Bismillahirrahmanirrahim..
Satu hari, saya diajak keluar untuk makan-makan kononnya
untuk reunion rakan sekelas tingkatan lima. Sudah lima tahun merancang, tetapi
rancangan tidak pernah menjadi. Jadi kali ini ketua kelas merancang dengan
penuh semangat supaya semua dapat menghadirkan diri. Maklumlah selepas
perayaan, jadi masing-masing sedang bercuti sakan. Dengan penuh harapan, supaya
kami semua (16 orang) sahaja dapat berkumpul kembali setelah sekian kali.
Malangnya yang
menghadirkan diri cuma empat orang. Ketua kelas juga sunyi sepi apabila
dihubungi. Yang hadir itu pula, hanya empat orang termasuklah saya. Kebetulan
kami berempat telah bertemu malam sebelumnya semasa rumah terbuka salah seorang
dari kami di Bangi. Jadi pertemuan itu tetap diteruskan walaupun kami tersengih
cam kerang busuk di Mid Valley. Setengah jam diperlukan untuk memutuskan dimana
tempat perut kosong dapat diisi. Akhirnya restoran Dubu-dubu menjadi destinasi.
Niatnya kemudian ditukar untuk meraikan seorang sahabat akan pulang semula ke
London dan seorang lagi yang bakal menerbangkan diri ke Jepun selama setahun.
Sebelum singgah di Dubu-dubu salah seorang sahabat, mengajak
singgah di MPH. Dipautnya bahu dengan mesra, bertanyakan buku apa pilihan hati,
yang sesuai untuk dia baca agar masa lapang dapat diisi bermanfaat sekali.
Dengan mata bersinar-sinar, terus menuju ke rak-rak buku motivasi. Buku
motivasi tempatan sudah pasti, sebab buku penulis motivasi antarabangsa mahal
sekali. Tapi entah kenapa, hati terus juga ke arah rak buku antarabangsa, sebab
sudah terpaut pada buku Dr Thariq Ramadhan sejak ke Kinokuniya di KLCC bersama
abang dua bulan yang lalu. Tapi hanya telan liur apabila melihat harga pada
kulitnya.
Bila memikirkan semula sahabat saya itu baru pulang dari
London dan syarat buku yang dipinta isinya tidak terlalu berat, saya terus juga
di rak buku penulis islamik antarabangsa, puas saya meneliti. Saya yakin poket
beliau berisi, memandangkan duit yang sahabat guna itu dalam Pound Sterling.
Ditukar dalam wang Malaysia memang jauh sekali. (krik.. krik).. hehe..
Saya fikirkan sekali buku Dr. Thariq Ramadhan itu sudah
tidak mungkin. Sebab isinya agak berat. Agak berfalsafah (saya sudah tidak
ingat tajuk apa). Kawan itu mengaku buku mengenai Saidina Umar yang saya beri sebelum
pemergian ke London pun belum habis dihadamnya kerana penulisannya yang agak
berat, katanya. Puas saya fikir, buku apa yang sesuai untuk si cantik manis
ini. Sudahlah mengambil ACCA, kalau bagi bacaan yang berat takut pula nanti ada satu fius neuron
terputus. Nau’zubillah. Hehe..
Bacaan yang ringan ye.. Puas otak ini memikir. Sudahnya lama
tak ke kedai buku, tak berapa tahu buku terbaru. Sadis. Mata ini melilau kesana
sini. Entah mengapa, tangan ini menyentuh satu buku ini. “Reclaim your heart,
Yasmin Mogahed”. Buku berwarna kuning berlatarkan musim luruh di Negara empat
musim ini sangat menyetuh hati. Pemandangan yang sangat menarik, sama tema
dengan blog ini. Tanpa membuang masa saya memanggil beliau, mencadangkan agar
beliau memiliki buku ini, memandangkan penulisnya Yasmin Mogahed sudah acap
kali singgah di halwa telinga. Dan daripada apa yang saya dengar, Yasmin
Mogahed ini seorang ahli psikologi muslim dan banyak sudah tulisan hasil
garapan beliau dibentangkan di Malaysia. Sahabat saya dengan senyuman menawan
membawa buku tersebut ke kaunter bersama buku-buku lain yang sudah menambat
sanubarinya.
