Saturday, June 18, 2011

Ayah..dengarlah jeritan batin kami!

Salam sejahtera keatas para pembaca sekalian.. Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan yang Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas Rasulullah S.A.W. Maaf atas kelewatan ana berkongsi dengan dengan anda semua. Almaklumlah cuti university hampir 2 bulan di rumah kadang-kadang membekukan neuron-neuron daripada mengaktifkan cas-casnya. Sempena hari bapa ini ana teringin sekali berkongsi mengenai hal bapa. Seorang perwira dalam kehidupan anak-anaknya. (Seharusnya begitu).  Sebagai luahan hati mana-mana anak yang mencintai ayah kerana Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 “SELAMAT HARI BAPA..!”
“ KAMI SAYANGKAN AYAH!”
“SYUKRAN JAZILAN, YA ABI!”
“THANK YOU, DADDY!”
                
           Barangkali itu ‘lafaz yang tersimpan’ didalam dada kita, anak-anak yg mengerti betapa pentingnya kehadiran seorang ayah dalam hidup kita. Ayah, Apak, Abi, Papa, Walid, Daddy.. apapun panggilan kita ia tetap merujuk kepada seorang, iaitu sang nakhoda keluarga. Ya, sudah skeptikal dengan stigma masyarakat, peranan si ibu lebih penting berbanding bapa. Ana akui hakikat itu, memandangkan sudah termaktub dalam hadis begitu, tetapi peranan sang bapa juga tidak boleh dipandang enteng.Oh ayah..kau inspirasi kami dalam menongkah kehidupan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Dmitry Mozzherin - Son and Dad
seorang ayah 'derhaka' terhadap anak-anaknya?  

 Hai ayah! Kau ketua keluarga, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka!
                
                 Kadang-kadang, ada sang anak yang begitu menginginkan perhatian ayahnya, dia bersusah-payah membuat kad ucapan “selamat hari bapa” dengan segala hasil usaha tangannya sendiri dengan harapan paling kurang pun, ayahnya dapat ‘melihat’ kasihnya yang begitu dalam pada dirinya. Tetapi apabila hadiah itu dihulurkan, ayahnya tanpa melihat sekilas terus mencampakkan hadiah di hujung sudut sambil tangannya memegang handphone, sibuk dengan urusan mencari rezeki. Jika tidak pun, dua tiga hari selepas itu, hadiahnya sudah berada di tong sampah. Alangkah hancurnya hati si anak!

Hai ayah!
             
                  Kami berterima kasih padamu kerana membesarkan kami dengan hasil titik peluhmu. Tetapi kadang-kadang kami berharap luangkan waktumu yang berharga itu bersama kami walaupun sedetik. Sesekali kmi berharap dapat berkongsi segala suka-duka kami denganmu. Berharap tangisan kami bisa diredakan dengan kata-kata hikmahmu. Berharap keresahan kami bisa terlurut dengn pelukan kasihmu. Kasihan ibu, kadang-kadang dialah berhempas –pulas membesarkan sang anak dengan kudratnya walaupun kamu ada disisi kami. Hakikatnya ayah, ayah semakin jauh daripada hidup kami. Fizikal ayah sahaja bersama kami, hakikatnya, cinta dan kasih kami semakin luput dari ayah. Dampingilah kami, tanyakanlah khabar kami, tegurlah kami dengan sifat lembut tetapi tegas seperti Rasulullah menegur Fatimah kerana mengecilkan hati suaminya, Saidina Ali. Sekurang-kurangnya ayah tahu perkembangan kami daripada tidak tahu langsung.

Duhai ayah!
                Kami merayu padamu ayah! Besarkanlah kami dengan sumber-sumber yang halal. Jauhilah membesarkan kami dari sumber yang haram. Kelak kami membesar menjadi orang yang tidak berguna ayah! Hidup kami bakal hancur dengan kejahilan ayah. Sesusah mana pun ayah, jauhilah rasuah dan riba’. Jauhilah daripada menzalimi orang lain.Sampai mati kita hidup kutukan orang. Kami tidak mahu itu. Kami redha andai kita hidup dalam kesederhanaan tetapi kita bersyukur dengan segala nikmat Allah daripada kaya tetapi hidup kita tidak pernah tenang. Andai apabila besar nanti kami menjadi ulama’ pun, ianya sia-sia ayah. Kerana kelak diakhirat, tatkala kami tidak sabar melangkah kaki ke syurga, tiba-tiba sahaja Allah mencampakkan kami ke neraka. Kami pasti terkejut ayah, kenapa Allah mencampakkan kami ke dalam neraka. Ayah tahu kenapa? Ianya hanya kerana ayah memberi kami makan dengan duit haram! Janji Allah, setiap daging yg tumbuh dari wang haram akan dibakarnya dalam api neraka. Kami pasti menangis  kerana kesilapan ayah, kami terpaksa menanggungnya!

Wahai Ayah!
Muslim boy in prayer line

adakah kita tergolong dlm anak-anak yg didik mengikut acuan islam? 
                Kami juga merayu padamu. Didiklah kami dengan ilmu agama secukupnya. Supaya apabila kami besar nanti kami tahu jalan mana yang harus kami ikuti, iaitu jalan ‘ihdinas sirathal mustaqim’. Jalan yang lurus yang dijanjikan tuhan, supaya kami bisa mereguk kebahagiaan abadi. Tidak sukakah ayah melihat kami bahagia? Jika benar ayah suka, kenapa ayah hanya mendiamkan diri apabila kami meninggalkan solat, kami berpacaran, dan pelbagai lagi. Tahukah ayah, sikap ayah menyebabkan kami berasa bebas untuk membuat apa sahaja. Sehinggakan sampai pada satu masa, Tiada orang yang dapat mengawal kami lagi. Hatta ayah sekalipun. Pada masa itu, ayah janganlah menyesal kerana begitulah hasil didikan ayah 10-20 tahun lampau. Tetapi kadang-kadang ayah, Allah Maha Penyayang, Dia kenalkan kami dengan addinnya melalui orang lain. Apabila kami mengetahui hakikat sebenar betapa jauhnya keluarga kita daripada islam, kami malu ayah. Kita tak pernah solat berjemaah subuh, sampaikan do’a  qunut pun kami tersalah baca pada waktu zohor! Andaikan di akhirat nanti jika Allah bertanya akan kejahilan kami sehingga kami menidakkan kebenaran, pastilah kami menuding jari kearah ayah kerana ayah tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan Allah untuk kami.

