Saturday, November 30, 2013

Habib Umar : Ulama tradisional berjiwa kontemporari

Ayuh mengenali Habib Umar,
jalur keturunan Rasulullah di zaman fitnah ini..

Habib Umar dilahirkan di Tarim, Hadramaut salah satu kota di Yaman yang menjadi sangat terkenal dengan ramainya alim ulama yang dihasilkan selama berabad-abad lamanya, pada 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963 M. Nasab beliau bertemu keturunan Rasulullah melalui Hussain bin Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib.

Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.
Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan beliau juga menghafal banyak teks dan matan dalam ilmu Fiqh, Hadith, Bahasa Arab dan berbagai-bagai lagi cabang ilmu lain.

Setelah ayahnya syahid ditangkap komunis, beliau meneruskan legasi perjuangan yang ditinggalkan ayahnya dengan mula membuka kelas-kelas bagi golongan muda mahupun orang-orang tua di masjid-masjid setempat dimana ditawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.

Tiada satu pun yang tertinggal dalam usahanya untuk memperkenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w dalam hati manusia seluruhnya. Kelas-kelas dan majlis didirikan, pengajaran dimulakan dan masyarakat dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkan dirinya sentiasa kekurangan tidur dan istirehat.

Namun usaha beliau mula menunjukkan hasil yang besar apabila manusia tersentuh dengan ajaran yang disampaikan beliau, terutamanya para pemuda yang sebelum itu terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan sia-sia, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka akhirnya sedar bahawa hidup ini memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentiti baru mereka sebagai Muslim, mengenakan serban dan selendang (rida') sebagai cara pakaian umat Islam dan mula menumpukan perhatian mereka demi meraih sifat-sifat luhur dan pekerti mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Mengenali dan mencintai para ulama adalah satu manifestasi kecintaan kepada Rasulullah kerana merekalah pewaris golongan anbiya'. Wallahu'alam..

Jangan lepaskan peluang, save the date! Subhanallah!


program terdekat

senarai program habib umar di Malaysia

Sumber dipetik daripada: darul murtadza

Real ingineous, satu mimpi buruk.


Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguasai hari pembalasan dan selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Selamat berbahagia wahai pembaca yang dikasihi.
 Tett, skema..hehe.
.
Topik yang saya mahu bicarakan ini, topic yang serius. Tiada yang serius melainkan yang serius semata. Pengalaman yang bagi saya, adalah pengalaman yang pahit yang saya pernah lalui selama usaha saya mencari kerja.

Kata sahabat saya, “Orang yang bijak adalah mereka yang belajar dari pengalaman orang lain’. Benar wahai sahabat. Jadi pengalaman saya ini cukuplah dijadikan iktibar oleh orang lain, tak perlu lalui apa yang saya lalui.Walau sebenarnya saya ni hanya penambah koleksi si  pemangsa Real Ingineous. (anda google nama Real Ingineous, PASTI anda akan jumpa beberapa page khas yang mengecam syarikat ini –malangnya macam manalah saya boleh tak jumpa pada waktu kejadian).

Real ingineous Sdn Bhd. Kedengaran satu syarikat yang gah. Kedudukan pejabatnya di Menara UOA,Bangsar seolah mengukuhkan pandangan tersebut. Padahal ia hanyalah satu fatamorgana bagi mengaburkan mangsa. Mangsa yang naïf terutamanya freshgraduate seperti saya.

Menara UOA, Bangsar


Saya mengetahui jawatan kosong ini melalui akhbar Metro, di ruangan jawatan kosong. Dengan tawaran yang sukar ditolak sebagai eksekutif tadbir dengan gaji antara RM2000-2800. Berikut seperti yang di iklankan di harian metro. (menurut sumber lain, ada juga diiklan di Star, DLL)

IMMEDIATE VACANCIES
ADMIN EXECUTIVE
ADMIN ASSISTANT
RM2200-RM3000 RM1800-RM2000

REQUIREMENTS:
-Diploma/ Degree in any fields
-Fresh Graduate are encouraged to apply
-With/ without any experience
-Willing to learn new things
-Immediate Starter
-Preferably age below 30
……………………………………………………………..
BENEFIT:
-Career Advancement Opportunities
-Yearly Bonus
-5 days a week (INDOOR)
-Annual leave and Annual dinner
-Company Trip (local / overseas)
-Easy access to public transport

Pekerjaan sementara sebagai kerani di syarikat kecil dengan gaji RM800 sebulan dan bekerja 6 hari seminggu membuatkan saya tidak betah dengan kelulusan degree yang saya miliki. Tanpa berfikir panjang, saya meletakkan jawatan sebagai kerani dengan notis 24 jam selepas menerima panggilan dari Real Ingineous mengatakan saya diterima bekerja di syarikat itu sebagai pekerja tetap dengan expected salary saya : RM2000. Bagi saya, sudah tentu itu satu jumlah yang besar bagi freshgrad seperti saya. 

Ya, saya sudah jatuh ke jerangkap samarnya walaupun mereka mengatakan sebelum diterima kerja sebagai staf rasmi mereka akan mengadakan perbincangan selama 7-8 hari sebelum offer letter dikeluarkan. Saya bersetuju dengan syarat itu. (Padahal 7-8 hari itu sebenarnya masa untuk diorang menipu supaya kita betul-betul tertipu –Yalah masa untuk meyakinkan apa yang mereka buat sebenarnya benar belaka).

Maka bermulalah pekerjaan saya sebagai Financial Analyst/Advisor (konon-kononnya) walaupun ia sesungguhnya sangat lari dari bidang saya, psikologi dan computer. Hari pertama itu saya diterangkan kerja asasi and  staff benefit. Saya mula berprasangka, apabila manager tidak memperkenalkan company sepertimana apa yang akan dilakukan oleh syarikat-syarikat lain. Terus sahaja kepada bidang kerja, dan manfaat pekerja. (Untuk kita tertarik betapa hebatnya ganjaran yang akan kita miliki jika bekerja dengan mereka –contohnya trip ke pulau-pulau, pastu manager tu pun cerita tahun lepas diorg buat trip ke Europe –termasuk lah ke London and Paris, tapi bila cerita psl France, bole plak dy tanya, France tu dy pentingkan bahasa sendiri kan? Dalam hati saya, eh-eh awak yang pergi Tanya kita pula, saya jadi musykil sebab sememangnya saya ambil pengajian bahasa Perancis semester akhir yang lalu). Sah-sah Nampak dia menipu. Entah macam mana mata saya masih buta.

Dua tiga hari kemudian, kerja kami adalah menganalisa turun naik mata wang USD dan GBP (pound sterling)-istilah yang mereka gunakan adalah kerja kita ini ialah currency investment. Mereka ‘menyembunyikan’ istilah sebenar FOREX –foreign exchange. saya pernah mendengar FOREX ini telah diharamkan oleh Ulama –tetapi istilah yang mereka gunakan ‘currency investment’ menyebabkan saya masih tidak sedar saya terlibat dengan sesuatu yang diharamkan oleh Islam. Apatah lagi pada masa tu forex pun tak tahu menatang apa. Astaghfirullah. Jujurlah kalau saya tanya kat kawan-kawan majoriti semua tak tahu apa itu forex melainkan mereka yang memang suka bisnes/investment. Macam mana satu tahu dan sedar? Ikuti selanjutnya..

Disebabkan kerja saya ini adalah untuk pelaburan, kami pun diarahkan untuk mencari client sekurang-kurangnya seorang client jika mahu gaji meningkat sehingga RM7000 sebulan dengan tawaran ‘eksekutif’ konon-kononnya. Ya, bahagian ini lah saya terasa betapa jahilnya saya. Allahurabbi. Dan target klien tu ialah ahli keluarga sendiri. Untuk memulakan pelaburan ini kata mereka kita perlukan capital (modal) 160k. Kata mereka, yalah ahli keluarga merupakan yang terdekat dengan kita, pasti orang yang terdekat itulah kita mahu mereka senang dan peroleh kebaikan dari pelaburan ini. Jadi mereka akan bertanya hari-hari adakah kita sudah bercerita mengenai pelaburan ini kepada mak ayah, kadang-kadang saya rasa seperti dipaksa (sebenarnya memang dipaksa pun dengan cara yang halus).

 Disebabkan tekanan inilah setiap malam saya akan bercerita kepada mak dan ayah tentang pelaburan ini. Kadang-kadang gilir-gilir antara mak dan ayah. Dan ada satu malam itu, abang dan kakak pun dating ke rumah, dengan mereka pun saya bercerita kepada mereka, tentang pelaburan ini. Kakak awal-awal lagi, kata ‘no investment please, its all fake’. Saya pun kata, “orang yang rugi dalam pelaburan tu sebab diorang takda strategi cane nak buat keuntungan dengan currency investment”  dengan yakinnya. Ah bodohnya saya masa tu.

 Abang saya lebih bersikap terbuka. Saya terangkan kepada abang bagaimana nak tahu currency itu akan jatuh atau naik, iaitu melalui ‘long leg/long head, garisan SO dan RO, double top,etc), jadi bila currency tengah rendah, beli, bila currency turun jual. Abang lebih banyak mendengar. Abang sebenarnya teruja. Pastu abang pun cakap,

 “yang kau buat ni forex sebenarnya, abang penah buat, tapi asyik rugi, sebab tak tahu bila dia naik, bila turun, takpa kau belajar je dulu, nanti dah expert ajarlah” saya pun,

“eh forex eh, manager kata ni currency” sambil pandang muka kakak ipar seolah minta pengesahan.

Kakak ipar pun seolah tahu, dia pun cakap “ Forex la tu.” Saya terlongo. Abang sambung lagi.
“Sebenarnya forex ini banyak isu dari sudut syari’ah”.

“Contoh?” soal saya dengan sungguh tak berpuas hati. (jangan contohi sikap ini huhu).

“Sebab keuntungan yang diperolehi tak ada barang sebagai komoditi salah satunya. Kau nak tahu yang lain, kena cari sendiri la, sebab abang pun tengah cari jawapan lain.” Jawab abang.

Saya betul-betul jadi penasaran malam tu. Saya google semua pasal forex. Terkedu. Betapa banyak perbahasan yang dah dilakukan oleh ulama mengenai isu ini, bermula tahun 2008. Lima tahun sudah. Ah, jahilnya saya. Saya bertanya lagi kepada senior saya kebetulan dia sedang mengambil jurusan ekonomi di peringkat master. Beliau juga mengiakan, pekerjaan saya itu terlibat dengan gharar, ketidakpastian –dimana sumber pendapatan boleh menjadi haram. Saya terduduk, tak percaya. Kecewa sumpah kecewa.

Senior menenangkan saya, dia kata,

“tak apa belajar je benda tu, Dia macam orang yang belajar sihir, belajar bukannya untuk amal. Cukup sekadar tahu kenapa benda tu diharamkan.” Allahurabbi =,)

Pagi esoknya, saya muntahkan segala persoalan saya kepada manager, persoalan tiada barang dalam dagangan- ‘kata mereka mudah sahaja, dalam pelaburan ni tiada yang halal, contoh macam ASB, tiada barangan tetapi tetap dpt kenaikan dividen tu, pasal pelaburan ni macam hal bank dulu, dulu mana ada Islamic bank, orang nak tak nak tetap kena guna konvensional bank untuk simpan duit dengan selamat. Macam tu la dengan pelaburan ni, tak ada Islamic investment, jadi kita tiada pilihan”.

Dalam hati saya “ Kita ada pilihan sebenarnya, pilihan untuk tidak terlibat dengan benda haram”. Kita bagila persoalan apa pun, mereka (manager-manager tu)akan kilas dengan muka toya mereka.

Akhir sekali mereka nak bagi offer letter,tiba-tiba teringat pesan abang suruh tengok lesen syarikat dulu, jadi saya pun mintalah. Jawapan manager, “kalau awak sampai investigate kompeni ni, macam mana awak nk seronok keje kat sini, sebab awak tak yakin dengan kami, kalau macam tu awak ada pilihan dengan tidak bekerja dengan kami. ” (Ceit, dia berdolak-dalih).

Balik hari kelima tu, saya berpakat dengan rakan sekerja supaya jumpa dibawah, kami sudah mula rasa tak sedap hati- kedua-dua kami menolak untuk sign offer letter tu, bayangkan sepanjang lima hari kami bekerja, kami tak ada masa untuk bertanya no telefon, sebab 24 jam kena berkepit dengan manager. Pergi ke tandas pun ditemani manager! Ini namanya gila..

Masa bertemu dengan kawan tu, baru kawan tu tunjukkan mesej daripada kawan dia, kompeni tu dah kena blacklist dengan Bank Negara Malaysia. Kawan saya sudah menjadi tak tentu arah, mengenangkan hidupnya di perantauan tanpa pekerjaan. Dia orang Sarawak, merantau di KL untuk mencari rezeki, tetapi tidak disangka hidupnya ditipu begini. Saya terdiam. Moga Allah permudahkan urusan dan pelihara rakan sekerja saya itu.

Jujur, sampai sekarang  bila saya terkenangkan perkara itu, hati saya membara.  Mengenangkan wajah-wajah konon-kononnya ‘senior manager’ – ILA, JULIA, IRENE, NIDA, BRYAN,dll (saya tahu mereka menggunakan nama samaran) yang sedang berseronok dengan pekerjaan mereka menipu orang hari-hari, Allahu. Mengenangkan pula betapa bodohnya saya hari-hari mengajak ibu bapa supaya invest dengan modal 160k sehingga mereka bercadang untuk refinance rumah, satu-satunya harta yang kami ada – saya sumpah menyesal dengan tawaran ‘dunia’ mereka. Moga Allah mengampunkan saya.

Saya tahu akaun saya akan dihack oleh mereka si ‘jutawan penipu’. Tapi ini kebenaran yang perlu saya sebarkan, jangan orang lain tertipu seperti saya.

Saya Cuma berharap- manager-manager yang cantik bertudung berperwatakan muslimah, supaya bertaubat –kembali ke jalan yang benar. Allah itu Maha Penyayang, tetapi Allah juga Maha Keras seksaannya. Kembalilah ke jalan yang benar selagi masa masih ada. Yang bukan islam juga moga-moga Allah mmberi hidayah kepada mereka. Saya tahu masih ada fitrah kebaikan dalam hati mereka, bilamana mereka pernah bertanya,

“Apa yang menyebabkan awak boleh ada turning point dalam hidup untuk pakai tudung camni (bidang 60)? Saya direct dengan mereka, saya jawab bila saya pasti saya akan mati pada bila-bila masa..” Harap-harapnya mereka juga akan sedar mereka juga akan mati dan bertaubat.

Allah itu Maha Melihat, Allah mengetahui setiap urusan hamba-hambaNya, Allah juga melindungi hamba-hambaNya yang Dia kehendaki.

Pengajaran yang cukup besar untuk saya, saya beristikharah sebelum saya memilih pekerjaan. Allah tak mensia-siakan hamba-hambaNya yang berserah setiap urusan kepadaNya. Dan Allah mentakdirkan saya melalui pengalaman pahit ini.

Benar ia pengalaman buruk, tetapi Allah menjauhkan saya dari terlibat dengan perkara yang lebih buruk lagi. Dan saya sangat bersyukur untuk itu. Alhamdulillah ya rabb =’).

Kata ayah, “ Kau perlu kukuhkan tauhid lagi kepada Allah, sesungguhnya Dialah yang Memberi rezeki kepada hamba-hambaNya”.

*Mata masuk habuk.


Bukti lain- 








Saturday, October 19, 2013

Tarbiyah hati..

 Bismillahirrahmnirrahim..

Kisah ini saya tulis 2 tahun lalu, semasa saya berada di tahun dua pengajian. dan ini adalah antara karya yang paling saya suka sebab ia menggabungkan elemen sains kognitif dan emosi dalam mempertahankan cinta kepada Ilahi. Yang penting kisah ini tiada kaitan antara hidup dan yang sudah meninggal dunia. Selamat menikmatinya =)

Seusai solat maghrib sebentar tadi, Nisa cuba merehatkan tubuh dengan bersandar di dinding berhampiran. Segumpal nafas yang terasa bergumpal di dada dilepas perlahan.  Fikirannya kacau. Hatinya tidak menentu. Lafaz istighfar laju bermain di bibir. Tersenyum hambar mengingati hari-hari yang dilalui. Allah, ampunkan aku.. Aku insan berdosa..berdosa sekali ya Allah..

Nisa 1: Assalamualaikum..Apa khabar hati..?

Nisa2: Waalaikummussalam..Alhamdulillah..hati? erm.. terasa semakin sembuh.. tapi kadang-kadang tiba-tiba terasa ‘sakit’.. Entahlah..

Nisa 1: Sakit? Awak tak jaga hati betul-betul? Awak tak bagi dia makanan berkhasiat?

Nisa 2: Awak marah? Minta maaf.. saya terlalai menjaga hati.. Saya terlalu sibuk menguruskan akal. Akal terlalu sibuk. Banyak bahagian yang harus selenggara. Kotak memori saya belum mampu menyusunnya kembali di tempat-tempat yang betul. Cebisan-cebisan fakta masih belum sempat saya letak di bahagian frontal lobe.  Formula-formula matematik belum sempat saya cerna, bahagian otak kiri, system dia tergendala sebentar. Akhir-akhir ini, apabila akal sibuk mencerna falsafah, dia terlupa kemampuan dirinya, sampaikan akal dah tak mampu menanggungnya. Kesannya pada jasad. Kasihan jasad. Berhari-hari dia tidak mampu bangun kerana termuntah-muntah.

Nisa 1: Awak hidup tak seimbang.(tuduh Nisa 1 melulu)  Dimana Allah di hati awak? Ke awak letak kat akal?

Nisa 2: Sampai hati awak. Hancur hati saya awak kata begitu. Allah itu yang pertama dalam hidup saya. Allah sentiasa di hati saya. Akal saya hanya alat untuk saya mencapai Dia.

Nisa 1: hah, tahu pun.. akal itu hanya alat. Bukan matlamat.  Tapi kenapa awak sibuk dengan alat sampai awak lupakan matlamat? ...........Hati hancur..? haha.. bukankah awak kata tadi hati sakit? Sekarang dah hancur?

Nisa 2: (raut muka berubah sebak hampir-hampir menangis)..  Saya hanya ada Allah. Hidup saya hanya untuk Dia. Cinta saya pada Dia. Rindu saya pada Dia. Tapi..tapi... hati..hati.. dia tak begitu. Akal saya mencari Allah. Tapi hati, dia sibuk menyebut manusia.  Saya benci. Benci keadaan ini. Sebab itu saya sibukkan dengan akal. Akal dan hati sudah tidak seiring. Sudah tak berpadu. Sukar untuk bersatu. Untuk mencari Dia yang Satu. Tapi sekarang akal bergerak pantas, hampir setiap waktu masanya terisi. Tapi hati.. dia ditinggalkan, akhirnya dia lemas dalam kesepian. Tenggelam.. sesekali timbul menghulur tangan memohon ihsan sang akal. Tapi akal tak mampu membantu.. Kerana raja kepada jasad bukan akal tapi hati. Hati harus membantu dirinya sendiri.

Nisa 1: (raut wajah berubah menjadi kasihan).. Apa yang terjadi pada hati sebenarnya? Oh, hati berlipur larakah dikau di sudut sendiri? Marilah bermadah akan dukamu itu.. Mana tahu kami kan dapat membantu..

Nisa 2: Hati..hati..dia sedang berduka cita. Tersangat berlipur lara. Sang arjuna tidak memunculkan diri. Walau diseru sekian kali. Lama dia menanti. Sampai menjeruk rasa dan meminggirkan diri. Sudah dipujuk berkali-kali. Tuhan itu sentiasa disisi. Bahkan sebelum ini, cinta hati hanya pada Sang Khalik. Tapi sudah fitrah hati ingin dicintai dan dimiliki makhluk bernama lelaki. Aduh kasihan sama diri.. Oh Allah, tolonglah selamatkan hati!

Nisa 1: Benarkah hati? kerana makhluk bernama lelaki kamu jadi begini? Kamu dan akal sampai berpisah sendiri-sendiri?

Nisa 2: Jawablah hati..jujurlah pada diri.. jasad dan akal sedang menanti.. hati.. hati jawablah bahawa kamu memang sedang merindui seseorang, sampai jasad kadang-kadang tak mampu mengawal empangan air mata. Walaupun kamu cuba menipu akal supaya bergerak sendiri. Tapi kamu bertiga punya pertalian terpatri. Tidak akan ada yg mampu dapat membohongi walaupun insan yang disayangi. Hati, sungguh dia sudah terjatuh. Jatuh cinta.  Pada insan yang belum layak lagi dimiliki. Itu punca dia bersedih hati. Itu sebab dia menjarakkan diri.

Nisa 1: (Bagaikan tidak percaya). Hati.. kamu sudah jatuh cinta? Pada lelaki ajnabi? Astaghfirullah.. bertaubatlah hati. Sungguh Allah mengetahui.

Nisa 2: (Sebak pecah menjadi esakan kecil).. Sungguh, hanya kepada Allah aku memohon ampun. Kerana tidak pandai menjaga hati. Hanya kepada Allah aku berserah diri. Hati.. bangunlah hati.. siramkan dirimu dengan keyakinan pada Dia. Kasihan akal, dia tak mampu sendiri lagi. Doronglah akal wahai hati. Jasad pasti gembira jika kamu bersatu kembali. Hati, jangan disebut namanya lagi. Akal, jangan bantu hati menggambarkan wajah si dia. Jangan pancarkan segenap fakta tentang dia. Jangan aktifkan amygdale walaupun hati merayu berbuat demikian. Jangan sesekali kasihan pada hati. Jangan berkompromi tentang maksiat!

Nisa 1: Kasihan hati.. berduri perjalanannya. Adakah si dia tahu hati jatuh cinta pada dia?

Nisa 2: Hati masih menangis. Sungguh-sungguh hati menyimpan rahsianya. Hati tak mahu terlalu ikutkan dirinya. Dia perlukan bantuan akal. Supaya akal bisa membiaskan sedikit rasional pada hati. Hidup berkeluarga tak mampu dijaga hanya pada perasaan pada hati. Perlu tanggungjawab pada kewarasan akal. Tetapi kadang-kadang serasa akal menang dengan menidakkan hubungan cinta pada hati untuk membina keluarga yang mawaddah. Lihat sahaja berapa ramai golongan pemuda, yang binasa kerana ikutkan rasa, yang mati kerana ikutkan hati. Perlu ‘rasional’ yang beragama dalam memilih pasangan, itu kata akal. Hati hanya mendiamkan diri.

Nisa 1: Hati.. jangan merajuk lagi.. jawablah, pertahankan dirimu..

Nisa 2: (Jauh termenung: sedang berbicara dengan hati) : Hati itu raja. Baik hati baiklah seluruh jasad. Dari hati akan mempengaruhi akal. Hati mampu mengubah perlakuan, tetapi akal tak mampu. Akal hanya alat. Alat untuk menyampaikan apa dari hati. Seperti satu saluran yang sambung-menyambung. Manusia yang hanya tahu menggunakan akal, hanyalah manusia yang tahu. Manusia yang menggunakan hati, dia menjadi manusia yang faham. Kerana dia pandang dengan mata hati. Kekhalifahan dan ke’abid’an seseorang itu terpancar apabila dia menggunakan hati. Bukan seperti akal, manusia itu tahu, kerana dia mempelajarinya, tetapi dia tidak faham apa hikmah di sebalik ilmu tersebut. Jadi ilmu itu lapuk dek kerana tidaak diamalkan. Tidak seperti hati, semakin dia belajar semakin terpancar ‘nur’ di wajahnya.

Nisa 1: Wah, dah jauh tersasar. Hati, Apa kaitan awak dengan membina keluarga mawaddah? Pentingkah cinta yang digalas pada awak untuk berhubung hubungan harmoni?

Nisa 2: Hati mengeluh. Dia masih perlukan akal disisi. Hati sudah jatuh cinta. Cinta pada manusia yang fana. Jika benar dengan si dia, hati berdoa agar dia menjadi yang hakiki di dunia sana. Tapi masih Allahlah cinta hati yang abadi. Tanpa hati yang punya rasa cinta, hubungan akan jadi hambar, walaupun kamu bergerak dalam jalan dakwah. Perjalanan kamu merintang kerana kamu tak punya kesatuan hati. Bergerak ibarat robot tidak punya perasaan sayang dan hambatan saling kerinduan. Hati kamu berdua seiring menuju Allah, tapi jalan kamu berbeza langkah. Perang dingin mulakan tercipta kerana kamu tidak berbagi rasa.hati.. hati! Sudahlah.. jangan diteruskan lagi.. Pasti aku kan berbelah bahagi.. Oh, tuhan.. tunjukkan ku jalan..

Menjadi muslimah seperti ini adalah impian setiap wanita Muslim


Nisa tersandar kelelahan.. perang jiwa yang tak berkesudahan. Perlahan ditanggalkan telekung, menuju ke bilik air. Azan isyak sudah berkumandang, Nisa memperbaharui wudhuknya. Azamnya untuk melazimkan istikharah setiap malam, supaya hati dan akal berganding kembali, supaya jasad mampu mengukir senyum, supaya hati bisa tenang dalam jawapan ilahi. Tiba-tiba hatinya terdetik, alangkah bahagianya jika dia diberi cinta seperti Rabiatul Adawiyah kalau tidak pun seperti Syed Qutb. Hati dan jiwa mutlak hanya milik Dia Sang Pemilik Cinta!

25 November 2011, Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.






Hatiku pedih kerana rindu..


Assalamualaikum wbt.. sahabat pembaca yang sedang berbahagia di bawahan limpahan rahmat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan sekalian alam..

Seperti biasa saya mulakan entry saya dengan cerita. 
Cerita yang bertajuk “Bila bertemu orang baik, mudah kita bersangka..”

"Hipokrit je dy ni.. percayalah kebaikan dy takkan tahan lama"

dan kita spend a few hours dengan dia. Terpaksa.

ketika berjalan bersama dia, wajahnya tetap dengan senyuman.

Tak kira kpd tua atau muda. Pasti, cuma untuk  yg sesama gender.

Berjalan lagi, dia belum menjamah apa-apa makanan sejak pagi.

Di tangannya cuma ada beberapa keping biskut Munchy's untuk mengalas perut yang lapar. Dihulur juga biskut itu kepada seorang kanak-kanak yg merenungnya sejak tadi.
Ditekan perut yg lapar, memujuk supaya tidak mogok.

Kita jeling sekali.

Di dalam train. Kakinya sudah melemah. Dia melepaskan lelah di temput duduk. Tak sampai 5 minit duduk, seorang wanita berusia masuk. Diserahkan tempat duduk kepada wanita tua itu. 1 jam perjalanan, dia masih tersenyum.

Kita menjeling lagi.

kau ade??


sampai di stesen, dia melangkah pantas. mengejar masa. beratur untuk mendapatkan coin di lrt pula. 

Orang hadapan terkial-kial. Mungkin pertama kali. Tanpa berprasangka, dia menghulur bantuan. Sambil tersenyum.

Lagi-lagi kita jeling.

tiba-tiba "awak penat ea, sian awak.. meh saya bawakan beg awak.. "
Beg yg dibawa sudah berkilo-kilo. Beg kita yg ditangan diraih dengan segala upaya.

Kita. Nanges.


Benar. Hari ini entah bagaimana.. air mutiara jatuh menitik dipipi tatkala di sujud rakaat terakhir.. Cukup kalimat sepintas lalu yang saya baca di sebuah blog “Hatiku sakit kerana rindu”.. Bait kata itu terlalu menusuk untuk perempuan seperti saya- bila air mata sahaja mampu jadi bukti bicara yang bisu. Rasa ‘sakit’ rindu yang terlalu mendalam yg disimpan bertahun. Terlalu rindu - kepada hikmah kebaikan. Rindu kepada tarbiyah. Rindu kepada sentuhan murabbiah. Sentuhan akhlak dan kata-kata yang cukup menusuk untuk meruntuhkan ego yg kian menongkat langit. Allahurabbi.

                Apabila bersendirian, mudah sahaja Sang Penderhaka Pertama (syaitan laknatullah), menunggang hawa nafsu yang sudah lama tidak diikat dengan mujahadah dan taqarrub ila lLah. Hati ini menangis lagi. Kadang-kadang terasa biarlah berteman air mata ini sebagai bukti penyesalan untuk dibawa di hadapan Allah kelak. Persoalan –adakah benar diriku ini tertapis daripada jalanNya selalu mengasak diri. Lemas dan kelam. Bila futur benar-benar memberi salam di muka pintu.

