Assalamualaikum wbt sahabat..
Moga Allah redha keatasmu dan kamu redha Allah sebagai tuhanmu.
Bertaqwalah kepada Allah nescaya Dia akan beri kamu jalan keluar dari jalan yang tidak disangka-sangka.
Sahabat, saya mendoakan kamu bahagia, dengan setiap nikmat yang Dia berikan kepadamu.
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Pernah saya berkata kepada seorang sahabat ni,
"Perempuan.. selagi mana bergelar perempuan dia tak lari dari bercerita tentang apa yang dilalui. Perasaannya, aktivitinya, blablabla.."
Yang mahu saya ceritakan dan pasti kita ketahui hidup ini ibarat roda,
kadang diatas, kadang dibawah..Tawa dan tangis silih berganti..Hidup ini rencahnya ujian dan kesenangan.
Bergelar seorang graduan, saya ingatkan hidup ini akan lebih mudah, punya degree - syarat kerja bergaji besar. Hah, fatamorgana semata.Yang menjanjikan rezeki itu bukan degree, tapi Allah.
Saya ditipu ketika bekerja di Bangsar, kecewa dan setiap kali melangkah ke Kuala Lumpur pasti hati saya menyanyi kecil lagu M. Nasir,
sesat di Kuala Lumpur,
dosa dan pahala bercampur,
tapi kita perlu hidup.. tapi kita perlu hidup..
Setiap kali saya melihat kelip lampu malam Kuala Lumpur, saya terbayang bagaimana orang kota raya menghidupkan malamnya dan bagaimana mereka mencari nafkah untuk terus survive di kota besar itu . Saya beristighfar, saya takut saya termasuk dalam golongan mereka yang lalai dek duniawi yang dijanjikan Kuala Lumpur, padahal ramai lagi orang baik-baik kat KL.Tapi ibarat mencari intan dicelahan kaca.
Hidup. direject dan terus direject dalam mencari kerja..
________________________________________________________
Iya, gagal dalam perhubungan memang menyakitkan..
Bertemu atas usaha orang tengah..
Mencari kesefahaman, dan membina impian bersama..
Tapi akhirnya..Allah lebih mengetahui..
Menangis dan terus menangis..
terasa tarbiyah saat ini terbang.. terbang ke laut..
saat melihat rakan sekuliah sudah bergaji tetap..
saat melihat rakan sekolah mencumbui anak sendiri..
hati terasa cemburu dengan mereka..Allahu..
Sabarlah hati..
Tapi tatkala saat cemburu itu hadir,
teguran demi teguran dari Allah Maha Penyayang..
tatkala itula murabbiyah suruh pergi program itu dan ini..
refleksi diri.. seakan terpantul cerminan bila melihat akhwat2,
yang tegar di jalan dakwah dan ceria..di usia muda dipergunakan sebaik-baiknya..
Alangkah malunya diri.. Mereka masih di usia belasan tahun..
usia saya makin bertambah dan bertambah adakah saya sudah pergunakannya sebaiknya?
dan alangkah, saya belum bersedia untuk itu..
Banyak yang perlu saya perbaiki..
Pada satu malam, saya mencari kekuatan..
Saya terjumpa ayat ini..
"...dan daripada keturunan orang yang Kami telah berikan petunjuk dan kami pilih. Yang apabila dibacakan ayat-ayat al-Rahman kepada mereka, maka mereka bersujud dan menangis" (19:58)
Memang terasa nak terjun gaung. Mereka menangis apabila bertemu ayat-ayat Allah. Sedang saya?
Allahu Allah..
_____________________________________________________
Worldly life is designed to break your heart. Hereafter is the eternal life.. the greatest happiness ever..
Allahurabbi..
Sayyidnafeesa. Silent Thinker.
Sunday, May 11, 2014
Yakjuj dan makjuj?
Bismillahirrahmanirrahim..
Selepas saya bergraduasi tahun lepas, masa saya kebanyakannya dihabiskan dengan
menjadi guru.
Tidak
kiralah cikgu rasmi atau tidak rasmi. Pada mulanya memang saya tidak gemar
menjadi guru, sebab dalam cita-cita memang tiada langsung istilah 'guru'. Saya
tahu kerja guru ini mulia, tapi entah saya ambil masa untuk menyesuaikan diri.
Tetapi lama-kelamaan makin jatuh cinta dengan bidang ini. Keletah budak ketika
menerima ilmu membuat hati saya terhibur.
Satu hari tu, cerita tentang Yakjuj dan Makjuj kat para pelajar..
Saat
Zulqarnain membina tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj terus buat
kerosakan kat muka bumi ni..
hingga
pada satu masa tembok itu akan runtuh..
iaitu pada akhir zaman.
Para
pelajarku tu terdiam. Salah seorang bebudak tu bagitahu, "Takutnya kami
cikgu..!"
Kemudian bertanya, "Yakjuj dan Makjuj tu manusia ke binatang?"
"Bila tembok itu akan runtuh? selepas Nabi Isa turun atau belum?"
Pada saat itu, cikgunya terdiam. Jujurnya cikgunya pun tak tahu.
Itu tanda cikgu perlu belajar lagi tentang makhluk ni. =p
Jom pakat pi ramai2.. kita belajar tentang salah satu tanda besar Kiamat.
Saturday, November 30, 2013
Habib Umar : Ulama tradisional berjiwa kontemporari
Ayuh mengenali Habib Umar,
jalur keturunan Rasulullah di zaman fitnah ini..
Habib Umar dilahirkan di Tarim, Hadramaut salah satu kota di
Yaman yang menjadi sangat terkenal dengan ramainya alim ulama yang dihasilkan
selama berabad-abad lamanya, pada 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963 M.
Nasab beliau bertemu keturunan Rasulullah melalui Hussain bin Ali bin Abi Talib
bin Abdul Muttalib.
Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi
keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang
pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu
Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga
merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.
Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat
muda dan beliau juga menghafal banyak teks dan matan dalam ilmu Fiqh, Hadith,
Bahasa Arab dan berbagai-bagai lagi cabang ilmu lain.
Setelah ayahnya syahid ditangkap komunis, beliau meneruskan
legasi perjuangan yang ditinggalkan ayahnya dengan mula membuka kelas-kelas
bagi golongan muda mahupun orang-orang tua di masjid-masjid setempat dimana
ditawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar
ilmu-ilmu agama.
Tiada satu pun yang tertinggal dalam usahanya untuk
memperkenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w dalam hati manusia
seluruhnya. Kelas-kelas dan majlis didirikan, pengajaran dimulakan dan
masyarakat dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkan dirinya
sentiasa kekurangan tidur dan istirehat.
Namun usaha beliau mula menunjukkan hasil yang besar apabila
manusia tersentuh dengan ajaran yang disampaikan beliau, terutamanya para
pemuda yang sebelum itu terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan sia-sia,
namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka akhirnya sedar
bahawa hidup ini memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentiti baru mereka
sebagai Muslim, mengenakan serban dan selendang (rida') sebagai cara pakaian
umat Islam dan mula menumpukan perhatian mereka demi meraih sifat-sifat luhur
dan pekerti mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Mengenali dan mencintai para ulama adalah satu manifestasi
kecintaan kepada Rasulullah kerana merekalah pewaris golongan anbiya'.
Wallahu'alam..
Jangan lepaskan peluang, save the date! Subhanallah!
program terdekat |
senarai program habib umar di Malaysia Sumber dipetik daripada: darul murtadza |
Real ingineous, satu mimpi buruk.
Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang
menguasai hari pembalasan dan selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad
S.A.W. Selamat berbahagia wahai pembaca yang dikasihi.
Tett, skema..hehe.
.
Topik yang saya mahu bicarakan ini, topic yang serius. Tiada
yang serius melainkan yang serius semata. Pengalaman yang bagi saya, adalah
pengalaman yang pahit yang saya pernah lalui selama usaha saya mencari kerja.
Kata sahabat saya, “Orang yang bijak adalah mereka yang
belajar dari pengalaman orang lain’. Benar wahai sahabat. Jadi pengalaman saya
ini cukuplah dijadikan iktibar oleh orang lain, tak perlu lalui apa yang saya
lalui.Walau sebenarnya saya ni hanya penambah koleksi si pemangsa Real Ingineous. (anda google nama Real
Ingineous, PASTI anda akan jumpa beberapa page khas yang mengecam syarikat ini –malangnya
macam manalah saya boleh tak jumpa pada waktu kejadian).
Real ingineous Sdn Bhd. Kedengaran satu syarikat yang gah.
Kedudukan pejabatnya di Menara UOA,Bangsar seolah mengukuhkan pandangan
tersebut. Padahal ia hanyalah satu fatamorgana bagi mengaburkan mangsa. Mangsa
yang naïf terutamanya freshgraduate seperti saya.
Menara UOA, Bangsar |
Saya mengetahui jawatan kosong ini melalui akhbar Metro, di
ruangan jawatan kosong. Dengan tawaran yang sukar ditolak sebagai eksekutif
tadbir dengan gaji antara RM2000-2800. Berikut seperti yang di iklankan di
harian metro. (menurut sumber lain, ada juga diiklan di Star, DLL)
IMMEDIATE VACANCIES
ADMIN EXECUTIVE
ADMIN ASSISTANT
RM2200-RM3000 RM1800-RM2000
REQUIREMENTS:
-Diploma/ Degree in any fields
-Fresh Graduate are encouraged to apply
-With/ without any experience
-Willing to learn new things
-Immediate Starter
-Preferably age below 30
……………………………………………………………..
BENEFIT:
-Career Advancement Opportunities
-Yearly Bonus
-5 days a week (INDOOR)
-Annual leave and Annual dinner
-Company Trip (local / overseas)
-Easy access to public transport
Pekerjaan sementara sebagai kerani di syarikat kecil dengan
gaji RM800 sebulan dan bekerja 6 hari seminggu membuatkan saya tidak betah
dengan kelulusan degree yang saya miliki. Tanpa berfikir panjang, saya
meletakkan jawatan sebagai kerani dengan notis 24 jam selepas menerima
panggilan dari Real Ingineous mengatakan saya diterima bekerja di syarikat itu
sebagai pekerja tetap dengan expected salary saya : RM2000. Bagi saya, sudah
tentu itu satu jumlah yang besar bagi freshgrad seperti saya.
Ya, saya sudah
jatuh ke jerangkap samarnya walaupun mereka mengatakan sebelum diterima kerja
sebagai staf rasmi mereka akan mengadakan perbincangan selama 7-8 hari sebelum
offer letter dikeluarkan. Saya bersetuju dengan syarat itu. (Padahal 7-8 hari
itu sebenarnya masa untuk diorang menipu supaya kita betul-betul tertipu –Yalah
masa untuk meyakinkan apa yang mereka buat sebenarnya benar belaka).
Maka bermulalah pekerjaan saya sebagai Financial
Analyst/Advisor (konon-kononnya) walaupun ia sesungguhnya sangat lari dari
bidang saya, psikologi dan computer. Hari pertama itu saya diterangkan kerja
asasi and staff benefit. Saya mula
berprasangka, apabila manager tidak memperkenalkan company sepertimana apa yang
akan dilakukan oleh syarikat-syarikat lain. Terus sahaja kepada bidang kerja,
dan manfaat pekerja. (Untuk kita tertarik betapa hebatnya ganjaran yang akan
kita miliki jika bekerja dengan mereka –contohnya trip ke pulau-pulau, pastu
manager tu pun cerita tahun lepas diorg buat trip ke Europe –termasuk lah ke
London and Paris, tapi bila cerita psl France, bole plak dy tanya, France tu dy
pentingkan bahasa sendiri kan? Dalam hati saya, eh-eh awak yang pergi Tanya kita
pula, saya jadi musykil sebab sememangnya saya ambil pengajian bahasa Perancis semester
akhir yang lalu). Sah-sah Nampak dia menipu. Entah macam mana mata saya masih
buta.
Dua tiga hari kemudian, kerja kami adalah menganalisa turun
naik mata wang USD dan GBP (pound sterling)-istilah yang mereka gunakan adalah kerja
kita ini ialah currency investment. Mereka ‘menyembunyikan’ istilah sebenar
FOREX –foreign exchange. saya pernah mendengar FOREX ini telah diharamkan oleh
Ulama –tetapi istilah yang mereka gunakan ‘currency investment’ menyebabkan
saya masih tidak sedar saya terlibat dengan sesuatu yang diharamkan oleh Islam.
Apatah lagi pada masa tu forex pun tak tahu menatang apa. Astaghfirullah.
Jujurlah kalau saya tanya kat kawan-kawan majoriti semua tak tahu apa itu forex
melainkan mereka yang memang suka bisnes/investment. Macam mana satu tahu dan
sedar? Ikuti selanjutnya..
Disebabkan kerja saya ini adalah untuk pelaburan, kami pun
diarahkan untuk mencari client sekurang-kurangnya seorang client jika mahu gaji
meningkat sehingga RM7000 sebulan dengan tawaran ‘eksekutif’ konon-kononnya.
Ya, bahagian ini lah saya terasa betapa jahilnya saya. Allahurabbi. Dan target
klien tu ialah ahli keluarga sendiri. Untuk memulakan pelaburan ini kata mereka
kita perlukan capital (modal) 160k. Kata mereka, yalah ahli keluarga merupakan
yang terdekat dengan kita, pasti orang yang terdekat itulah kita mahu mereka
senang dan peroleh kebaikan dari pelaburan ini. Jadi mereka akan bertanya
hari-hari adakah kita sudah bercerita mengenai pelaburan ini kepada mak ayah,
kadang-kadang saya rasa seperti dipaksa (sebenarnya memang dipaksa pun dengan cara
yang halus).
Disebabkan tekanan
inilah setiap malam saya akan bercerita kepada mak dan ayah tentang pelaburan
ini. Kadang-kadang gilir-gilir antara mak dan ayah. Dan ada satu malam itu,
abang dan kakak pun dating ke rumah, dengan mereka pun saya bercerita kepada
mereka, tentang pelaburan ini. Kakak awal-awal lagi, kata ‘no investment
please, its all fake’. Saya pun kata, “orang yang rugi dalam pelaburan tu sebab
diorang takda strategi cane nak buat keuntungan dengan currency investment” dengan yakinnya. Ah bodohnya saya masa tu.
Abang saya lebih
bersikap terbuka. Saya terangkan kepada abang bagaimana nak tahu currency itu
akan jatuh atau naik, iaitu melalui ‘long leg/long head, garisan SO dan RO,
double top,etc), jadi bila currency tengah rendah, beli, bila currency turun
jual. Abang lebih banyak mendengar. Abang sebenarnya teruja. Pastu abang pun
cakap,
“yang kau buat ni
forex sebenarnya, abang penah buat, tapi asyik rugi, sebab tak tahu bila dia
naik, bila turun, takpa kau belajar je dulu, nanti dah expert ajarlah” saya
pun,
“eh forex eh, manager kata ni currency” sambil pandang muka
kakak ipar seolah minta pengesahan.
Kakak ipar pun seolah tahu, dia pun cakap “ Forex la tu.”
Saya terlongo. Abang sambung lagi.
“Sebenarnya forex ini banyak isu dari sudut syari’ah”.
“Contoh?” soal saya dengan sungguh tak berpuas hati. (jangan
contohi sikap ini huhu).
“Sebab keuntungan yang diperolehi tak ada barang sebagai
komoditi salah satunya. Kau nak tahu yang lain, kena cari sendiri la, sebab
abang pun tengah cari jawapan lain.” Jawab abang.
Saya betul-betul jadi penasaran malam tu. Saya google semua
pasal forex. Terkedu. Betapa banyak perbahasan yang dah dilakukan oleh ulama
mengenai isu ini, bermula tahun 2008. Lima tahun sudah. Ah, jahilnya saya. Saya
bertanya lagi kepada senior saya kebetulan dia sedang mengambil jurusan ekonomi
di peringkat master. Beliau juga mengiakan, pekerjaan saya itu terlibat dengan
gharar, ketidakpastian –dimana sumber pendapatan boleh menjadi haram. Saya
terduduk, tak percaya. Kecewa sumpah kecewa.
Senior menenangkan saya, dia kata,
“tak apa belajar je benda tu, Dia macam orang yang belajar sihir,
belajar bukannya untuk amal. Cukup sekadar tahu kenapa benda tu diharamkan.” Allahurabbi
=,)
Pagi esoknya, saya muntahkan segala persoalan saya kepada
manager, persoalan tiada barang dalam dagangan- ‘kata mereka mudah sahaja,
dalam pelaburan ni tiada yang halal, contoh macam ASB, tiada barangan tetapi
tetap dpt kenaikan dividen tu, pasal pelaburan ni macam hal bank dulu, dulu
mana ada Islamic bank, orang nak tak nak tetap kena guna konvensional bank
untuk simpan duit dengan selamat. Macam tu la dengan pelaburan ni, tak ada Islamic
investment, jadi kita tiada pilihan”.
Dalam hati saya “ Kita ada pilihan sebenarnya, pilihan untuk
tidak terlibat dengan benda haram”. Kita bagila persoalan apa pun, mereka (manager-manager
tu)akan kilas dengan muka toya mereka.
Akhir sekali mereka nak bagi offer letter,tiba-tiba teringat
pesan abang suruh tengok lesen syarikat dulu, jadi saya pun mintalah. Jawapan
manager, “kalau awak sampai investigate kompeni ni, macam mana awak nk seronok
keje kat sini, sebab awak tak yakin dengan kami, kalau macam tu awak ada
pilihan dengan tidak bekerja dengan kami. ” (Ceit, dia berdolak-dalih).
Balik hari kelima tu, saya berpakat dengan rakan sekerja
supaya jumpa dibawah, kami sudah mula rasa tak sedap hati- kedua-dua kami
menolak untuk sign offer letter tu, bayangkan sepanjang lima hari kami bekerja,
kami tak ada masa untuk bertanya no telefon, sebab 24 jam kena berkepit dengan
manager. Pergi ke tandas pun ditemani manager! Ini namanya gila..
Masa bertemu dengan kawan tu, baru kawan tu tunjukkan mesej
daripada kawan dia, kompeni tu dah kena blacklist dengan Bank Negara Malaysia.
Kawan saya sudah menjadi tak tentu arah, mengenangkan hidupnya di perantauan
tanpa pekerjaan. Dia orang Sarawak, merantau di KL untuk mencari rezeki, tetapi
tidak disangka hidupnya ditipu begini. Saya terdiam. Moga Allah permudahkan
urusan dan pelihara rakan sekerja saya itu.
Jujur, sampai sekarang bila saya terkenangkan perkara itu, hati saya membara.
Mengenangkan wajah-wajah konon-kononnya ‘senior
manager’ – ILA, JULIA, IRENE, NIDA, BRYAN,dll (saya tahu mereka menggunakan
nama samaran) yang sedang berseronok dengan pekerjaan mereka menipu orang hari-hari,
Allahu. Mengenangkan pula betapa bodohnya saya hari-hari mengajak ibu bapa
supaya invest dengan modal 160k sehingga mereka bercadang untuk refinance
rumah, satu-satunya harta yang kami ada – saya sumpah menyesal dengan tawaran ‘dunia’
mereka. Moga Allah mengampunkan saya.
Saya tahu akaun saya akan dihack oleh mereka si ‘jutawan
penipu’. Tapi ini kebenaran yang perlu saya sebarkan, jangan orang lain tertipu
seperti saya.
Saya Cuma berharap- manager-manager yang cantik bertudung
berperwatakan muslimah, supaya bertaubat –kembali ke jalan yang benar. Allah
itu Maha Penyayang, tetapi Allah juga Maha Keras seksaannya. Kembalilah ke
jalan yang benar selagi masa masih ada. Yang bukan islam juga moga-moga Allah
mmberi hidayah kepada mereka. Saya tahu masih ada fitrah kebaikan dalam hati
mereka, bilamana mereka pernah bertanya,
“Apa yang menyebabkan awak boleh ada turning point dalam
hidup untuk pakai tudung camni (bidang 60)? Saya direct dengan mereka, saya
jawab bila saya pasti saya akan mati pada bila-bila masa..” Harap-harapnya
mereka juga akan sedar mereka juga akan mati dan bertaubat.
Allah itu Maha Melihat, Allah mengetahui setiap urusan
hamba-hambaNya, Allah juga melindungi hamba-hambaNya yang Dia kehendaki.
Pengajaran yang cukup besar untuk saya, saya beristikharah
sebelum saya memilih pekerjaan. Allah tak mensia-siakan hamba-hambaNya yang berserah
setiap urusan kepadaNya. Dan Allah mentakdirkan saya melalui pengalaman pahit
ini.
Benar ia pengalaman buruk, tetapi Allah menjauhkan saya dari
terlibat dengan perkara yang lebih buruk lagi. Dan saya sangat bersyukur untuk itu.
Alhamdulillah ya rabb =’).
Kata ayah, “ Kau perlu kukuhkan tauhid lagi kepada Allah,
sesungguhnya Dialah yang Memberi rezeki kepada hamba-hambaNya”.
*Mata masuk habuk.
Bukti lain-
Saturday, October 19, 2013
Tarbiyah hati..
Kisah ini saya tulis 2 tahun lalu, semasa saya berada di tahun dua pengajian. dan ini adalah antara karya yang paling saya suka sebab ia menggabungkan elemen sains kognitif dan emosi dalam mempertahankan cinta kepada Ilahi. Yang penting kisah ini tiada kaitan antara hidup dan yang sudah meninggal dunia. Selamat menikmatinya =)
Seusai solat maghrib sebentar tadi, Nisa cuba merehatkan
tubuh dengan bersandar di dinding berhampiran. Segumpal nafas yang terasa
bergumpal di dada dilepas perlahan.
Fikirannya kacau. Hatinya tidak menentu. Lafaz istighfar laju bermain di
bibir. Tersenyum hambar mengingati hari-hari yang dilalui. Allah, ampunkan
aku.. Aku insan berdosa..berdosa sekali ya Allah..
Nisa 1: Assalamualaikum..Apa khabar hati..?
Nisa2: Waalaikummussalam..Alhamdulillah..hati? erm.. terasa
semakin sembuh.. tapi kadang-kadang tiba-tiba terasa ‘sakit’.. Entahlah..
Nisa 1: Sakit? Awak tak jaga hati betul-betul? Awak tak bagi
dia makanan berkhasiat?
Nisa 2: Awak marah? Minta maaf.. saya terlalai menjaga
hati.. Saya terlalu sibuk menguruskan akal. Akal terlalu sibuk. Banyak bahagian
yang harus selenggara. Kotak memori saya belum mampu menyusunnya kembali di
tempat-tempat yang betul. Cebisan-cebisan fakta masih belum sempat saya letak
di bahagian frontal lobe. Formula-formula matematik belum sempat saya
cerna, bahagian otak kiri, system dia tergendala sebentar. Akhir-akhir ini,
apabila akal sibuk mencerna falsafah, dia terlupa kemampuan dirinya, sampaikan
akal dah tak mampu menanggungnya. Kesannya pada jasad. Kasihan jasad.
Berhari-hari dia tidak mampu bangun kerana termuntah-muntah.
Nisa 1: Awak hidup tak seimbang.(tuduh Nisa 1 melulu) Dimana Allah di hati awak? Ke awak letak kat
akal?
Nisa 2: Sampai hati awak. Hancur hati saya awak kata begitu.
Allah itu yang pertama dalam hidup saya. Allah sentiasa di hati saya. Akal saya
hanya alat untuk saya mencapai Dia.
Nisa 1: hah, tahu pun.. akal itu hanya alat. Bukan
matlamat. Tapi kenapa awak sibuk dengan
alat sampai awak lupakan matlamat? ...........Hati hancur..? haha.. bukankah awak
kata tadi hati sakit? Sekarang dah hancur?
Nisa 2: (raut muka berubah sebak hampir-hampir
menangis).. Saya hanya ada Allah. Hidup
saya hanya untuk Dia. Cinta saya pada Dia. Rindu saya pada Dia. Tapi..tapi...
hati..hati.. dia tak begitu. Akal saya mencari Allah. Tapi hati, dia sibuk
menyebut manusia. Saya benci. Benci
keadaan ini. Sebab itu saya sibukkan dengan akal. Akal dan hati sudah tidak
seiring. Sudah tak berpadu. Sukar untuk bersatu. Untuk mencari Dia yang Satu.
Tapi sekarang akal bergerak pantas, hampir setiap waktu masanya terisi. Tapi
hati.. dia ditinggalkan, akhirnya dia lemas dalam kesepian. Tenggelam..
sesekali timbul menghulur tangan memohon ihsan sang akal. Tapi akal tak mampu
membantu.. Kerana raja kepada jasad bukan akal tapi hati. Hati harus membantu
dirinya sendiri.
Nisa 1: (raut wajah berubah menjadi kasihan).. Apa yang
terjadi pada hati sebenarnya? Oh, hati berlipur larakah dikau di sudut sendiri?
Marilah bermadah akan dukamu itu.. Mana tahu kami kan dapat membantu..
Nisa 2: Hati..hati..dia sedang berduka cita. Tersangat
berlipur lara. Sang arjuna tidak memunculkan diri. Walau diseru sekian kali.
Lama dia menanti. Sampai menjeruk rasa dan meminggirkan diri. Sudah dipujuk
berkali-kali. Tuhan itu sentiasa disisi. Bahkan sebelum ini, cinta hati hanya
pada Sang Khalik. Tapi sudah fitrah hati ingin dicintai dan dimiliki makhluk
bernama lelaki. Aduh kasihan sama diri.. Oh Allah, tolonglah selamatkan hati!
Nisa 1: Benarkah hati? kerana makhluk bernama lelaki kamu
jadi begini? Kamu dan akal sampai berpisah sendiri-sendiri?
Nisa 2: Jawablah hati..jujurlah pada diri.. jasad dan akal
sedang menanti.. hati.. hati jawablah bahawa kamu memang sedang merindui
seseorang, sampai jasad kadang-kadang tak mampu mengawal empangan air mata.
Walaupun kamu cuba menipu akal supaya bergerak sendiri. Tapi kamu bertiga punya
pertalian terpatri. Tidak akan ada yg mampu dapat membohongi walaupun insan
yang disayangi. Hati, sungguh dia sudah terjatuh. Jatuh cinta. Pada insan yang belum layak lagi dimiliki.
Itu punca dia bersedih hati. Itu sebab dia menjarakkan diri.
Nisa 1: (Bagaikan tidak percaya). Hati.. kamu sudah jatuh
cinta? Pada lelaki ajnabi? Astaghfirullah.. bertaubatlah hati. Sungguh Allah
mengetahui.
Nisa 2: (Sebak pecah menjadi esakan kecil).. Sungguh, hanya
kepada Allah aku memohon ampun. Kerana tidak pandai menjaga hati. Hanya kepada
Allah aku berserah diri. Hati.. bangunlah hati.. siramkan dirimu dengan
keyakinan pada Dia. Kasihan akal, dia tak mampu sendiri lagi. Doronglah akal
wahai hati. Jasad pasti gembira jika kamu bersatu kembali. Hati, jangan disebut
namanya lagi. Akal, jangan bantu hati menggambarkan wajah si dia. Jangan
pancarkan segenap fakta tentang dia. Jangan aktifkan amygdale walaupun hati
merayu berbuat demikian. Jangan sesekali kasihan pada hati. Jangan berkompromi
tentang maksiat!
Nisa 1: Kasihan hati.. berduri perjalanannya. Adakah si dia tahu
hati jatuh cinta pada dia?
Nisa 2: Hati masih menangis. Sungguh-sungguh hati menyimpan
rahsianya. Hati tak mahu terlalu ikutkan dirinya. Dia perlukan bantuan akal.
Supaya akal bisa membiaskan sedikit rasional pada hati. Hidup berkeluarga tak
mampu dijaga hanya pada perasaan pada hati. Perlu tanggungjawab pada kewarasan
akal. Tetapi kadang-kadang serasa akal menang dengan menidakkan hubungan cinta
pada hati untuk membina keluarga yang mawaddah. Lihat sahaja berapa ramai
golongan pemuda, yang binasa kerana ikutkan rasa, yang mati kerana ikutkan
hati. Perlu ‘rasional’ yang beragama dalam memilih pasangan, itu kata akal.
Hati hanya mendiamkan diri.
Nisa 1: Hati.. jangan merajuk lagi.. jawablah, pertahankan
dirimu..
Nisa 2: (Jauh termenung: sedang berbicara dengan hati) :
Hati itu raja. Baik hati baiklah seluruh jasad. Dari hati akan mempengaruhi
akal. Hati mampu mengubah perlakuan, tetapi akal tak mampu. Akal hanya alat.
Alat untuk menyampaikan apa dari hati. Seperti satu saluran yang
sambung-menyambung. Manusia yang hanya tahu menggunakan akal, hanyalah manusia
yang tahu. Manusia yang menggunakan hati, dia menjadi manusia yang faham.
Kerana dia pandang dengan mata hati. Kekhalifahan dan ke’abid’an seseorang itu
terpancar apabila dia menggunakan hati. Bukan seperti akal, manusia itu tahu,
kerana dia mempelajarinya, tetapi dia tidak faham apa hikmah di sebalik ilmu
tersebut. Jadi ilmu itu lapuk dek kerana tidaak diamalkan. Tidak seperti hati,
semakin dia belajar semakin terpancar ‘nur’ di wajahnya.
Nisa 1: Wah, dah jauh tersasar. Hati, Apa kaitan awak dengan
membina keluarga mawaddah? Pentingkah cinta yang digalas pada awak untuk
berhubung hubungan harmoni?
Nisa 2: Hati mengeluh. Dia masih perlukan akal disisi. Hati
sudah jatuh cinta. Cinta pada manusia yang fana. Jika benar dengan si dia, hati
berdoa agar dia menjadi yang hakiki di dunia sana. Tapi masih Allahlah cinta
hati yang abadi. Tanpa hati yang punya rasa cinta, hubungan akan jadi hambar,
walaupun kamu bergerak dalam jalan dakwah. Perjalanan kamu merintang kerana
kamu tak punya kesatuan hati. Bergerak ibarat robot tidak punya perasaan sayang
dan hambatan saling kerinduan. Hati kamu berdua seiring menuju Allah, tapi
jalan kamu berbeza langkah. Perang dingin mulakan tercipta kerana kamu tidak
berbagi rasa.hati.. hati! Sudahlah.. jangan diteruskan lagi.. Pasti aku kan
berbelah bahagi.. Oh, tuhan.. tunjukkan ku jalan..
Menjadi muslimah seperti ini adalah impian setiap wanita Muslim |
Nisa tersandar kelelahan.. perang jiwa yang tak
berkesudahan. Perlahan ditanggalkan telekung, menuju ke bilik air. Azan isyak
sudah berkumandang, Nisa memperbaharui wudhuknya. Azamnya untuk melazimkan
istikharah setiap malam, supaya hati dan akal berganding kembali, supaya jasad
mampu mengukir senyum, supaya hati bisa tenang dalam jawapan ilahi. Tiba-tiba
hatinya terdetik, alangkah bahagianya jika dia diberi cinta seperti Rabiatul
Adawiyah kalau tidak pun seperti Syed Qutb. Hati dan jiwa mutlak hanya milik
Dia Sang Pemilik Cinta!
25 November 2011, Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.
Hatiku pedih kerana rindu..
Assalamualaikum wbt.. sahabat pembaca yang sedang berbahagia
di bawahan limpahan rahmat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan sekalian alam..
Seperti biasa saya mulakan entry saya dengan cerita.
Cerita
yang bertajuk “Bila bertemu orang baik, mudah kita bersangka..”
"Hipokrit je dy ni.. percayalah kebaikan dy takkan
tahan lama"
dan kita spend a few hours dengan dia. Terpaksa.
ketika berjalan bersama dia, wajahnya tetap dengan senyuman.
Tak kira kpd tua atau muda. Pasti, cuma untuk yg sesama gender.
Berjalan lagi, dia belum menjamah apa-apa makanan sejak
pagi.
Di tangannya cuma ada beberapa keping biskut Munchy's untuk
mengalas perut yang lapar. Dihulur juga biskut itu kepada seorang kanak-kanak
yg merenungnya sejak tadi.
Ditekan perut yg lapar, memujuk supaya tidak mogok.
Kita jeling sekali.
Di dalam train. Kakinya sudah melemah. Dia melepaskan lelah
di temput duduk. Tak sampai 5 minit duduk, seorang wanita berusia masuk.
Diserahkan tempat duduk kepada wanita tua itu. 1 jam perjalanan, dia masih
tersenyum.
Kita menjeling lagi.
kau ade?? |
sampai di stesen, dia melangkah pantas. mengejar masa.
beratur untuk mendapatkan coin di lrt pula.
Orang hadapan terkial-kial. Mungkin
pertama kali. Tanpa berprasangka, dia menghulur bantuan. Sambil tersenyum.
Lagi-lagi kita jeling.
tiba-tiba "awak penat ea, sian awak.. meh saya bawakan
beg awak.. "
Beg yg dibawa sudah berkilo-kilo. Beg kita yg ditangan
diraih dengan segala upaya.
Kita. Nanges.
Benar. Hari ini entah bagaimana.. air mutiara jatuh menitik
dipipi tatkala di sujud rakaat terakhir.. Cukup kalimat sepintas lalu yang saya
baca di sebuah blog “Hatiku sakit kerana rindu”.. Bait kata itu terlalu menusuk
untuk perempuan seperti saya- bila air mata sahaja mampu jadi bukti bicara yang
bisu. Rasa ‘sakit’ rindu yang terlalu mendalam yg disimpan bertahun. Terlalu
rindu - kepada hikmah kebaikan. Rindu kepada tarbiyah. Rindu kepada sentuhan
murabbiah. Sentuhan akhlak dan kata-kata yang cukup menusuk untuk meruntuhkan
ego yg kian menongkat langit. Allahurabbi.
Apabila
bersendirian, mudah sahaja Sang Penderhaka Pertama (syaitan laknatullah),
menunggang hawa nafsu yang sudah lama tidak diikat dengan mujahadah dan
taqarrub ila lLah. Hati ini menangis lagi. Kadang-kadang terasa biarlah
berteman air mata ini sebagai bukti penyesalan untuk dibawa di hadapan Allah
kelak. Persoalan –adakah benar diriku ini tertapis daripada jalanNya selalu
mengasak diri. Lemas dan kelam. Bila futur benar-benar memberi salam di muka
pintu.
Melihatkan ramai
orang masih boleh menghadiri ilmu dalam jadual yang sangat padat, menghadiri
program kemasyarakatan untuk memperkukuhkan silaturrahim, bisa bermuzakarah
tentang isu-isu genting dalam mempertahankan agama -tetapi kenapa bisa aja hati ini masih keras
membatu, mengasingkan diri membawa haluan sendiri –terus-terusan terasing dari
bicara tentangNya? Bahkan bicara sesama manusia itu bertukar dari bisikan kasih sayang kepada jeritan dan kerutan benci kerana hati tidak sehaluan lagi.
Mulut, hati, dan fikiran masih juga bersatu, bekerja
memikirkan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan yang besar dalam perniagaan,
bagaimana rumah yang akan dibina nanti, selesakah penghuni yang bakal
mendudukinya, akan lenakah tidur di tilam yang empuk, bagaimana cara bisa
menjadi orang ternama dan bisa dihormati oleh sekalian manusia?
Oh, sedarkah diri bahawa dirimu ini akan dibalut kain putih,
dan jasad ini akan hancur dimamah bumi, dan segala-galanya akan dibawa
menemuiNya kelak sebagai apa kamu semasa diberi pinjaman nyawa dibumi dahulu?
Oh Allah.. kembalikanlah hati yang mencintaiMu..
Cuma hati ini perlu
dipujuk untuk bangkit, harus dibawa ke permusafiran untuk mencari hikmah kembara –benar-benar seperti –
SEKEPING HATI DIBAWA BERLARI.
Di permusafiran, hati akan lebih terbuka untuk menghargai,
untuk mengislahkan diri dan belajar untuk mencintai sesuatu sekadarnya. Tidak
keterlaluan sehingga menongkah takdir Ilahi.
Di permusafiran ini, hati yang kian dibalut sifat wahan
(mencintai dunia), kian tercabut dengan rasa kelemahan diri, ketidak mampuan
melainkan bergantung sepenuhnya terhadap pemeliharaan Sang Khalik. Rindu – ya,
rindu itu akan kian terungkai ,hati semakin tenang.
Rindu kepadaNya
seolah-olah dibawa angin tenteraNya untuk dikhabarkan bahawa Allah itu sentiasa
disisi. Lena dalam dakapan Dia yang mengasihi. Ya, hati ini tidak akan pedih
dan sakit lagi. Kebaikan yang sekecil zarah dari orang lain yang kita pandang
jengkel itu akan dilihat adalah nikmat
dan betapa besarnya kasih sayangNya kepada hambaNya yang kerdil dan hina
seperti kita. Masya Allah!
Oh sahabat, mahukah engkau menemaniku di permusafiran ini?
Di permusafiran inilah engkau kan bisa mengenali siapa aku,
dan aku juga bisa mengenalimu dengan erti kata sebenarnya?
Kebaikan yang engkau tunjukkan bisa meruntuhkan egoku yang
semakin menongkat langit, bisa membawa cintaku kearah JannahNya – dan bisa
membawaku jauh dari fitnah dunia..
Oh sahabat, sudikah engkau..
meleraikan sakitku ini kerana rindu?
“Ya Allah
Ketika aku mencintai seorang sahabat,
tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia ini
tak akan pernah ada sesuatu yang abadi.
Sehingga ketika seseorang meninggalkanku,
aku akan tetap kuat & tegar kerana
aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir,
yaitu cinta-Mu
Ya Allah”..
:: Menangis lagi::
Saturday, September 14, 2013
Buku kuning yang jatuh dari langit
Bismillahirrahmanirrahim..
Satu hari, saya diajak keluar untuk makan-makan kononnya
untuk reunion rakan sekelas tingkatan lima. Sudah lima tahun merancang, tetapi
rancangan tidak pernah menjadi. Jadi kali ini ketua kelas merancang dengan
penuh semangat supaya semua dapat menghadirkan diri. Maklumlah selepas
perayaan, jadi masing-masing sedang bercuti sakan. Dengan penuh harapan, supaya
kami semua (16 orang) sahaja dapat berkumpul kembali setelah sekian kali.
Malangnya yang
menghadirkan diri cuma empat orang. Ketua kelas juga sunyi sepi apabila
dihubungi. Yang hadir itu pula, hanya empat orang termasuklah saya. Kebetulan
kami berempat telah bertemu malam sebelumnya semasa rumah terbuka salah seorang
dari kami di Bangi. Jadi pertemuan itu tetap diteruskan walaupun kami tersengih
cam kerang busuk di Mid Valley. Setengah jam diperlukan untuk memutuskan dimana
tempat perut kosong dapat diisi. Akhirnya restoran Dubu-dubu menjadi destinasi.
Niatnya kemudian ditukar untuk meraikan seorang sahabat akan pulang semula ke
London dan seorang lagi yang bakal menerbangkan diri ke Jepun selama setahun.
Sebelum singgah di Dubu-dubu salah seorang sahabat, mengajak
singgah di MPH. Dipautnya bahu dengan mesra, bertanyakan buku apa pilihan hati,
yang sesuai untuk dia baca agar masa lapang dapat diisi bermanfaat sekali.
Dengan mata bersinar-sinar, terus menuju ke rak-rak buku motivasi. Buku
motivasi tempatan sudah pasti, sebab buku penulis motivasi antarabangsa mahal
sekali. Tapi entah kenapa, hati terus juga ke arah rak buku antarabangsa, sebab
sudah terpaut pada buku Dr Thariq Ramadhan sejak ke Kinokuniya di KLCC bersama
abang dua bulan yang lalu. Tapi hanya telan liur apabila melihat harga pada
kulitnya.
Bila memikirkan semula sahabat saya itu baru pulang dari
London dan syarat buku yang dipinta isinya tidak terlalu berat, saya terus juga
di rak buku penulis islamik antarabangsa, puas saya meneliti. Saya yakin poket
beliau berisi, memandangkan duit yang sahabat guna itu dalam Pound Sterling.
Ditukar dalam wang Malaysia memang jauh sekali. (krik.. krik).. hehe..
Saya fikirkan sekali buku Dr. Thariq Ramadhan itu sudah
tidak mungkin. Sebab isinya agak berat. Agak berfalsafah (saya sudah tidak
ingat tajuk apa). Kawan itu mengaku buku mengenai Saidina Umar yang saya beri sebelum
pemergian ke London pun belum habis dihadamnya kerana penulisannya yang agak
berat, katanya. Puas saya fikir, buku apa yang sesuai untuk si cantik manis
ini. Sudahlah mengambil ACCA, kalau bagi bacaan yang berat takut pula nanti ada satu fius neuron
terputus. Nau’zubillah. Hehe..
Bacaan yang ringan ye.. Puas otak ini memikir. Sudahnya lama
tak ke kedai buku, tak berapa tahu buku terbaru. Sadis. Mata ini melilau kesana
sini. Entah mengapa, tangan ini menyentuh satu buku ini. “Reclaim your heart,
Yasmin Mogahed”. Buku berwarna kuning berlatarkan musim luruh di Negara empat
musim ini sangat menyetuh hati. Pemandangan yang sangat menarik, sama tema
dengan blog ini. Tanpa membuang masa saya memanggil beliau, mencadangkan agar
beliau memiliki buku ini, memandangkan penulisnya Yasmin Mogahed sudah acap
kali singgah di halwa telinga. Dan daripada apa yang saya dengar, Yasmin
Mogahed ini seorang ahli psikologi muslim dan banyak sudah tulisan hasil
garapan beliau dibentangkan di Malaysia. Sahabat saya dengan senyuman menawan
membawa buku tersebut ke kaunter bersama buku-buku lain yang sudah menambat
sanubarinya.
Ketika makan di restoran Dubu-dubu (memandangkan kami-kami
ni peminat cerita korea dan makanan mereka) kami sambung bersembang mengenai
kehidupan masing-masing. Lima tahun tidak bertemu sudah pasti ada cerita yang
ingin dikongsi. Cerita wajib sudah pasti berlegar, siapa bakal pasangan dan
perancangan hidup masa depan (dan pasti saya tidak mengambil port dalam
bahagian tu).. hehe.. Dan beberapa persoalan mengenai politik tanah air,
perbezaan ketara antara Malaysia dan oversea dan isu kalimah Allah tetap
dibincangkan. Haha, almaklumlah apabila ada critical thinker duduk bersama, isu
takkan pernah habis.
Setelah dua jam, mengobrol sudah tiba masanya untuk kami
berangkat. Tidak elok anak dara pulang lewat malam. Jam waktu itu sudah
menunjukkan 10 malam. Ketika kami di hadapan stesen komuter, saling berpelukan
sebelum mengucap kalimah ‘Bye’ dan tangan melambai pergi, kami sudah tersenyum
pahit. Sahabat yang akan pulang ke London itu tiba-tiba mengeluarkan buku
kuning yang pasti buku yang saya tunjukkan tadi dan meletakkan di dalam genggaman.
Hati memang terkedu dengan tindakannya. Yang pasti, masa tu mata sudah
berkaca-kaca. Sahabat yang akan ke Jepun juga ada habuannya dari sahabat yang
manis ini. Kami berpelukan lagi ke sekian kali. Allahurabbi..
Ketika menunggu komuter datang, saya membelek-belek buku
ini. Bukunya agak tipis, tetapi apabila saya membalikkan buku tersebut.
Allahurabbi.. harganya memang mahal. Hampir RM100. Saya terkedu. Mana mungkin
untuk pelajar seperti saya untuk menghabiskan duit sebanyak itu untuk buku-buku
motivasi yang tiada kaitan dengan mata pelajaran yang diambil. Kalau nak beli
pun kena tunggu duit BR1M. Allahurabbi.. murahkanlah rezeki sahabatku ini.
Kalau saya tahu harganya membebankan dan beliau akan beri pada saya, sudah
pasti saya akan tunjukkan buku lain. Pandai sahabat manis ni ‘trick’ saya.
Sebetulnya, saya ingin memberitahu bahawa inilah buku
terbaik yang pernah saya dihadiahi. Buku yang terasa keikhlasan beliau memberi.
Saya jarang menerima kejutan begini. Dan istimewanya bukan pada harga, tetapi
keinsafan supaya kami sentiasa kembali kepada Ilahi.Tak keterlaluan saya katakan, ia ibarat jatuh dari langit.
Walaupun ada beberapa
buku yang saya sangat berharap memilikinya iaitu Raudhatul Muhibbin oleh Ibn
al-Jauziyah dan Hayy Yaqdzan oleh Ibn Thufail belum berhasil dimiliki (sesiapa
tahu dimana saya boleh memilikinya tolong bagitahu ye =) )
“Reclaim your heart. Yasmin Mogahed” – “ Kembalikanlah
hatimu..”
Masa saya menerima buku itu, hati saya berkaca-kaca. (Mata
tak boleh berkaca-kaca, orang ramai kat stesen KTM.. maluu). Seolah-olah
sahabat manis saya ini dapat membaca hati saya. Sebab kala ini hati saya
bersimpang-siur mencari jalan pulang. Jalan pulang untuk mencari Ilahi. Teguhkan
diri bangkit dari kenangan silam yang ditangisi. Baru tamat degree, tetapi
hidup seperti ketidak tahuan. Allahurabbi.. semuanya dari Engkau Ya Allah,
sahabat ini adalah perantaranya. Subhanallah..
Dan baru-baru ini juga, Allah membantu menunjukkan masa hadapan
apa yang harus saya lalui ketika saya harus ke Besut. Maha Suci Allah, apa yang
saya lalui ketika digambarkan dengan indah oleh penulis Yasmin Mogahed, betapa ‘lemasnya diri ini ketika memikirkan dunia’..
Pesan sahabat saya yang memberi ini, sebarkan kebaikan dari
buku pemberian beliau, disini, saya nukilkan sedikit kata-kata penulis (nak
banyak, kena beli buku ini la ye, hehe)
“Yesterday, I went to the beach. As I sat watching the
waves, I realized something strange. The ocean is so breathtakingly beautiful.
But just as it is beautiful, it is also deadly. The same spellbinding waves,
which we appreciate from the shore, can kill us if we enter them. Water, the
same substance necessary to sustain life, can end life, drowning. And the same
ocean that holds ships afloat can shatter those ships to pieces.
This worldly life, the dunya, is just like the ocean. And our hearts are the
ships. We can use the ocean for our needs as a means to get to our final
destination. But the ocean is only that: a means. It is means for seeking food
of the sea. It is means to travel. It is means of seeking a higher purpose. But
it is something we pass through, yet never think to remains in. Imagine what
would happen if the ocean become our end- rather than just a means -Eventually
we would drown.
As long as the ocean's water remains outside the ship, the ship will continue
to float and be control. But when as soon as the water creeps into the ship -
that is when the boat sinks. The same goes as the dunya enters our heart -that
is when the heart taken hostage and become slave and the dunya start to control
us. Detachment of dunya and akheerah is stated in the Qur'an:
"What is the life of this world but amusement and play? But verily the
Home in the hereafter - that is life indeed, if they but knew" (29:64)
"Detachment is not that you should own nothing, but nothing should own
you" (Saidina Ali R.A).. The means of detachment as shown by the prophet
is much deeper, not only about physical, but is the detachment of the heart.
[Yasmin Mogahed]
[kalau mahu berkenalan lebih dekat lagi dengan tokoh ini boleh klik di sini dan mendengar ceramah beliau yang menyentuh hati klik sini]
Subhanallah.. Subhanallah.. Entah mengapa saya akui setiap
kata-kata sister Yasmin Mogahed ini sangat-sangat menjentik tangkai hati. Laras
bahasa yang digunakan itu sangat indah. Ilustrasi dan kronologi yang digunakan itu
mantap. Belum lagi tajuk-tajuk lain yang
disentuh di dalam buku ini. Memang subhanallah!
Jadi sesiapa yang mempunyai ‘kelapangan’ poket boleh la
mencari buku ini. Kembalikanlah hatimu.. kepada pemilik diri.. Sang Khalik
menantimu untuk dikembalikan hati. Terima kasih sahabat untuk hadiah tak
ternilai ini! Jazakillahukhairan katsira..
p/s: semasa di besut, saya juga dihadiahi buku Menjadi Hamba
Allah oleh sahabat di UNIMAS. Memang tergamam juga. Keesokannya, ketika saya
membelek buku di rak buku mak, saya tertarik dengan buku kecil yang bertajuk “
Personaliti Ilmuan Islam Berjaya, Rangkuman Travelog Tokoh Unggul”. Di muka
hadapan buku tersebut, tertulis “Hadiah Hari Jadi Kak Chik ke 2x pada xx
Februari 2013. Tahun Akhir UNIMAS.
Daripada: Umi”.. I was ‘what?’.. my present.. tapi mak terlupa, empat
bulan dia simpan. Hehe..
Alhamdulillah, thank you Allah for giving these wonderful
person around me.. Luv u all fillah <3 and Allah is answering my prayer, I
really hope that one day I become a psychologist that touches people heart to
return back to Him, as what Yasmin mogahed just did, without abandoning the
scholar discipline as what Success Islamic Scholar did too. And He give me what
I asked for through them. Subhanallah =,)
Subscribe to:
Posts (Atom)