Duhai ayah..
                Kami tahu betapa tingginya egomu. Setinggi gunung everest. Tetapi gunung everest pun mampu ditawan inikan pula ego ayah. Seorang manusia biasa, masih seorang hamba kepada Tuhan. Pasti dapat ditawan dan diturunkan. Kami mohon padamu, tunjukkanlah kami peribadi dan teladan yang baik. Agar bisa kami contohi dan ikuti. Janganlah kerana ego ayah, ayah mengetepikan hak kami. Hak kami untuk mendapat kasih-sayang seorang bapa. Jauhilah perbuatan ayah daripada menyakiti ibu kami sama ada daripada fizikal atau mental. Jauhilah daripada mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami. Setiap kali ayah berbuat demikian, hati kami terguris, hati kami terluka. Ayah menyebabkan hati kami lama-lama menjadi busuk kerana menanam benih kebencian pada ayah. Jangan lakukan itu ayah! Dan..tanpa sedar..kami meniru, kami mencetak ‘wajah’ ayah. Kami menjadi pendendam, perusuh dan bermacam lagi. Jangan terkejut jika satu hari kami menjadi penjenayah buruan. Kebanyakan penjenayah yang ada, mempunyai sejarah dengan masalah psikotraumatic dalam  keluarga mereka, ayah. Ayah, doakan itu tidak terjadi pada kami. Jadilah seperti Rasulullah, merendahkan egonya, bukan kerana hina tetapi demi kemuliaan. Sehinggakan Zaid bin Haritsah pun tidak mahu kembali kepada bapa kandungnya kerana kasih nya kepada Rasulullah begitu tebal. Kerana dia tahu Rasulullah sentiasa menyenangkan hatinya, sentiasa menunjukkan teladan yang baik malah kata-katanya sentiasa memikat hati, bukan buruk akhlaknya apatah lagi kata-kata yang sentiasa yang mnyakitkan hati.
Hanya ketaqwaan menjadi kayu ukur, bukan ego dan sewaktu dengannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini mungkin sebahagian dari luahan hati anak-anak  yang tersimpan dia dalam dada. Bukan untuk mencari kesalahan apatah lagi keburukan. Tetapi hanyalah luahan yang perlu diberi perhatian oleh para ayah yang mengaku dirinya seorang muslim apatah lagi mengaku Allah sebagai tuhannya. Kerana jika benar mengaku Allah sebagai tuhannya, setiap helaan nafas hanyalah untuk Allah pasti setiap nafkah dan tanggungjawabnya dilaksanakan sebaik mungkin. Mungkin tidak sesempurna yang disangka tetapi biarlah sentiasa dalam usaha untuk membawa keluarganya kearah baiti jannati.
                
            Untuk anak-anak yang masih mempunyai ayah, luahkanlah ‘lafaz yang tersimpan’ di dadamu itu sebelum ayahmu yang hanya pinjaman itu diambil semula oleh ‘tuan’nya. Kelak supaya tiada perasaan sesal yang menghambat diri. Luahkan lah. Walaupun ayahmu tidak se’ideal’ ayah orang lain, mungkin dengan lafaz itu, ia bisa mengubah ayah ke arah keredhaanNya. Untuk para ayah atau bakal-bakal ayah, jadikanlah kalimah ‘ Lailahailallah’ sebagai paksi dalam melayarkan bahteramu. Supaya isteri atau isteri-isteri bisa taat tanpa perlu menyertai kelab isteri taat dan anak-anakmu tidak menyimpan jeritan batin diatas malah menjadi asset dan pelaburan kamu tatkala di alam barzakh nanti. Wallahu’alam..


p/s; ingin mengetahui cara-cara bagaimana mengisi waktu untuk bersama keluarga tersayang klik ini, Quality Time With Dad: Tips for Muslim fathers.

Saturday, April 9, 2011

bercintalah sampai ke syurga!


Subhanallah wabihamdihi..salam’ailaik ya ikhwah wa akhwat..
Wah..entry kali ini berkisar mengenai cinta.. takpalah, untuk kali ini biar kita berfikir jauh sikit daripada biasa..sesekali kita perlu menjadi dewasa walaupun orang kata sekali pandang kita macam budak yang tak habis sekolah lagi..(*_~) Oh, cinta..

Wajahnya muram,mukanya sugul. Dia seorang wanita yang cantik sebenarnya. Cantik kerana terserlah cahaya keimanan. Tapi kali ini, cahaya itu seolah sudah sirna. Sirna kerana tidak keruan dengan masalah yang dihadapi. Seolah dunia ini tidak mampu lagi diterokai. Cukuplah jika direnung matanya. Sembab dan merah-merah. Tanda tidak cukup tidur dan banyak menangis.Gerak kerja dakwah semakin lama semakin lesu dek kerana tuan badan yang semakin layu.Komitmen tidak dapat lagi diberi 100 peratus. Hilang arah..hilang tujuan..Oh, tuhan..kasihan..ukhti! Apalah yang dihadapi sebenarnya??

Oh, kerana cinta rupanya..kerana mahu menikah, tetapi impian belum termakbul. Serasa jalan menuju pernikahan itu terlalu penuh dengan duri dan api. Sakit dan pedih. Teringat pula ana, pada artikel yg pernah dinukilkan oleh Hilal Asyraf., “Muslimah lemah kerana memikirkan Baitul Muslim?”. Lebih kurang begitula tajuknya. Ada benarnya ada tak benarnya..Pertama kali ana baca, ana tak berapa setuju dengan tajuknya, tapi kini ana terpaksa mengakui hakikat itu benar-benar berlaku depan mata.

Ya Allah, maaf kalau ana katakan, kadang-kadang ana berfikiran skeptical sedikit mengenai cinta. Ok,ok, kita sempitkan sedkit skop cinta itu, cinta seorang wanita kepada lelaki ajnabi ataupun sebaliknya. Cinta yang kelihatan manis pada luarannya, tetapi sebenarnya 1001 kepahitan didalamnya jika kita tidak tahu bagaimana cara untuk bercinta berlandaskan syarak. OH,lupa nak bagi tahu, ana belum bernikah,jadi mungkin ana tak layak untuk mengatakan hal ini? Tidak2. Menjadi tanggungjawab ana untuk berkongsi sedikit mengenai hal ini. Kerana jujurnya, Kadang-kadang ‘sakit’ apabila ana lihat muda-mudi kini yang mencalit najis pada kesucian cinta. Lagi satu, yang penting, cinta itu MENGUATKAN bukan MELEMAHKAN!

Bagaimana cinta boleh menguatkan bukan melemahkan?
            
             Cuba kita lihat zaman ibu bapa kita yang bernikah kerana pilihan ibu bapa mereka. Bagaimana boleh kekal sehingga sekarang? Jawapannya kerana mereka sebelum itu tidak terdedah dengan anasir-anasir  yang boleh melemahkan Iman.  Mereka mungkin tidak terdedah dengan filem-filem porno tidak terdedah dengan drama-drama yang memomokkan percintaan antara muda-mudi, berdua-duaan, berpeleseran, seperti apa yg berlaku sekarang ini ,padahal semua itu palsu belaka!

Sedarlah wahai muda-mudiku,
          
            Cinta itu bukan melemahkan kamu daripada aktiviti seharian kamu, sampai makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur mengigau si dia. Cinta itu juga bukan menyebabkan kamu lalai daripada menunaikan hak-hak kamu kepada kepada orang sekeliling,lebih malang lagi hak kepada Allah juga dilalaikan. Cuba Tanya orang yang berdating di shopping mall, dari pagi sampai malam, bila dia tunaikan solat? Jawapan mereka, “Eh, mana sempat nak solat, nnti tiket wayang habis.” “Uih, mana boleh, ni masa untuk si dia,kena manfaatkan sebaiknya”.Celakalah kita jika bersifat demikian.(Maaf kasar sikit, tetapi inilah hakikat zaman sekarang). Kadang-kadang ada golongan bercinta ini yang cuba mengongkong pasangan, sehingga mampu memecahkan hubungan keluarga pasangan-golongan ini lebih teruk lagi.
  
