Friday, January 28, 2011

...dunia..

wahai orang yg memakmurkan kerosakan dunia
Adakah kemakmuran bagi perosak dunia
wahai orang-orang yg berusaha mengumpulkan harta benda
kesenangan terhadap harta adalah kesedihan
wahai yg meletihkan badan kerana mengejar dunia
Mengapa engkau meletihkan badan demi mengejar sebuah kerugian
Hadapkanlah dirimu kepada ruh
Lalu sempurnakanlah dengan keutamaan-keutamaan
Sebab engkau jadi manusia dengan ruh bukan dengan jasad



Wahai pemilik cita-cita dan keinginan yg tinggi
Apakah sudah engkau membawa pokok dan inti risalah
Kedudukan tertinggi yang dipuji pemiliknya dari atas
Tempat yang tinggi adalah posisi yang selalu diingat
Ditangannya ada obor yang memberikan petunjuk 
Didarahnya ada akidah yang menentang setiap kesombongan

 kini,
Kulihat alam pemikiran telah melemah
dan tekad tidak lagi menyala-nyala
para juru nasihat tidak lagi menerangi
tiada daya tarik lagi yang memikat dalam ucapannya
Suara azan bersahutan di setiap sudut kota
Namun diamanakah suara Bilal
Menara-menara menjulang tinggi setiap kota
Namun masjid sepi dari ahli ibadat...

Di posisi manakah kita?

gabungan syair Dr Abdullah Aidh Al-Qarni

No comments:

Post a Comment