Salam’alaik.. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan
mematikan..
Ehem. Terasa
bersalah hampir enam bulan tak update blog. Setengah tahun. Lama. Tapi ini
bukan bermakna saya berhenti menulis. Tidak. Banyak karya yang saya tulis, Cuma
‘berlonggok’ tersimpan dalam memori laptop. (Ofkoslah semua tentang apa yang
terjadi dalam hidup saya). Nak share
insya Allah lain kali, supaya kita dapat berkongsi ibrahnya ^^,
Cuma
akhir-akhir ni, terasa badai ujian terasa menghempas hebat. Hampir lemas
terkapai-kapai. Alhamdulillah, saya sempat diselamatkan sebelum benar-benar ‘lemas’.
Uhuk (terbatuk –batuk disitu). Yela, saya mengaku semua orang ada ujian a.k.a
masalah. Ia normal dalam proses pembelajaran untuk menjadi dewasa. (Lihat, nak
dewasa pun kena ada skil). Buat masa ini saya Cuma mahu berkongsi nukilan rasa
saya, tatkala jiwa merintih hebat agar diberi sekeping sifat bernama SABAR.
Harap dapat berkongsi sesuatu dengan para pembaca.
Oh Allah,
Sabarkan aku atas ketidaksabaranku..
Sabarkan aku pada sesuatu yang aku benci,
Sabarkan aku mempelajari sesuatu,
Sabarkan aku atas kelemahanku,
Sabarkan aku dalam mentaatiMU,
Sabarkan aku dalam mengerjakan kebaikan..
Oh Allah,
Berikan aku jalan keluar,
Daripada ketidaksabaranku..
Daripada kebencianku..
Daripada kemaksiatan..
Daripada kejahilanku..
Daripada kelemahanku..
Aku sentiasa butuhkanMU..
Tangisanku biar keranaMu..
Subhanallah..
kita meminta Sabar.. Sabar itu boleh ditemui dalam ujian-ujianNya. Sedangkan
dalam alquran sendiri ada Firman Allah, “ hendaklah
kamu memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat”. Setakat inilah,
cebisan ilmu yang mampu dikongsi buat masa ini. Doakan saya dapat menghadapi
peperiksaan akhir sem ini dengan SABAR. Sem
depan dah masuk tahun akhir. Cepat sahaja masa berlalu. Ok, salam’alaik..
No comments:
Post a Comment