Salam’alaik..
Allahurabbi.. walillah ilhamd..
Ok.. maaflah,
saya budak university, jadi tak boleh elak dari menceritakan tentang carry marks
(markah yang dikumpul sebelum perperiksaan akhir). Erm, untuk golongan lain,
insya Allah lain kali saya cerita benda yang lebih bersifat umum.
Entah kenapa
saya tiba-tiba ingin mahu menulis tentang ini. Mungkin saya lihat terlalu kerap
soalan diatas ditujukan pada saya. Rimas pun ada juga. Cuma bila perkara ini
naik menjadi topic perbualan antara pelajar-kebanyakan yang memang mengambil
berat pasal pelajaran mereka menjadi sangat risau dan runsing dengan
markah-markah ini.Almaklumla, nak target markah untuk final exam pula. Antara
dialog-dialog biasa yang saya dengar..
Situasi 1:
“ Alamak, camne ni, carry mark aku kalau campur final exam
pun, tak lepas.. (sambil air mata bercucuran)”
–yang kes ni memang saya gerun la. Kalau fail
memang banyak kesan dia. Antaranya kena repeat untuk sem depan, dan paling saya
tak suka bila drag pointer kita. Tapi mungkin kita ada silap kat mana-mana
dalam subjek tu. Mungkin kita tak hantar assignment ke atau apa-apa pun yang
menyumbang pada markah. Jadi, lain kali buat kerja harus lebih tekun! Cuma yang
pasti sem depan kena jumpa lecturer yang sama! Kalau dia tak ingat muka kita,
Alhamdulillah!
Situasi 2:
“ Sedihnya, carry mark tak cukup untuk lulus. Tak pe ada
lagi 10 markah untuk lulus. Mudah-mudahan aku mampu buat lebih dari tu masa
final exam nanti. Dapat B- aku sangat bersyukur. ( sambil mata bersinar-sinar)..”
-yang ni memang saya suka. Bukan
suka pada markah tu. Tapi pada semangat dia. AGI IDUP AGI NGELABAN bak kata
orang Iban. Selagi hidup selagi tu berjuang. Kadang-kadang bukan kita tak
berusaha, tapi takdir tu belum menyebelahi kita. Tak semua orang boleh dapat
dengan senang apa yang dia hajatkan bukan? Selalunya kes begini melibatkan
subjek yang membunuh (baca: killer subject).
Situasi 3:
“Urgh, sedihnya aku. Camne ni.. carry marks aku low.”
Bila kita Tanya balik dapat berapa. Nanti dia jawab. “ 55 lebih” (Untuk kes
university saya, total carry marks = 70 markah).Kalau kita jawab, oklah tu. T
dia jawab, “Alah, aku nak A”.
-Ni
selalunya jawapan budak Dekan. Utk kes ni memang saya ‘angin’ sket. Tahulah
awak pandai, bukankah cara awak lebih kurang macam mem’bega’kan diri. Cukuplah
awak je yang tahu. Nanti awak buat kawan-kawan lain rasa sedih. Biarlah mereka
tahu sendiri markah kita berapa.
Sebenarnya
focus utama saya bukannya berapa carry
marks yang kita dapat. Tetapi disebalik carry marks tersebut. Saya yakin ramai
aje yang beranggapan ala.. markah je pun. Itu pun nak kecoh-kecoh. CGPA doesn’t show our real abilities. Yup, I
agree with that. Tapi bagi mereka yang agak menekankan pelajaran, perkara
ini sangat mereka titikberatkan. Markah ini menunjukkan sejauh mana usaha kita
dalam pelajaran. Usaha kita dalam menunaikan amanah terutamanya kepada ibu bapa
kita, keluarga dan masyarakat. Ilmu ini yang akan dibawa untuk membangunkan
ummah yang semakin jauh ketinggalan.
Saya mahu
mengajak para pembaca berfikir sejenak. Bagaimana ‘carry mark’ kita dihadapan
Allah kelak? (carry marks = pahala yang
kita kumpulkan sepanjang kita hidup). Jika secara aplikasi di university, untuk
dapatkan carry marks yang tinggi kita harus laksanakan setiap tugasan yang
telah ditetapkan oleh pensyarah, sama ada tugasan individu atau berkumpulan
mengikut KPI yang telah ditetapkan oleh mereka.
