Friday, June 15, 2012

Al-Baqarah vs Al-Fil



                Arakian tersebutlah sebuah kisah pada zaman awal permulaan Islam, seorang Badui yang menternak kambing. Pekerjaannya sehari-hari adalah menggembala kambing. Kerjayanya itu sangatlah sibuk, dari subuh sampailah ke sore hari. Namun demikian, sejak dia mengenali Islam, hatinya sangat lapang dan dia sangat mencintai agamanya melebihi kambing-kambingnya. Dia berazam untuk menunaikan semua solatnya secara berjemaah terutama sekali pada solat Subuh kerana itulah tuntutan kekasih Sang Khalik, Muhammad Rasulullah S.A.W.

                Pada subuh hari itu, dia bergegas ke masjid supaya dia tidak ketinggalan untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Hatinya sangat berbunga-bunga untuk bertemu Sang Khalik. Bak kata orang kebanyakan, dalam hati beliau ada taman. Beliau pun cuba mengkhusyukkan hati tatkala solat. Apabila masuk bacaan surah, imam di masjid tersebut memilih untuk membaca surah al-Baqarah (sapi betina). 

            Imam mengalunkan bacaan dengan penuh penghayatan dalam solat, apabila sampai kepada ayat-ayat menceritakan syurga, beliau akan membaca dengan penuh semangat, apabila sampai kepada ayat yang menceritakan kecaman dan kepedihan azab neraka, beliau akan membaca dengan penuh sendu dan sayu, sehingga jemaah teresak-esak.

                Walaupun solat tersebut terasa nikmat kekhusyukan, seperti semua sedia maklum, surah itu tersangatlah panjang. Sehinggakan lutut si Badui ini menggeletar dek terlalu lama berdiri. Seusai sahaja solat, matahari sudah menunjukkan dirinya di ufuk fajar. Banyaklah kerja-kerja si Badui ini tergendala dek kerana panjangnya solat Subuh itu. Setelah itu, Si Badui ini pun bergegas menyempurnakan perkerjaannnya yang sehari-hari itu, iaitu menggembala kambing. Timbullah sedikit perasaan kesal pada si Badui kerana dia telat menyempurnakan tanggungjawabnya.

                Imam di masjid kemudian sedar akan kekhilafannya, kerana memberatkan orang yang panjang urusan di siang hari dan orang yang uzur. Keesokannya, si Imam memilih untuk membaca surah Al-Fil supaya tidak memberatkan para jemaahnya. Si Badui walaupun agak ragu-ragu kerana panjangnya surah al-Baqarah pada hari sebelumnya sehingga urusannya tergendala, dia pun cuba menguatkan kaki supaya tetap istiqamah dengan solat subuh secara berjemaah.

 Dalam hatinya berdebar-debar, surah apakah yang bakal dialunkan oleh imam tersebut. Apabila mendengar sahaja, imam mengalunkan surah Al-Fil, hatinya kecut, terus sahaja dia mufaraqah (berpisah dari imam) menunaikan solat secara sendirian, supaya dia tidak lambat dengan urusannya. Dalam hatinya dia berkata,

“ Kalau al-Baqarah sudah panjang, inikan al-Fil yang lebih besar dari al-Baqarah, pasti lebih panjang. Pasti banyak urusan aku tak selesai nanti”

*al-baqarah= lembu betina, al-fil=gajah
                _________________________________________________________________

  p/s: harap para pembaca faham dengan cerita diatas, dipetik dari buku Datelinekan hidupmu, Solikhin Abu Izzudin. Diolah dan disesuaikan dengan masyarakat setempat.

– Saya yakin anda akan tersenyum sendiri jika anda faham cerita diatas. Manisnya anda tersenyum. Pengajaran cerita diatas ialah kalau tuntut ilmu biarlah sampai habis, supaya kita tidak taklid buta, atau salah faham^^.

-maaflah ayat tunggang terbalik, kena belajar lagi tips-tips penulisan yang baik = =’

Sunday, June 10, 2012

Carry marks kau berapa?



                Salam’alaik.. Allahurabbi.. walillah ilhamd..

Ok.. maaflah, saya budak university, jadi tak boleh elak dari menceritakan tentang carry marks (markah yang dikumpul sebelum perperiksaan akhir). Erm, untuk golongan lain, insya Allah lain kali saya cerita benda yang lebih bersifat umum. 

Entah kenapa saya tiba-tiba ingin mahu menulis tentang ini. Mungkin saya lihat terlalu kerap soalan diatas ditujukan pada saya. Rimas pun ada juga. Cuma bila perkara ini naik menjadi topic perbualan antara pelajar-kebanyakan yang memang mengambil berat pasal pelajaran mereka menjadi sangat risau dan runsing dengan markah-markah ini.Almaklumla, nak target markah untuk final exam pula. Antara dialog-dialog biasa yang saya dengar..

