Aina anta? Aina muslimun??! - Ana petik dari petikan video palestin. Ya, Dimanakah kamu kaum muslimin? Tatkala umat kita dilanda kemurtadan? Umat kita dilanda kerosakan aqidah yang teruk? Siapakah sahaja yang berani bersuara? Melainkan banyak suara-suara ‘langau’ yang hanya merosakkan lagi keadaan. Malah lebih dungu lagi, isu ini dipolitikkan. Siapakah yang benar-benar faham betapa besarnya kerosakan yang dibawa dengan fenomena ini?
Tolonglah..jangan dikatakan isu murtad ini, adalah isu hak asasi manusia. “Dia nak keluar dari Islam, itu hak dia” Jika anda berfikiran seperti ini, melonjak-lonjaklah kaum penentang Nabi Muhammad, kerana mereka Berjaya mendoktrinkan paradigma anda dengan liberalisma.
Disinilah ana menyeru, berhimpunlah wahai umat Nabi Muhammad! Demi menunjukkan kesatuan dan permuafakatan kita terhadap penyelewengan terhadap isu-isu agama. Jika non-muslim boleh bersatu menentang hukum hudud, kenapa kita umat islam tidak boleh bersatu, menunjukkan keengganan kita untuk tunduk dengan kehendak mereka?
Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
+ Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
+ Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
+ Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
+ Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
+ Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
+ Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Anda sayangkan Islam? Adakah anda ingin merasai betapa manisnya nikmat iman?
Bukankah salah satu tanda anda sedang merasai nikmat iman ialah apabila anda merasai betapa bencinya anda membuat maksiat seprti bencinya anda kembali ke kekufuran? Ayuh kita maju wahai umat!
p/s: Selain daripada menunujukkan sokongan kita kepada perkara-perkara ‘besar’ ini, jangan dilupa tanggungjawab kita kepada hal-hal ‘kecil’. kita meninggalkan solat subuh, tapi berapi-rapi ‘menunjukkan tanda protes’. Itu ibarat menulis tanpa dakwat. Menulis sungguh-sungguh, tapi langsung tiada kesan pada kertas. Kita berapi-rapi tapi tiada kesan pada umat. Muhasabah.
No comments:
Post a Comment