Saturday, August 17, 2013

Penangan Hari pertama IDT.


Assalamualaikum wbt pembaca yang budiman lagi beriman.. Saya rindu pada kalian.. sebab anda tidak jemu mencari hikmah walaupun hanyalah sebesar kuman di blog saya yang marhaen ini.

Sebelum itu,tidak lupa untuk saya menyerahkan Segala pujian bagi Allah yang mentadbir setiap urusan hambaNya dan selawat dan salam keatas  Rasulullah SAW. Kekasih Allah yang agung. Wah hari ini saya sangat teruja walaupun belum sampai tahap maksimum (Saya kalau teruja tahap maksimum, sehari senyum tak lekang. Mata berair macam biji guli yang baru digilap). Hehe.Masih teringat betapa basahnya perasaan terujanya selepas pergi program ISK dahulu.  tunggu seminggu baru kebah demam teruja ni.  Alhamdulillah Allah memberi saya peluang dan beberapa sahabat menyertai program IDT di UPM hari ini.

Pasti ada tertanya-tanya IDT ni apa?
Jawapan pendek saya, Interaktve Dakwah Training.

Seminggu sebelum, saya ada membaca post page Malaysia Reverted Muslim di mukabuku. Mengenai program yang dianjurkan oleh mereka. Sebelum-sebelum ini saya memang mengikuti perkembangan group ini disebabkan minat saya dalam bidang perbandingan agama. Saya suka mendengar kisah-kisah yang memberi inspirasi dari muallaf-mualaf yang kembali kepada fitrah dengan memilih Islam sebagai sendi kehidupan mereka. Saya sangat teruja apabila saya terbaca tentang program yang bakal mereka adakan. Program yang saya tertunggu-tunggu. Tanpa membuang masa, saya invite kawan-kawan lain untuk menyertai program ini termasuklah adik saya.

Nak dibuat cerita, saya sebenarnya agak ketinggalan berbanding orang-orang yang saya invite tu. Yang tak boleh tahan bila kawan saya dari USM kata dia dah jadi alumni IDT dah pun. (saya dalam hati, hek eh aku tak pernah tau pun pasal IDT ni).. sah-sah duduk Sarawak 3 tahun menyebabkan saya semakin tak peduli dengan program-program semasa.. astaghfirullah.. menyedihkan bukan.. huhu.  Bila saya mengajak adik saya pula, dia pun kata perkara yang sama. Cuma dia ada beritahu saya tahun lalu, dia dapat tajaan MAIS untuk pengkaderan da’i termasuklah untuk street dakwah, Cuma masa tu saya buat donno je. Final year degree punya pasal. Adeyh. Bila saya beritahu mereka pasal ni barulah mereka cerita panjang mengenai IDT dan komentar mereka. Antaranya

“sgt supperb.. best gak speaker perkim pum best gak..pengalaman daawah yg sgt berbeza,..Klu IIS speaker India..ITD ni speaker chinese..”

Saya pun apa lagi.. wah *mata bersinar-sinar

(sebelum ini, semasa saya di semester 3 degree, kami diwajibkan ambil subjek Falsafah minda. Disebabkan minat saya yang mendalam dalam bidang ini, hampir setiap hari saya ke perpustakaan untuk mencari mutiara falsafah ini. Dan kebetulan buku-buku perbandingan agama diletakkan sebaris dengan buku-buku falsafah. Saya seperti orang tak makan sebulan terus mencapai buku-buku comparative religion ini termasuklah comparative religion for dummies dan buku Ahmad deedat yang menjawab persoalan kristian, saya tak ingat tajuk apa. Dan buku-buku ini saya bawa pulang ke rumah sewa setelah bersusah payah terkedek-kedek bawa basikal dari kampus yang mengambil masa 20 minit perjalanan itu).

Saya mengambil masa hampir sebulan mencuba manghadam isi buku-buku tersebut. Masa tu memang saya rasa nak muntah baca buku-buku falsafah sebab penggunaan bahasa yang tinggi dan konsep yang kadang-kadang tak masuk akal (subjek tu hanya menekankan falsafah barat). Tu yang saya selang seli kan dengan membaca buku comparative religion. Entah macam mana, satu hari apa yang saya baca terkantoi dengan housemate. Kebetulan pula masa tu, saya tinggal bersama akhwat. Biarpun mereka tak suarakan secara lantang, tetapi melalui raut wajah mereka, saya tahu mereka tak suka perkembangan itu. Lagi-lagi mereka tahu saya seorang yang suka bertanya soalan stail pelik-pelik. Akhir semester baru mereka menyatakan secara terus bahawa saya tidak seharusnya membaca buku-buku tersebut kerana ia boleh memesongkan aqidah kerana aqidah saya belum mantap dan belum sepenuhnya menguasai Quran. Masa tu pun persoalan dah main kat kepala saya..”Takkanlah langsung saya tak boleh baca dan kaji. Islam menyuruh menuntut ilmu. Ilmu apapun asalkan ianya bermanfaat. Kalau bukan Islam yang kaji siapa yang nak kaji dan bahas ilmu ni dari sudut nas dan dalil yang sahih? )