 Melihatkan ramai orang masih boleh menghadiri ilmu dalam jadual yang sangat padat, menghadiri program kemasyarakatan untuk memperkukuhkan silaturrahim, bisa bermuzakarah tentang isu-isu genting dalam mempertahankan agama  -tetapi kenapa bisa aja hati ini masih keras membatu, mengasingkan diri membawa haluan sendiri –terus-terusan terasing dari bicara tentangNya? Bahkan bicara sesama manusia itu bertukar dari bisikan kasih sayang kepada jeritan dan kerutan benci kerana hati tidak sehaluan lagi.

Mulut, hati, dan fikiran masih juga bersatu, bekerja memikirkan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan yang besar dalam perniagaan, bagaimana rumah yang akan dibina nanti, selesakah penghuni yang bakal mendudukinya, akan lenakah tidur di tilam yang empuk, bagaimana cara bisa menjadi orang ternama dan bisa dihormati oleh sekalian manusia?

Oh, sedarkah diri bahawa dirimu ini akan dibalut kain putih, dan jasad ini akan hancur dimamah bumi, dan segala-galanya akan dibawa menemuiNya kelak sebagai apa kamu semasa diberi pinjaman nyawa dibumi dahulu? Oh Allah.. kembalikanlah hati yang mencintaiMu..

 Cuma hati ini perlu dipujuk untuk bangkit, harus dibawa ke permusafiran untuk  mencari hikmah kembara –benar-benar seperti – SEKEPING HATI DIBAWA BERLARI.

Di permusafiran, hati akan lebih terbuka untuk menghargai, untuk mengislahkan diri dan belajar untuk mencintai sesuatu sekadarnya. Tidak keterlaluan sehingga menongkah takdir Ilahi.



Di permusafiran ini, hati yang kian dibalut sifat wahan (mencintai dunia), kian tercabut dengan rasa kelemahan diri, ketidak mampuan melainkan bergantung sepenuhnya terhadap pemeliharaan Sang Khalik. Rindu – ya, rindu itu akan kian terungkai ,hati semakin tenang.

 Rindu kepadaNya seolah-olah dibawa angin tenteraNya untuk dikhabarkan bahawa Allah itu sentiasa disisi. Lena dalam dakapan Dia yang mengasihi. Ya, hati ini tidak akan pedih dan sakit lagi. Kebaikan yang sekecil zarah dari orang lain yang kita pandang jengkel itu akan dilihat adalah nikmat  dan betapa besarnya kasih sayangNya kepada hambaNya yang kerdil dan hina seperti kita. Masya Allah!

Oh sahabat, mahukah engkau menemaniku di permusafiran ini?

Di permusafiran inilah engkau kan bisa mengenali siapa aku, dan aku juga bisa mengenalimu dengan erti kata sebenarnya?

Kebaikan yang engkau tunjukkan bisa meruntuhkan egoku yang semakin menongkat langit, bisa membawa cintaku kearah JannahNya – dan bisa membawaku jauh dari fitnah dunia..

Oh sahabat, sudikah engkau..
meleraikan sakitku ini kerana rindu?

“Ya Allah
Ketika aku mencintai seorang sahabat,
tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia ini
tak akan pernah ada sesuatu yang abadi.
Sehingga ketika seseorang meninggalkanku,
aku akan tetap kuat & tegar kerana
aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir,
yaitu cinta-Mu
Ya Allah”..

:: Menangis lagi::





Saturday, September 14, 2013

Buku kuning yang jatuh dari langit



Bismillahirrahmanirrahim..

Satu hari, saya diajak keluar untuk makan-makan kononnya untuk reunion rakan sekelas tingkatan lima. Sudah lima tahun merancang, tetapi rancangan tidak pernah menjadi. Jadi kali ini ketua kelas merancang dengan penuh semangat supaya semua dapat menghadirkan diri. Maklumlah selepas perayaan, jadi masing-masing sedang bercuti sakan. Dengan penuh harapan, supaya kami semua (16 orang) sahaja dapat berkumpul kembali setelah sekian kali.

 Malangnya yang menghadirkan diri cuma empat orang. Ketua kelas juga sunyi sepi apabila dihubungi. Yang hadir itu pula, hanya empat orang termasuklah saya. Kebetulan kami berempat telah bertemu malam sebelumnya semasa rumah terbuka salah seorang dari kami di Bangi. Jadi pertemuan itu tetap diteruskan walaupun kami tersengih cam kerang busuk di Mid Valley. Setengah jam diperlukan untuk memutuskan dimana tempat perut kosong dapat diisi. Akhirnya restoran Dubu-dubu menjadi destinasi. Niatnya kemudian ditukar untuk meraikan seorang sahabat akan pulang semula ke London dan seorang lagi yang bakal menerbangkan diri ke Jepun selama setahun.

Sebelum singgah di Dubu-dubu salah seorang sahabat, mengajak singgah di MPH. Dipautnya bahu dengan mesra, bertanyakan buku apa pilihan hati, yang sesuai untuk dia baca agar masa lapang dapat diisi bermanfaat sekali. Dengan mata bersinar-sinar, terus menuju ke rak-rak buku motivasi. Buku motivasi tempatan sudah pasti, sebab buku penulis motivasi antarabangsa mahal sekali. Tapi entah kenapa, hati terus juga ke arah rak buku antarabangsa, sebab sudah terpaut pada buku Dr Thariq Ramadhan sejak ke Kinokuniya di KLCC bersama abang dua bulan yang lalu. Tapi hanya telan liur apabila melihat harga pada kulitnya.

Bila memikirkan semula sahabat saya itu baru pulang dari London dan syarat buku yang dipinta isinya tidak terlalu berat, saya terus juga di rak buku penulis islamik antarabangsa, puas saya meneliti. Saya yakin poket beliau berisi, memandangkan duit yang sahabat guna itu dalam Pound Sterling. Ditukar dalam wang Malaysia memang jauh sekali. (krik.. krik).. hehe..

Saya fikirkan sekali buku Dr. Thariq Ramadhan itu sudah tidak mungkin. Sebab isinya agak berat. Agak berfalsafah (saya sudah tidak ingat tajuk apa). Kawan itu mengaku buku mengenai Saidina Umar yang saya beri sebelum pemergian ke London pun belum habis dihadamnya kerana penulisannya yang agak berat, katanya. Puas saya fikir, buku apa yang sesuai untuk si cantik manis ini. Sudahlah mengambil ACCA, kalau bagi bacaan yang berat  takut pula nanti ada satu fius neuron terputus. Nau’zubillah. Hehe..

Bacaan yang ringan ye.. Puas otak ini memikir. Sudahnya lama tak ke kedai buku, tak berapa tahu buku terbaru. Sadis. Mata ini melilau kesana sini. Entah mengapa, tangan ini menyentuh satu buku ini. “Reclaim your heart, Yasmin Mogahed”. Buku berwarna kuning berlatarkan musim luruh di Negara empat musim ini sangat menyetuh hati. Pemandangan yang sangat menarik, sama tema dengan blog ini. Tanpa membuang masa saya memanggil beliau, mencadangkan agar beliau memiliki buku ini, memandangkan penulisnya Yasmin Mogahed sudah acap kali singgah di halwa telinga. Dan daripada apa yang saya dengar, Yasmin Mogahed ini seorang ahli psikologi muslim dan banyak sudah tulisan hasil garapan beliau dibentangkan di Malaysia. Sahabat saya dengan senyuman menawan membawa buku tersebut ke kaunter bersama buku-buku lain yang sudah menambat sanubarinya.

