Saturday, November 30, 2013

Habib Umar : Ulama tradisional berjiwa kontemporari

Ayuh mengenali Habib Umar,
jalur keturunan Rasulullah di zaman fitnah ini..

Habib Umar dilahirkan di Tarim, Hadramaut salah satu kota di Yaman yang menjadi sangat terkenal dengan ramainya alim ulama yang dihasilkan selama berabad-abad lamanya, pada 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963 M. Nasab beliau bertemu keturunan Rasulullah melalui Hussain bin Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib.

Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.
Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan beliau juga menghafal banyak teks dan matan dalam ilmu Fiqh, Hadith, Bahasa Arab dan berbagai-bagai lagi cabang ilmu lain.

Setelah ayahnya syahid ditangkap komunis, beliau meneruskan legasi perjuangan yang ditinggalkan ayahnya dengan mula membuka kelas-kelas bagi golongan muda mahupun orang-orang tua di masjid-masjid setempat dimana ditawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.

Tiada satu pun yang tertinggal dalam usahanya untuk memperkenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w dalam hati manusia seluruhnya. Kelas-kelas dan majlis didirikan, pengajaran dimulakan dan masyarakat dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkan dirinya sentiasa kekurangan tidur dan istirehat.

Namun usaha beliau mula menunjukkan hasil yang besar apabila manusia tersentuh dengan ajaran yang disampaikan beliau, terutamanya para pemuda yang sebelum itu terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan sia-sia, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka akhirnya sedar bahawa hidup ini memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentiti baru mereka sebagai Muslim, mengenakan serban dan selendang (rida') sebagai cara pakaian umat Islam dan mula menumpukan perhatian mereka demi meraih sifat-sifat luhur dan pekerti mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Mengenali dan mencintai para ulama adalah satu manifestasi kecintaan kepada Rasulullah kerana merekalah pewaris golongan anbiya'. Wallahu'alam..

Jangan lepaskan peluang, save the date! Subhanallah!


program terdekat

senarai program habib umar di Malaysia

Sumber dipetik daripada: darul murtadza

Real ingineous, satu mimpi buruk.


Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguasai hari pembalasan dan selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Selamat berbahagia wahai pembaca yang dikasihi.
 Tett, skema..hehe.
.
Topik yang saya mahu bicarakan ini, topic yang serius. Tiada yang serius melainkan yang serius semata. Pengalaman yang bagi saya, adalah pengalaman yang pahit yang saya pernah lalui selama usaha saya mencari kerja.

Kata sahabat saya, “Orang yang bijak adalah mereka yang belajar dari pengalaman orang lain’. Benar wahai sahabat. Jadi pengalaman saya ini cukuplah dijadikan iktibar oleh orang lain, tak perlu lalui apa yang saya lalui.Walau sebenarnya saya ni hanya penambah koleksi si  pemangsa Real Ingineous. (anda google nama Real Ingineous, PASTI anda akan jumpa beberapa page khas yang mengecam syarikat ini –malangnya macam manalah saya boleh tak jumpa pada waktu kejadian).

Real ingineous Sdn Bhd. Kedengaran satu syarikat yang gah. Kedudukan pejabatnya di Menara UOA,Bangsar seolah mengukuhkan pandangan tersebut. Padahal ia hanyalah satu fatamorgana bagi mengaburkan mangsa. Mangsa yang naïf terutamanya freshgraduate seperti saya.

