Thursday, January 20, 2011

Jangan salah sangka..


Anwar: Saya tak ajak pun PM debat

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

" Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Datuk Dr Siddiq Fadzil. 

Anwar berkata menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya. 

Katanya beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya. 

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

--Bernama

Sekadar pintasan lalu..

Kat sini ana nak komen sikit..Baru-baru ini ana ada tbaca jugak kat byk blog2 yg komen psl nih.. Ramai yg x puas hati..sama ada pd Najib ataupun Anwar sendiri.. mereka seolah-olah naik minyak, tak sabar2 melihat perdebatan ini berlaku. Ya, ana pun setuju, jika perdebatan ini berlangsung, tapi biarlah dalam keadaan harmoni. Jangan jadi batu api ataupun api dalam sekam. Kita sendiri pernah melihat perdebatan sebelum ini diantara Dato' Anwar Ibrahim dengan Dato' Shabery Chik sekitar tahun 2008. Rakyat Malaysia sendiri boleh nilai antara baik yang buruk. 

      Perdebatan ini terang dan jelas adlah mengenai ekonomi. Bukan untuk menyerang peribadi mana-mana ahli politik. Jika itu berlaku, hilanglah profesionalisme tokoh2 tersebut. Hilanglah kepercayaan rakyat Malaysia. Ana percaya, peristiwa seboleh-bolehnya mahu dielak oleh tokoh politik yg terlibat.

     Jadi, pesanan ana utk semua tmasuklah para blogger sekalian.
Jangan salah sangka. Jangan terlalu awal menaruh prasangka. Jangan melaga-laga. Nanti orang lain yg baca blog anda akan mudah salah faham. Tak fasal-fasal kita pula mendapat dosa kering. 

wallahu'alam..


     

2 comments:

  1. salam saidah...
    syera setuju...tapi kadang2 penjelasan lebih penting dari perdebatan...:)
    tak perlu berdebat, tapi jelaskanla pendirian anda...

    tu pandangan syera la...:)

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam w.b.t..

    Btul2..stuju dgn syera gak..

    risau dengan situasi politik masa kini kat Mlaysia.. sampai dlm kuliah pun ad kontroversi psl nih..Semoga Malaysia sentiasa dlm keredhaan Allah..ameen..

    ReplyDelete