Ketika makan di restoran Dubu-dubu (memandangkan kami-kami ni peminat cerita korea dan makanan mereka) kami sambung bersembang mengenai kehidupan masing-masing. Lima tahun tidak bertemu sudah pasti ada cerita yang ingin dikongsi. Cerita wajib sudah pasti berlegar, siapa bakal pasangan dan perancangan hidup masa depan (dan pasti saya tidak mengambil port dalam bahagian tu).. hehe.. Dan beberapa persoalan mengenai politik tanah air, perbezaan ketara antara Malaysia dan oversea dan isu kalimah Allah tetap dibincangkan. Haha, almaklumlah apabila ada critical thinker duduk bersama, isu takkan pernah habis.

Setelah dua jam, mengobrol sudah tiba masanya untuk kami berangkat. Tidak elok anak dara pulang lewat malam. Jam waktu itu sudah menunjukkan 10 malam. Ketika kami di hadapan stesen komuter, saling berpelukan sebelum mengucap kalimah ‘Bye’ dan tangan melambai pergi, kami sudah tersenyum pahit. Sahabat yang akan pulang ke London itu tiba-tiba mengeluarkan buku kuning yang pasti buku yang saya tunjukkan tadi dan meletakkan di dalam genggaman. Hati memang terkedu dengan tindakannya. Yang pasti, masa tu mata sudah berkaca-kaca. Sahabat yang akan ke Jepun juga ada habuannya dari sahabat yang manis ini. Kami berpelukan lagi ke sekian kali. Allahurabbi..



Ketika menunggu komuter datang, saya membelek-belek buku ini. Bukunya agak tipis, tetapi apabila saya membalikkan buku tersebut. Allahurabbi.. harganya memang mahal. Hampir RM100. Saya terkedu. Mana mungkin untuk pelajar seperti saya untuk menghabiskan duit sebanyak itu untuk buku-buku motivasi yang tiada kaitan dengan mata pelajaran yang diambil. Kalau nak beli pun kena tunggu duit BR1M. Allahurabbi.. murahkanlah rezeki sahabatku ini. Kalau saya tahu harganya membebankan dan beliau akan beri pada saya, sudah pasti saya akan tunjukkan buku lain. Pandai sahabat manis ni ‘trick’ saya.

Sebetulnya, saya ingin memberitahu bahawa inilah buku terbaik yang pernah saya dihadiahi. Buku yang terasa keikhlasan beliau memberi. Saya jarang menerima kejutan begini. Dan istimewanya bukan pada harga, tetapi keinsafan supaya kami sentiasa kembali kepada Ilahi.Tak keterlaluan saya katakan, ia ibarat jatuh dari langit.

 Walaupun ada beberapa buku yang saya sangat berharap memilikinya iaitu Raudhatul Muhibbin oleh Ibn al-Jauziyah dan Hayy Yaqdzan oleh Ibn Thufail belum berhasil dimiliki (sesiapa tahu dimana saya boleh memilikinya tolong bagitahu ye =) )

“Reclaim your heart. Yasmin Mogahed” – “ Kembalikanlah hatimu..”

Masa saya menerima buku itu, hati saya berkaca-kaca. (Mata tak boleh berkaca-kaca, orang ramai kat stesen KTM.. maluu). Seolah-olah sahabat manis saya ini dapat membaca hati saya. Sebab kala ini hati saya bersimpang-siur mencari jalan pulang. Jalan pulang untuk mencari Ilahi. Teguhkan diri bangkit dari kenangan silam yang ditangisi. Baru tamat degree, tetapi hidup seperti ketidak tahuan. Allahurabbi.. semuanya dari Engkau Ya Allah, sahabat ini adalah perantaranya. Subhanallah..

Dan baru-baru ini juga, Allah membantu menunjukkan masa hadapan apa yang harus saya lalui ketika saya harus ke Besut. Maha Suci Allah, apa yang saya lalui ketika digambarkan dengan indah oleh penulis Yasmin Mogahed, betapa  ‘lemasnya diri ini ketika memikirkan dunia’..

Pesan sahabat saya yang memberi ini, sebarkan kebaikan dari buku pemberian beliau, disini, saya nukilkan sedikit kata-kata penulis (nak banyak, kena beli buku ini la ye, hehe)

“Yesterday, I went to the beach. As I sat watching the waves, I realized something strange. The ocean is so breathtakingly beautiful. But just as it is beautiful, it is also deadly. The same spellbinding waves, which we appreciate from the shore, can kill us if we enter them. Water, the same substance necessary to sustain life, can end life, drowning. And the same ocean that holds ships afloat can shatter those ships to pieces.



This worldly life, the dunya, is just like the ocean. And our hearts are the ships. We can use the ocean for our needs as a means to get to our final destination. But the ocean is only that: a means. It is means for seeking food of the sea. It is means to travel. It is means of seeking a higher purpose. But it is something we pass through, yet never think to remains in. Imagine what would happen if the ocean become our end- rather than just a means -Eventually we would drown.

As long as the ocean's water remains outside the ship, the ship will continue to float and be control. But when as soon as the water creeps into the ship - that is when the boat sinks. The same goes as the dunya enters our heart -that is when the heart taken hostage and become slave and the dunya start to control us. Detachment of dunya and akheerah is stated in the Qur'an: 

"What is the life of this world but amusement and play? But verily the Home in the hereafter - that is life indeed, if they but knew" (29:64)

"Detachment is not that you should own nothing, but nothing should own you" (Saidina Ali R.A).. The means of detachment as shown by the prophet is much deeper, not only about physical, but is the detachment of the heart.

[Yasmin Mogahed]
[kalau mahu berkenalan lebih dekat lagi dengan tokoh ini boleh klik di sini dan mendengar ceramah beliau yang menyentuh hati klik sini]


Subhanallah.. Subhanallah.. Entah mengapa saya akui setiap kata-kata sister Yasmin Mogahed ini sangat-sangat menjentik tangkai hati. Laras bahasa yang digunakan itu sangat indah.  Ilustrasi dan kronologi yang digunakan itu mantap.  Belum lagi tajuk-tajuk lain yang disentuh di dalam buku ini. Memang subhanallah!

Jadi sesiapa yang mempunyai ‘kelapangan’ poket boleh la mencari buku ini. Kembalikanlah hatimu.. kepada pemilik diri.. Sang Khalik menantimu untuk dikembalikan hati. Terima kasih sahabat untuk hadiah tak ternilai ini! Jazakillahukhairan katsira..

p/s: semasa di besut, saya juga dihadiahi buku Menjadi Hamba Allah oleh sahabat di UNIMAS. Memang tergamam juga. Keesokannya, ketika saya membelek buku di rak buku mak, saya tertarik dengan buku kecil yang bertajuk “ Personaliti Ilmuan Islam Berjaya, Rangkuman Travelog Tokoh Unggul”. Di muka hadapan buku tersebut, tertulis “Hadiah Hari Jadi Kak Chik ke 2x pada xx Februari 2013. Tahun Akhir UNIMAS.  Daripada: Umi”.. I was ‘what?’.. my present.. tapi mak terlupa, empat bulan dia simpan. Hehe..

