Thursday, August 15, 2013

makna raya pada hati 'muslim' kita.

Assalamualaikum wbt. Pembaca yang dikasihi Allah sekalian.
Allahumma Salli ‘Ala Saidina Muhammad.

 Apa khabar hati kalian hari ni? Apa khabar iman di dada? Dan apa khabar usus perut hari ni? (maklumlah raya banyak benda nak disumbat, selagi boleh sumbat, selagi tu kita tak berhenti makan). Allahu T_T.

Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam yang menyambut Eidul Fitri. (walaupun hari ni dah masuk hari Raya kesembilan, beraya kan sebulan). Semoga Allah menerima amal kami dan kamu Ramadhan yang lalu.



Entah, hari ni tiba-tiba terpanggil untuk menulis. Jauh di sudut hati saya rindu pada hobi lama ini. Saya masih menulis, tetapi kebanyakannya banyak untuk tatapan peribadi. Malu nak share.hehe.. Lagi satu, sebenarnya.. saya tercabar dengan satu post di Facebook, mengenai isu mesir. Isu itu bukan satu isu yang baru. Dah berbulan mereka (rakyat Mesir) berkampung  di Medan Rab’ah. Entah kenapa hari ini, kerajaan Mesir menggila membunuh rakyat sendiri. Allahuakbar.. Beratus-ratus sudah disahkan syahid. Mereka menepati janji mereka pada Tuhan mereka. Allahuakbar.. saya cemburu..

Saya mencuba sedaya upaya  untuk tidak hanya berorientasikan isu-isu semasa. Bila satu isu hangat, mulalah sesetengah pihak pun dok bising-bising. Sampai satu tahap, tiba-tiba ia terdiam sendiri. Hangat-hangat tahi ayam. Cuma kali ini, saya tak bisa. Tak bisa untuk berdiam diri lagi. Saya tahu dan saya sedar, ummat Nabi Muhammad sedang diperkotak-katikkan. Saya tahu dan saya sedar saya akan ditanya Allah tentang apa yang telah saya perbuat untuk saudara-saudara saya di akhirat kelak. (dalam hati macam ditoreh-toreh)..huhu..

Dalam post itu ada menyebutkan, mereka bisa menyerang penyokong Morsi terutama orang-orang media tetapi dengan media juga kita boleh menyerang mereka. Jurukamera silih berganti. Satu tumbang kerana ditembak tentera As-Sisi, yang lain gagah mengganti. Ibarat perang Muktah, bilamana tentera Islam berperang dengan tentera Rom, para sahabat baginda berganti memegang panji-panji Islam sehingga ketiga-tiganya syahid. Sehinggalah Islam benar-benar dapat menewaskan yang batil.

MEDIA. Salah satunya inilah medan perjuangan iaitu dengan menulis. Menulislah kerana pena itu lebih tajam dari pedang. Sampaikan yang haq dan hapuskanlah yang batil. Isu Syria, isu Mesir, Isu Palestin, Rohingya, Sudan, Turki, Selatan Thai dan Malaysia sendiri. Kita perlu cakna.

Saya agak sedih apabila terdengar perbualan-perbualan seperti ini, terutama daripada orang yang bergelar berjawatan dan berpendidikan.

“Eh, ni Morsi ni dari Negara mana? Apahal kecoh-kecoh ni?”

“Ah, Arab.. memang keje diorang bergaduh, membunuh je.. dah memang tebiat diorang”

“Benci betul aku dengar berita-berita kat paper ari ni. Hari-hari citer pasal perang terutama kat Timur tengah”

Allahuakbar!




Saudara-saudaraku. Yang terbunuh itu saudara kita! Yang menangis dan terkoyak daging itu saudara kita! Yang menangis dan terus berjuang itu saudara kita! Adakah kita bersenang lenang, bermarathon movie dari cerita Korea, Melayu sampailah ke Hindustan baru lah kita terkejut dan terpaku, “Eh, itu macam adik aku tu.. macam mana pulak dy boleh syahid kat Mesir?” haha.. barulah tahu dunia ni tinggi rendah. Dia sudah bersenang-lenang dengan bidadari, kita masih terkial-kial belajar agama.

Mesir. Syria. Dan Palestin. Jika anda sedar. Itupun jika anda sedar. Itu adalah bumi Syam. Bumi yang dijanjikan Tuhan. Bumi keberkatan. Bumi yang lahirnya para anbia’. Tanah yang lebih Mulia dari tanah yang lain (selain Mekah dan Madinah). Dari situ dijanjikan kemenangan Islam di akhir zaman.dan itu jugalah bumi yang pernah berdarah dan terus berdarah sehingga panji Islam benar-benar tertegak di atas medan yang utuh. Allahuakbar! Bukan bumi Korea dan Pulau Jeju, yang kita duk bertanya, bilalah aku dapat kesana..

Galilah semula sejarah. Kenapa Negara-negara ini sangat-sangat perlu dijaga dan dipertahankan dari dirobek si tangan rakus yang tak kenal erti azab dan dosa. Sebelum tahun 1924. Mereka dibawah satu pentadbiran, dibawah payung system Khilafah. Tidak berpecah belah. Taat dan damai dibawah Khalifah yang warak dan Tawadhuk. Kemudian tangan keji Kamal Attarturk merobek system Khalifah dibawah bimbingan Amerika dan Israel Laknatullah, berpecah-pecah menjadi beberapa buah Negara Arab. Alam Melayu pun hilang tempat naungan Islam. Bumi menangisi hari itu. Hari yang kelam dalam sejarah umat.

Tapi kini.. sejarah yang pernah tertulis, mulai menghantui barat. Dalam tidur mereka. Dalam jaga mereka. Khilafah. Perkataan yang sangat ditakuti. Andainya ia terbina sekali lagi. Hancurlah harapan mereka untuk mencipta New World Order impian mereka. Anda cuba lah search di youtube perkataan “KHILAFAH” berapa banyak yang dikaitkan dengan barat. Berapa banyak tinjauan dan kajian mereka yang telah mereka lakukan andainya ia tertegak kembali. Hanya kita, umat Islam yang masih bodoh dan leka dengan permainan sandiwara mereka. Jawatan, pelaburan, harta, rupa dan asset kita tertipu. Pada usia muda disyhtihar bankrupt kerana permainan kredit ciptaan kapitalis. Jadilah pemuda-pemuda Islam yang lemah serba-serbinya. Allahuakbar..!

Mereka jelas-jelas memusuhi kita. Mereka tak pernah redha sehinggalah kita mengikuti mereka mengikuti jalan kesesatan. Panji Islam sudah dinaikkan, takbir syahid sudah dilaungkan, masihkah kita mahu berpangku tangan??

********************************************************************************
p/s: No expectation they will play safe with us.

Prepare and equip ourselves.
with IMAN and TAQWA.





No comments:

Post a Comment