Itula alkisahnya. Nak di pendekkan cerita Alhamdulillah Bro Lim bagi jawapan pada awal-awal program IDT lagi. Jawapan beliau, nak tunggu mantap dan menguasai al-Quran sepenuhnya sampai mati takkan dapat.lebih kurang begitulah bunyinya. Sebab, bayangkan huruf alif lam mim, nun, Qaf.. yang disebut dalam beberapa surah.Ulama bersepakat hanya Allah yang mengetahui maknanya.Sedangkan ulama (orang yang faqih dalam bidang agama surrender dalam menakwilkan perkataan ini).  Nampak permainannya di situ?

Di sini saya semakin sedar, bahawa kita da’i ilallah (terutama da’i Melayu Muslim) terlalu banyak fobia dia. Sehinggakan mengkaji alkitab lain pun tak digalakkan atas alasan mampu memesongkan aqidah. Walhal, jika fundamental yakni aqidah iatu kalimat Tauhid sudah meresap ke dalam jiwa, bagilah ayat apa pun, ianya takkan goyang dan rapuh. Lagi-lagi ianya jelas bahawa kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan. Kebenaran akan sentiasa diatas. Jelas dan terang. Allah juga mengajarkan untuk sentiasa beristi’azah sebelum membaca al-Quran apatah lagi sebelum membaca dan mengkaji kitab-kitab lain untuk mengelakkan bisikan syaitan yang kadang-kadang menjadi racun kepada pemikiran. See? Allah dah bagi jalan penyelesaian awal-awal lagi.

Jika benar aqidah menjadi goyang dan rapuh, Lalu terjadilah murtad hanya membaca kitab agama-agama lain?Apa punca dia? Anda Nampak tak apa punca akar umbi permasalahan ini terjadi ?

Jawapannya kerana KITA TAK BELAJAR ISLAM DENGAN CARA ISLAM AJAR. (bahagian ni saya memang sentam, SENTAP sambil HENTAM) bak kata bro Lim.

Bayangkan, seorang muallaf apabila dia mengucap dua kalimah syahadah, tahu apa yang diajar terus oleh kita yang sudah bergelar muslim? Haa.. u bagi potong dulu, tu wajib.cina pun pening, ea, itu bukan sunat ka? Itu wajib ! jawab ostad pula. lepas tu u wajib solat lima waktu, tak boleh minum arak, dll. Begitu juga dengan anak-anak muslim, sedari awal kita diajar untuk solat 5 waktu, jangan bercakap bohong, tak boleh menyakiti kawan, dll. Tetapi adakah kita diberitahu oleh ibu bapa falsafah di sebalik kita harus solat 5 waktu?

Saya tak pasti sama ada kita para da’i sedar bahawa Rasulullah berdakwah di Mekah hampir tiga belas tahun. Apa yang Rasululullah tekankan? Ya, ianya adalah aqidah! Kemudian barulah diturunkan hukum iaitu syariat selama 10 tahun di Madinah. Tetapi kita kini terbalik. Syari’at comes first then barulah aqidah.

Islam ajar untuk mempercayai Allah itu Satu. Allah itu tidak beranak dan diperanakkan. Dan kepada Dialah tempat segala makhluk bergantung. Tiada sesuatupun yang setara denganNya. (Al-ikhlas:1-4) Allahuakbar!

Tetapi mereka yang boleh bergoyang aqidah-macam ditiup angin topan Katrina (ada kemungkinan) mereka tidak merasa hanya kepada Allah lah tempat mereka bergantung. Sebab mereka masih merasa ada makhluk lain yang boleh bantu mereka selain Allah. Mereka tidak nampak bahwa tanda kekuasaan Allah yang wujud di sekeliling mereka. Dan yang pasti hidayah Allah itu mungkin terlalu mahal buat mereka. Allah..

Mereka yang tidak Nampak tanda kebesaran Allah, apa puncanya? Tidak kisah lah mereka muslim ataupun tidak muslim ini adalah kerana mereka kurang mengkaji dan mendalami. Mereka tidak melihat bagaimana burung bisa mengepakkan sayapnya di udara? Bagaimana ulat di bawah batu mampu mendapat makanan? Apakah hikmah Tuhan menjadikan daun-daun ini berbeza saiz dan lebar? Yang paling dekat cukuplah merasai, andai kata satu urat di badan kita terputus, bisakah kita menjalani aktiviti seperti biasa? Tu kata Maher Zain, Look around yourself, cant u see d wonder? Just open your heart and your mind.