Situasi 1:

“ Alamak, camne ni, carry mark aku kalau campur final exam pun, tak lepas.. (sambil air mata bercucuran)”

 –yang kes ni memang saya gerun la. Kalau fail memang banyak kesan dia. Antaranya kena repeat untuk sem depan, dan paling saya tak suka bila drag pointer kita. Tapi mungkin kita ada silap kat mana-mana dalam subjek tu. Mungkin kita tak hantar assignment ke atau apa-apa pun yang menyumbang pada markah. Jadi, lain kali buat kerja harus lebih tekun! Cuma yang pasti sem depan kena jumpa lecturer yang sama! Kalau dia tak ingat muka kita, Alhamdulillah!

Situasi 2:

“ Sedihnya, carry mark tak cukup untuk lulus. Tak pe ada lagi 10 markah untuk lulus. Mudah-mudahan aku mampu buat lebih dari tu masa final exam nanti. Dapat B- aku sangat bersyukur. ( sambil mata bersinar-sinar)..”

-yang ni memang saya suka. Bukan suka pada markah tu. Tapi pada semangat dia. AGI IDUP AGI NGELABAN bak kata orang Iban. Selagi hidup selagi tu berjuang. Kadang-kadang bukan kita tak berusaha, tapi takdir tu belum menyebelahi kita. Tak semua orang boleh dapat dengan senang apa yang dia hajatkan bukan? Selalunya kes begini melibatkan subjek yang membunuh (baca: killer subject).

Situasi 3:
                “Urgh, sedihnya aku. Camne ni.. carry marks aku low.” Bila kita Tanya balik dapat berapa. Nanti dia jawab. “ 55 lebih” (Untuk kes university saya, total carry marks = 70 markah).Kalau kita jawab, oklah tu. T dia jawab, “Alah, aku nak A”.

-Ni selalunya jawapan budak Dekan. Utk kes ni memang saya ‘angin’ sket. Tahulah awak pandai, bukankah cara awak lebih kurang macam mem’bega’kan diri. Cukuplah awak je yang tahu. Nanti awak buat kawan-kawan lain rasa sedih. Biarlah mereka tahu sendiri markah kita berapa.


Sebenarnya focus utama saya  bukannya berapa carry marks yang kita dapat. Tetapi disebalik carry marks tersebut. Saya yakin ramai aje yang beranggapan ala.. markah je pun. Itu pun nak kecoh-kecoh. CGPA doesn’t show our real abilities. Yup, I agree with that. Tapi bagi mereka yang agak menekankan pelajaran, perkara ini sangat mereka titikberatkan. Markah ini menunjukkan sejauh mana usaha kita dalam pelajaran. Usaha kita dalam menunaikan amanah terutamanya kepada ibu bapa kita, keluarga dan masyarakat. Ilmu ini yang akan dibawa untuk membangunkan ummah yang semakin jauh ketinggalan.

Saya mahu mengajak para pembaca berfikir sejenak. Bagaimana ‘carry mark’ kita dihadapan Allah kelak? (carry marks =  pahala yang kita kumpulkan sepanjang kita hidup). Jika secara aplikasi di university, untuk dapatkan carry marks yang tinggi kita harus laksanakan setiap tugasan yang telah ditetapkan oleh pensyarah, sama ada tugasan individu atau berkumpulan mengikut KPI yang telah ditetapkan oleh mereka.

Tetapi adakah kita berusaha setekun yang mungkin utk akhirat kita sama seperti kita berusaha untuk mengumpul carry marks yang tinggi di university? Dan adakah segala kerja kita di dunia, kita telah mengikut KPI yang telah ditetapkan Allah, iaitu dengan mematuhi syariatullah (peraturan2 Allah) dalam memenuhi sunnatullah?

Ya, belajar pun sebahagian daripada ibadah. Apa sahaja yang kita lakukan yang kita niatkan kerana Allah  semuanya akan menjadi ibadah. Daripada kita bangun tidur, sehingga kita tidur semula, jika kita lillahi ta’ala, semuanya akan jadi modal pahala kita. Modal carry marks kita. Mudah bukan? Tapi sayangnya jika melakukan kebaikan tapi kita tak niatkan kerana Dia, bisa aja ia lebur tanpa memanfatkan kita sedikit pun. 



Alangkah jika, Allah  men’zahir’kan carry marks kita sebelum final exam kita (kematian), pasti kita akan komen diatas.

“Huhu, carry marks aku sikit. Aku takut fail di hadapan Allah kelak. Tapi carry marks aku memang tak cukup masuk syurga.Allah..takutnya.”

-Yang ni memang konfem kita akan menangis berhari-hari, solat taubat setiap malam. Kita tahu amalan kita memang tak cukup nak bantu masuk syurga. Sekarang kita Cuma mampu berharap agar baki 30 percent tu datangnya dari rahmat Allah. Bukankah Rahmat Allah itu lebih besar dari kemurkaanNya?

Lagi satu, yang lebih dahsyat, jika di university, jika kita gagal, kita boleh repeat (mengulang) subjek pada semester hadapan. Tetapi apabila sudah di hadapan Allah, dan kita gagal, bolehkah kita minta di hadapan Allah, kita mahu mengulang semula kehidupan kita di dunia? Uhuk-uhuk.. terbatuk-batuk..

“ Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata), “ Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang –orang yang yakin.

Dan jika Kami mengkehendaki niscaya Kami berikan pada mereka jiwa petunjuk baginya, tetapi telah ditetapkan perkataan (ketetapan) dari-Ku “ Pasti Aku penuhi neraka Jahanam dengan jin dan manusia bersama-sama” (32:12-13)

Untuk lagi dua situasi tu para pembaca boleh bayangkan analoginya di akhirat nanti.

Situasi 2: ibarat orang berdosa yang sentiasa berjuang (istiqamah) dengan amalannya, demi mendapatkan keredhaan Tuhannya walaupun dia bukanlah dari golongan alim-ulama’.

 Situasi 3: Ibarat seorang yang yakin dia bakal memasuki syurga dengan amalan-amalannya, jika dia tidak berhati-hati dengan penyakit hati, amalannya yang mampu mencapai ke syurga hanya tinggal sejengkal, tetapi akhirnya dia dimasukkan ke dalam neraka kerana di hujung usia, dia beramal dengan amalan ahli neraka. Nauzubilllahi minzalik.(Ada disentuh dalam Hadis Arba’in)

Begitulah sahabat-sahabat. Selagi kita hidup selagi itulah kita berpeluang mengumpul carry marks kita. Jika di university, kita sanggup bersengkang mata beberapa malam demi memenuhi tuntutan tugasan kita. Tetapi adakah kita sanggup bersengkang mata demi mengumpul ‘carry mark’ akhirat kita demi mengajak masyarakat supaya kembali ke ajaran Islam yang sebenar? Selain itu, jika soalan seperti ini saling kita bertanya selalu pun takpa. Carry mark kau berapa untuk jumpa Allah? Haha, pasti kita tersipu-sipu menjawab. Bagusnya, kita saling mengintrospeksi diri. Saling ingat-mengingati jika ada carry marks saudara kita yang rendah. Tepuk dada Tanya iman.. Wallahu’alam..

p/s: selamat menempuh peperiksaan kepada semua. Semoga anda memperolehi apa yang anda hajatkan. Sebaik-baiknya mintalah yang terbaik disisi Allah^^,




Saturday, June 9, 2012

Sabar


Salam’alaik.. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan..
               
                 Ehem. Terasa bersalah hampir enam bulan tak update blog. Setengah tahun. Lama. Tapi ini bukan bermakna saya berhenti menulis. Tidak. Banyak karya yang saya tulis, Cuma ‘berlonggok’ tersimpan dalam memori laptop. (Ofkoslah semua tentang apa yang terjadi dalam hidup saya).  Nak share insya Allah lain kali, supaya kita dapat berkongsi ibrahnya ^^,
             
              Cuma akhir-akhir ni, terasa badai ujian terasa menghempas hebat. Hampir lemas terkapai-kapai. Alhamdulillah, saya sempat diselamatkan sebelum benar-benar ‘lemas’. Uhuk (terbatuk –batuk disitu). Yela, saya mengaku semua orang ada ujian a.k.a masalah. Ia normal dalam proses pembelajaran untuk menjadi dewasa. (Lihat, nak dewasa pun kena ada skil). Buat masa ini saya Cuma mahu berkongsi nukilan rasa saya, tatkala jiwa merintih hebat agar diberi sekeping sifat bernama SABAR. Harap dapat berkongsi sesuatu dengan para pembaca. 


Oh Allah,
Sabarkan aku atas ketidaksabaranku..
Sabarkan aku pada sesuatu yang aku benci,
Sabarkan aku mempelajari sesuatu,
Sabarkan aku atas kelemahanku,
Sabarkan aku dalam mentaatiMU,
Sabarkan aku dalam mengerjakan kebaikan..

Oh Allah,
Berikan aku jalan keluar,
Daripada ketidaksabaranku..
Daripada kebencianku..
Daripada kemaksiatan..
Daripada kejahilanku..
Daripada kelemahanku..

Aku sentiasa butuhkanMU..
Tangisanku biar keranaMu..

                 
Subhanallah.. kita meminta Sabar.. Sabar itu boleh ditemui dalam ujian-ujianNya. Sedangkan dalam alquran sendiri ada Firman Allah, “ hendaklah kamu memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat”. Setakat inilah, cebisan ilmu yang mampu dikongsi buat masa ini. Doakan saya dapat menghadapi peperiksaan akhir sem ini dengan SABAR.  Sem depan dah masuk tahun akhir. Cepat sahaja masa berlalu. Ok, salam’alaik..

Thursday, January 5, 2012

monolog diri.. ( bhg 1)

“ Dan tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesunggguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman” (Adz-Dzariyat:55)
               
Ingatlah firman Allah ini selalu. katakanlah selalu pada diri:

“ Hai jiwa, alangkah bodohnya kamu,bagaimana engkau mengaku memiliki kebijaksanaan, kecerdikan dan kepandaian berfikir, padahal sebenarnya engkau ini amat bodoh dan kurang sempurna akal fikiranmu. Apakah engkau tidak sedar bahawa dihadapanmu ada dua tempat, iaitu syurga dan neraka. Engkau pasti akan memasuki salah satu dari keduanya itu. Ini mesti kau jalani, sama ada engkau suka atau tidak.

