Saturday, January 15, 2011

pilihanku..

Ya Allah..
Kadang aku berharap
Agar aku tidak harus memilih
antara banyak pilihan...
Kerna hatiku masih pada yg dahulu
Pada yg membimbingku..smpi aku pd tahap ini..
Atas hidayahMu jua..
Aku cintakan mereka..banyak sekali pengorbanan mereka..
padaku yg tidak menentu ini..
Dulu aku merayu pada mereka..lepaskan aku..
Kini aku merayu pada mereka..pegang aku kembali..
Ya Allah..apa hikmahMu disebalik dugaan ini..

Ya Allah,
Hatiku masih tetap pada yg dahulu,
Aku rindukan mereka..aku rindukan bicara mereka..
Aku rindukan ketegaran mereka pada jalanMu..
Mereka tunjukkan aku betapa manisnya mengikut jalanMu..
Manisnya bermahabbah keranaMu..

Walaupun kini aku ada pilihan utk seperti itu lagi
Tapi bersama yang lain..
Aku tetap mahukan yang dahulu..
Bersama mereka yang telah banyak mengajarku..

Tapi kini aku jauh..
Sukar utk digapai,walau pada mereka aku masih boleh dicapai,
Tapi aku tidak mahu, kerna aku, mereka bersusah payah..
Siapa aku utk menyusahkan mereka..

Tapi aku sedih..aku harapkan mereka yg memegangku dahulu..
Terus membimbingku..jangan tinggalkan aku..
Kerna aku tidak mahu jatuh ke dlm kegelapan itu lagi..
Aku rindukan cahaya apabila bersama mereka..
Adakah mereka benar2 sudah melupakan aku?
Adakah permintaanku ini keterlaluan..?
Permintaanku hanya satu..Jangan tinggalkan aku..
Agar aku tidak harus memilih..

Adakah aku memang ditakdirkan begini..sering ditinggalkan..
Kalau dahulu aku ditinggal
Aku masih boleh bersabar
Kerana dahulu aku dlm kejahilan
Jika kini aku ditinggalkan,
dalam mengejar kebaikan..sukar utkku terima..

Oh tuhan,
Jangan biar aku harus memilih..
Aku cintakan yg dahulu..
Ibarat cinta pertama..Hatiku pada mereka..
Tawaku bersama mereka..Tangisku bersama mereka..
Sukaku bersama mereka..Lukaku bersama mereka..
Semuanya adalah demiMu jua..

Oh tuhan,
Aku masih cintakan yg dahulu..
Jangan biar aku harus memilih.. pada yang lain..
Kerna itu pilihanku..tapi pilihanMu itulah yang terbaik..

Ya Tuhan,
Sampaikanlah pada mereka..
Aku masih menunggu..dan aku cuba menghulurkan tanganku..
Agar disambut mereka..
Jangan pernah tinggalkan aku.. dan sahabatku yg lain..
Aku benar2 mencintai mereka..keranaMu, ya Allah..
kerna kami bersatu roh..tapi berlainan jasad..
Jiwa mereka, jiwaku jua..
Amin ya rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment