya dipotong, lalu dengan wang apa dia mahu membayar yuran? dengan wang apa dia mahu meneruskan kehidupan di kampus?  Tetapi Jira terus tabah dan sabar walaupun rakan sekelasnya ramai yang memandang hina dirinya. Adalah lebih malang lagi, ada daripada kalangan kawan2 Jira yg  mendapat GB mengambil keputusan berhenti terus daripada universiti. Kira keputusan Jira lebih rasional berbanding mereka. Lebih memeranjatkan lagi Jira mengambil keputusan menyertai PALAPES. Sahabat-sahabat yang prihatin dengan Jira semakin pening dengan setiap keputusannya. Bidangnya bukan calang-calang, memerlukan tumpuan dan tenaga yang lebih, mampukah Jira untuk terus mengerahkan tenaga dalam bidang ketenteraan pula?

Tapi, tahu apa keputusan akhir Jira kali ini?

 CGPA 3.40..! Ya, bukanlah banyak manapun, tapi cukup membuktikan dia mampu untuk berubah. untuk apa? untuk B.E.R.U.B.AH. Dari yang buruk-gagal kepada yang terbaik di dalam kelasnya. Secara automatiknya dia sangat disegani dan dihormati rakan sekelasnya. Tahu apa sahabatnya yang lain kata mengenainya? ' Saya selalu nampak Jira di perpustakaan, hidupnya hanya tertumpu di dua tempat, perpustakaan jika tiada kelas, hujung minggunya khas untuk latihan PALAPES.' Eh, siapa kata Jira lupakan Tuhan? Bahkan Jira sempat memenangi Johan Hafazan pada peringkat universiti. Tahu apa resipi kejayaannya selain menjadikan ALLAH sentiasa di tempat pertama? Jawapannya ialah, PENGURUSAN MASA.

Kisah dua- tak pakai tudung tapi hati baik, ok?

Sebelum ana teruskan hayati dahulu video ini





Kisah ini terjadi ketika ana mahu menyewa rumah di Sarawak, kisah dia mudah. Bakal penyewa kami seorang Cina Sarawak yang tulen,kami panggil beliau Uncle Tsia mempunyai rumah sewa di hadapan universiti. Disebabkan rumah ini dekat dengan pintu masuk universiti, jadi kami pun bersepakat mahu menyewa rumah tersebut, hanya perlu berjalan kaki 10 minit ke pintu utama universiti. Ketika mengadakan perbincangan bersama Uncle Tsia, kami tertarik dengan kata-kata beliau,

" Wah, saya manyak suka ma, penyewa-penyewa lumah saya pakai tulung(tudung) macam kamu olang, olang yang tak pakai tulung, saya tak suka, (sambil menggeleng-gelengkan kepala dengan bersemangat) manyak susah ma mau jaga"- Sambil menunjuk kepada salah seorang daripada kami, yg semuanya memakai tudung hitam bidang 60.

 Ana pun menyampuk " Kenapa Uncle cakap macam tu pulak?" Sambil ana tergaru-garu kepala. " Kami kan semua sama je, semua perempuan mesti pandai jaga rumah" lebih kurang gitula ana komen.

" Tak..tak..manyak lain oo.. itu yang tak pakai tulung..susah mau jaga (diulangnya statement yang pertama). Dia olang tak pandai itu jaga lumah. lumah cepat losak. Suka masukkan olang lain suka-suka hati, tak ikut itu..apa namanya..ha, agreement..tapi kalu olang yang pakai tulung, kamu olang tak buat suka-suka hati, itu tak banyak kerenah ma..senang mau jaga.."

Kami terkebil-kebil mendengar luahan hati Uncle Tsia. Maaflah ini bukan ana yang cakap tapi non-muslim sendiri mampu menilai 'nilai' yang ada pada tudung itu sendiri. Kemudian Uncle Tsia pun menyambung,

"Haa, ni kawan Uncle  pun mau cali tu penyewa jugak. Nanti kamu olang tanya la kawan-kawan kamu sapa mau sewa itu rumah. Dia cakap dia pun nmau penyewa yang pakai tulung jugak tau.."

Makin tercengang kami mendengarnya. Subhanallah, begitu besarnya 'nilai' yang ada pada tudung yang mampu dilihat oleh non-muslim, tapi diluar sana ramai yang mengaku muslim tapi 'liat'nya mahu memenuhi seruan yang satu ini.Sampai bila masih mahu memegang stigma " walaupun aku tak bertudung, tapi hati aku baik, ok la tu".. Jangan sampai syok sendiri, anda lihat anda baik tapi bagaimana orang lain? .. Fikir-Fikirlah dengan kaca mata iman..

p/s: ana bukan mahu mengaibkan yang lain bukan juga mahu meriakkan orang2 yang pakai tudung. Tidak sesekali. Tujuan ana, supaya kita mengambil iktibar daripada kisah-kisah ini. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment