Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang
menguasai hari pembalasan dan selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad
S.A.W. Selamat berbahagia wahai pembaca yang dikasihi.
Tett, skema..hehe.
.
Topik yang saya mahu bicarakan ini, topic yang serius. Tiada
yang serius melainkan yang serius semata. Pengalaman yang bagi saya, adalah
pengalaman yang pahit yang saya pernah lalui selama usaha saya mencari kerja.
Kata sahabat saya, “Orang yang bijak adalah mereka yang
belajar dari pengalaman orang lain’. Benar wahai sahabat. Jadi pengalaman saya
ini cukuplah dijadikan iktibar oleh orang lain, tak perlu lalui apa yang saya
lalui.Walau sebenarnya saya ni hanya penambah koleksi si pemangsa Real Ingineous. (anda google nama Real
Ingineous, PASTI anda akan jumpa beberapa page khas yang mengecam syarikat ini –malangnya
macam manalah saya boleh tak jumpa pada waktu kejadian).
Real ingineous Sdn Bhd. Kedengaran satu syarikat yang gah.
Kedudukan pejabatnya di Menara UOA,Bangsar seolah mengukuhkan pandangan
tersebut. Padahal ia hanyalah satu fatamorgana bagi mengaburkan mangsa. Mangsa
yang naïf terutamanya freshgraduate seperti saya.
Menara UOA, Bangsar |
Saya mengetahui jawatan kosong ini melalui akhbar Metro, di
ruangan jawatan kosong. Dengan tawaran yang sukar ditolak sebagai eksekutif
tadbir dengan gaji antara RM2000-2800. Berikut seperti yang di iklankan di
harian metro. (menurut sumber lain, ada juga diiklan di Star, DLL)
IMMEDIATE VACANCIES
ADMIN EXECUTIVE
ADMIN ASSISTANT
RM2200-RM3000 RM1800-RM2000
REQUIREMENTS:
-Diploma/ Degree in any fields
-Fresh Graduate are encouraged to apply
-With/ without any experience
-Willing to learn new things
-Immediate Starter
-Preferably age below 30
……………………………………………………………..
BENEFIT:
-Career Advancement Opportunities
-Yearly Bonus
-5 days a week (INDOOR)
-Annual leave and Annual dinner
-Company Trip (local / overseas)
-Easy access to public transport
Pekerjaan sementara sebagai kerani di syarikat kecil dengan
gaji RM800 sebulan dan bekerja 6 hari seminggu membuatkan saya tidak betah
dengan kelulusan degree yang saya miliki. Tanpa berfikir panjang, saya
meletakkan jawatan sebagai kerani dengan notis 24 jam selepas menerima
panggilan dari Real Ingineous mengatakan saya diterima bekerja di syarikat itu
sebagai pekerja tetap dengan expected salary saya : RM2000. Bagi saya, sudah
tentu itu satu jumlah yang besar bagi freshgrad seperti saya.
Ya, saya sudah
jatuh ke jerangkap samarnya walaupun mereka mengatakan sebelum diterima kerja
sebagai staf rasmi mereka akan mengadakan perbincangan selama 7-8 hari sebelum
offer letter dikeluarkan. Saya bersetuju dengan syarat itu. (Padahal 7-8 hari
itu sebenarnya masa untuk diorang menipu supaya kita betul-betul tertipu –Yalah
masa untuk meyakinkan apa yang mereka buat sebenarnya benar belaka).
Maka bermulalah pekerjaan saya sebagai Financial
Analyst/Advisor (konon-kononnya) walaupun ia sesungguhnya sangat lari dari
bidang saya, psikologi dan computer. Hari pertama itu saya diterangkan kerja
asasi and staff benefit. Saya mula
berprasangka, apabila manager tidak memperkenalkan company sepertimana apa yang
akan dilakukan oleh syarikat-syarikat lain. Terus sahaja kepada bidang kerja,
dan manfaat pekerja. (Untuk kita tertarik betapa hebatnya ganjaran yang akan
kita miliki jika bekerja dengan mereka –contohnya trip ke pulau-pulau, pastu
manager tu pun cerita tahun lepas diorg buat trip ke Europe –termasuk lah ke
London and Paris, tapi bila cerita psl France, bole plak dy tanya, France tu dy
pentingkan bahasa sendiri kan? Dalam hati saya, eh-eh awak yang pergi Tanya kita
pula, saya jadi musykil sebab sememangnya saya ambil pengajian bahasa Perancis semester
akhir yang lalu). Sah-sah Nampak dia menipu. Entah macam mana mata saya masih
buta.
Dua tiga hari kemudian, kerja kami adalah menganalisa turun
naik mata wang USD dan GBP (pound sterling)-istilah yang mereka gunakan adalah kerja
kita ini ialah currency investment. Mereka ‘menyembunyikan’ istilah sebenar
FOREX –foreign exchange. saya pernah mendengar FOREX ini telah diharamkan oleh
Ulama –tetapi istilah yang mereka gunakan ‘currency investment’ menyebabkan
saya masih tidak sedar saya terlibat dengan sesuatu yang diharamkan oleh Islam.
Apatah lagi pada masa tu forex pun tak tahu menatang apa. Astaghfirullah.
Jujurlah kalau saya tanya kat kawan-kawan majoriti semua tak tahu apa itu forex
melainkan mereka yang memang suka bisnes/investment. Macam mana satu tahu dan
sedar? Ikuti selanjutnya..
Disebabkan kerja saya ini adalah untuk pelaburan, kami pun
diarahkan untuk mencari client sekurang-kurangnya seorang client jika mahu gaji
meningkat sehingga RM7000 sebulan dengan tawaran ‘eksekutif’ konon-kononnya.
Ya, bahagian ini lah saya terasa betapa jahilnya saya. Allahurabbi. Dan target
klien tu ialah ahli keluarga sendiri. Untuk memulakan pelaburan ini kata mereka
kita perlukan capital (modal) 160k. Kata mereka, yalah ahli keluarga merupakan
yang terdekat dengan kita, pasti orang yang terdekat itulah kita mahu mereka
senang dan peroleh kebaikan dari pelaburan ini. Jadi mereka akan bertanya
hari-hari adakah kita sudah bercerita mengenai pelaburan ini kepada mak ayah,
kadang-kadang saya rasa seperti dipaksa (sebenarnya memang dipaksa pun dengan cara
yang halus).
Disebabkan tekanan
inilah setiap malam saya akan bercerita kepada mak dan ayah tentang pelaburan
ini. Kadang-kadang gilir-gilir antara mak dan ayah. Dan ada satu malam itu,
abang dan kakak pun dating ke rumah, dengan mereka pun saya bercerita kepada
mereka, tentang pelaburan ini. Kakak awal-awal lagi, kata ‘no investment
please, its all fake’. Saya pun kata, “orang yang rugi dalam pelaburan tu sebab
diorang takda strategi cane nak buat keuntungan dengan currency investment” dengan yakinnya. Ah bodohnya saya masa tu.
Abang saya lebih
bersikap terbuka. Saya terangkan kepada abang bagaimana nak tahu currency itu
akan jatuh atau naik, iaitu melalui ‘long leg/long head, garisan SO dan RO,
double top,etc), jadi bila currency tengah rendah, beli, bila currency turun
jual. Abang lebih banyak mendengar. Abang sebenarnya teruja. Pastu abang pun
cakap,
“yang kau buat ni
forex sebenarnya, abang penah buat, tapi asyik rugi, sebab tak tahu bila dia
naik, bila turun, takpa kau belajar je dulu, nanti dah expert ajarlah” saya
pun,
“eh forex eh, manager kata ni currency” sambil pandang muka
kakak ipar seolah minta pengesahan.
Kakak ipar pun seolah tahu, dia pun cakap “ Forex la tu.”
Saya terlongo. Abang sambung lagi.
“Sebenarnya forex ini banyak isu dari sudut syari’ah”.
“Contoh?” soal saya dengan sungguh tak berpuas hati. (jangan
contohi sikap ini huhu).
“Sebab keuntungan yang diperolehi tak ada barang sebagai
komoditi salah satunya. Kau nak tahu yang lain, kena cari sendiri la, sebab
abang pun tengah cari jawapan lain.” Jawab abang.
Saya betul-betul jadi penasaran malam tu. Saya google semua
pasal forex. Terkedu. Betapa banyak perbahasan yang dah dilakukan oleh ulama
mengenai isu ini, bermula tahun 2008. Lima tahun sudah. Ah, jahilnya saya. Saya
bertanya lagi kepada senior saya kebetulan dia sedang mengambil jurusan ekonomi
di peringkat master. Beliau juga mengiakan, pekerjaan saya itu terlibat dengan
gharar, ketidakpastian –dimana sumber pendapatan boleh menjadi haram. Saya
terduduk, tak percaya. Kecewa sumpah kecewa.
Senior menenangkan saya, dia kata,
“tak apa belajar je benda tu, Dia macam orang yang belajar sihir,
belajar bukannya untuk amal. Cukup sekadar tahu kenapa benda tu diharamkan.” Allahurabbi
=,)
Pagi esoknya, saya muntahkan segala persoalan saya kepada
manager, persoalan tiada barang dalam dagangan- ‘kata mereka mudah sahaja,
dalam pelaburan ni tiada yang halal, contoh macam ASB, tiada barangan tetapi
tetap dpt kenaikan dividen tu, pasal pelaburan ni macam hal bank dulu, dulu
mana ada Islamic bank, orang nak tak nak tetap kena guna konvensional bank
untuk simpan duit dengan selamat. Macam tu la dengan pelaburan ni, tak ada Islamic
investment, jadi kita tiada pilihan”.
Dalam hati saya “ Kita ada pilihan sebenarnya, pilihan untuk
tidak terlibat dengan benda haram”. Kita bagila persoalan apa pun, mereka (manager-manager
tu)akan kilas dengan muka toya mereka.
Akhir sekali mereka nak bagi offer letter,tiba-tiba teringat
pesan abang suruh tengok lesen syarikat dulu, jadi saya pun mintalah. Jawapan
manager, “kalau awak sampai investigate kompeni ni, macam mana awak nk seronok
keje kat sini, sebab awak tak yakin dengan kami, kalau macam tu awak ada
pilihan dengan tidak bekerja dengan kami. ” (Ceit, dia berdolak-dalih).
Balik hari kelima tu, saya berpakat dengan rakan sekerja
supaya jumpa dibawah, kami sudah mula rasa tak sedap hati- kedua-dua kami
menolak untuk sign offer letter tu, bayangkan sepanjang lima hari kami bekerja,
kami tak ada masa untuk bertanya no telefon, sebab 24 jam kena berkepit dengan
manager. Pergi ke tandas pun ditemani manager! Ini namanya gila..
Masa bertemu dengan kawan tu, baru kawan tu tunjukkan mesej
daripada kawan dia, kompeni tu dah kena blacklist dengan Bank Negara Malaysia.
Kawan saya sudah menjadi tak tentu arah, mengenangkan hidupnya di perantauan
tanpa pekerjaan. Dia orang Sarawak, merantau di KL untuk mencari rezeki, tetapi
tidak disangka hidupnya ditipu begini. Saya terdiam. Moga Allah permudahkan
urusan dan pelihara rakan sekerja saya itu.
Jujur, sampai sekarang bila saya terkenangkan perkara itu, hati saya membara.
Mengenangkan wajah-wajah konon-kononnya ‘senior
manager’ – ILA, JULIA, IRENE, NIDA, BRYAN,dll (saya tahu mereka menggunakan
nama samaran) yang sedang berseronok dengan pekerjaan mereka menipu orang hari-hari,
Allahu. Mengenangkan pula betapa bodohnya saya hari-hari mengajak ibu bapa
supaya invest dengan modal 160k sehingga mereka bercadang untuk refinance
rumah, satu-satunya harta yang kami ada – saya sumpah menyesal dengan tawaran ‘dunia’
mereka. Moga Allah mengampunkan saya.
Saya tahu akaun saya akan dihack oleh mereka si ‘jutawan
penipu’. Tapi ini kebenaran yang perlu saya sebarkan, jangan orang lain tertipu
seperti saya.
Saya Cuma berharap- manager-manager yang cantik bertudung
berperwatakan muslimah, supaya bertaubat –kembali ke jalan yang benar. Allah
itu Maha Penyayang, tetapi Allah juga Maha Keras seksaannya. Kembalilah ke
jalan yang benar selagi masa masih ada. Yang bukan islam juga moga-moga Allah
mmberi hidayah kepada mereka. Saya tahu masih ada fitrah kebaikan dalam hati
mereka, bilamana mereka pernah bertanya,
“Apa yang menyebabkan awak boleh ada turning point dalam
hidup untuk pakai tudung camni (bidang 60)? Saya direct dengan mereka, saya
jawab bila saya pasti saya akan mati pada bila-bila masa..” Harap-harapnya
mereka juga akan sedar mereka juga akan mati dan bertaubat.
Allah itu Maha Melihat, Allah mengetahui setiap urusan
hamba-hambaNya, Allah juga melindungi hamba-hambaNya yang Dia kehendaki.
Pengajaran yang cukup besar untuk saya, saya beristikharah
sebelum saya memilih pekerjaan. Allah tak mensia-siakan hamba-hambaNya yang berserah
setiap urusan kepadaNya. Dan Allah mentakdirkan saya melalui pengalaman pahit
ini.
Benar ia pengalaman buruk, tetapi Allah menjauhkan saya dari
terlibat dengan perkara yang lebih buruk lagi. Dan saya sangat bersyukur untuk itu.
Alhamdulillah ya rabb =’).
Kata ayah, “ Kau perlu kukuhkan tauhid lagi kepada Allah,
sesungguhnya Dialah yang Memberi rezeki kepada hamba-hambaNya”.
*Mata masuk habuk.
Bukti lain-
No comments:
Post a Comment