Menara UOA, Bangsar


Saya mengetahui jawatan kosong ini melalui akhbar Metro, di ruangan jawatan kosong. Dengan tawaran yang sukar ditolak sebagai eksekutif tadbir dengan gaji antara RM2000-2800. Berikut seperti yang di iklankan di harian metro. (menurut sumber lain, ada juga diiklan di Star, DLL)

IMMEDIATE VACANCIES
ADMIN EXECUTIVE
ADMIN ASSISTANT
RM2200-RM3000 RM1800-RM2000

REQUIREMENTS:
-Diploma/ Degree in any fields
-Fresh Graduate are encouraged to apply
-With/ without any experience
-Willing to learn new things
-Immediate Starter
-Preferably age below 30
……………………………………………………………..
BENEFIT:
-Career Advancement Opportunities
-Yearly Bonus
-5 days a week (INDOOR)
-Annual leave and Annual dinner
-Company Trip (local / overseas)
-Easy access to public transport

Pekerjaan sementara sebagai kerani di syarikat kecil dengan gaji RM800 sebulan dan bekerja 6 hari seminggu membuatkan saya tidak betah dengan kelulusan degree yang saya miliki. Tanpa berfikir panjang, saya meletakkan jawatan sebagai kerani dengan notis 24 jam selepas menerima panggilan dari Real Ingineous mengatakan saya diterima bekerja di syarikat itu sebagai pekerja tetap dengan expected salary saya : RM2000. Bagi saya, sudah tentu itu satu jumlah yang besar bagi freshgrad seperti saya. 

Ya, saya sudah jatuh ke jerangkap samarnya walaupun mereka mengatakan sebelum diterima kerja sebagai staf rasmi mereka akan mengadakan perbincangan selama 7-8 hari sebelum offer letter dikeluarkan. Saya bersetuju dengan syarat itu. (Padahal 7-8 hari itu sebenarnya masa untuk diorang menipu supaya kita betul-betul tertipu –Yalah masa untuk meyakinkan apa yang mereka buat sebenarnya benar belaka).

Maka bermulalah pekerjaan saya sebagai Financial Analyst/Advisor (konon-kononnya) walaupun ia sesungguhnya sangat lari dari bidang saya, psikologi dan computer. Hari pertama itu saya diterangkan kerja asasi and  staff benefit. Saya mula berprasangka, apabila manager tidak memperkenalkan company sepertimana apa yang akan dilakukan oleh syarikat-syarikat lain. Terus sahaja kepada bidang kerja, dan manfaat pekerja. (Untuk kita tertarik betapa hebatnya ganjaran yang akan kita miliki jika bekerja dengan mereka –contohnya trip ke pulau-pulau, pastu manager tu pun cerita tahun lepas diorg buat trip ke Europe –termasuk lah ke London and Paris, tapi bila cerita psl France, bole plak dy tanya, France tu dy pentingkan bahasa sendiri kan? Dalam hati saya, eh-eh awak yang pergi Tanya kita pula, saya jadi musykil sebab sememangnya saya ambil pengajian bahasa Perancis semester akhir yang lalu). Sah-sah Nampak dia menipu. Entah macam mana mata saya masih buta.

Dua tiga hari kemudian, kerja kami adalah menganalisa turun naik mata wang USD dan GBP (pound sterling)-istilah yang mereka gunakan adalah kerja kita ini ialah currency investment. Mereka ‘menyembunyikan’ istilah sebenar FOREX –foreign exchange. saya pernah mendengar FOREX ini telah diharamkan oleh Ulama –tetapi istilah yang mereka gunakan ‘currency investment’ menyebabkan saya masih tidak sedar saya terlibat dengan sesuatu yang diharamkan oleh Islam. Apatah lagi pada masa tu forex pun tak tahu menatang apa. Astaghfirullah. Jujurlah kalau saya tanya kat kawan-kawan majoriti semua tak tahu apa itu forex melainkan mereka yang memang suka bisnes/investment. Macam mana satu tahu dan sedar? Ikuti selanjutnya..

Disebabkan kerja saya ini adalah untuk pelaburan, kami pun diarahkan untuk mencari client sekurang-kurangnya seorang client jika mahu gaji meningkat sehingga RM7000 sebulan dengan tawaran ‘eksekutif’ konon-kononnya. Ya, bahagian ini lah saya terasa betapa jahilnya saya. Allahurabbi. Dan target klien tu ialah ahli keluarga sendiri. Untuk memulakan pelaburan ini kata mereka kita perlukan capital (modal) 160k. Kata mereka, yalah ahli keluarga merupakan yang terdekat dengan kita, pasti orang yang terdekat itulah kita mahu mereka senang dan peroleh kebaikan dari pelaburan ini. Jadi mereka akan bertanya hari-hari adakah kita sudah bercerita mengenai pelaburan ini kepada mak ayah, kadang-kadang saya rasa seperti dipaksa (sebenarnya memang dipaksa pun dengan cara yang halus).

 Disebabkan tekanan inilah setiap malam saya akan bercerita kepada mak dan ayah tentang pelaburan ini. Kadang-kadang gilir-gilir antara mak dan ayah. Dan ada satu malam itu, abang dan kakak pun dating ke rumah, dengan mereka pun saya bercerita kepada mereka, tentang pelaburan ini. Kakak awal-awal lagi, kata ‘no investment please, its all fake’. Saya pun kata, “orang yang rugi dalam pelaburan tu sebab diorang takda strategi cane nak buat keuntungan dengan currency investment”  dengan yakinnya. Ah bodohnya saya masa tu.

 Abang saya lebih bersikap terbuka. Saya terangkan kepada abang bagaimana nak tahu currency itu akan jatuh atau naik, iaitu melalui ‘long leg/long head, garisan SO dan RO, double top,etc), jadi bila currency tengah rendah, beli, bila currency turun jual. Abang lebih banyak mendengar. Abang sebenarnya teruja. Pastu abang pun cakap,

 “yang kau buat ni forex sebenarnya, abang penah buat, tapi asyik rugi, sebab tak tahu bila dia naik, bila turun, takpa kau belajar je dulu, nanti dah expert ajarlah” saya pun,

“eh forex eh, manager kata ni currency” sambil pandang muka kakak ipar seolah minta pengesahan.

Kakak ipar pun seolah tahu, dia pun cakap “ Forex la tu.” Saya terlongo. Abang sambung lagi.
“Sebenarnya forex ini banyak isu dari sudut syari’ah”.

“Contoh?” soal saya dengan sungguh tak berpuas hati. (jangan contohi sikap ini huhu).

“Sebab keuntungan yang diperolehi tak ada barang sebagai komoditi salah satunya. Kau nak tahu yang lain, kena cari sendiri la, sebab abang pun tengah cari jawapan lain.” Jawab abang.

Saya betul-betul jadi penasaran malam tu. Saya google semua pasal forex. Terkedu. Betapa banyak perbahasan yang dah dilakukan oleh ulama mengenai isu ini, bermula tahun 2008. Lima tahun sudah. Ah, jahilnya saya. Saya bertanya lagi kepada senior saya kebetulan dia sedang mengambil jurusan ekonomi di peringkat master. Beliau juga mengiakan, pekerjaan saya itu terlibat dengan gharar, ketidakpastian –dimana sumber pendapatan boleh menjadi haram. Saya terduduk, tak percaya. Kecewa sumpah kecewa.

Senior menenangkan saya, dia kata,

“tak apa belajar je benda tu, Dia macam orang yang belajar sihir, belajar bukannya untuk amal. Cukup sekadar tahu kenapa benda tu diharamkan.” Allahurabbi =,)

Pagi esoknya, saya muntahkan segala persoalan saya kepada manager, persoalan tiada barang dalam dagangan- ‘kata mereka mudah sahaja, dalam pelaburan ni tiada yang halal, contoh macam ASB, tiada barangan tetapi tetap dpt kenaikan dividen tu, pasal pelaburan ni macam hal bank dulu, dulu mana ada Islamic bank, orang nak tak nak tetap kena guna konvensional bank untuk simpan duit dengan selamat. Macam tu la dengan pelaburan ni, tak ada Islamic investment, jadi kita tiada pilihan”.

Dalam hati saya “ Kita ada pilihan sebenarnya, pilihan untuk tidak terlibat dengan benda haram”. Kita bagila persoalan apa pun, mereka (manager-manager tu)akan kilas dengan muka toya mereka.

Akhir sekali mereka nak bagi offer letter,tiba-tiba teringat pesan abang suruh tengok lesen syarikat dulu, jadi saya pun mintalah. Jawapan manager, “kalau awak sampai investigate kompeni ni, macam mana awak nk seronok keje kat sini, sebab awak tak yakin dengan kami, kalau macam tu awak ada pilihan dengan tidak bekerja dengan kami. ” (Ceit, dia berdolak-dalih).

Balik hari kelima tu, saya berpakat dengan rakan sekerja supaya jumpa dibawah, kami sudah mula rasa tak sedap hati- kedua-dua kami menolak untuk sign offer letter tu, bayangkan sepanjang lima hari kami bekerja, kami tak ada masa untuk bertanya no telefon, sebab 24 jam kena berkepit dengan manager. Pergi ke tandas pun ditemani manager! Ini namanya gila..

Masa bertemu dengan kawan tu, baru kawan tu tunjukkan mesej daripada kawan dia, kompeni tu dah kena blacklist dengan Bank Negara Malaysia. Kawan saya sudah menjadi tak tentu arah, mengenangkan hidupnya di perantauan tanpa pekerjaan. Dia orang Sarawak, merantau di KL untuk mencari rezeki, tetapi tidak disangka hidupnya ditipu begini. Saya terdiam. Moga Allah permudahkan urusan dan pelihara rakan sekerja saya itu.

Jujur, sampai sekarang  bila saya terkenangkan perkara itu, hati saya membara.  Mengenangkan wajah-wajah konon-kononnya ‘senior manager’ – ILA, JULIA, IRENE, NIDA, BRYAN,dll (saya tahu mereka menggunakan nama samaran) yang sedang berseronok dengan pekerjaan mereka menipu orang hari-hari, Allahu. Mengenangkan pula betapa bodohnya saya hari-hari mengajak ibu bapa supaya invest dengan modal 160k sehingga mereka bercadang untuk refinance rumah, satu-satunya harta yang kami ada – saya sumpah menyesal dengan tawaran ‘dunia’ mereka. Moga Allah mengampunkan saya.

Saya tahu akaun saya akan dihack oleh mereka si ‘jutawan penipu’. Tapi ini kebenaran yang perlu saya sebarkan, jangan orang lain tertipu seperti saya.

Saya Cuma berharap- manager-manager yang cantik bertudung berperwatakan muslimah, supaya bertaubat –kembali ke jalan yang benar. Allah itu Maha Penyayang, tetapi Allah juga Maha Keras seksaannya. Kembalilah ke jalan yang benar selagi masa masih ada. Yang bukan islam juga moga-moga Allah mmberi hidayah kepada mereka. Saya tahu masih ada fitrah kebaikan dalam hati mereka, bilamana mereka pernah bertanya,

“Apa yang menyebabkan awak boleh ada turning point dalam hidup untuk pakai tudung camni (bidang 60)? Saya direct dengan mereka, saya jawab bila saya pasti saya akan mati pada bila-bila masa..” Harap-harapnya mereka juga akan sedar mereka juga akan mati dan bertaubat.

Allah itu Maha Melihat, Allah mengetahui setiap urusan hamba-hambaNya, Allah juga melindungi hamba-hambaNya yang Dia kehendaki.

Pengajaran yang cukup besar untuk saya, saya beristikharah sebelum saya memilih pekerjaan. Allah tak mensia-siakan hamba-hambaNya yang berserah setiap urusan kepadaNya. Dan Allah mentakdirkan saya melalui pengalaman pahit ini.

Benar ia pengalaman buruk, tetapi Allah menjauhkan saya dari terlibat dengan perkara yang lebih buruk lagi. Dan saya sangat bersyukur untuk itu. Alhamdulillah ya rabb =’).

Kata ayah, “ Kau perlu kukuhkan tauhid lagi kepada Allah, sesungguhnya Dialah yang Memberi rezeki kepada hamba-hambaNya”.

*Mata masuk habuk.


Bukti lain-