Alhamdulillah, thank you Allah for giving these wonderful person around me.. Luv u all fillah <3 and Allah is answering my prayer, I really hope that one day I become a psychologist that touches people heart to return back to Him, as what Yasmin mogahed just did, without abandoning the scholar discipline as what Success Islamic Scholar did too. And He give me what I asked for through them. Subhanallah =,)



Saturday, August 17, 2013

Penangan Hari pertama IDT.


Assalamualaikum wbt pembaca yang budiman lagi beriman.. Saya rindu pada kalian.. sebab anda tidak jemu mencari hikmah walaupun hanyalah sebesar kuman di blog saya yang marhaen ini.

Sebelum itu,tidak lupa untuk saya menyerahkan Segala pujian bagi Allah yang mentadbir setiap urusan hambaNya dan selawat dan salam keatas  Rasulullah SAW. Kekasih Allah yang agung. Wah hari ini saya sangat teruja walaupun belum sampai tahap maksimum (Saya kalau teruja tahap maksimum, sehari senyum tak lekang. Mata berair macam biji guli yang baru digilap). Hehe.Masih teringat betapa basahnya perasaan terujanya selepas pergi program ISK dahulu.  tunggu seminggu baru kebah demam teruja ni.  Alhamdulillah Allah memberi saya peluang dan beberapa sahabat menyertai program IDT di UPM hari ini.

Pasti ada tertanya-tanya IDT ni apa?
Jawapan pendek saya, Interaktve Dakwah Training.

Seminggu sebelum, saya ada membaca post page Malaysia Reverted Muslim di mukabuku. Mengenai program yang dianjurkan oleh mereka. Sebelum-sebelum ini saya memang mengikuti perkembangan group ini disebabkan minat saya dalam bidang perbandingan agama. Saya suka mendengar kisah-kisah yang memberi inspirasi dari muallaf-mualaf yang kembali kepada fitrah dengan memilih Islam sebagai sendi kehidupan mereka. Saya sangat teruja apabila saya terbaca tentang program yang bakal mereka adakan. Program yang saya tertunggu-tunggu. Tanpa membuang masa, saya invite kawan-kawan lain untuk menyertai program ini termasuklah adik saya.

Nak dibuat cerita, saya sebenarnya agak ketinggalan berbanding orang-orang yang saya invite tu. Yang tak boleh tahan bila kawan saya dari USM kata dia dah jadi alumni IDT dah pun. (saya dalam hati, hek eh aku tak pernah tau pun pasal IDT ni).. sah-sah duduk Sarawak 3 tahun menyebabkan saya semakin tak peduli dengan program-program semasa.. astaghfirullah.. menyedihkan bukan.. huhu.  Bila saya mengajak adik saya pula, dia pun kata perkara yang sama. Cuma dia ada beritahu saya tahun lalu, dia dapat tajaan MAIS untuk pengkaderan da’i termasuklah untuk street dakwah, Cuma masa tu saya buat donno je. Final year degree punya pasal. Adeyh. Bila saya beritahu mereka pasal ni barulah mereka cerita panjang mengenai IDT dan komentar mereka. Antaranya

“sgt supperb.. best gak speaker perkim pum best gak..pengalaman daawah yg sgt berbeza,..Klu IIS speaker India..ITD ni speaker chinese..”

Saya pun apa lagi.. wah *mata bersinar-sinar

(sebelum ini, semasa saya di semester 3 degree, kami diwajibkan ambil subjek Falsafah minda. Disebabkan minat saya yang mendalam dalam bidang ini, hampir setiap hari saya ke perpustakaan untuk mencari mutiara falsafah ini. Dan kebetulan buku-buku perbandingan agama diletakkan sebaris dengan buku-buku falsafah. Saya seperti orang tak makan sebulan terus mencapai buku-buku comparative religion ini termasuklah comparative religion for dummies dan buku Ahmad deedat yang menjawab persoalan kristian, saya tak ingat tajuk apa. Dan buku-buku ini saya bawa pulang ke rumah sewa setelah bersusah payah terkedek-kedek bawa basikal dari kampus yang mengambil masa 20 minit perjalanan itu).

Saya mengambil masa hampir sebulan mencuba manghadam isi buku-buku tersebut. Masa tu memang saya rasa nak muntah baca buku-buku falsafah sebab penggunaan bahasa yang tinggi dan konsep yang kadang-kadang tak masuk akal (subjek tu hanya menekankan falsafah barat). Tu yang saya selang seli kan dengan membaca buku comparative religion. Entah macam mana, satu hari apa yang saya baca terkantoi dengan housemate. Kebetulan pula masa tu, saya tinggal bersama akhwat. Biarpun mereka tak suarakan secara lantang, tetapi melalui raut wajah mereka, saya tahu mereka tak suka perkembangan itu. Lagi-lagi mereka tahu saya seorang yang suka bertanya soalan stail pelik-pelik. Akhir semester baru mereka menyatakan secara terus bahawa saya tidak seharusnya membaca buku-buku tersebut kerana ia boleh memesongkan aqidah kerana aqidah saya belum mantap dan belum sepenuhnya menguasai Quran. Masa tu pun persoalan dah main kat kepala saya..”Takkanlah langsung saya tak boleh baca dan kaji. Islam menyuruh menuntut ilmu. Ilmu apapun asalkan ianya bermanfaat. Kalau bukan Islam yang kaji siapa yang nak kaji dan bahas ilmu ni dari sudut nas dan dalil yang sahih? )

Itula alkisahnya. Nak di pendekkan cerita Alhamdulillah Bro Lim bagi jawapan pada awal-awal program IDT lagi. Jawapan beliau, nak tunggu mantap dan menguasai al-Quran sepenuhnya sampai mati takkan dapat.lebih kurang begitulah bunyinya. Sebab, bayangkan huruf alif lam mim, nun, Qaf.. yang disebut dalam beberapa surah.Ulama bersepakat hanya Allah yang mengetahui maknanya.Sedangkan ulama (orang yang faqih dalam bidang agama surrender dalam menakwilkan perkataan ini).  Nampak permainannya di situ?

Di sini saya semakin sedar, bahawa kita da’i ilallah (terutama da’i Melayu Muslim) terlalu banyak fobia dia. Sehinggakan mengkaji alkitab lain pun tak digalakkan atas alasan mampu memesongkan aqidah. Walhal, jika fundamental yakni aqidah iatu kalimat Tauhid sudah meresap ke dalam jiwa, bagilah ayat apa pun, ianya takkan goyang dan rapuh. Lagi-lagi ianya jelas bahawa kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan. Kebenaran akan sentiasa diatas. Jelas dan terang. Allah juga mengajarkan untuk sentiasa beristi’azah sebelum membaca al-Quran apatah lagi sebelum membaca dan mengkaji kitab-kitab lain untuk mengelakkan bisikan syaitan yang kadang-kadang menjadi racun kepada pemikiran. See? Allah dah bagi jalan penyelesaian awal-awal lagi.

Jika benar aqidah menjadi goyang dan rapuh, Lalu terjadilah murtad hanya membaca kitab agama-agama lain?Apa punca dia? Anda Nampak tak apa punca akar umbi permasalahan ini terjadi ?

Jawapannya kerana KITA TAK BELAJAR ISLAM DENGAN CARA ISLAM AJAR. (bahagian ni saya memang sentam, SENTAP sambil HENTAM) bak kata bro Lim.

Bayangkan, seorang muallaf apabila dia mengucap dua kalimah syahadah, tahu apa yang diajar terus oleh kita yang sudah bergelar muslim? Haa.. u bagi potong dulu, tu wajib.cina pun pening, ea, itu bukan sunat ka? Itu wajib ! jawab ostad pula. lepas tu u wajib solat lima waktu, tak boleh minum arak, dll. Begitu juga dengan anak-anak muslim, sedari awal kita diajar untuk solat 5 waktu, jangan bercakap bohong, tak boleh menyakiti kawan, dll. Tetapi adakah kita diberitahu oleh ibu bapa falsafah di sebalik kita harus solat 5 waktu?

Saya tak pasti sama ada kita para da’i sedar bahawa Rasulullah berdakwah di Mekah hampir tiga belas tahun. Apa yang Rasululullah tekankan? Ya, ianya adalah aqidah! Kemudian barulah diturunkan hukum iaitu syariat selama 10 tahun di Madinah. Tetapi kita kini terbalik. Syari’at comes first then barulah aqidah.

Islam ajar untuk mempercayai Allah itu Satu. Allah itu tidak beranak dan diperanakkan. Dan kepada Dialah tempat segala makhluk bergantung. Tiada sesuatupun yang setara denganNya. (Al-ikhlas:1-4) Allahuakbar!

Tetapi mereka yang boleh bergoyang aqidah-macam ditiup angin topan Katrina (ada kemungkinan) mereka tidak merasa hanya kepada Allah lah tempat mereka bergantung. Sebab mereka masih merasa ada makhluk lain yang boleh bantu mereka selain Allah. Mereka tidak nampak bahwa tanda kekuasaan Allah yang wujud di sekeliling mereka. Dan yang pasti hidayah Allah itu mungkin terlalu mahal buat mereka. Allah..

Mereka yang tidak Nampak tanda kebesaran Allah, apa puncanya? Tidak kisah lah mereka muslim ataupun tidak muslim ini adalah kerana mereka kurang mengkaji dan mendalami. Mereka tidak melihat bagaimana burung bisa mengepakkan sayapnya di udara? Bagaimana ulat di bawah batu mampu mendapat makanan? Apakah hikmah Tuhan menjadikan daun-daun ini berbeza saiz dan lebar? Yang paling dekat cukuplah merasai, andai kata satu urat di badan kita terputus, bisakah kita menjalani aktiviti seperti biasa? Tu kata Maher Zain, Look around yourself, cant u see d wonder? Just open your heart and your mind.

Untuk mengkaji, kita memerlukan usaha untuk mengumpul data dan kemudian barulah kita membuat reasoning (sebab musabab). Mengumpul data bukannya susah, gunalah lima deria kita, penglihatan, rasa, hidu, sentuh dan mendengar. Daripada ini kemudian maklumat itu dibawa kepada otak. Disinilah pentingnya fungsi kognitif kita. Ini adalah fungsi sehari-hari. Kadang ia adalah proses yang berlaku anatara kita sedar dan tidak. Cuma perlukan sedikit usaha sahaja. Hasil kajian yang kita dapat inilah yang akan membuahkan kepercayaan dan keyakinan yang kuat.

Tetapi kita kini terbalik (untuk muslim keturunan). Kita percaya dahulu, kemudian barulah kita buat research. Itu pun jika ada kesedaran, kenapa aku ni Islam. Kalau tidak kita hanya akan pegang Islam hanyalah atas dasar perwarisan.  Tak menghargai dan memandang enteng akan kekuatan sendiri. Sebab itu kata penceramah lagi “ SAYA TAK HAIRAN DENGAN KES ORANG ISLAM MURTAD”.

Sebabnya jelas, kita tak belajar ISLAM DENGAN CARA ISLAM AJAR, iaitu dengan mengkaji dan barulah KEYAKINAN ITU DATANG. Jika tak mengkaji bagaimana nak tahu Tuhan itu wujud atau tidak, Islam ni betul atau tidak, siapa yang berbohong? Dan lain-lain.
Sekarang Nampak permainannya disitu?

Untuk para da’i Ilallah, saya sedar saya ini orang yang terlalu banyak kekurangannya. Tetapi kadang-kadang kita sibuk berbulatan gembira. Tetapi ita lupa pada orang yang belum muslim yang menagih kebenaran. Tetapi kita syok sendiri, seolah-olah kita inilah yang terbaik disisi Tuhan. Tak perlu mengkaji agama-agama lain takut aqidah terpesong. Cukuplah kita sudah berada di jalan kebenaran. Biarkan mereka, kita belum mantap aqidah, belum masanya kita mendakwahi mereka. Tetapi bila masa yang sesuai tu? Allahurabbi..

Kita ini terlalu banyak bersangka-sangka daripada mengkaji.

Saya setuju, dakwah bil hal (dakwah melalui perbuatan) yakni akhlak itu lebih utama dalam mendakwahi mereka.Itu juga yang ditunjukkan oleh Rasullullah ketika di Mekah. Tetapi yakinlah saudaraku bahawa aqidah yang benar itu yang akan membuahkan akhlak. Tetapi di akhir zaman yang penuh fitnah ini, anda yakinkah bahawa mereka (yang belum muslim) akan tertarikkah dengan Islam dengan melihat akhlak umat Islam kini, yang kebanyakan orang Islam sendiri pun tak yakin dengan apa yang dia anuti itu. Mahu tidak mahu, dakwah bil lisan itu bisa memberi pengaruh sebatas ayat, “Apa khabar kamu hari ini?” Kemudian barulah masuk jarum sedikit demi sedikit.

Dan seruan saya lagi bahawa kita para dai ILALLAH, haruslah sepatutnya wajib membuka dan mengkaji kitab-kitab agama lain untuk mempertahankan agama suci kita difitnah. Jangan takut. Disamping kita juga memantapkan kefahaman kita terhadap al-Quran, menghadiri majlis-majlis ilmu, bermuzakarah, membantu saudara-saudara kita yang memerlukan dan memenuhi seruan jihad.

Wallahu’alam bisshawab.
“Embrace Islam, not inherit Islam”

Saya faham perasaan orang yang diabaikan apabila dia sangat memerlukan pertolongan. Lagi-lagi pertolongan yang diperlukan itu adalah sebuah kebenaran. Rasa terasing dan terabai dari manusia yang merasakan mereka lebih baik daripada orang lain hanya kerana mereka berasa sudah selamat di jalan itu. Padahal kita masih terkapai-kapai. Wahai da’i Illallah, berapa banyak lagi insan yang harus dikorbankan kerana kepentingan peribadi kita? Astaghfirullah..

Untuk isi-isi perbincangan perbandingan agama, saya belum mempunyai kekuatan untuk mengupasnya kerana saya bukanlah ahli dalam bidang itu. Insya Allah ada masa, saya akan kongsikan mana-mana maklumat yang saya rasakan perlu dan sahih dari sumbernya.

Ketika saya menulis post ini, hati saya gentar dengan ancaman Allah surah as-Saff, ayat 2-3 “Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kau kerjakan. Sesungguhnya besarlah kemurkaan Allah engkau mengatakan sestu yang engkau tidak kerjakan” Mohon doakan saya diberi kekuatan untuk mengerjakan setiap apa yang saya katakan. Allah sebaik-baik Pemberi kekuatan.

#pray for Syria and Egypt.