“ Dan tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesunggguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman” (Adz-Dzariyat:55)
Ingatlah firman Allah ini selalu. katakanlah selalu pada diri:
“ Hai jiwa, alangkah bodohnya kamu,bagaimana engkau mengaku memiliki kebijaksanaan, kecerdikan dan kepandaian berfikir, padahal sebenarnya engkau ini amat bodoh dan kurang sempurna akal fikiranmu. Apakah engkau tidak sedar bahawa dihadapanmu ada dua tempat, iaitu syurga dan neraka. Engkau pasti akan memasuki salah satu dari keduanya itu. Ini mesti kau jalani, sama ada engkau suka atau tidak.
Sebentar lagi engkau akan mengalaminya. Oleh sebab itu, mengapa sehingga saat ini pun engkau masih terus sibuk dengan keseronokan nafsu syahwat, menggemari perkara-perkara maksiat dan kederhakaan. Bukankah kau nanti akan diminta untuk bertanggungjawab ke atas amalan-amalanmu yang dahsyat itu, yang keseluruhannya berupa keburukan belaka.
Tidak tahukah engkau bahawa segala sesuatu yang akan dating itu dekat. Yang dikatakan jauh itu ialah apa yang tidak akan dating. Penempatanmu dalam neraka kerana perbuatanmu juga dekat, sebab pasti nnati akan dating waktunya. Ingatlah,hai jiwa,ingatlah! Tidakkah engkau memikirkan firman Allah ini
“Telah hampir datang kepada manusia hari perhitungan amalannya, sedangkan mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. Tidak dating kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu-satu, melainkan mereka memasangtelinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya. Dengan keadaan hati mereka lalai daripada memahami dan mengamalkan maksudnya” (Al-Anbiya’ :1-3)
Celakalah engkau wahai jiwa. Sekiranya keberanianmu melakukan maksiat kepada Allah S.W.T itu kerana engkau yakin bahawa Tuhan tidak mengetahui perbuatanmu, maka alangkah kufurnya dirimu. Sebaliknya jikalau keberanianmu itu disusuli dengan kesedaran bahawa Tuhan mengetahui perbuatanmu, maka alangkah tebalnya telingamu dan alangkah sedikitnya malumu.
Cubalah kini kau bayangkan hai jiwa, sekiranya ada seorang hamba shayamu ataupun salah seorang dari saudaramu menghadapkan padamu sesuatu perbuatan yang engkau tidak suka, bagaimanakah kemarahanmu padanya, bagaimana besarnya kemurkaanmu kerana kelakuannya itu.
Jikalau perkara ini telah engkau insafi mengapa engkau masih berani juga mencari kemurkaan dan kemarahan Tuhan, mengapa engkau belum juga takut pada seksaNya. Apakah kau sangka, kau dapat menangkis seksaan yang pedih itu, dapat melawan kemurkaanNya yang menyakitkan itu.
Engkau pasti tidak kuat menahannya. Jikalau engkau tidak percaya, cubalah engkau lakukannya sekarang. Jikalau engkau merasakan sesaan Tuhan itu ringan, cubalah berdiri sebentar di bawah terik matahari atau dekat diri dengan wap atau yang paling mudah, engkau letakkan salah satu jari tanganmu diatas api. Buktikan setakat mana kekuatanmu dalam menahan panasnya itu. Ayuh cubalah sekarang!
Apakah engkau tertipu oleh perasaanmu sendiri dengan penanggapan bahawa sekalipun melakukan maksiat, tetapi Tuhan itu Maha Mulia serta Maha Pengampun. Jikalau demikian ia menunjukkan perasasanmu sedang keliru, cubalah engkau fikirkan. Mengapa untuk mencari urusan keduniaan, engkau tidak mengendahkan kemuliaan dan keutamaan Tuhan.
Bukankah engkau juga mengerti bahawa siapa sahaja yang tuhan berkehendak mengurniakan limpahan rezekiNya, tentu diberi. Mengapa engkau tidak duduk sahaja dirumah diam-diam sambil menongkat dagu? Mengapa engkau memaksa dirimu bekerja keras untuk mengikutkeinginanmu untuk menjadi seorang yang kaya-raya. Bayangkanlah perkara itu.
Demikian pula, jika ada suatu keinginan yang berupa kesoronokan dunia yang tersimpan dalam dirimu yang hanya dapat dipenuhi dengan apabila cukup wang, emas atau perak, mengapa engkau sanggup bertaruh nyawa untuk mencari harta itu untuk memenuhi keinginananmu tadi.
Bahkan engkau mampu mendapatkannya dengan pelbagai tipu daya dan jalan. Mengapa dalam keadaaan seperti ini engkau tidak mengharapkansahaja kurniaan Allah sambil menunggusahaja di rumah sehingga penuh. Mengapa dalam keadaan seperti ini engkau lalaikan kemuliaan Tuhan, keutamanNya, dan sifatNya yang Maha Pemurah?
Bukankah boleh terjadi, di suatu ketika engkau mendapat suatu harta karun tanpa usaha atau Tuhan mengutuskan seseorangsupaya pergi ke tempatmu lalu memberikan apa yang engkau inginkan itu. Bukankah semua itu boleh dilaksanakan tanpa usaha. Tetapi peliknya engkau tidak berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment