Thursday, June 27, 2013

Ke mana arah tuju pembelajaran kita?

Assalamualaikum wbt.. Kaifa hal para pembaca sekalian..?

Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah Allahukbar..setangah tahun ye saya x update.. ALLAH.. Alasannya, sibuk.. Allah..
Semasa final exam hari tu, saya pernah terfikir persoalan ini.. dan inilah yang termampu saya tulis mengenainya.. Pendapat anda bagaimana?

(credit)


Sistem pendidikan bangsa Melayu pada zaman dahulu, yang paling penting adalah berasaskan sistem madrasah atau pondok. Sukar untuk orang Melayu mendapat pendidikan Inggeris melainkan Melayu Elit atau yg berkelayakan. Tetapi tujuannya hanyalah untuk memenuhi keperluan pentadbiran British pada waktu tersebut. Kira belajar utk menjadi pak turut British.

Tapi kini zaman berubah, keadaan jadi terbalik. Ramai mendapat pendidikan yg kebanyakannya digubal berdasarkan Barat. Itu sudah menjadi keperluan. Ia bukan sesuatu yang buruk. Ia sesuatu yg baik. Baik untuk memajukan negara dan meraih penghormatan dr negara-negara lain. Dan kita belajar utk kepuasan sendiri. Bukan utk menjadi kuli org lain. Malangnya, pendidikan secara madrasah dan pond0k ini semakin terpinggir. Malah dipandang k0lot oleh sesetengah pihak. oleh gol. Melayu Islam sendiri.

Bermakna kita kini pun sudah terbalik.Kita lupa asal-usul pendidikan kita. Mengutamakan ilmu agama drpd ilmu dunia. Itu juga yg dilakukan oleh ulama zaman silam utk gemilang dn terbilangkan tamadun Islam. Kuasai Quran dan sunnah kemudian brulah kepada ilmu fizik, matematik dan kimia. Siapa yg tak kenal dgn formula algebra dan te0ri how light travel drpd ibn al-Haitham. Tp kita mendahulukan yg harus daripada yg wajib. Ilmu agama adalah fardhu ain. Wajib. Tidaklah sehingga mjd alim-ulama. Kalau jadi, alhamdulillah. utk org awam spt kita, cukup utk kita mengenali siapa Tuhan ita dan mengetahui segala suruhan dan laranganNya. 

Kita belum terlambat. Sistem madrasah kini semakin moden. Byk madrasah yg dibuka utk memenuhi keperluan ramai. Byk pengajian kitab-kitab muktabar pd hujung minggu mengikut keselesaan pelajarnya oleh masyayikh yg berkelulusan. Jadi ia bukan alasan lg utk tidak menuntut ilmu agama. Walaupun kita pelajar sepenuh masa dimana-mana universiti.

Belajar bukan sekadar utk pengiktirafan. Belajar adalah untuk kita tunduk, dan mengenali kita hanyalah seorang hamba. Bukan utk menjadi seorang yg takabbur dn ujub bila menjadi seorang professional. Bila kita jadi seperti itu ingatlah ilmu yg kita dpt selama ini, tidak bermanfaat sama sekali. Kerana kita semakin jahil ttg Tuhan. Kerana segala ilmu itu dtgnya dr Dia. Bahkan sewenang-wenangnya menjadi free thinker dn atheist. dan itu antara kesan pendidikan zaman skarg. 

Belajarlah ilmu komputer, fizik, kimia, sejarah, bahasa.. apa pun, manfaatkan di jalan Islam. Memang kat akhirat Allah tak tanya soklan Matematik ke chain reaction @ sebagainya. Tp Allah akan tanya, kemana ilmu yg kita dapat dimanfaatkan.Itu antara 4 soklan yg akan ditanya didalam kubur.

Kita belum terlambt. Pilihan ditgn kita. Akhirat dihati, dunia di tangan. Wallahu'alam..

Sunday, December 30, 2012

Cemburunya saya dengan kamu, wahai Nailah..!

Sweet story of Sahabiah, Moga kita diberi kekuatan utk mencontohi beliau..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nama gadis mulia ini ialah Nailah Bte Farafishah Al Kalbiyah. Umurnya hanya 18 tahun ketika menikahi Saidina Ustman yang pada ketika itu berusia 81 tahun. Kisahnya bermula seperti ini, pada suatu hari, Saidina Utsman bertanya kpd Nailah,

“Apakah engkau tidak keberatan menikahi seorang lelaki yang telah tua bangka ? ” tanya Saidina Ustman

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata

“Saya termasuk wanita yang lebih suka memilih suami yg lebih tua “

“Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku ? “Nailah kembali tersenyum sambil berkata”Waktu mudamu telah dihabiskan bersama-sama Rasullah saw dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya “

Waktu berlalu. hari berganti hari dan masa berganti masa, hasil perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan dua orang puteri, Maryam dan Anbasah bte Utsman. Dari saat pernikahan itu, Nailah tetap setia bersama suami tercinta.

Hingga pada suatu ketika, saat Saidina Ustman mahu dibunuh pemberontak, Nailah tetap setia disamping suaminya itu dan mempertahankannya dengan tubuhnya sendiri. Dia rela merebahkan tubuhnya untuk melindungi suaminya itu.

Subhanallah..Sehingga diceritakan jari jemarinya yang tulus itu terputus dek terkena libasan pedang pemberontak.Ketika akhirnya Saidina Ustman wafat dalam kemuliaan, Mu’awiyah menghantar utusan utk meminang Nailah. tetapi apa jawabannya ?

“Tidak mungkin ada seorang manusia yang mampu mengantikan kedudukan Ustman dalam hatiku “

Bahkan Nailah sanggup merotokkan gigi hadapannya, kerana khuatir kerana kecantikan senyumannya bisa menarik perhatian Muawiyah, khalifah Bani Umayyah ketika itu (bayangkan kalau Presiden melamar kita, hehe) ..

Nailah hanya ingin satu, dia hanya ingin setia kepada suaminya, Saidina Uthman..walaupun dia merupakan wanita jelitawan, dan Saidina Uthman terlalu bbeza usia.. cinta mereka suci..benar2 mencintai kerana Allah ta'ala..

Kisah Nailah sanggup merontokkan gigi hadapannya, sampai kpd pengetahuan Muawiyah, sedarlah Muawiyah bahawa kesetiaan Na'ilah terhadap Saidina Uthman terlalu utuh.. Kekallah Nai'lah sebagai bekas isteri Saidina Uthman sehingga akhir hayatnya.. sambil menanggung rindu yg sarat kpd mantan suaminya yg tercinta..

Allahurabbi.. Subhanallah..

Akhir-akhir ini banyak mentelaah kisah sahabiah dan sedang mengkaji perspektif pendidikan kanak-kanak.. subhanallah.. kisah mereka sangat memberi motivasi untuk menjadi insan yg lebih baik..

In Sha Allah, its a good step for entering new year to follow 'their-whom their heart is lighted with God's love' footstep.. Wallahu'alam <3

Tuesday, November 20, 2012

simbolik palestina, tahun akhir dan kematian





Assalamualaikum wbt..

salam kebahagiaan  dan kesarjanaan kepada pembaca sekalian..
Segala puji bagi Allah yang masih sudi meminjamkan kita nyawa untuk terus menambah amal kebaikan..
selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W..

Minta maaf kerana sudah lama tidak meluangkan masa untuk kalian..
Akhir-akhir ini sibuk dengan projek tahun akhir. Diterima atau tidak itu saya serahkan urusan kepada Allah.
 Saya hanya mampu berusaha sebaik mungkin dan hasilnya terserah kepada mereka (pensyarah). Eh. Lumrah pelajar tahun akhir.

Sekadar untuk berkongsi,
dalam kesibukan sebagai seorang pelajar,
saya sedar banyak perkara saya terlepas. terutamanya berkaitan dengan isu-isu ummah. Hati saya tersentap, bila berita mengenai Palestin tersebar luas.Saya sedar, saya terlalu lalai.. sekarang giliran mereka bertemu Tuhan, tetapi kita alpa, kita juga bakal menyusul mereka. 

Pasti.
Kematian itu terlalu pasti.
Kullun nafsi za 'iqatul maut -Setiap yang bernyawa akan merasai mati..
Itu janji Allah dalam al-quran.
Yang kekal hanya Allah..Hanya Dia yang Abadi..

Setiap manusia, apabila terasa dekatnya kematian, pasti terbayang banyak lagi perkara yang belum dicapainya. Cita-citanya, impiannya, angan-angannya..

Saya tak nafikan diusia begini, ketika masih sibuk mengejar cita-cita, jika kematian makin mendekat, saya tak punya bekalan yang mencukupi untuk saya bertemu Sang Khalik.ada hujan dalam hati. Uhuk.. 

Selalu juga saya mengadu kepada umi, betapa saya terlalu mengejar dunia, demi untuk mendapatkan segulung ijazah, demi untuk melihat keluarga tercinta bahagia. Apa yang terbayang di minda saya, adalah mempunyai pekerjaan yang besar, untuk saya beri kehidupan yang selesa untuk keluarga. Keluarga saya bukan dari kalangan mereka yang susah. Tapi, tidak salah kan saya hanya mahu menambahkan kesenangan pada mereka. Eheh.

Tapi akhirnya saya lelah. Bukan sekali dua saya merasakan 'mereng' dalam perjalanan menuntut ilmu. Bukan sekali dua saya membuat keputusan untuk berhenti dari jalan ini. SEBALIKNYA, yang berlaku.. saya tak mampu.. tak mampu untuk berhenti.. semakin saya melalui jalan ini, saya semakin jatuh cinta. Jatuh cinta pada bidang saya. Sains Kognitif. Semakin saya belajar, semakin saya tahu apa yang berlaku terhadap diri saya, saya tahu apa yang berlaku dalam diri orang lain. Saya semakin kenal, BETAPA HEBATNYA TUHAN YANG TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA. SUBHANALLAH!.. air sungai nil melimpah keluar..ah hah..



Setiap kali saya mengadu pada umi itulah, umi menitipkan nasihat sesejuk kalbu, tatkala jiwa benar-benar merintih dengan ketidakmampuan diri. Nasihat umi,

"Apa yang kak cik buat itu bukan untuk dunia sahaja. Niatkan untuk akhirat. Jadikan setiap pekerjaan dunia itu sebagai ladang akhirat. Betulkan niat. Untuk membahagiakan keluarga juga sebahagian dari ibadah. Apa sahaja yang kita buat ada ganjaran di sana jika kita niatkan Lillahi Taala"

Haha, rasa nak bagitau satu dunia, saya sayang umi kerana Allah...umi selalu mengingatkan saya supaya terus dekat dengan Allah, walau satu dunia membuang saya, saya masih ada Allah untuk saya terus berpaut.

Hati bertambah tersentap apabila sedang saya membelek-belek al-quran,saya menemukan mutiara kata di dalam surah al-Hajj, ayat terakhir. Allah berfirman:
"Berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah pelindungmu. Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik Penolong".    T____T  

Dalam hati terdetik, Subhanallah!, Maha Penyayang nya Allah terhadap hamba-hambaNya.Allahu.

Kini, saya tinggal satu sem berbaki untuk saya lengkapkan ijazah sarjana muda saya,
masa saya untuk bersama sains kognitif semakin pendek.
saya benar-benar takut, andainya saya sudah habis degree ini, ilmu-ilmu itu akan tertimbus ditelan memori yang semakin luput. Saya takut ilmu ini saya tak dapat manfaatkan kepada ummah. Saya takut ilmu-ilmu ini akan mendakwa saya diakhirat kelak kerana saya tidak beramal dengannya. Kepada Allah saya bertawakal dengan apa yang bakal berlaku.

Saya tahu dan saya sedar saya akan mati.
Bila dan dimana, hanya Allah yang tahu. 
dan kita tiada kuasa untuk memilih dimana atau bila kita akan mati.
tapi yang saya pasti ada satu perkara dalam kematian kita boleh memilih.
Memilih untuk mati dalam khusnul khatimah atau su'ul khatimah.
Mati dalam keadaan baik atau buruk.
Mati ketika membuat amal kebaikan atau kejahatan.
Mati syahid seperti mujahid palestin atau mati bergelimpang seperti mat rempit sejati.
 
Dan ini kisah perjalanan hidup saya.
anda bagaimana?
sudah bersedia untuk mati?
 


' Sesungguhnya orang yang paling bijak antara kamu adalah orang yang banyak mengingati mati'

Wallahua'alam..





Tuesday, September 4, 2012

Why is it so hard to make decision?

Haih lor. Which banana is the best meh? confius2..




In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

             This is my first trial, my entry is fully in english, It need strength to write, as I am a typical Malay that still learning the foreign languages. So just ignore the grammatical error or the language style that is not fulfill your tastes of writing.

            Before that, I wish all the muslims all around the world, Happy Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna waminkum. (May Allah received our good deeds especially during our tarbiyah month -Ramadhan).

          In Malaysia, it is a phenomenon, when Syawal comes there will be many wedding invitations we received. From our relatives, friends or from our neighbourhood. At this level of age, I know, the most frequent Question (Frequently Ask Question, F.A.Q) is when will you getting married? so,we have to prepare with the answer scheme.-Only Allah knows when the time will come. Just pray hard for us. Haha. (This is mine, what is yours?). In a meantime, who did not touched when the nearest people are getting married or getting engaged?

            When 'we' started feeling lonely, then we posted about looking for our soulmate-to-be. About our hopes and expectations via facebook or twitter. Of course, it is not wrong, but just the way we portray what is inside our heart just inappropriate, Then it getting worse and worse, from the good intentions then it become slander towards us. So, here I just share the right steps of choosing 'him' or 'her'. This is also can be practice if you are in the dilemma of making any decisions in your life instead of looking for your soulmate-to-be only. For instance, choosing for university, what course, buying a house or a car and etc.

Sharing is caring ♥:
4 steps to make decisions that have been outlined by Islam:
(making decision is one of the higher order thinking, not everyone has the skill to make fast n accurate decisions)

1. Think logically. Choose the best among the rest. Follow what Allah has guided. If still can't make decision,

2.Do istisyarah. Do discuss with your parents, friends, teacher or someone who has knowledge about the thing. If still can't,

3.Do istikharah. Ask Allah in the pray what is the best for you. Allah won't give you the direct signs what is the best. Just give trust to Him.

4. If still can't 'see' what is the best, just choose, make the decision, then, be consistant (istiqamah). Put your trust to Allah. Allah will give you at the right time, and at the right place. So, be patient!


p/s: just recently, many posts about looking for 'tulang rusuk kiriku yang hilang' n finding her 'imam'.. so, just share, the right way of finding it rather than only tell people what is your hopes and expectances.. Peace no war ^^,. Sometimes we have to sacrifice what pleased us, to invite Allah's pleasure.

Let's hear what Syaykh Abdul Nasir Jangda says about istikharah. click here
and what Hilal Asyraf says about the same. (Malay version). click here

Friday, June 15, 2012

Al-Baqarah vs Al-Fil



                Arakian tersebutlah sebuah kisah pada zaman awal permulaan Islam, seorang Badui yang menternak kambing. Pekerjaannya sehari-hari adalah menggembala kambing. Kerjayanya itu sangatlah sibuk, dari subuh sampailah ke sore hari. Namun demikian, sejak dia mengenali Islam, hatinya sangat lapang dan dia sangat mencintai agamanya melebihi kambing-kambingnya. Dia berazam untuk menunaikan semua solatnya secara berjemaah terutama sekali pada solat Subuh kerana itulah tuntutan kekasih Sang Khalik, Muhammad Rasulullah S.A.W.

                Pada subuh hari itu, dia bergegas ke masjid supaya dia tidak ketinggalan untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Hatinya sangat berbunga-bunga untuk bertemu Sang Khalik. Bak kata orang kebanyakan, dalam hati beliau ada taman. Beliau pun cuba mengkhusyukkan hati tatkala solat. Apabila masuk bacaan surah, imam di masjid tersebut memilih untuk membaca surah al-Baqarah (sapi betina). 

            Imam mengalunkan bacaan dengan penuh penghayatan dalam solat, apabila sampai kepada ayat-ayat menceritakan syurga, beliau akan membaca dengan penuh semangat, apabila sampai kepada ayat yang menceritakan kecaman dan kepedihan azab neraka, beliau akan membaca dengan penuh sendu dan sayu, sehingga jemaah teresak-esak.

                Walaupun solat tersebut terasa nikmat kekhusyukan, seperti semua sedia maklum, surah itu tersangatlah panjang. Sehinggakan lutut si Badui ini menggeletar dek terlalu lama berdiri. Seusai sahaja solat, matahari sudah menunjukkan dirinya di ufuk fajar. Banyaklah kerja-kerja si Badui ini tergendala dek kerana panjangnya solat Subuh itu. Setelah itu, Si Badui ini pun bergegas menyempurnakan perkerjaannnya yang sehari-hari itu, iaitu menggembala kambing. Timbullah sedikit perasaan kesal pada si Badui kerana dia telat menyempurnakan tanggungjawabnya.

                Imam di masjid kemudian sedar akan kekhilafannya, kerana memberatkan orang yang panjang urusan di siang hari dan orang yang uzur. Keesokannya, si Imam memilih untuk membaca surah Al-Fil supaya tidak memberatkan para jemaahnya. Si Badui walaupun agak ragu-ragu kerana panjangnya surah al-Baqarah pada hari sebelumnya sehingga urusannya tergendala, dia pun cuba menguatkan kaki supaya tetap istiqamah dengan solat subuh secara berjemaah.

 Dalam hatinya berdebar-debar, surah apakah yang bakal dialunkan oleh imam tersebut. Apabila mendengar sahaja, imam mengalunkan surah Al-Fil, hatinya kecut, terus sahaja dia mufaraqah (berpisah dari imam) menunaikan solat secara sendirian, supaya dia tidak lambat dengan urusannya. Dalam hatinya dia berkata,

“ Kalau al-Baqarah sudah panjang, inikan al-Fil yang lebih besar dari al-Baqarah, pasti lebih panjang. Pasti banyak urusan aku tak selesai nanti”

*al-baqarah= lembu betina, al-fil=gajah
                _________________________________________________________________

  p/s: harap para pembaca faham dengan cerita diatas, dipetik dari buku Datelinekan hidupmu, Solikhin Abu Izzudin. Diolah dan disesuaikan dengan masyarakat setempat.

– Saya yakin anda akan tersenyum sendiri jika anda faham cerita diatas. Manisnya anda tersenyum. Pengajaran cerita diatas ialah kalau tuntut ilmu biarlah sampai habis, supaya kita tidak taklid buta, atau salah faham^^.

-maaflah ayat tunggang terbalik, kena belajar lagi tips-tips penulisan yang baik = =’

Sunday, June 10, 2012

Carry marks kau berapa?



                Salam’alaik.. Allahurabbi.. walillah ilhamd..

Ok.. maaflah, saya budak university, jadi tak boleh elak dari menceritakan tentang carry marks (markah yang dikumpul sebelum perperiksaan akhir). Erm, untuk golongan lain, insya Allah lain kali saya cerita benda yang lebih bersifat umum. 

Entah kenapa saya tiba-tiba ingin mahu menulis tentang ini. Mungkin saya lihat terlalu kerap soalan diatas ditujukan pada saya. Rimas pun ada juga. Cuma bila perkara ini naik menjadi topic perbualan antara pelajar-kebanyakan yang memang mengambil berat pasal pelajaran mereka menjadi sangat risau dan runsing dengan markah-markah ini.Almaklumla, nak target markah untuk final exam pula. Antara dialog-dialog biasa yang saya dengar..

Situasi 1:

“ Alamak, camne ni, carry mark aku kalau campur final exam pun, tak lepas.. (sambil air mata bercucuran)”

 –yang kes ni memang saya gerun la. Kalau fail memang banyak kesan dia. Antaranya kena repeat untuk sem depan, dan paling saya tak suka bila drag pointer kita. Tapi mungkin kita ada silap kat mana-mana dalam subjek tu. Mungkin kita tak hantar assignment ke atau apa-apa pun yang menyumbang pada markah. Jadi, lain kali buat kerja harus lebih tekun! Cuma yang pasti sem depan kena jumpa lecturer yang sama! Kalau dia tak ingat muka kita, Alhamdulillah!

Situasi 2:

“ Sedihnya, carry mark tak cukup untuk lulus. Tak pe ada lagi 10 markah untuk lulus. Mudah-mudahan aku mampu buat lebih dari tu masa final exam nanti. Dapat B- aku sangat bersyukur. ( sambil mata bersinar-sinar)..”

-yang ni memang saya suka. Bukan suka pada markah tu. Tapi pada semangat dia. AGI IDUP AGI NGELABAN bak kata orang Iban. Selagi hidup selagi tu berjuang. Kadang-kadang bukan kita tak berusaha, tapi takdir tu belum menyebelahi kita. Tak semua orang boleh dapat dengan senang apa yang dia hajatkan bukan? Selalunya kes begini melibatkan subjek yang membunuh (baca: killer subject).

Situasi 3:
                “Urgh, sedihnya aku. Camne ni.. carry marks aku low.” Bila kita Tanya balik dapat berapa. Nanti dia jawab. “ 55 lebih” (Untuk kes university saya, total carry marks = 70 markah).Kalau kita jawab, oklah tu. T dia jawab, “Alah, aku nak A”.

-Ni selalunya jawapan budak Dekan. Utk kes ni memang saya ‘angin’ sket. Tahulah awak pandai, bukankah cara awak lebih kurang macam mem’bega’kan diri. Cukuplah awak je yang tahu. Nanti awak buat kawan-kawan lain rasa sedih. Biarlah mereka tahu sendiri markah kita berapa.


Sebenarnya focus utama saya  bukannya berapa carry marks yang kita dapat. Tetapi disebalik carry marks tersebut. Saya yakin ramai aje yang beranggapan ala.. markah je pun. Itu pun nak kecoh-kecoh. CGPA doesn’t show our real abilities. Yup, I agree with that. Tapi bagi mereka yang agak menekankan pelajaran, perkara ini sangat mereka titikberatkan. Markah ini menunjukkan sejauh mana usaha kita dalam pelajaran. Usaha kita dalam menunaikan amanah terutamanya kepada ibu bapa kita, keluarga dan masyarakat. Ilmu ini yang akan dibawa untuk membangunkan ummah yang semakin jauh ketinggalan.

Saya mahu mengajak para pembaca berfikir sejenak. Bagaimana ‘carry mark’ kita dihadapan Allah kelak? (carry marks =  pahala yang kita kumpulkan sepanjang kita hidup). Jika secara aplikasi di university, untuk dapatkan carry marks yang tinggi kita harus laksanakan setiap tugasan yang telah ditetapkan oleh pensyarah, sama ada tugasan individu atau berkumpulan mengikut KPI yang telah ditetapkan oleh mereka.

Tetapi adakah kita berusaha setekun yang mungkin utk akhirat kita sama seperti kita berusaha untuk mengumpul carry marks yang tinggi di university? Dan adakah segala kerja kita di dunia, kita telah mengikut KPI yang telah ditetapkan Allah, iaitu dengan mematuhi syariatullah (peraturan2 Allah) dalam memenuhi sunnatullah?

Ya, belajar pun sebahagian daripada ibadah. Apa sahaja yang kita lakukan yang kita niatkan kerana Allah  semuanya akan menjadi ibadah. Daripada kita bangun tidur, sehingga kita tidur semula, jika kita lillahi ta’ala, semuanya akan jadi modal pahala kita. Modal carry marks kita. Mudah bukan? Tapi sayangnya jika melakukan kebaikan tapi kita tak niatkan kerana Dia, bisa aja ia lebur tanpa memanfatkan kita sedikit pun. 



Alangkah jika, Allah  men’zahir’kan carry marks kita sebelum final exam kita (kematian), pasti kita akan komen diatas.

“Huhu, carry marks aku sikit. Aku takut fail di hadapan Allah kelak. Tapi carry marks aku memang tak cukup masuk syurga.Allah..takutnya.”

-Yang ni memang konfem kita akan menangis berhari-hari, solat taubat setiap malam. Kita tahu amalan kita memang tak cukup nak bantu masuk syurga. Sekarang kita Cuma mampu berharap agar baki 30 percent tu datangnya dari rahmat Allah. Bukankah Rahmat Allah itu lebih besar dari kemurkaanNya?

Lagi satu, yang lebih dahsyat, jika di university, jika kita gagal, kita boleh repeat (mengulang) subjek pada semester hadapan. Tetapi apabila sudah di hadapan Allah, dan kita gagal, bolehkah kita minta di hadapan Allah, kita mahu mengulang semula kehidupan kita di dunia? Uhuk-uhuk.. terbatuk-batuk..

“ Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata), “ Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang –orang yang yakin.

Dan jika Kami mengkehendaki niscaya Kami berikan pada mereka jiwa petunjuk baginya, tetapi telah ditetapkan perkataan (ketetapan) dari-Ku “ Pasti Aku penuhi neraka Jahanam dengan jin dan manusia bersama-sama” (32:12-13)

Untuk lagi dua situasi tu para pembaca boleh bayangkan analoginya di akhirat nanti.

Situasi 2: ibarat orang berdosa yang sentiasa berjuang (istiqamah) dengan amalannya, demi mendapatkan keredhaan Tuhannya walaupun dia bukanlah dari golongan alim-ulama’.

 Situasi 3: Ibarat seorang yang yakin dia bakal memasuki syurga dengan amalan-amalannya, jika dia tidak berhati-hati dengan penyakit hati, amalannya yang mampu mencapai ke syurga hanya tinggal sejengkal, tetapi akhirnya dia dimasukkan ke dalam neraka kerana di hujung usia, dia beramal dengan amalan ahli neraka. Nauzubilllahi minzalik.(Ada disentuh dalam Hadis Arba’in)

Begitulah sahabat-sahabat. Selagi kita hidup selagi itulah kita berpeluang mengumpul carry marks kita. Jika di university, kita sanggup bersengkang mata beberapa malam demi memenuhi tuntutan tugasan kita. Tetapi adakah kita sanggup bersengkang mata demi mengumpul ‘carry mark’ akhirat kita demi mengajak masyarakat supaya kembali ke ajaran Islam yang sebenar? Selain itu, jika soalan seperti ini saling kita bertanya selalu pun takpa. Carry mark kau berapa untuk jumpa Allah? Haha, pasti kita tersipu-sipu menjawab. Bagusnya, kita saling mengintrospeksi diri. Saling ingat-mengingati jika ada carry marks saudara kita yang rendah. Tepuk dada Tanya iman.. Wallahu’alam..

p/s: selamat menempuh peperiksaan kepada semua. Semoga anda memperolehi apa yang anda hajatkan. Sebaik-baiknya mintalah yang terbaik disisi Allah^^,




Saturday, June 9, 2012

Sabar


Salam’alaik.. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan..
               
                 Ehem. Terasa bersalah hampir enam bulan tak update blog. Setengah tahun. Lama. Tapi ini bukan bermakna saya berhenti menulis. Tidak. Banyak karya yang saya tulis, Cuma ‘berlonggok’ tersimpan dalam memori laptop. (Ofkoslah semua tentang apa yang terjadi dalam hidup saya).  Nak share insya Allah lain kali, supaya kita dapat berkongsi ibrahnya ^^,
             
              Cuma akhir-akhir ni, terasa badai ujian terasa menghempas hebat. Hampir lemas terkapai-kapai. Alhamdulillah, saya sempat diselamatkan sebelum benar-benar ‘lemas’. Uhuk (terbatuk –batuk disitu). Yela, saya mengaku semua orang ada ujian a.k.a masalah. Ia normal dalam proses pembelajaran untuk menjadi dewasa. (Lihat, nak dewasa pun kena ada skil). Buat masa ini saya Cuma mahu berkongsi nukilan rasa saya, tatkala jiwa merintih hebat agar diberi sekeping sifat bernama SABAR. Harap dapat berkongsi sesuatu dengan para pembaca. 


Oh Allah,
Sabarkan aku atas ketidaksabaranku..
Sabarkan aku pada sesuatu yang aku benci,
Sabarkan aku mempelajari sesuatu,
Sabarkan aku atas kelemahanku,
Sabarkan aku dalam mentaatiMU,
Sabarkan aku dalam mengerjakan kebaikan..

Oh Allah,
Berikan aku jalan keluar,
Daripada ketidaksabaranku..
Daripada kebencianku..
Daripada kemaksiatan..
Daripada kejahilanku..
Daripada kelemahanku..

Aku sentiasa butuhkanMU..
Tangisanku biar keranaMu..

                 
Subhanallah.. kita meminta Sabar.. Sabar itu boleh ditemui dalam ujian-ujianNya. Sedangkan dalam alquran sendiri ada Firman Allah, “ hendaklah kamu memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat”. Setakat inilah, cebisan ilmu yang mampu dikongsi buat masa ini. Doakan saya dapat menghadapi peperiksaan akhir sem ini dengan SABAR.  Sem depan dah masuk tahun akhir. Cepat sahaja masa berlalu. Ok, salam’alaik..