 Tetapi  cinta yang erti kata sebenarnya menguatkan lagi hubungan kamu dengan orang sekeliling, gerak kerja kita bertambah mantap, bahkan kerana cinta juga hubungan kita dengan pencipta semakin dekat. Inilah sepatutnya cinta yang menjadi buruan kita.
            
                 Jika anda kini sudah terlanjur bercinta, tanyalah diri sendiri, dimanakah situasi anda kini berada, di situasi melemahkan atau menguatkan? Jika situasi melemahkan, pesan ana, lupakanlah cinta anda itu. Cinta anda itu adlah cinta palsu. Cinta fatamorgana semata-mata. Nampak manis dan bahagia, tetapi itu hanyalah kulit,hakikat sebenarnya anda sedang menempah derita! Ibarat habis madu sepah dibuang! Bahkan hakikatnya, anda sedang menghampiri dosa syirik dimana dosa  yang tak  akan Allah ampunkan. Bertaubatlah!
           
                  Pesan ana, jika cinta kita pada si dia menjauhkan kita daripada pencipta itu sendiri, lupakanlah si dia, perbaikilah diri kita. Jangan kata

“aku tak boleh! Aku hanya cintakan dia seorang sahaja, kalau diberi sepuluh lelaki/wanita lain, aku tetap nak dia!”

Berhenti daripada menyeksa dirimu sendiri. Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu. Empat perkara yang Allah telah tentukan sejak azali ialah bila matimu, jodohmu, rezekimu, bahagia @ derita. Jadi mengapa harus engkau pertikaikan ketentuan Tuhan? Mana tahu diluar sana, Allah sudah sediakan sediakan seseorang yang 1000 kali lebih baik daripada dia.Jadi sekali gagal sama ada kita ditolak @ kita menolak si dia bukan bermakna peluang kita bercinta terus tertutup. Tetapi sebenarnya Allah mahu memberi cinta yang lebih baik daripada itu, cinta yang halal untuk kau sentuh, cinta yang lebih kekal shingga mampu bercinta sampai ke syurga! Itulah cinta terhebat! Tetapi cinta itu lebih hebat jika, cinta kita bersama si dia mampu membawa kita menuju cinta ILAHI!

Apa tujuan bercinta??


Sekadar berfoya-foya??

‘Aik, ko ni lembap la, itu kan trend zaman sekarang..”

“ko tengok tu, budak tudung labuh  dengan budak surau lagi, pun boleh amik gambar berdua, siap letak kat laptop lagi, itukan cinta islamik, diorg boleh, kenapa kita tak boleh?”

Astaghfirullah..na’uzubillah..Ya Allah, selamatkanlah kami dari fitnah akhir zaman.

Ingatkah kita pada sabda nabi, jika kita memilih pasangan berdasarkan empat perkara iaitu antara keturunan, kecantikan, harta dan agama dan yang terbaik adalah memilih yang berAGAMA.kerana itu tujuan sebenarnya kita bercinta.

Yang beragama itu pula bukan sahaja dilihat pada sudut luaran,pakaian dia, selalu ke surau, suara merdu apabila membaca al-quran, sehingga boleh luruh jantung kita melihat kebaikan si dia. Ya, itu semua baik tapi itu bukan kayu pengukur. Kita bisa aja tertipu dengan ke’soleh’annya. Tetapi kayu pengukurnya adakah dia cukup solat lima waktu, adakah ilmu nya benar-benar memanfaatkan dia,adakah dia memuliakan tetamu….akhlaknya begini, begitu..yang pastinya yang baik-baik. Itulah untuk berbicara bab pernikahan bukan semudah yang disangka. Dalam hal mencari calon pun sudah perlu sangat teliti, bukan boleh main ‘rembat’ sahaja.

Suka untuk ana mengulang ayat beberapa penulis prolific mengenai cinta yang sebenarnya.. “ UNTUK BERCINTA, DIA BUKANLAH TARGET KITA, TETAPI DIA HANYALAH WASILAH MENUJU CINTA ILAHI”. Maksudnya begini, kadang-kadang kita seolah-olah yakin sipolan itu memang diciptakan untuk kita . Jadi,kita pun berjuang bermati-matian untuk mendapatkan si polan. Padahal sebenarnya dengan si polan itula neraka dunia kita bakal bermula. Faham maksud ana? Tetapi apabila cinta Ilahi yang kita kejar, yang kita perjuangkan, kita tak kisah siapa bakal pasangan kita, selagi mana dia di atas jalan yg sama dengan kita, sefikrah dengan kita, hati kita akan tenang, syurga dunia bakal kita perolehi, kerana apabila kita mengejar manusia dia akan lari, tetapi apabila kita mengejar Tuhan, bahkan Allah berlari mendekati kita (Hadis Nabi).Bukankah kita mahu bercinta sampai ke syurga??

Tetapi kadang-kadang ada juga yang mengatakan “Aku cintakan dia kerana Allah. Tetapi kenapa susah betul aku nak bersatu dengan dia?” Apabila sampai tahap ini, check semula diri kita. Target(tujuan) kita mungkin sudah betul. Tetapi mungkin jalan yang kita pilih adalah salah. Mungkin kita selalu mengingatkan dia mengenai perkara kebaikan, contohnya setiap solat 5 waktu kita selalu ingatkan si dia lewat telefon.Tetapi tanpa sedar kita terjebak dengan zina hati. Apabila sampai tahap ini berjaga-jagalah. Niat tak menghalalkan cara. Ketawalah syaitan sesungguh hati kerana kita terpedaya dengan tipu daya mereka. Na’uzubillah..

Akhir kalam, menyulam salam..

Akhir sekali, suka untuk ana mengingatkan para wanita sekalian khususnya pada akhwat, Nikah @ bercinta bukan semudah disangka dan tidak sesusah yang difikirkan. (Insya Allah). Cuma kita haruslah bersyukur kepada Allah kerana menerima tarbiyah ini. Tarbiyah ini sangat mahal harganya berbanding bertan-tan emas sekalipun. Sanggupkah kita menukarkan tarbiyah yang mahal ini dengan cinta lelaki yang murah? Pilihlah mereka yang bersama di jalanmu. Sanggupkah kita meleburkan tarbiyah hanya kerana cinta manusia?? Tepuk dada, tanyalah iman. Andai tiada jalan lain, tawarkanlah dirimu kepada lelaki-lelaki yang beriman.jika sukar menemukan lelaki-lelaki yang baik demi menyelamatkan sekeping hati. Jangan pedulikan apa masyarakat pandangmu.Jauhi futur sahabat-sahabatku.

Kita mahukan kebahagiaan dunia dan akhirat. Tiada siapa mahukan penderitaan. Mungkin ada dlm kalangan akhwat yg berfikir, “takpa, insya Allah aku mampu bimbing dia dengan segala hasil apa yang sudah aku pelajari dalam usrah”. Jangan berfikir begitu. Dan sunnatullahnya bukan begitu. Bukankah di dalam al-quran ada disebut “ARRIJAL QAWWAMU ‘ALANNISA’”-“ lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.

Dan untuk ikhwah pula, pilihlah wanita solehah menjadi sayap kirimu. Janganlah kecantikan luaran yang menarik hatimu. Jangan terlalu memilih.Kelak hatimu bisa merana. Sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.

Akhir kalam, majulah ikhwah dan akhwat untuk baitul muslim! Baitul muslim untuk menegakkan harakah islamiyyah! Untuk itu bercintalah sampai kita ke syurga! Jangan sampai kita menolak perkahwinan itu sendiri.

p/s: ni nasihat untuk diri ana sendiri dan akhwat2 atau mereka yang sedang mempunyai masalah dlm membina baitul muslim(rumahtangga). Moga Allah sentiasa pelihara kita dlam kebaikan.AMEEN YA RABB..

Friday, April 1, 2011

“Life never get easier.. but do not c.s”

*c.s: committing suicide
Bismillahirrahmanirrahim..

Living is hard, dying is harder, life after death is hardest, but everything is easy and content if you put trust in yourself and have faith in god [ALLAH].

Ana tidak pandai bermadah bicara.. walaupun hati ini sering bertingkah rasa.. keinginan untuk menulis ada, tapi selalu berselirat dengan tanggungjawab yg tergalas, walaupun kadang-kadang tak tertanggung malah tak terjawab segala yg sepatutnya ditunaikan. Berbelit-belitkan??

 Mudahnya begini, kita manusia, yang semakin dewasa semakin banyak yang perlu difahami tentang hidup, malahan tanggungjawab semakin lama semakin memberatkan pundak. Tidak kiralah sama ada anda lelaki @ wanita. Tanggungjawab kita masih tetap sama iaitu

1.       Menjadi khalifah di muka bumi (al-baqarah :30)
2.       Mengabdikan diri (Beribadah kepada Sang Pencipta Diri) –(Adz Zariyyat:56)

Hidup tak selalu indah..namun masih ada manis jika kita mencari hidayah ilahi–Percaya pada diri.

Hidup ini penuh kesengsaraan dan kepahitan.. jika kita percaya hidup kita memang begitu. Tapi percayalah pada Allah, Dia yang mencipta kesengsaraan, Dia juga mencipta kebahagiaan. Pilihan atas tangan kita.

Erm..ana rasa masih berbelit-belit..tujuan ana menulis ini satu sahaja, ana nak melepaskan beban yang sedang memberat di kepala. Melepaskan tekanan kerana impian atau keinginan yang masih tidak tercapai, tambah-tambah perkara yang berlaku di sekeliling yang cukup menghunjam perasaan.,pada masa yg sama cuba meraih redha Allah dengan saling ingat-mengingatkan sesama kita.

Hidup tidak semudah yang disangka, tapi mati lagi susah

“Life never get easier..”  tapi tak bermakna kita perlu mengalah. Satu pesanan Ana kepada antum. Seteruk mana pun tekanan perasaan antum, don’t ever dare to think of committing suicide..PLEASE!!

Terlintas kah difikiran, betapa perit dan sakitnya orang yang mebunuh diri tatkala malaikat maut menyentap nyawanya, dengan nafas yg tersekat-sekat, kaki tangan mulai kejang, lidah terjelir bertarung nyawa..Astaghfirullah..jauhilah kami dari kematian yg buruk Ya Allah..ini baru azab dunia belum azab akhirat lagi..Astaghfirullah..

Berta’awudz lah apabila ia terlintas di fikiran. Na’uzubillah mindzalik.

Muhasabah kembali tujuan kita diciptakan. Muhasabah juga apa yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup. 

Yes, committing suicide it looks simple. “END OUR LIFE, END of PROBLEM..” no, my dear friends, the fact is not like that.  Selepas kita mati, banyak lagi kehidupan yang menanti.

Alam rohani, alam rahim, alam dunia , alam barzakh , alam mahsyar ,alam mizan, alam akhirat

Banyak lagi alam yang perlu kita tempuhi..alam dunia baru fasa ke3..ada 4 alam lagi yg perlu kita tempuhi..fikir-fikirkan persoalan ini..

Sudahkah kita bersedia berhadapan dengan malaikat penjaga kubur??
Sudahkah cukup amalan kita untuk dihitung di akhirat kelak??

Adakah amalan yang ada ini benar2 mampu menghalang kita dari azabnya seksaan neraka, dan adakah ia mampu membawa kita mengecapi betapa nikmatnya syurga..??

Namun kepada yang sudah pergi, kita doakan kebahagiaan dirinya..jika ditanya bolehkah kita mendoakan diampunkan dosanya untuk org yg membunuh diri..jawapnnya, boleh selagi dia tak melakukan dosa syirik. 

Berdasarkan ayat quran surah az-zumar ayat 53:

“katakanlah wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa ( kecuali syirik:lihat annisa’: 48) semuanya, Sungguh, Dialah Maha Pengampun Maha Penyayang.”

Disebutkan juga di dalam hadis sahih muslim tentang seorang yang mewasiatkan anak-anaknya supaya membakar mayatnya apabila dia mati dan apabila Allah Tanya tentang perbuatannya, dia menjawab, bahawa dia takut..lalu dia diampun..

Relieve your pain..

AKhir-akhir ini ana sering mengulang ayat ini tanpa ana sedar.. “I’m not living for myself, I’m living for others..”apabila ana terasa sukarnya meneruskan hidup.  But how?? Caranya, aktifkanlah diri antum dgn tarbiyah..Tarbiyah tidak memerlukan anda, tapi anda lah sebenarnya yang memerlukan tarbiyah.

Jadi,wAlaupun dlm tarbiyah kita sering menerima penolakan, walaupun dlm tarbiyah kita sering juga berada dalam tekanan, kadang-kadang timbul konflik antara orang sekeliling..tapi..sebenarnya kita sedang membina kekuatan diri..kita sering juga belajar perkara-perkara yang baru.. daripada seorang yang introvert berubah menjadi extrovert, daripada seorang yang cukup baran menjadi seorang yang mudah memaafkan..bukankah itu sesuatu yang indah??  Menjadi sebaik-baik manusia..

Biar orang kata, “ko ingat ko baik macam malaikat??”, ” Huh! Budget bagus je minah/mamat ni..! “ tapi siapa boleh bagi jaminan pada ana, yang tiada manusia yang melakukan kesilapan selain para nabi..?? Potong 10 jari depan ana sekarang jugak..

~Kadang-kadang kita harus belajar menerima kelemahan orang lain..

Yang lebih utama, kita harus belajar bagaimana menerima kelemahan diri kita sendiri dan perbaikinya..setiap manusia ada limitation. Memang kita sering dengar, “everyone can do it, so u can do it..” tapi setiap kita ada keterbatasan. Jangan terlalu memaksa, hargai apa yang kita ada kini.

Selain itu, Jangan simpan lama-lama kesakitan apa yang kita rasa-luahkanlah pada Dia yang Maha Mendengar, jika disimpan lama takut ia jadi bisul tanpa kita sedar, dan pecah..pecah  segala-gala yang kita pelihara selama ini..Sampai tahap itu, no point kita menyesal..  tak guna kita meraung-raung jika dihadapan mata sudah tercatit segala amal kita di dunia dahulu..Nau’zubillah..
                    