Ketika makan di restoran Dubu-dubu (memandangkan kami-kami
ni peminat cerita korea dan makanan mereka) kami sambung bersembang mengenai
kehidupan masing-masing. Lima tahun tidak bertemu sudah pasti ada cerita yang
ingin dikongsi. Cerita wajib sudah pasti berlegar, siapa bakal pasangan dan
perancangan hidup masa depan (dan pasti saya tidak mengambil port dalam
bahagian tu).. hehe.. Dan beberapa persoalan mengenai politik tanah air,
perbezaan ketara antara Malaysia dan oversea dan isu kalimah Allah tetap
dibincangkan. Haha, almaklumlah apabila ada critical thinker duduk bersama, isu
takkan pernah habis.
Setelah dua jam, mengobrol sudah tiba masanya untuk kami
berangkat. Tidak elok anak dara pulang lewat malam. Jam waktu itu sudah
menunjukkan 10 malam. Ketika kami di hadapan stesen komuter, saling berpelukan
sebelum mengucap kalimah ‘Bye’ dan tangan melambai pergi, kami sudah tersenyum
pahit. Sahabat yang akan pulang ke London itu tiba-tiba mengeluarkan buku
kuning yang pasti buku yang saya tunjukkan tadi dan meletakkan di dalam genggaman.
Hati memang terkedu dengan tindakannya. Yang pasti, masa tu mata sudah
berkaca-kaca. Sahabat yang akan ke Jepun juga ada habuannya dari sahabat yang
manis ini. Kami berpelukan lagi ke sekian kali. Allahurabbi..
Ketika menunggu komuter datang, saya membelek-belek buku
ini. Bukunya agak tipis, tetapi apabila saya membalikkan buku tersebut.
Allahurabbi.. harganya memang mahal. Hampir RM100. Saya terkedu. Mana mungkin
untuk pelajar seperti saya untuk menghabiskan duit sebanyak itu untuk buku-buku
motivasi yang tiada kaitan dengan mata pelajaran yang diambil. Kalau nak beli
pun kena tunggu duit BR1M. Allahurabbi.. murahkanlah rezeki sahabatku ini.
Kalau saya tahu harganya membebankan dan beliau akan beri pada saya, sudah
pasti saya akan tunjukkan buku lain. Pandai sahabat manis ni ‘trick’ saya.
Sebetulnya, saya ingin memberitahu bahawa inilah buku
terbaik yang pernah saya dihadiahi. Buku yang terasa keikhlasan beliau memberi.
Saya jarang menerima kejutan begini. Dan istimewanya bukan pada harga, tetapi
keinsafan supaya kami sentiasa kembali kepada Ilahi.Tak keterlaluan saya katakan, ia ibarat jatuh dari langit.
Walaupun ada beberapa
buku yang saya sangat berharap memilikinya iaitu Raudhatul Muhibbin oleh Ibn
al-Jauziyah dan Hayy Yaqdzan oleh Ibn Thufail belum berhasil dimiliki (sesiapa
tahu dimana saya boleh memilikinya tolong bagitahu ye =) )
“Reclaim your heart. Yasmin Mogahed” – “ Kembalikanlah
hatimu..”
Masa saya menerima buku itu, hati saya berkaca-kaca. (Mata
tak boleh berkaca-kaca, orang ramai kat stesen KTM.. maluu). Seolah-olah
sahabat manis saya ini dapat membaca hati saya. Sebab kala ini hati saya
bersimpang-siur mencari jalan pulang. Jalan pulang untuk mencari Ilahi. Teguhkan
diri bangkit dari kenangan silam yang ditangisi. Baru tamat degree, tetapi
hidup seperti ketidak tahuan. Allahurabbi.. semuanya dari Engkau Ya Allah,
sahabat ini adalah perantaranya. Subhanallah..
Dan baru-baru ini juga, Allah membantu menunjukkan masa hadapan
apa yang harus saya lalui ketika saya harus ke Besut. Maha Suci Allah, apa yang
saya lalui ketika digambarkan dengan indah oleh penulis Yasmin Mogahed, betapa ‘lemasnya diri ini ketika memikirkan dunia’..
Pesan sahabat saya yang memberi ini, sebarkan kebaikan dari
buku pemberian beliau, disini, saya nukilkan sedikit kata-kata penulis (nak
banyak, kena beli buku ini la ye, hehe)
“Yesterday, I went to the beach. As I sat watching the
waves, I realized something strange. The ocean is so breathtakingly beautiful.
But just as it is beautiful, it is also deadly. The same spellbinding waves,
which we appreciate from the shore, can kill us if we enter them. Water, the
same substance necessary to sustain life, can end life, drowning. And the same
ocean that holds ships afloat can shatter those ships to pieces.
This worldly life, the dunya, is just like the ocean. And our hearts are the
ships. We can use the ocean for our needs as a means to get to our final
destination. But the ocean is only that: a means. It is means for seeking food
of the sea. It is means to travel. It is means of seeking a higher purpose. But
it is something we pass through, yet never think to remains in. Imagine what
would happen if the ocean become our end- rather than just a means -Eventually
we would drown.
As long as the ocean's water remains outside the ship, the ship will continue
to float and be control. But when as soon as the water creeps into the ship -
that is when the boat sinks. The same goes as the dunya enters our heart -that
is when the heart taken hostage and become slave and the dunya start to control
us. Detachment of dunya and akheerah is stated in the Qur'an:
"What is the life of this world but amusement and play? But verily the
Home in the hereafter - that is life indeed, if they but knew" (29:64)
"Detachment is not that you should own nothing, but nothing should own
you" (Saidina Ali R.A).. The means of detachment as shown by the prophet
is much deeper, not only about physical, but is the detachment of the heart.
[Yasmin Mogahed]
[kalau mahu berkenalan lebih dekat lagi dengan tokoh ini boleh klik di sini dan mendengar ceramah beliau yang menyentuh hati klik sini]
Subhanallah.. Subhanallah.. Entah mengapa saya akui setiap
kata-kata sister Yasmin Mogahed ini sangat-sangat menjentik tangkai hati. Laras
bahasa yang digunakan itu sangat indah. Ilustrasi dan kronologi yang digunakan itu
mantap. Belum lagi tajuk-tajuk lain yang
disentuh di dalam buku ini. Memang subhanallah!
Jadi sesiapa yang mempunyai ‘kelapangan’ poket boleh la
mencari buku ini. Kembalikanlah hatimu.. kepada pemilik diri.. Sang Khalik
menantimu untuk dikembalikan hati. Terima kasih sahabat untuk hadiah tak
ternilai ini! Jazakillahukhairan katsira..
p/s: semasa di besut, saya juga dihadiahi buku Menjadi Hamba
Allah oleh sahabat di UNIMAS. Memang tergamam juga. Keesokannya, ketika saya
membelek buku di rak buku mak, saya tertarik dengan buku kecil yang bertajuk “
Personaliti Ilmuan Islam Berjaya, Rangkuman Travelog Tokoh Unggul”. Di muka
hadapan buku tersebut, tertulis “Hadiah Hari Jadi Kak Chik ke 2x pada xx
Februari 2013. Tahun Akhir UNIMAS.
Daripada: Umi”.. I was ‘what?’.. my present.. tapi mak terlupa, empat
bulan dia simpan. Hehe..
Alhamdulillah, thank you Allah for giving these wonderful
person around me.. Luv u all fillah <3 and Allah is answering my prayer, I
really hope that one day I become a psychologist that touches people heart to
return back to Him, as what Yasmin mogahed just did, without abandoning the
scholar discipline as what Success Islamic Scholar did too. And He give me what
I asked for through them. Subhanallah =,)
Assalamualaikum. Saya sedang membaca buku ini.
ReplyDeleteSaudari beruntung dipertemukan sahabat sebegini.
:)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteMalam tadi saya menonton rancangan Always A Traveller, iaitu tentang kisah penghijrahan selebriti Mizz Nina.
Di dalamnya ada temubual bersama Yasmin Mogahed.
Sejujurnya, saya ini tidak kenal siapa Yasmin Mogahed. Hanya tahu nama sahaja.
Tapi selepas menonton rancangan ini semalam (tajuk tentang Kesusahan), hati saya terus rasa terpaut dengan cara Yasmin Mogahed menyampaikan mesejnya. Terlalu indah namun terasa hingga ke lubuk hati paling dalam.
Hari ini saya google tentang review buku Yasmin Mogahed. Baru saya tahu harganya. Namun in shaa Allah akan mendapatkan buku ini jua. Moga Allah izinkan :)