Saturday, November 30, 2013

Habib Umar : Ulama tradisional berjiwa kontemporari

Ayuh mengenali Habib Umar,
jalur keturunan Rasulullah di zaman fitnah ini..

Habib Umar dilahirkan di Tarim, Hadramaut salah satu kota di Yaman yang menjadi sangat terkenal dengan ramainya alim ulama yang dihasilkan selama berabad-abad lamanya, pada 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963 M. Nasab beliau bertemu keturunan Rasulullah melalui Hussain bin Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib.

Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.
Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan beliau juga menghafal banyak teks dan matan dalam ilmu Fiqh, Hadith, Bahasa Arab dan berbagai-bagai lagi cabang ilmu lain.

Setelah ayahnya syahid ditangkap komunis, beliau meneruskan legasi perjuangan yang ditinggalkan ayahnya dengan mula membuka kelas-kelas bagi golongan muda mahupun orang-orang tua di masjid-masjid setempat dimana ditawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.

Tiada satu pun yang tertinggal dalam usahanya untuk memperkenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w dalam hati manusia seluruhnya. Kelas-kelas dan majlis didirikan, pengajaran dimulakan dan masyarakat dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkan dirinya sentiasa kekurangan tidur dan istirehat.

Namun usaha beliau mula menunjukkan hasil yang besar apabila manusia tersentuh dengan ajaran yang disampaikan beliau, terutamanya para pemuda yang sebelum itu terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan sia-sia, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka akhirnya sedar bahawa hidup ini memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentiti baru mereka sebagai Muslim, mengenakan serban dan selendang (rida') sebagai cara pakaian umat Islam dan mula menumpukan perhatian mereka demi meraih sifat-sifat luhur dan pekerti mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Mengenali dan mencintai para ulama adalah satu manifestasi kecintaan kepada Rasulullah kerana merekalah pewaris golongan anbiya'. Wallahu'alam..

Jangan lepaskan peluang, save the date! Subhanallah!


program terdekat

senarai program habib umar di Malaysia

Sumber dipetik daripada: darul murtadza

No comments:

Post a Comment