Sebentar lagi engkau akan mengalaminya. Oleh sebab itu, mengapa sehingga saat ini pun engkau masih terus sibuk dengan keseronokan nafsu syahwat, menggemari perkara-perkara maksiat dan kederhakaan. Bukankah kau nanti akan diminta untuk bertanggungjawab ke atas amalan-amalanmu yang dahsyat itu, yang keseluruhannya berupa keburukan belaka.
Tidak tahukah engkau bahawa segala sesuatu yang akan dating itu dekat. Yang dikatakan jauh itu ialah apa yang tidak akan dating. Penempatanmu dalam neraka kerana perbuatanmu juga dekat, sebab pasti nnati akan dating waktunya. Ingatlah,hai jiwa,ingatlah! Tidakkah engkau memikirkan firman Allah ini

“Telah hampir datang kepada manusia hari perhitungan amalannya, sedangkan mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. Tidak dating kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu-satu, melainkan mereka memasangtelinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya. Dengan keadaan hati mereka lalai daripada memahami dan mengamalkan maksudnya” (Al-Anbiya’ :1-3)

Celakalah engkau wahai jiwa. Sekiranya keberanianmu melakukan maksiat kepada Allah S.W.T  itu kerana engkau yakin bahawa Tuhan tidak mengetahui perbuatanmu, maka alangkah kufurnya dirimu. Sebaliknya jikalau keberanianmu itu disusuli dengan kesedaran bahawa Tuhan mengetahui perbuatanmu, maka alangkah tebalnya telingamu dan alangkah sedikitnya malumu.



Cubalah kini kau bayangkan hai jiwa, sekiranya ada seorang hamba shayamu ataupun salah seorang dari saudaramu menghadapkan padamu sesuatu perbuatan yang engkau tidak suka, bagaimanakah kemarahanmu padanya, bagaimana  besarnya kemurkaanmu kerana kelakuannya itu.

Jikalau perkara ini telah engkau insafi mengapa engkau masih berani juga mencari kemurkaan dan kemarahan Tuhan, mengapa engkau belum juga takut pada seksaNya. Apakah kau sangka, kau dapat menangkis seksaan yang pedih itu, dapat melawan kemurkaanNya yang menyakitkan itu.

Engkau pasti tidak kuat menahannya. Jikalau engkau tidak percaya, cubalah engkau lakukannya sekarang. Jikalau engkau merasakan sesaan Tuhan itu ringan, cubalah berdiri sebentar di bawah terik matahari atau dekat diri dengan wap atau yang paling mudah, engkau letakkan salah satu jari tanganmu diatas api. Buktikan setakat mana kekuatanmu dalam menahan panasnya itu. Ayuh cubalah sekarang!

Apakah engkau tertipu oleh perasaanmu sendiri dengan penanggapan bahawa sekalipun melakukan maksiat, tetapi Tuhan itu Maha Mulia serta Maha Pengampun. Jikalau demikian ia menunjukkan perasasanmu sedang keliru, cubalah engkau fikirkan. Mengapa untuk mencari urusan keduniaan, engkau tidak mengendahkan kemuliaan dan keutamaan Tuhan.

Bukankah engkau juga mengerti bahawa siapa sahaja yang tuhan berkehendak mengurniakan limpahan rezekiNya, tentu diberi. Mengapa engkau tidak duduk sahaja dirumah diam-diam sambil menongkat dagu? Mengapa engkau memaksa dirimu bekerja keras untuk mengikutkeinginanmu untuk menjadi seorang yang kaya-raya. Bayangkanlah perkara itu.

Demikian pula, jika ada suatu keinginan yang berupa kesoronokan dunia yang tersimpan dalam dirimu yang hanya dapat dipenuhi dengan apabila cukup wang, emas atau perak, mengapa engkau sanggup bertaruh nyawa untuk mencari harta itu untuk memenuhi keinginananmu tadi.

Bahkan engkau mampu mendapatkannya dengan pelbagai tipu daya dan jalan. Mengapa dalam keadaaan seperti ini engkau tidak mengharapkansahaja kurniaan Allah sambil menunggusahaja di rumah sehingga penuh. Mengapa dalam keadaan seperti ini engkau lalaikan kemuliaan Tuhan, keutamanNya, dan sifatNya yang Maha Pemurah?

Bukankah boleh terjadi, di suatu ketika engkau mendapat suatu harta karun tanpa usaha atau Tuhan mengutuskan seseorangsupaya pergi ke tempatmu lalu memberikan apa yang engkau inginkan itu. Bukankah semua itu boleh dilaksanakan tanpa usaha. Tetapi peliknya engkau tidak berbuat demikian.

A man who decides to change on twelve dies at eleventh.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah ana mulakan tinta bicara, pembuka tirai tahun 2012..(6:59)


                Anda pernah mendengar tajuk ini? Lelaki yang telah membuat keputusan untuk berubah pada pukul dua belas, mati pada pukul sebelas. Sadis ayat ini. Ana yakin, jika anda pernah membaca novel Hlovate, bertajuk contengan jalanan, pasti anda masih ingat kata-kata ini. Dalam dan penuh tersirat. Ana cuma mahu kita bersama fikir-fikirkan. Adakah kita termasuk dalam golongan ini? Kita mahu berubah, dan kita telah tetapkan target untuk berubah pada sekian-sekian waktu. Tetapi adakah waktu yang kita tetapkan itu,  kita boleh menjamin, Allah masih meminjamkan kita nyawa untuk kita meneruskan hidup di dunia ini? Tidak. Bahkan sesekali tidak. Tiada siapa tahu bila dan dimana kita akan meninggal dunia. Jikalau yang mengaku tahu itu, sahlah dia seorang pembohong malah berkemungkinan bersekongkol dengan jin atau syaitan yang telah mencuri berita di langit.
               
Kita telah melangkah ke tahun 2012. Ya, sesiapa pun pasti berdebar-debar dengan kedatangan tahun ini. Adakah benar spekulasi-spekulasi yang mengatakan kiamat bakal berlaku tahun ini? Wallahu’alam. Abaikan propaganda-propaganda barat yang jelas menyalahi aqidah. Apa-pun yang bakal berlaku, kita harus yakin, sama ada cepat atau lambat, kita semua akan merasai mati, Adakah tahun ini? Bagaimana? Itu semua rahsia Allah. Apa yang mampu kita usahakan adalah bagaimana memperbaiki amalan kita. Jangan jadi seperti pepatah diatas, sebagai contoh; kita telah berazam untuk berubah pada 20 Januari, tarikh lahir kita. Tiba-tiba takdir mendahului perancangan kita, kita mati pada 19 januari. Allahuakbar! Pasti hati akan berkepuk penyesalan, menangis pun sudah tidak berguna, jawablah persoalan-persoalan di kubur dengan amalan kita yang sedikit. Hayati bait lagu Fareast, Menanti di barzakh;
                
Ke merintih, ku menangis, ku meratap, ku mengharap,
                Ku meminta, dihidupkan semula, agar dapat kembali kealam nyata.


                
Menangislah sekarang wahai saudara-saudaraku, daripada kita menangis di kemudian hari. Jangan dilengah-lengahkan untuk berbuat kebaikan. Entah esok lusa kita kan terbujur kaku. Usia yang muda jangan disangka maut beribu batu.Tambahkan amal kebaikan, jadikanlah kita dalam golongan al-abrar.  Ayuh kita berubah!
1.       
Ayuh perbaiki hubungan kita dengan Allah! (Hablumminallah)

-Jika selama ini kita menganggap ringan soal solat lima waktu, ayuh kita cukupkan lima waktu sehari sekali. Jika Allah mampu memberi kita nafas 24 jam, bagaimana kita tak mampu, meluangkan masa 5 minit untuk bersyukur padaNya. Adakah kita mahu menjadi hambaNya yang tidak bersyukur? Ingatlah solat lima waktu adalah soalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak. Baik amalan solat kita, baiklah seluruh amalan kita.

- Jika solat wajib sudah kita cukupkan, apa salahnya kita tambahkan solat-solat sunat. Solat sunat rawatib, qabliah wa ba’diah. Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. Insya allah solat-solat sunat ini yang akan menampung kekurangan solat fardhu kita. Siapa boleh jamin solat fardhu kita sudah sempurna, 100 percent khusyuk? Disinilah peranan solat rawatib untuk menampal rompong-rompong kekurangan solat wajib.Selain itu, rajin-rajinkanlah bangun malam untuk bertahajud. Qiamulail untuk menjernihkan hati. Insya allah jika kita mengamalkannya deria kepekaan (instinct) kita akan menjadi lebih tinggi. Hati kita akan lebih peka antara dosa dan pahala.

2.       Ayuh perbaiki hubungan kita dengan manusia. (hablumminannas)

-          Anda masih punya ibu bapa? Ayuh berbakti pada keduanya. Jika mereka masih hidup, gembirakan mereka. Sahutlah panggilan mereka dengan kelembutan, pandanglah wajah mereka dengan kasih sayang. Anda tak perlu keluarkan modal beribu-ribu ringgit untuk melihat mereka bahagia. Cukuplah mereka bahagia hanya melihat ketinggian akhlak anak yang telah didiknya berpuluh-puluh tahun. Itu sudah berbaloi bagi mereka.(Cuma kalau dapat ibu bapa yang materialistic tu jangan lupa sentiasa doakan mereka mendapat hidayah Allah). Ana pernah mendengar cerita daripada sahabat ana, (sebagai pengajaran), ada seorang muslimah yang sangat cantik akhlaknya (jika dinilai pada pakaiannya yang sentiasa berjubah dan bertudung labuh) malah sangat aktif dengan kegiatan dakwah di kampus. Ramai orang mengaguminya. Tetapi tiada siapa sangka, dia tidak pernah bercakap dengan ibunya selama 10 tahun kerana salah faham yang kecil. Malah hubungan dengan ayahnya juga menjadi renggang setelah dia bernikah. Ana Cuma pelik, bagaimana dia menganggap bahagian kerja dakwahnya boleh berjalan lancar, sekiranya dosa-dosa besar tidak dia hindari? Kejahilan apakah? Ya Allah, jauhilah kami daripada fitnah dakwah sedemikian rupa. Jadikanlah kami anak soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kami. Jahat atau baikkah mereka, kewajipan kita untuk berbakti kepada keduanya. Mana tahu, dengan kebaikan yang kita lakukan, ibu bapa kita mampu beroleh hidayah?

-          Kita hidup dengan manusia sekeliling kita. Fitrah manusia Allah jadikan sebagai makhluk bersosial. Kita sentiasa berinteraksi tidak kira sama ada dengan adik-beradik, jiran tetangga, teman serumah, teman sekuliah, klien dan pelbagai lapisan lagi.  Dalam kita bersosial itu,tidak dinafikan kadang-kala pasti timbul konflik. Terutama sekali apabila tiada persefahaman, perbezaan ideology, egois dan pelbagai sebab lagi. Kadang-kadang tanpa kita sedari kita telah meninggikan suara, mencemuh, memaki orang-orang ini. Ayuh kita berubah dengan banyak mendiamkan diri. Bercakap apabila perlu sahaja. Apabila anda sedang marah atau tidak bersetuju, jauhkan diri anda seketika daripada orang tersebut. Banyakkan istighfar. Atau apabila anda sendiri terluka dengan perlakuan orang sekeliling anda, maafkanlah mereka. Ya kadang-kadang memang mudah mulut melafazkan kata maaf, tapi luka dihati sampai bila-bila parutnya meninggalkan kesan. Jangan begitu saudara-saudaraku. Maafkan mereka seikhlas hati. Kerana Allah. Insya allah hati kita tenang. Buat kerja pun rasa gembira walaupun orang lain menyampah tengok kita. Tak guna menyimpan dendam. Mudaratnya pada diri sendiri. Hidup tak tenang. Mati terseksa. Kerana teringat kesalahan si dia. Padahal kesalahan diri sendiri tak pernah di ingat. Ruginya orang semacam ini.

3.       Ayuh perbaiki diri!

-Jika selama ini kita orang yang tidak pernah pedulikan hal-hal agama, eloklah dari sekarang kita berubah. Jika selama ini, kita tak pernah menghayati bacaan dalam solat. Ayuh kita belajar bahasa arab, atau membeli buku-buku yang berkaitan dengan bacaan solat supaya bertambah kekhusyukan kita. Jika kita tak pernah menegur atau mengajak kawan-kawan/ adik-beradik kita yang tak pernah solat, cuba-cubalah menegur dan mengajak mereka dengan cara berhikmah. Kita kena cuba , walaupun diri tak sempurna lagi, apa salahnya mengajak mereka sama-sama perbaiki diri. Jika selama ini alquran sampai berdebu kita simpan dalam almari, apa salahnya, kita baca semuka sehari, walau tajwid kadang-kadang lari.  Agak-agak dah ok makhraj bacaan, kita belajar tajwid pula. Step by step kata orang. Walaupun lambat, tapi ia lebih bagus daripada tak mulakan langsung!

-Jika selama ini kita jadi orang yang pentingkan diri, sesekali belajar mendengar teguran orang lain. Walaupun sakit pada permulaaannya, percayalah dihujungnya anda akan merasai kemanisan. Anda gembira kerana orang lain gembira dengan anda. Jika kita tak pernah peduli sedih tangis orang sekeliling kita, sesekali belajar meminjamkan bahu untuk meringankan beban mereka. Jika anda tak pernah peduli hal-hal saudara kita terutamanya saudara seakidah di Palestin, dan di Negara-negara lain, belajarlah untuk mengikuti perkembangan mereka di media massa. Nyawa mereka, adalah nyawa anda. Sakit mereka, sakitlah anda. Pernah mendengar hadis ini “ Sesungguhnya setiap umat islam adalah bersaudara. Seseorang itu tidak dikira beriman selagi mana dia tidak mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya” Ayuh jadikan ia pedoman.

- Ayuh buangkan sifat-sifat mazmumah anda,  tanamkanlah sifat-sifat mahmudah. Anda seorang pemarah? Pendengki? Pemboros? Pendek kata, yang buruk-buruk semua anda? Ayuh gantikan dengan kebaikan. Jadilah seorang penyayang, orang yang sentiasa bersyukur, baik hati, rajin ke kelas, ringan tangan membantu mereka yang memerlukan, banyak tersenyum dan pelbagai lagi. Bukan susah nak lakukan kebaikan. Tapi senang lagi menurut kata nafsu yang lebih suka kepada keburukan. Hati-hatilah.

Ayuh berubah sekarang saudara-saudaraku yang dirahmati Allah sekalian. Jangan bertangguh-tangguh. Bak kata pepatah bahasa inggeris “procrastination is a thief of time”. Takut tak sempat kita berubah, Allah dah ambil nyawa kita. Tempoh pinjaman dah expired. Merugilah kita pada masa itu. Jangan tunggu jam dua belas, kita berubah jam satu ke, atau pun selewat-lewatnya pukul sepuluh. Bertaubatlah jika kita melakukan dosa-dosa pada tahun 2011,2010,2009,2008, 2007.... sekarang 2012, pandanglah kehadapan dengan kaca mata iman dan taqwa. Insya Allah SELAGI MANA NIAT KITA KERANA ALLAH, DIA SENTIASA KAN MEMBANTU..

p/s: Azam ana tahun ini, ana mahu menjadi lebih matang, dan lebih serius dalam bidang penulisan. Umur hampir menginjak ke angka 21, seharusnya dah nampak apa yang mahu dilakukan pada masa hadapan. Insya Allah ana dah tahu apa yang ana mahu lakukan. Banyak. Yang pasti ana mahu keredhaan Allah dalam setiap perkara yang ana lakukan. Mohon pembaca sekalian doakan tercapai cita-cita ana dan ana doakan para pembaca sekalian tercapai hajat tahun 2012 ini. Mintalah yang terbaik disisi Allah. Tapi yang pasti, pastikan dahulu anda tahu apa yang mahu anda capai tahun ini! Ameen.. INSYA ALLAH.. ^^,

Saturday, October 8, 2011

HIMPUNlah wahai umat Nabi Muhammad

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ya muslimun.  Aku naik saksi Bahawa Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.



Aina anta? Aina muslimun??! - Ana petik dari petikan video palestin. Ya, Dimanakah kamu kaum muslimin? Tatkala umat kita dilanda kemurtadan? Umat kita dilanda kerosakan aqidah yang teruk? Siapakah sahaja yang berani bersuara? Melainkan banyak suara-suara ‘langau’ yang hanya merosakkan lagi keadaan.  Malah lebih dungu lagi, isu ini dipolitikkan. Siapakah yang benar-benar faham betapa besarnya kerosakan yang dibawa dengan fenomena ini?

Tolonglah..jangan dikatakan isu murtad ini, adalah isu hak asasi manusia. “Dia nak keluar dari Islam, itu hak dia” Jika anda berfikiran seperti ini, melonjak-lonjaklah kaum penentang Nabi Muhammad, kerana mereka Berjaya mendoktrinkan paradigma anda dengan liberalisma.

Disinilah ana menyeru, berhimpunlah wahai umat Nabi Muhammad! Demi menunjukkan kesatuan dan permuafakatan kita terhadap penyelewengan terhadap isu-isu agama. Jika non-muslim boleh bersatu menentang hukum hudud, kenapa kita umat islam tidak boleh bersatu, menunjukkan keengganan kita untuk tunduk dengan kehendak mereka?

Marilah kita sama-sama menghadiri  HIMPUN ini.


Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

+ Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

+ Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

+ Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

+ Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

+ Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

+ Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


Anda sayangkan Islam? Adakah anda ingin merasai betapa manisnya nikmat iman?


Bukankah salah satu tanda anda sedang merasai nikmat iman ialah apabila anda merasai betapa bencinya anda membuat maksiat seprti bencinya anda kembali ke kekufuran? Ayuh kita maju wahai umat!


p/s: Selain daripada menunujukkan sokongan kita kepada perkara-perkara ‘besar’ ini, jangan dilupa tanggungjawab kita kepada hal-hal ‘kecil’. kita meninggalkan solat subuh, tapi berapi-rapi ‘menunjukkan tanda protes’. Itu ibarat menulis tanpa dakwat. Menulis sungguh-sungguh, tapi langsung tiada kesan pada kertas. Kita berapi-rapi tapi tiada kesan pada umat. Muhasabah.

cinta salah 'parking'


Salam’alaik.. bertemu lagi kita dalam kebahagiaan. Bahagia? Insya Allah kita dalam kebahagiaan jika kita terus menjadikan Allah sebagai matlamat utama kita. Kerana apa? Kerana Allah adalah Tuhan kita yang sangat Maha Penyayang. Dia menjadikan kita tanpa meminta apa-apa balasan. Tetapi alangkah dungunya kita jika dengan nafas yang diberi ini, sesingkat sekelip mata kita penuhi dengan berbuat maksiat. Alangkah ruginya!

Coretan kali ini masih mengenai cinta.  Cinta salah ‘parking’.  Analoginya seperti ini, pernah tak ketika anda memandu, anda mahu meletakkan kereta anda, tiba-tiba kawasan tu sudah penuh, Cuma ada satu tempat kosong yang jelas-jelas tercatat “ CEO”. Masa itu anda terdesak kerana anda mempunyai satu urusan yang sangat penting, maka tanpa berfikir panjang anda terus ‘parking’ disitu. Tak berapa lama kemudian, ketika anda datang semula anda lihat kereta anda ditunda (jika CEO tu memang seorang yang strict). Tidakkah itu sadis? Samalah jikaanda bercinta-anda rasa terdesak untuk bercinta, pasti anda terjebak dengan cara malahan bukan pada tempat yang betul. Pastilah hujungnya cinta anda juga akan ‘ditunda’ dengan paksaan. Fahimtum?

“Larh, awak ni, pasal cinta lagi! Bosanlah! “

Erm, jawapan ana, betul ke awak bosan? Ke awak buat-buat bosan? Cuma kali ini post kali ni ana tulis berdasarkan rasa kecewa dan ada sedikit perasaan marah, kerana akhir-akhir ini, ramai sangat yang menggunakan medium Facebook sebagai jalan meluahkan rasa cinta mereka krpada manusia yang fana ini. Tak percaya? Sila lihat ayat-ayat dibawah,

♥ awak marah ♥ saye diam ♥ ♥ awak merajuk ♥ saye pujuk ♥ ♥ awak mengadu ♥ saye dengar apa yang awak nak katakan ♥ ♥ awak dah habis kredit ♥ saye share topap ♥ ♥ awak cakap rindu ♥ saye jumpe awak ♥ ♥ awak cakap nak pergy jalan-2 dgan kawan awak ♥ saye izinkan ♥ ♥ awak nak chek henfon saye ♥ saye bagi sebab saye tak takut ♥ ♥ awak cakap nak hati saye ♥ saye bagi sebab ♥ ♥saye hanye milik awak ♥ saye buat ape je untuk awak ♥ ♥asalkan awak tak tinggalkan saye ♥ ♥ SEBAB SAYE SAYANG AWAK ♥

Lagi satu bagaimana jika sang pria menghantar post dibawah kepada sang ceweknya


Wah, tolonglah..ana naik muak dan geram dengan pe’el-pe’el seperti ini. Tolonglah..tolonglah..kerana post anda membuatkan orang lain berasa jelik. Mahu bercinta, bercintalah jika anda tiada sekelumit pun perasaan cintakan kepada yang lebih Agung daripada anda mengagung-agungkan cinta anda yang sebenarnya ‘tersalah parking’ tu.

Selain anda membuatkan orang lain berasa jelik, anda malahan mengajak orang lain berbuat maksiat secara terang-terangan. “ Eh, bila pulak aku ajak orang lain?”. Jika jawapan anda seperti itu, memang confirm anda tak belajar psikologi. Tahukah anda, seseorang menghabiskan masa hampir  satu per lima dalam sehari untuk meninjau-ninjau status facebook kawan-kawan lain? ( berdasarkan pemerhatian). Bayangkan jika dia ada dalam 300 orang dalam senarai kawan-kawan,hamper 10 peratus post status yang jiwang-jiwang. Bukankah itu akan mempengaruhi emosi dan mental seseorang? Soalan-soalan berikut mahu atau tak mahu pasti akan timbul

“ Macam best jer tengok orang lain sayang-menyayangi”

“Normalkah aku tak ada pasangan? Rasa cam abnormal pulak aku tak ada pasangan”.

Nampak tak sekarang? Tanpa sedar anda mendorong orang lain melakukan hal yang sama. Astaghfirullah hal’adzim, tanpa sedar juga andalah punca dan penyebar maksiat-maksiat itu. Paling besar, maksiat hati. Anda sedang mengajar orang lain berbuat maksiat.

Dari sudut lain, tidakkah anda berasa malu maksiat yang sepatutnya adalah aib perlu ditutup malah disimpan rapi, anda ‘telanjangkannya’ secara terang-terangan? (Maaf, agak kasar menunjukkan tanda protes amat sangat). Malahan, Allah juga telah menutup aib-aib anda daripada diketahui ramai. Tetapi dengan ‘akal yang waras’ anda telah membukanya tanpa sekelumit perasaan malu apatah lagi berdosa.

Lagi sekali, ana berseru! Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah sedar.. kehancuran apakah yang anda sedang sebarluaskan! Orang diluar ramai lagi yang rapuh imannya..anda tambah lagi dengan kononnya nikmat ‘cinta plastik’. Kurangkanlah aktiviti anda itu. Jangan letak gambar yang tidak senonoh. TAKUTLAH PADA ALLAH!

kesan cinta salah 'parking'. Hati mudah berubah.
Adakah anda benar-benar bahagia ’she chose you’? Jujurnya ana tak bahagia jika ‘penyakit’ seperti ini menular dalam masayarakat bahkan dalam kawan-kawan terdekat.

Bercintalah, tapi biarlah cinta anda itu, anda parking di tempat yang betul. Insya Allah tak ada orang marah kalau anda parking ditempat yang betul. Kotak parking tu pula diibaratkan sperti batas-batas syaria’at. Jangan terkeluar atau masuk kotak orang lain, nanti orang lain marah!


p/s: Post ini adalah untuk peringatan untuk diri sendiri juga dan atas dasar rasa perlunya kita saling ingat-mengingatkan. Jika ana terkasar bahasa, anda terguris jiwa, sama-samalah kita perbaiki diri. Baiki diri untuk mengecap manisnya bahagia dan merasai bahagianya bercinta di tempat 'parking yang betul.