Jika antum tidak tahan, alirkanlah air matamu..jangan disimpan..biar ia mengalir ketika masih didunia, kerana ia memang dicipta sebagai pain-relief,bukan untuk sakit fizikal, tapi dalaman. Rasanya kalau wanita, ana rasa kalau ana tak sebut pun pasti ia terjadi pada kita seharian kan?? Tidak mengapa, kerana itu fitrah, wanita dan air mata terlalu sinonim.Tapi biarlah air mata yang berkualiti. Tapi untuk para lelaki (tak tahu spesies mana), bagi mereka,kadang-kadang mengalirkan air mata itu perbuatan tak macho..huish..rugilah andai berfikiran begitu.. Teringat pesan cikgu ana pada zaman sekolah dulu (cikgu lelaki). 

Lazimkanlah dirimu dengan solat taubat dan menangislah, jika tak mampu menangis, menangislah kerana ketidakmampuanmu untuk menangis kerana itu petanda hatimu menjadi keras..

Ubatilah jiwamu dengan tarbiyah..insya Allah antum akan bertemu dengan kesembuhan..

Jika sudah terlibat dengan tarbiyah tetapi tidak merasai apa-apa, check semula iman kita.. sudah kah kita sentiasa topup iman kita..Subhanallah.. disini ana petik sajak ukhti Syazira Hanis pemenang pertandingan puisi sempena hari keluarga ISMA Serawak baru-baru ini, puisinya berkaitan tarbiyah..ana cukup sukakannya..pengubat hati bagi jiwa yang kerinduan pada tarbiyah..

Selayar Ukhuwah, Serumpun Keluarga di Ufuk Dakwah

Terimbas dahulu…
Saat sebening cahaya menerjah kalbu
Tatkala tarbiyah mewarnai sukmaku
Kala itu ku sedari
Hikmah takdirku jauh tercampak dari bumi sendiri
Ganjaran kepasrahan yang tidak terperi..

Di dalamnya ku temu… harga seorang aku
Di dalamnya ku temu
Nilai kecintaan pada Yang Satu
Sujud kehambaan pada Yang Maha Tahu
Di dalamnya ku temu
Ikatan erat teman searah yang tegar melangkah
Walau jalinan tidak sedarah
Namun terpateri kuat kerana Allah

Ku kenal erti ukhuwah
Ungkapan bukan sekadar kata, tapi suatu rasa
Bukan sekadar bicara, tapi zahir ternyata
Bukan sekadar omongan, tapi nikmat kemanisan iman
Catuan kasih di nurani insan
Berpadu berlandaskan Al-Quran
Bertaut hati kerana Tuhan

Ku tahu makna keluarga
Terbina bahagia bila islamnya jiwa
Menitip sepakat kala agama terjaga
Setelah awal mula suatu ikatan
Terpelihara di paksi kebenaran
Bila akarnya bertunjangkan keimanan
Bila dasarnya suci dari noda kekotoran

Ku sedar kemashalatan dakwah
Menangkis dakyah iblis laknatullah
Menyeru ummat kepada Allah..
Andai taruhan perjuangan adalah nyawa
Aku tetap rela, dalam meraih berkat dan cinta-Nya
Sedang pilihan di genggaman sekadar dua
Hidup mulia atau syahid di jalan-Nya
Kerana jiwa pejuang merindukan Syurga
Mengimpi mengharap bertemu Sang Pencipta

Sunday, February 27, 2011

d.u.i.t tentang jodoh..

Bismillahirahmanirrahim..



bila usia sudah bertukar angka dr 1.. ke 2.. di pangkal umur..
hati-hati semakin resah.. soal pasangan mula mjadi perhatian..
hati-hati mula memberontak untuk disayangi dan menyayangi..sabarlah!!
masanya belum tiba lg..yakinlah, Allah telah menentukn jodoh terbaik buat kita!

            



Alhamdulillah, baru-baru ini ana menyambut ulangtahun yang ke-20. Tiada sambutan yang istimewa. Tetapi Alhamdulillah, hati ini cukup berbunga-bunga, kerana apa??  Biarlah Allah sahaja yang tahu.Yang pasti kerana nikmat hidup yang telah Dia berikan. Macam tak percaya pun ada 1/3 hidup telah ana jalani-jika dikira daripada umur baginda  63 tahun. dua dekad sudah. Kebetulan pula, ada seorang sahabat bertanya mengenai jodoh, tergaru-garu juga kepala ana,memikirkan persoalan dia.  Ana bukanlah orang yang expert berkenaan hal ini.  Tetapi insya allah ana cuba menjawab mengikut landas-landas syari’at. Tidaklah diri ini cuba memfaqih-faqihkan diri  dalam hal yang tidak ana ketahui. Andai tersalah minta dibetulkan. Ikuti perbualan ana dengan si dia (sahabat UTM) biarlah ana namakan dia Ika...

ANA: owh..Ika memang betul-betul nak jadi engineer ke?

IKA :kita berjuang sehingga ke titisan terakhir..kalau ditentukan menjadi seorang engineer  terima seadanya..huhu..entahlah,,, @_@

ANA:  Allah lebih tahu masa depan kita.. segala-galanyanya telah ada dalam qada' dan qadarnya..

IKA: tapi kan macam mana dgn ayat lau nak jodoh kita kene berusaha??

ANA: owh..itu? pernah tanya k.adib psl ni..?dia expert sket bab ni..takpalah..cmni..org islam mggunakan konsep d.u.i.t..dalam seluruh genap kehidupn kita..
d utk doa..
u untuk ultimate..
i untuk ikhtiar..
t utk tawakal..
begitu juga dgn jodoh..
maknanya, dari sekarang kita dh kena berdoa..istikharah utk mendapatkn jodoh yg baik..nak dapat jodoh yg baik, kita kena jd baik dlu..sbb pasangan adalah cerminan bagi diri kita..lepas agak-agak diri dah bersedia dan ckup "baik' (Solehahkan diri) ..baru kita mulakan ultimate ikhtiar..

IKA: caranya??????????

ANA: tapi mestilah melalui jalan yang Allah redhai..contohnya..menggunakan baitulmuslim..
tahukan pasal baitulmuslim? maknanya kita gunakan orang ketiga untuk carikan jodoh kita..
tapi orang ketiga tu ada pula syarat-syaratnya..
dia haruslah orang yang jujur dan tak fasiq..
contohnya, kita gunakan ustaz..
kalau nak lebih afdal minta parents carikan..tapi pastikan parents kita pun adalah orang yang faham dan amal  dengan hukum-hukum islam. sebenarnya banyak cara lagi..Allah Maha Bijaksana..ada banyak cara lagi dia boleh temukan kita dengan jodoh kita..kita harus yakin..itula, lastly..
T-Tawakal..
lepas kita dh brikhtiyar..disinilah ujian kita..sama ada mmpu bersabar atau tak..ramai yang beraqidahkan usaha dan ikhtiyar,dia lupa nak serahkn kat Allah segala usaha dia..itula boleh terjadinya frust..sampai bunuh diri, dsb..

IKA: now, ika yakin...first,perbetulkan diri kita dulu dan segalanya dah di tentukan..tak perlu fikir sangat pasal benda nieyh..ia nya dah tertulis sejak azali lagi..tenkiu yunk..

ANA:Tambahan sikit lagi, masa ana form 3,ana pernah terbaca kitab imam ghazali psl pkahwinan..kalau kita nak anak-anak yang soleh dan solehah, kita perlu perbaiki diri kita 20 tahun sebelum nikah..jadi, maknanya kita perlu baiki diri since dari kecik..jadi start dari tu, ana dah mulakan misi membaiki diri..sejak dari sekolah, ana dah berdoa ditemukan dengan jodoh yang baik.

IKA: 20 thn sebelum nikah...kene start dari sekarang

ANA: sebenarnya bukan sekarang..sepatutnya dari dulu..tapi tak terlambat lagi..takde istilah terlambat bab-bab kawin nih..tapi, jujur la..since, prinsip  tak nak dekati lelaki (ajnabi) dipegang..kadang2 rasa jadi invisible pun ada..macam orang langsung tak nak kenal kita..

IKA: betul-betul..dulu Ika  pun guna prinsip tak mahu dekat dengan lelaki dan tak mahu cakap  dengan lelaki tapi dalam kos ika sistem ni memang tak boleh di gunakan..nanti kita nak berkomunikasi dengan orang susah..dalam group mesti ada lelaki dan kita kena berurusan dengan diorang.. langsung orang  tak kenal kita dan susah nak kembangkan potensi diri kita..

ANA: hehe~ ISLAM TAK  JUMUD DEAR..kita harus bergaul dengan mereka apabila ada urusan yang dituntut..islam ada ajar macam mana nak bermuamalah dgn lelaki..nanti lain kali kita bincang bab tu..

IKA: Ika dah buat conclusion berdasarkan apa yag telah diceritakan tadi...NO COUPLE..

ANA: no couple doesnt mean no ikhtiyar..no couple BEFORE married..

IKA: ha,, dh pening dah..

ANA: haha..sabaq2..cuba ika bagitau balik..apa prinsip orang islam tadi?

IKA: d.u.i.t
dua'
ultimate
ikhtiar
tawakkal
kalau bab ikhtiar ni guna baitul muslim,orang ketiga..kan..???




ANA: pandai pun..good girl..hehe..ok..tu kira ada 3 stage..
1)doa..
2) ultimate ikhtiyar..
3)tawakal..
sekarang kita masuk stage 2..yang zaman sekolah tu, kira zaman stage 1..fahamkan..?

IKA: banyak nyer stage..... @_@..faham-faham..teruskan..

ANA: kalau zaman sekolah kita selalu bdoa-doa..bila umur dah menginjak 20..kita mula rase terdesak nak cari jodoh..jadi..inilah kita kena gunakan ultimate ikhtiyar..tapi kita belum lagi perlu msuk ke gear 5..tapi pada yang sama jangan lupa istikharah..
itula, dah masuk stage 2, kne masuk stage 3 plak..tawakal..yang ni susah sikit..kalau tak sabar..dah lama pilih jalan kapel..tapi na'uzubillah..Allah tak redha dengan jalan tu..
 harap ika dapat tangkap apa yang ana nak smpikan..
dear nak masuk stage berape?
1?
2?
3?

IKA: masih satu lagi. dear rancang nak kahwin umur 28.lama kan??

ANA: hmm..tak jugakkk..

IKA: tu yang takut jadi andartu..tu ika rancang nak cari sekarang..but better focus pada study.

ANA: owh..tidak2..kita merancang, Allah pun merancg..Tapi rancangan siapa lebih hebat??

IKA: Allah menentukannya....^^

ANA: betul-betul..mne tahu..tiba-tiba ika kahwin dulu dari orang kan?haha..merasa la nasi minyak ika..

IKA: takde-takde nak merasa nasi minyak yunk dulu..hehehhe

ANA:takpe..takpe..bg adil..kita makan nasi minyak sama2..tapi satu la..nak pesan..jangan guna jalan kapel..kita doa sama2..

IKA: Insya Allah, doakan ika ea...tak mudah jatuh..dan goyah dengan benda-benda macam ni..

ANA: sentiasa dalam doa..insya allah..



Dalam hal mencari jodoh, kita seringkali tersilap. Untuk mencari pasangan hidup, sering juga kita menjadikan rupa paras sebagai indicator yang penting. Bukankah ia akan luput dari seseorang??  Ana tertarik dengan kata-kata hikmat seorang sahabat

“Lelaki itu bertuah jika dia adalah cinta pertama seorang wanita. Wanita itu bertuah jika dia menjadi cinta terakhir sang lelaki.”

“Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati apabila diuji mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa takut kepada ilahi.”

Sebagai konklusi untuk post ini, cukuplah ana katakan, yakinlah dengan Allah. Janji Dia adalah benar. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya. Jika awal-awal lagi perkenalan kita dengan si dia telah kotori dengan maksiat, bagaimana pula kita akan membina sebuah astana idaman yang penuh dengan mawaddah??  Bagaimana pula dari sebuah hubungan itu mampu melahirkan generasi yang takut akan tuhan jika masa ‘pembuatannya’ pun tiada sekelumit pun perasaan itu pada kedua ibu bapanya? Ingatlah sesungguhnya perkahwinan itu adalah ‘mitsaqan ghaliza’-sebuah perjanjian yang berat, yang Allah sebutkan 3 kali dalam al-quran yang mana 2 lagi digunakan untuk perjanjian tauhid.Takutlah pada Allah, serahkan pada Dia jodoh kita,dalam pada yang sama kita berusaha tetapi haruslah berada dalam landasan syarak. Moga kita semua dikurniakan jodoh yg terbaik disisiNya.Ameen.. Wallahu’alam..

tabahlah wahai hati..

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..Subhanallah wabihamdihi.. Allahumma salli’ala saidina Muhammad.
            
            Seperti hari-hari biasa pada hujung minggu, ana akan buka facebook untuk update apa-apa berita tidak kiralah dari sahabat handai, keluarga @ lain-lain. Selalunya facebook menjadi medium pengantaraan untuk meyampaikan berita terkini. Memanfaatkan teknologi terkini dengan cara yang betul. Walaupun ia sering sahaja disalahgunakan. Bergantung kepada bagaimana cara kita menggunakannya. Andai terasa muraqabatullah (pengawasan Allah) dalam setiap perbuatan kita beruntunglah, jika tidak, muhasabah lah semula diri kita.

Sejak akhir-akhir ini, rancak sungguh sahabat-sahabat ana post sesuatu di facebook, semenjak group untuk kelas kami di tingkatan lima ditubuhkan. Pejam celik-pejam celik sudah 3 tahun masa berlalu, begitu pantas. Kini masing-masing sedang sibuk menghadapi dunia sendiri, sudah semestinya, sibuk di alam kampus.  Majoritinya berada di UIA. University idaman ana satu ketika dahulu. Namun hasrat tidak kesampaian. Insya Allah hati ini redha, kerana ana tahu Dia lebih tahu apa yg tersirat. Ana tumpang gembira untuk sahabat-sahabat ana. Ada juga yang dalam persediaan untuk menyambung pelajaran di U.K dan yang lain-lain semua sudah merata-rata di bumi Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Namun, tiada pun antara kami yang melupakan kenangan indah yang kami lalui bersama. Bagaimana kami ‘mengenakan’ salah seorang daripada kami semasa hari jadinya, bagaimana kami sentiasa musyawwarah jika sesuatu pekerjaan itu tidak mendapat persetujuan ramai, betapa tidak matangnya kami apabila ada perselisihan faham, sampai ada yang merajuk-rajuk.
 Alangkah indahnya satu ketika dahulu! Hidup sentiasa nasihat-menasihati dan ingat-mengingati. Maklumlah sekolah berasrama nun jauh di utara,jauh berbatu-batu dari rumah, menyebabkan kami saling bergantung antara satu-sama lain. Lebih-lebih lagi, kelas kami yang paling sedikit jumlah pelajarnya, hanya beberapa belas orang berbanding kelas lain yang hampir 30 orang jumlah pelajarnya. Disinilah tarbiyah untuk diri ana bermula. Mencintai yang lain hanya kerana Allah.  Dan tidak disangka, kemesraan yang terjalin itu kekal sehingga ke hari ini.   Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah. Sungguh diri ini sangat menyayangi mereka.

Sedang sibuk ana membaca post sahabat-sahabat, tiba-tiba ada pop-out box muncul. Seorang sahabat dari ‘mereka’.Biarlah ana namakan dia Aya a.k.a bukan nama sebenar. Oh, rindunya hati tatkala itu. Bermula dari bertanya khabar sehinggalah kepada kisah dia. Dia sedang berduka-cita rupanya! Ana termangu mendengar kisahnya, bersimpati dan cuba berempati-‘Put yourself in their shoes’.  Kadang-kadang terasa juga seperti mahu mengalir air mata, nasib baiklah ana di hadapan laptop, jika ana berada di hadapan dia, pasti dia lagi sedih. Dia yang sedih kita pula yang lebih-lebih. Aya sedang rawan dengan kehilangan orang yang sangat dia cintai-arwah atuknya. Menurut Aya, semasa arwah atuknya nazak, ibu bapa dia ada mengkhabarkan berita itu, tetapi ibu bapanya tidak membenarkan dia balik kerana dia bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Tetapi hati  dia memberontak-rontak ingin pulang, tetapi Aya terpaksa memendam perasaannya. Sehinggalah satu waktu berita kematian arwah atuknya yang menyinggah telinga. Hancurnya hati hanya Allah yang tahu. Setiap hari semenjak perkhabaran itu, Aya akan menangis dan terus menangis.

Hatinya luluh dengan sikap ibu bapanya yang tidak membenarkan dia menatap wajah atuk tersayang buat kali terakhir. Setiap kali jiwanya bersedih dia akan cuba buat-buat sibuk dengan mengisi masanya sebagai tanggungjawab sebagai seorang pelajar,tetapi apabila menjelang sahaja malam, waktu dirinya bersimpuh diatas sejadah, pasti air matanya mengalir laju, terbayang wajah atuk, terbayang kenangan bersama allahyarham, setiap bait kata-katanya. Semuanya bermain laju di dalam minda, sehingga satu masa, Aya terasa dia tidak sanggup lagi menghadapi dunia, dia lemah menghadapi kehilangan orang tersayang. Sehingga dia berasa tidak berdaya. Disebabkan inilah dia meluahkan segalanya kepada ana di hujung minggu itu, dia tidak tahan lagi menanggung semuanya seorang diri, berkali-kali dia meminta maaf kerana menganggu mood ana pada hujung minggu.

Oh, sahabatku, andai sahaja dirimu tahu, mahu sahaja diri ini terbang kesana, biar diri ini mampu meminjamkan bahu untuk dirimu menangis. Luahkan segalanya selepas engkau mohon kepada Allah. Ana termangu mendengar ceritanya, terharu, sedih dan pelbagai lagi. Tabahlah wahai hati sahabatku. Allah sedang mengujimu. Tanda Dia sangat menyayangimu. Dia bertanya pada diri ini

“Pernah awak rasa apa yang saya rasa? Pahitnya berhadapan dengan kehilangan orang tersayang??”

Jawapanku, “Pernah.”

Kemudian Aya bertanya lagi “Apa yang awak buat?”

Ana terdiam. Otak ligat berfikir, bila??  Segala kotak memori cuba ana selongkari satu-persatu. Oh, tuhan.. memori pahit itu. Ketika itu ana di tingkatan empat,berita kematian arwah nenek yang dikhabari ayah. Masa itu bulan ramadhan, ya, ana ingat lagi semua itu. Mendengar sahaja berita itu, tidak henti-henti air mata mengalir.Masa berbuka pun, sisa air mata sukar dinyah. Teringat wajah arwah nenek, kenangan bersama dia-ana mandikan arwah, kemudian tiba-tiba sahaja dia menangis, menangis kerana betapa tidak upayanya diri dia menguruskan diri sendiri. Ada satu ketika lagi, ana duduk termenung ditepi pangkin di rumah nenek, tiba-tiba dia menegur “Eh, muka engkau sebijik macam muka aku dulu-dulu”. Ana terkejut.  Dia mengamati ana sejak tadi rupanya. Sepupu-sepupu ana pun mengakui hal tersebut.Kenangan bersama dia,oh tuhan.Seusai habis SPM, ana diuji lagi, dengan berita kematian adik angkat ana kerana leukemia, beberapa hari sebelum itu, keluarga kami diuji dengan kematian arwah abang ipar, selang beberapa hari kemudian ibu ana pula dimasukkan dalam hospital, kerana berlaku tumpah darah yang sangat banyak. Ibu nyawa-nyawa ikan ketika itu. Ya, Allah.. kenapa ana harus ingat semua memori pahit itu?? secara fizikalnya,ia kerana persoalan sahabat ana, disebabkan dia ana terpaksa mengingati peristiwa yang ana cuba kuburkan jauh dalam lubuk hati. Tetapi hakikatnya, Allah mahu ana sedar kembali, betapa banyak nikmat yang telah dia beri semenjak itu.
Hari ini ana dalam zon selesa, sejarah lama ana cuba tutup serapat-rapatnya. Ibu pula semakin hari semakin pulih,beberapa tahun sudah berlalu.SYUKUR kepada Allah. Tetapi, Ana terlupa betapa sewaktu ana diuji betapa rapuhnya diri ini. Hari-hari yang dilalui terasa hambar, seolah tidak ada maknanya lagi,

tetapi Allah Maha penyayang tika itulah ditiup kekuatan,
ketika itulah diri ini merangkak mencari cahaya.
 Tika itulah quran sentiasa menjadi peneman setiap malam.
Penyembuh jiwa yang kelukaan.
 Ketika itulah sejadah menjadi teman setia.
Ketika itu jualah, air mata sentiasa menjadi murah ketika berhadapan denganNya.
Ketika itulah terasa diri ini lemah berhadapan dengan taqdirnya.
Tergoncang seketika dengan rukun iman yang keenam
-Percaya kepada qada’ dan qadar.
Ketika itulah hati sentiasa merayu agar dikuatkan hati menempuh hidup ini.
Ketika itulah meminta jangan sekali-kali Dia terlepas pandang pada hamba yg hina ini.
Pelbagai lagi doa sentiasa berzikir dibibir.
            
          Setelah mendung berlalu, kadang-kadang kita insan yang sentiasa alpa, dengan nikmat yang telah dikurniakan. Sebagaimana firman Allah.

“Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?” (al-rahman:42).

             Ana seolah terlupa dengan ujian yang pernah Dia beri. Astaghfirullah. Terima kasih sahabat kerana mengingatkan. Jika diberi pilihan antara ujian dalam kesenangan atau ujian dalam kesusahan @ keperitan, ana pilih yang kedua. Kerana jika senang kita mudah sangat lalai dalam mengingatiNya, tetapi apabila kita kesusahan, kita tahu hanya kepada Allah kita mengadu, dan hanya Dia yang mampu mengurangkan kesakitan kita.Apapun,susah @ senang itu dariNya. Kita sebagai hamba harus redha dengan taqdirnya. Tetapi itulah, alangkah indahnya hidup bertuhankan Allah, tak pernah berkeluh kesah, andai kesenangan yang datang, diucap hamdalah, andai kesusahan yang datang, bertambah lagi kekuatan hubungan kita denganNya.
                
            Oh sahabatku, jika dirimu bertanya kepada ku bagaimana aku mengurangkan kesakitan kehilangan orang yang tersayang, ana hanya mampu menjawab, dekatkanlah dirimu dengan al-quran.Insya-allah hatimu akan sembuh dengan ayat-ayat cintaNya. Bukankah Allah berfirman

“ Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira pada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Innalillah hi wainna lillahi raji’un (sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNyalah kami kembali)” (al-baqarah:155-156).

Ingatlah orang-orang yang tersayang itu hanyalah pinjaman. Termasuklah ibu bapa kita. Jasad kita juga hanyalah pinjaman untuk meraih pahala sebanyak mungkin di muka bumi ini sebelum dijemput kembali. Kerana itu, kita disarankan supaya menyintai sesuatu itu dengan bersederhana.
Dan sungguh sahabatku, kamu sangat beruntung kerana diuji oleh Allah. Betapa Dia sangat mencintaimu. Rasulullah bersabda, Allah S.W.T telah berkata :

“ Ketika Allah suka kepada seorang hamba. Dia mengujinya. Jika dia sabar, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya”. Moga musibah yang menimpamu, menjadi modal untukmu terus menyintaiNya lebih lagi.
Selain itu, sahabatku..marilah kita sama-sama bertaubat sebanyak-banyaknya. Kadang-kadang  apabila musibah jatuh pada diri kita,tanpa sedar terpacul daripada mulut kita, “kenapa mesti aku?”, “Apa dosa aku?”, kenapa, kenapa dan kenapa???
Allah azzawajalla berfirman: “Bertubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan” (AN-nur:31)

Kita tidak sempurna wahai sahabatku, sering sahaja melakukan kesalahan. Tetapi kita tidak harus berputus asa dari rahmatnya. Marilah kita menjadikan solat taubat itu sebahagian rutin hidup kita. Moga dengan itu, hidup kita lebih tenang. Dan moga-moga amalan yang kita lakukan bisa mengantarkan orang yang kita sayangi ke pintu syurga, Ameen ya Rabb..

Terima kasih sahabat kerana mengingatkan diri ini.Ingatlah dirimu tidak keseorangan, innallah ma’assobirin (Allah beserte orang-orang yang sabar). Moga kisahmu menjadi pengajaran (ibrah)  pada diri ini malahan kepada pembaca blog ini. Insya Allah..La tahzan ya ukhti..ikatan kita sejak di tingkatan lima tidak akan putus, kerana hati kita telah bersatu untuk menegakkan kalimahNya. Moga-moga Allah menerima persahabatan kita sebagai satu ibadah. Ameen, Ameen ya Rabb..

Sunday, February 20, 2011

Khas utkmu, ya indonesi..

Puji-pujian hanya untuk Allah  penguasa semesta alam..
Bersaksilah aku mengaku bahawa tida tuhan melainkan Allah,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhnya, kecintaanNya..
Aku bersyukur kepada Allah.. masih meghirup nafas ini..

Aku kagum masa aku pergi ceramah semalam..
Sempena Maulidur Rasul..kelahiran kekasihNYA..
Penyampainya dari Indonesia,dari bumi Jakarta,
Namanya DR. H. Aswin Rose b. Yusuf..
Seorang cendekiawan brtaraf ulama aku kira,
Mungkin juga setaraf dengan DR. Sidek Baba, Dato’ Sidek Fadzil,
Dr. Hassan Basri dan pelbagai lagi cendekiawan Malaysia..
Wah, aku terlongo semalam, tuturnya lembut sekali,
Setiap patah bicaranya terselit ayatul quran..
Seolah-olah ianya hanya dihujung jari..
Usianya sudah langkau, tapi fikirannya aduhh..
Mengalahkan kami anak muda, cerdas sekali..
Aku jatuh cinta pada orang Indonesia..ilmu mereka..Subhanallah..
Ini bukan kali pertama aku menjumpai persis itu..
Ini Kali kedua..kali pertama sewaktu aku menemankan ibuku pergi ke Padang,
Dalam rangka ibuku menyelesaikan tesis magisternya..
Wah..pertama kali menjejakkan kaki kesana aku udah jatuh cinta..
Berkenalan pula dengan cendekiawan disana seperti keluarga Pak Saifullah..
Waduhh..orangya lemah-lembut tapi kadang-kadang kata-kata mereka tegas sekali..
Tapi sayangnya disana kulihat, pembudayaan ilmu itu tinggi sekali,
Lebih-lebih lagi ilmu islam, tetapi pengamalannya masih kurang,
Rakyatnya juga masih ramai di takuk lama...
Mereka saudaraku..walaupun dipisahkan oleh factor geografi..
Oh..aku sayang pada kamu wahai org Indonesia..
Kerana kita serumpun..lebih-lebih lagi kita berpegang pada satu akidah yg sama..

Saturday, February 19, 2011

jadilah seperti daun!

Jadilah seperti daun..!

Angin Semilir berpuput lembut
Lambai daun diusik angin
Jiwaku merenung jauh
Bahagiaku jika menjadi daun
Hidup tatkala pohon masih bertunas
Memberi tika permulaan
Manfaat sehingga ke akhirnya..
Amanah tuhan tidak pernah diingkari..
Setia mentaati tanpa pernah mengeluh..
Warnanya senada tapi pelbagai..
Menceriakan buana yang semakin kelam..
Cukup menenangkan  hati yang kegalauan..
Bukti sejati bagi yang mencari cinta tuhan..
Tuhan tidak akan menjadikan ia sia-sia..
Ajaibnya ciptaan tuhan!
Tanpanya, takkan hidupku di muka bumi ini..
Tanpanya juga takkan hidup makhluk tuhan yg lain..
Semuanya bermula atas nama cinta tuhan..
Sang Pencinta yang maha Membentuk Rupa..
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..
Jadilah kita seperti daun..
Memberi tatkala dicipta tuhan..
Bercambah kan benih kebaikan
Jadilah seperti daun,
Setia menjalankan perintah dan taat
Kepada pemilik diri..
Jadilah umpama daun
Dilihat kecil, manfaatnya besar sekali
Hati yg kotor bersih kembali
Jadilah bak daun..
Meluruhkan diri
Pabila sudah sampai ke waktunya
bukan terkorban kerana yg lain..
tapi berkorban demi yg lain..
kerana dia tahu
tujuan dia diciptakan..
kerana dia tahu
dia hanyalah pinjaman..
dari tuhan yg Tak Pernah Berakhir..