Saturday, October 19, 2013

Hatiku pedih kerana rindu..


Assalamualaikum wbt.. sahabat pembaca yang sedang berbahagia di bawahan limpahan rahmat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan sekalian alam..

Seperti biasa saya mulakan entry saya dengan cerita. 
Cerita yang bertajuk “Bila bertemu orang baik, mudah kita bersangka..”

"Hipokrit je dy ni.. percayalah kebaikan dy takkan tahan lama"

dan kita spend a few hours dengan dia. Terpaksa.

ketika berjalan bersama dia, wajahnya tetap dengan senyuman.

Tak kira kpd tua atau muda. Pasti, cuma untuk  yg sesama gender.

Berjalan lagi, dia belum menjamah apa-apa makanan sejak pagi.

Di tangannya cuma ada beberapa keping biskut Munchy's untuk mengalas perut yang lapar. Dihulur juga biskut itu kepada seorang kanak-kanak yg merenungnya sejak tadi.
Ditekan perut yg lapar, memujuk supaya tidak mogok.

Kita jeling sekali.

Di dalam train. Kakinya sudah melemah. Dia melepaskan lelah di temput duduk. Tak sampai 5 minit duduk, seorang wanita berusia masuk. Diserahkan tempat duduk kepada wanita tua itu. 1 jam perjalanan, dia masih tersenyum.

Kita menjeling lagi.

kau ade??


sampai di stesen, dia melangkah pantas. mengejar masa. beratur untuk mendapatkan coin di lrt pula. 

Orang hadapan terkial-kial. Mungkin pertama kali. Tanpa berprasangka, dia menghulur bantuan. Sambil tersenyum.

Lagi-lagi kita jeling.

tiba-tiba "awak penat ea, sian awak.. meh saya bawakan beg awak.. "
Beg yg dibawa sudah berkilo-kilo. Beg kita yg ditangan diraih dengan segala upaya.

Kita. Nanges.


Benar. Hari ini entah bagaimana.. air mutiara jatuh menitik dipipi tatkala di sujud rakaat terakhir.. Cukup kalimat sepintas lalu yang saya baca di sebuah blog “Hatiku sakit kerana rindu”.. Bait kata itu terlalu menusuk untuk perempuan seperti saya- bila air mata sahaja mampu jadi bukti bicara yang bisu. Rasa ‘sakit’ rindu yang terlalu mendalam yg disimpan bertahun. Terlalu rindu - kepada hikmah kebaikan. Rindu kepada tarbiyah. Rindu kepada sentuhan murabbiah. Sentuhan akhlak dan kata-kata yang cukup menusuk untuk meruntuhkan ego yg kian menongkat langit. Allahurabbi.

                Apabila bersendirian, mudah sahaja Sang Penderhaka Pertama (syaitan laknatullah), menunggang hawa nafsu yang sudah lama tidak diikat dengan mujahadah dan taqarrub ila lLah. Hati ini menangis lagi. Kadang-kadang terasa biarlah berteman air mata ini sebagai bukti penyesalan untuk dibawa di hadapan Allah kelak. Persoalan –adakah benar diriku ini tertapis daripada jalanNya selalu mengasak diri. Lemas dan kelam. Bila futur benar-benar memberi salam di muka pintu.

 Melihatkan ramai orang masih boleh menghadiri ilmu dalam jadual yang sangat padat, menghadiri program kemasyarakatan untuk memperkukuhkan silaturrahim, bisa bermuzakarah tentang isu-isu genting dalam mempertahankan agama  -tetapi kenapa bisa aja hati ini masih keras membatu, mengasingkan diri membawa haluan sendiri –terus-terusan terasing dari bicara tentangNya? Bahkan bicara sesama manusia itu bertukar dari bisikan kasih sayang kepada jeritan dan kerutan benci kerana hati tidak sehaluan lagi.

Mulut, hati, dan fikiran masih juga bersatu, bekerja memikirkan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan yang besar dalam perniagaan, bagaimana rumah yang akan dibina nanti, selesakah penghuni yang bakal mendudukinya, akan lenakah tidur di tilam yang empuk, bagaimana cara bisa menjadi orang ternama dan bisa dihormati oleh sekalian manusia?

Oh, sedarkah diri bahawa dirimu ini akan dibalut kain putih, dan jasad ini akan hancur dimamah bumi, dan segala-galanya akan dibawa menemuiNya kelak sebagai apa kamu semasa diberi pinjaman nyawa dibumi dahulu? Oh Allah.. kembalikanlah hati yang mencintaiMu..

 Cuma hati ini perlu dipujuk untuk bangkit, harus dibawa ke permusafiran untuk  mencari hikmah kembara –benar-benar seperti – SEKEPING HATI DIBAWA BERLARI.

Di permusafiran, hati akan lebih terbuka untuk menghargai, untuk mengislahkan diri dan belajar untuk mencintai sesuatu sekadarnya. Tidak keterlaluan sehingga menongkah takdir Ilahi.



Di permusafiran ini, hati yang kian dibalut sifat wahan (mencintai dunia), kian tercabut dengan rasa kelemahan diri, ketidak mampuan melainkan bergantung sepenuhnya terhadap pemeliharaan Sang Khalik. Rindu – ya, rindu itu akan kian terungkai ,hati semakin tenang.

 Rindu kepadaNya seolah-olah dibawa angin tenteraNya untuk dikhabarkan bahawa Allah itu sentiasa disisi. Lena dalam dakapan Dia yang mengasihi. Ya, hati ini tidak akan pedih dan sakit lagi. Kebaikan yang sekecil zarah dari orang lain yang kita pandang jengkel itu akan dilihat adalah nikmat  dan betapa besarnya kasih sayangNya kepada hambaNya yang kerdil dan hina seperti kita. Masya Allah!

Oh sahabat, mahukah engkau menemaniku di permusafiran ini?

Di permusafiran inilah engkau kan bisa mengenali siapa aku, dan aku juga bisa mengenalimu dengan erti kata sebenarnya?

Kebaikan yang engkau tunjukkan bisa meruntuhkan egoku yang semakin menongkat langit, bisa membawa cintaku kearah JannahNya – dan bisa membawaku jauh dari fitnah dunia..

Oh sahabat, sudikah engkau..
meleraikan sakitku ini kerana rindu?

“Ya Allah
Ketika aku mencintai seorang sahabat,
tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia ini
tak akan pernah ada sesuatu yang abadi.
Sehingga ketika seseorang meninggalkanku,
aku akan tetap kuat & tegar kerana
aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir,
yaitu cinta-Mu
Ya Allah”..

:: Menangis lagi::





No comments:

Post a Comment