Tenang hari ini. Baru sahaja melepasi hari jumaat. Hari terakhir sebelum para pelajar bersuka ria untuk kembali ke rumah masing-masing.Maklumlah cuti raya cina dan mungkin kebetulan disini pelajar chinese agak ramai. Majoriti mereka memilih untuk beraya bersama keluarga. Jadi, kolej kediaman kelihatan lengang. Alhamdulillah, dapatlah masa dalam seminggu untuk set-up semula apa-apa yg berserabut sebelum ini. Beruntung juga dapat tempat belajar jauh dari rumah, tidak perlu selalu fikir nak balik ke rumah atau tidak. Kalau nak balik juga, selalulanya kami perlu memikirkan ongkos untuk pulang ke semenanjung. Makan beratus-ratus juga.
Tapi, jadi cuak pula bila memikirkan kes baru-baru ini, kes kapal terbang air asia terbabas di landasan di Kuching. Pada hari tu melibatkan pesawat boeing AK 5218, ana selalu naik pesawat boeing AK 5214. Tapi apa yg pastinya dua-dua selalunya digunakan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching. Malang tidak berbau.
"kullun nafsin za iqatul maut" -setiap jiwa pasti akan merasai mati. Itu terlalu pasti. (selalu terbayang kes-kes kapal terbang terhempas). Jika tidak meninggal kerana itu, kita boleh meninggal dalam pelbagai cara. Cuma kita sebagai muslim, kita harus sentiasa berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman. Bagaimana caranya, itu hak Allah untuk menentukannya. Bukan bab kematian yang ana mahu sentuh sebenarnya. Insya Allah ada masa lain, ana akan cuba post entry bab kematian (zikrul maut).
Ana cuma nak share dengan pembaca budiman sekalian,apa pendapat anda mengenai status anda sekarang sebagai pelajar IPT? ana jangkakan majoriti daripada anda adalah pelajar IPT. Jadi, mungkin la bagi komentar dalam isu-isu yang ana nak utarakan.
1. Pertama sekali, sebagai pelajar, kadang-kadang kita mudah rasa tertekan terutama jadual kita terlalu padat dengan kelas. Dalam minda kita belajar, belajar dan belajar. Ya, ana akui kadang-kadang kita mudah terasa lelah dalam perjalanan membajak ilmu. bak kata hukama' Belajarlah kamu sehingga ke liang lahad. Cuma kita di Malaysia, lebih kepada exam-oriented. bukan life-oriented. Ini menjadikan minda para pelajarnya agak disempitkan dan hanya tertumpu pada memorising, spoon-feeding. Padahal kita memerlukan pelajar yang competent. Serba-boleh dalam apa jua bidang yang diceburi. Sebenarnya bergantung juga bagaimana seseorang mahasiswa itu menguruskan masanya. Tapi jika kelas bermula pada pukul 8 pagi-7 malam. 11 jam hanya untuk ke kelas. Bila pula masanya untuk mengoptimumkan kemahiran dalam bidang lain? Jadual begitu pula berturutan selama 5 hari seminggu. Kadang-kadang ana kasihan melihat sahabat-sahabat yang lain ( dan juga pada diri sendiri), muka cukup keletihan, tambah pula malam hanya cukup-cukup untuk membuat assignment dan discussion. Kebanyakan daripada kami sbenarnya dari kos 4 tahun, tetapi terpaksa dipendekkan menjadi 3 tahun atas sebab -.. ana pun tak pasti..Itu sebabnya jadual menjadi sangat padat. Tapi berbaloikah universiti mengeluarkan graduan yg bukan well-rounded (serba boleh)? Cukup dengan segulung ijazah yang hanya boleh dibangga pada sekeping kertas dalam waktu yang singkat?
2. Persoalan ana yang kedua, kita sering kali dimomokkan dengan, 'belajar rajin-rajin, nanti dah besar dapat kerja besar.' Adakah dunia sebenar seperti itu? Tidak. Ana tidak berapa setuju dengan pendapat tu. Rezeki itu di tangan Allah. Manusia dikurniakan potensi berbeza. Tidak kiralah pensyarah atau ibu bapa atau sesiapa sahaja sering menitipkan pesan yang serupa. Kadang-kadang apabila mahasiswa terlibat dengan perniagaan atau keusahawanan bahkan sampai menjadi majlis perwakilan pelajar pun dilarang. Alasannya, takut pelajaran terganggu. Hal itu ana tak nafikan, ramai juga yang yang akademiknya merudum selepas menyertai aktiviti-aktiviti itu. Tapi mengapa melihat pada sudut negatif? Kenapa tidak menjadikan orang-orang yang berjaya cemerlang dlm akademik bahkan sahsiah juga dijadikan contoh? Kebanyakan ibu bapa takut untuk mengambil risiko itu. Lalu anak-anak menjadi pengecut dan penakut untuk berhadapan dengan dunia luar. Seru ana kepada ibu bapa, jangan dibantutkan potensi anak-anak (mahasiswa), kerana inilah masa belajar yang terbaik. Jangan ditegah semuanya, jadilah pemerhati, penegur setia andai anak-anak mereka tersalah langkah.
Lain pula cerita, jika ada mahasiswa tersebut lantang menyatakan pendapat yang haq, kenapa harus tersekat dengan peraturan AUKU? Sejauh mana sebenarnya kebebasan mahasiswa dalam menyuarakan pendapat. Tolong jawab..
3. Persoalan ana yang terakhir, suka utk ana nak share status ana kat fb baru-baru ini. Kali ini bukan berkenaan dengan study tetapi berkaitan dengan sahabat.Siapa kita?
"dlm mendepani hidup, kita bisa aja tersalah, mulut bisa berbicara kebaikan, tapi tingkah kita sebaliknya..kita bisa menyeru orang pada kebaikan, kadang kita terlupa pada diri sendiri..kerana kita bukan malaikat yg selalu betul, bahkan juga kita bukan bersifat syaitan yg selalu sgt berbuat kejahatan, lebih hina jika kita menurut hawa nafsu, sehingga martabat kita lebih rendah drpd haiwan.. Muhasabah diri.."
Kita lebih mudah menghukum daripada membantu sahabat sendiri apabila mereka melakukan kesilapan. Apabila kita tersalah pula, kita selalu pula menghentam sahabat kita dengan " Kau ingat kau malaikat ke?. " Urgh, alangkah bejatnya kita jika begitu. Kasihan sahabat kita. Terguris hati dia.
Yang menggembirakan bagi ana, ana post dalam fb pagi td, kebetulan pula hari ni dalam kelas human development psychology, lecturer ada sentuh bab itu. Persamaan terma dalam islam dan terma psycholgy yang digunakan oleh barat dalam menerangkan tahapan manusia. Jika dalam islam disebut nafs amarah menunjukkan penguasaan evil dalam diri. manakala nafsu pertengahan adalah nafsu lawwamah (self-control)
dan terakhir adalah nafsu mutmainnah (penguasaan kearah kebaikan-super ego). Kalau tidak silap ana, tajuk ini ada disentuh dalam kitab Riyadhus salihin. nanti jangan lupa semak semula. Jadi, persoalan ana kepada anda, sahabat seperti apakah anda, terhadap sahabat sendiri? dan kita berada ditahap mana jika berinteraksi dengan sahabat2 kita? jangan menzhalimi orang..nanti hati tak bahagia.
Itu sahaja persoalan2 ana. Sebenarnya banyak lagi, soalan-soalan yang tak terjawab dalam kepala ni. Tapi sedikit-sedikit ya.Nanti takut anda jadi pening, macam ana. hehe. Mahu terima atau tidak terpulang pada anda.Tapi bagi ana, apa2 pun back to basic quran dan sunnah, insya Allah hidup kita lebih bahagia dan ana yakin jawapannya pasti ada dalam al-Quran.Tapi perlu dikaji lagi. Adakah anda bersetuju dengan pendapat ana. Terpulang pada anda..