Untuk mengkaji, kita memerlukan usaha untuk mengumpul data dan kemudian barulah kita membuat reasoning (sebab musabab). Mengumpul data bukannya susah, gunalah lima deria kita, penglihatan, rasa, hidu, sentuh dan mendengar. Daripada ini kemudian maklumat itu dibawa kepada otak. Disinilah pentingnya fungsi kognitif kita. Ini adalah fungsi sehari-hari. Kadang ia adalah proses yang berlaku anatara kita sedar dan tidak. Cuma perlukan sedikit usaha sahaja. Hasil kajian yang kita dapat inilah yang akan membuahkan kepercayaan dan keyakinan yang kuat.

Tetapi kita kini terbalik (untuk muslim keturunan). Kita percaya dahulu, kemudian barulah kita buat research. Itu pun jika ada kesedaran, kenapa aku ni Islam. Kalau tidak kita hanya akan pegang Islam hanyalah atas dasar perwarisan.  Tak menghargai dan memandang enteng akan kekuatan sendiri. Sebab itu kata penceramah lagi “ SAYA TAK HAIRAN DENGAN KES ORANG ISLAM MURTAD”.

Sebabnya jelas, kita tak belajar ISLAM DENGAN CARA ISLAM AJAR, iaitu dengan mengkaji dan barulah KEYAKINAN ITU DATANG. Jika tak mengkaji bagaimana nak tahu Tuhan itu wujud atau tidak, Islam ni betul atau tidak, siapa yang berbohong? Dan lain-lain.
Sekarang Nampak permainannya disitu?

Untuk para da’i Ilallah, saya sedar saya ini orang yang terlalu banyak kekurangannya. Tetapi kadang-kadang kita sibuk berbulatan gembira. Tetapi ita lupa pada orang yang belum muslim yang menagih kebenaran. Tetapi kita syok sendiri, seolah-olah kita inilah yang terbaik disisi Tuhan. Tak perlu mengkaji agama-agama lain takut aqidah terpesong. Cukuplah kita sudah berada di jalan kebenaran. Biarkan mereka, kita belum mantap aqidah, belum masanya kita mendakwahi mereka. Tetapi bila masa yang sesuai tu? Allahurabbi..

Kita ini terlalu banyak bersangka-sangka daripada mengkaji.

Saya setuju, dakwah bil hal (dakwah melalui perbuatan) yakni akhlak itu lebih utama dalam mendakwahi mereka.Itu juga yang ditunjukkan oleh Rasullullah ketika di Mekah. Tetapi yakinlah saudaraku bahawa aqidah yang benar itu yang akan membuahkan akhlak. Tetapi di akhir zaman yang penuh fitnah ini, anda yakinkah bahawa mereka (yang belum muslim) akan tertarikkah dengan Islam dengan melihat akhlak umat Islam kini, yang kebanyakan orang Islam sendiri pun tak yakin dengan apa yang dia anuti itu. Mahu tidak mahu, dakwah bil lisan itu bisa memberi pengaruh sebatas ayat, “Apa khabar kamu hari ini?” Kemudian barulah masuk jarum sedikit demi sedikit.

Dan seruan saya lagi bahawa kita para dai ILALLAH, haruslah sepatutnya wajib membuka dan mengkaji kitab-kitab agama lain untuk mempertahankan agama suci kita difitnah. Jangan takut. Disamping kita juga memantapkan kefahaman kita terhadap al-Quran, menghadiri majlis-majlis ilmu, bermuzakarah, membantu saudara-saudara kita yang memerlukan dan memenuhi seruan jihad.

Wallahu’alam bisshawab.
“Embrace Islam, not inherit Islam”

Saya faham perasaan orang yang diabaikan apabila dia sangat memerlukan pertolongan. Lagi-lagi pertolongan yang diperlukan itu adalah sebuah kebenaran. Rasa terasing dan terabai dari manusia yang merasakan mereka lebih baik daripada orang lain hanya kerana mereka berasa sudah selamat di jalan itu. Padahal kita masih terkapai-kapai. Wahai da’i Illallah, berapa banyak lagi insan yang harus dikorbankan kerana kepentingan peribadi kita? Astaghfirullah..

Untuk isi-isi perbincangan perbandingan agama, saya belum mempunyai kekuatan untuk mengupasnya kerana saya bukanlah ahli dalam bidang itu. Insya Allah ada masa, saya akan kongsikan mana-mana maklumat yang saya rasakan perlu dan sahih dari sumbernya.

Ketika saya menulis post ini, hati saya gentar dengan ancaman Allah surah as-Saff, ayat 2-3 “Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kau kerjakan. Sesungguhnya besarlah kemurkaan Allah engkau mengatakan sestu yang engkau tidak kerjakan” Mohon doakan saya diberi kekuatan untuk mengerjakan setiap apa yang saya katakan. Allah sebaik-baik Pemberi kekuatan.

#pray for Syria and Egypt.


No comments:

Post a Comment