Tetapi adakah
kita berusaha setekun yang mungkin utk akhirat kita sama seperti kita berusaha
untuk mengumpul carry marks yang tinggi di university? Dan adakah segala kerja
kita di dunia, kita telah mengikut KPI yang telah ditetapkan Allah, iaitu
dengan mematuhi syariatullah (peraturan2 Allah) dalam memenuhi sunnatullah?
Ya, belajar
pun sebahagian daripada ibadah. Apa sahaja yang kita lakukan yang kita niatkan
kerana Allah semuanya akan menjadi
ibadah. Daripada kita bangun tidur, sehingga kita tidur semula, jika kita
lillahi ta’ala, semuanya akan jadi modal pahala kita. Modal carry marks kita.
Mudah bukan? Tapi sayangnya jika melakukan kebaikan tapi kita tak niatkan
kerana Dia, bisa aja ia lebur tanpa memanfatkan kita sedikit pun.
Alangkah jika,
Allah men’zahir’kan carry marks kita
sebelum final exam kita (kematian), pasti kita akan komen diatas.
“Huhu, carry marks aku sikit. Aku takut fail di hadapan
Allah kelak. Tapi carry marks aku memang tak cukup masuk
syurga.Allah..takutnya.”
-Yang ni memang konfem kita akan
menangis berhari-hari, solat taubat setiap malam. Kita tahu amalan kita memang
tak cukup nak bantu masuk syurga. Sekarang kita Cuma mampu berharap agar baki
30 percent tu datangnya dari rahmat Allah. Bukankah Rahmat Allah itu lebih
besar dari kemurkaanNya?
Lagi satu, yang lebih dahsyat,
jika di university, jika kita gagal, kita boleh repeat (mengulang) subjek pada
semester hadapan. Tetapi apabila sudah di hadapan Allah, dan kita gagal,
bolehkah kita minta di hadapan Allah, kita mahu mengulang semula kehidupan kita
di dunia? Uhuk-uhuk.. terbatuk-batuk..
“ Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang
berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata), “ Ya
Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia,
niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang –orang yang
yakin.
Dan jika Kami mengkehendaki niscaya Kami berikan pada mereka jiwa
petunjuk baginya, tetapi telah ditetapkan perkataan (ketetapan) dari-Ku “ Pasti
Aku penuhi neraka Jahanam dengan jin dan manusia bersama-sama” (32:12-13)
Untuk lagi dua situasi tu para
pembaca boleh bayangkan analoginya di akhirat nanti.
Situasi 2: ibarat orang
berdosa yang sentiasa berjuang (istiqamah) dengan amalannya, demi mendapatkan
keredhaan Tuhannya walaupun dia bukanlah dari golongan alim-ulama’.
Situasi 3: Ibarat seorang yang yakin
dia bakal memasuki syurga dengan amalan-amalannya, jika dia tidak berhati-hati
dengan penyakit hati, amalannya yang mampu mencapai ke syurga hanya tinggal
sejengkal, tetapi akhirnya dia dimasukkan ke dalam neraka kerana di hujung
usia, dia beramal dengan amalan ahli neraka. Nauzubilllahi minzalik.(Ada
disentuh dalam Hadis Arba’in)
Begitulah sahabat-sahabat. Selagi
kita hidup selagi itulah kita berpeluang mengumpul carry marks kita. Jika di
university, kita sanggup bersengkang mata beberapa malam demi memenuhi tuntutan
tugasan kita. Tetapi adakah kita sanggup bersengkang mata demi mengumpul ‘carry
mark’ akhirat kita demi mengajak masyarakat supaya kembali ke ajaran Islam yang
sebenar? Selain itu, jika soalan seperti ini saling kita bertanya selalu pun
takpa. Carry mark kau berapa untuk jumpa
Allah? Haha, pasti kita tersipu-sipu menjawab. Bagusnya, kita saling
mengintrospeksi diri. Saling ingat-mengingati jika ada carry marks saudara kita
yang rendah. Tepuk dada Tanya iman.. Wallahu’alam..
p/s: selamat menempuh peperiksaan
kepada semua. Semoga anda memperolehi apa yang anda hajatkan. Sebaik-baiknya
mintalah yang terbaik disisi Allah^^,